Sunday, October 16, 2011 By: Nurul Atiqah binti Rayah

Kita Akan Bertemu Lagi...

Allah Maha Merencana. Allah Maha Tahu. Indahnya aturan Allah kadang-kadang gagal ditafsir oleh akal manusia. 


Tengah hari Jumaat, kebetulan berjumpa dengan super senior AIKOL yang mahu menghantar jubah konvo di UIA. Setiap kali beliau datang, kami pasti akan ambik peluang untuk bertemu beramai-ramai. Dalam pertemuan itu, tiba-tiba terbuka kisah senior beliau, yang memberitahu keadaan kakak iparnya yang sedang kritikal bertarung dengan penyakit SLE (Systemic Lupus Erythematosus). Lantas saya terus teringat Kak Badar, adik ipar Kak Diyana. Kami pernah keluar makan bersama-sama sewaktu Kak Diyana baru-baru berkahwin. Saya, Amy, Dila, Kak Badar, Kak Diyana & suami. 

"Kak Diy tenat. 20% bernyawa. 80% lg fully assisted by machine". 
Begitu SMS itu berbunyi. 

Allah! Saya terkejut. Hati dah rasa tak menentu. Saya nak tengok Kak Diyana. Terus ambil keputusan beli tiket ke Kelantan malam itu juga. Saya tak mahu rasa terkilan. Saya mesej Amy, bagitahu pasal Kak Diyana. Amy antara orang paling rapat dengan Kak Diy, pastilah kesannya sangat ketara. Dari Melaka, Amy turun ke Hentian Putra. Kami bertemu di sana. Jam 10.30 malam kami bertolak menaiki bas ke Kelantan.

Sepanjang perjalanan ke Kelantan, hati dan fikiran terbayangkan kenangan bersama Kak Diyana. Kak Diyana saya kenali melalui sahabat-sahabat Engineering UIA. Berkesempatan bekerja bersama-sama Kak Diyana waktu program motivasi sempena Maulidur Rasul 'Aku Rindu Sayang Kamu'. Waktu tu Kak Diyana belum berkahwin. Memang beliau seorang yang sangat-sangat lembut, penuh dengan ciri-ciri seorang kakak (dan ibu). Mungkin kerana beliau anak sulung kepada adik-adik yang agak ramai. 

Nik Rashida setahu saya orang yang paling rapat dengan Kak Diyana, sebab mereka sebilik sejak dari matrikulasi lagi. Tambahan pula saya memang akan selalu jumpa mereka berdua ke mana saja mereka pergi. Saya teringat lagi waktu saya ke bilik mereka, berbincang tentang program. Saya ingat saya dijamu Kak Diyana dengan air teh dan biskut. Waktu itu juga Kak Diyana tunjukkan gambar adik bongsu beliau yang berpakaian sekolah PASTI. Memang comel adik bongsu Kak Diyana. 

Saya tertidur setelah bas melepasi sempadan Kuala Lumpur. Dalam pukul 12.30 malam, saya terkejut bila Amy memberitahu suami Kak Diyana memaklumkan Kak Diyana telah selamat kembali ke rahmatullah. Innalillahiwainna ilaihi raji'un. Al-Fatihah. Saya terkumat-kamit menghadiahkan    Kak Diyana surah pertama dalam Kitab Suci. Amy di sebelah teresak-esak, sukar untuk percaya dengan ketiadaan Kak Diyana. Kenangan terlalu banyak bersama arwah.



Kak Diyana & Suami (waktu kami keluar sama-sama after Kak Diy newly married)

SMS dihantar kepada setiap sahabat yang mengenali arwah, memberitahu berita sedih ini. Nik Rashida paling terkilan kerana beliau tidak dapat hadir melihat arwah buat kali terakhir. Sempat bercakap di telefon dengan Shida, tapi tak lama. Saya faham dengan perasaannya. Sangat-sangat terkilan. Apa lagi kata-kata pujukan yang dapat saya hadiahkan sedangkan saya pun tidak keruan ketika itu. Saya harus kuat untuk kuatkan orang di sekeliling saya. Saya tak mahu kelihatan lemah. 

Sampai di rumah Kak Diyana selepas Subuh, orang dah mula ramai. Saya dan Amy membaca Yassiin di sisi arwah. Alhamdulillah, Allah bagi kesempatan untuk tengok arwah buat kali terakhir. Allah bagi peluang berkenalan dengan ahli keluarga arwah. Allah bagi peluang tengok anak arwah, Nurhanan Insyirah yang berusia 5 bulan. Sangat mirip Kak Diyana. Mungkin kurniaan Allah ini pengganti dan pengubat rindu Kak Diyana. 

Kak Diyana, seorang hafizah. Seorang graduan pemegang ijazah Kejuruteraan majoring in Mechatronics. Seorang kakak kepada kami. Seberat mana pun perasaan kita untuk melepaskan beliau pergi, redhalah. Kerana mungkin di sana tempat yang terbaik untuknya. Yang pasti, kita semua milik Allah, yang juga akan dipanggil. Cuma waktu dan ketika itu rahsia-Nya. Tanggungjawab kita sebagai hamba; beribadah kepada Dia. Allahurabbi.

Moga-moga pemergian Kak Diyana menjadi titik tolak kepada kita untuk lebih menginsafi diri. Seberat mana pun ujian Allah terhadap hamba-Nya, yakinlah bahawa nikmat dan kurniaan Allah lebih besar. Allah takkan sesekali menzalimi hamba-Nya. Pasti ada hikmah yang Allah sembunyikan dulu sebelum Dia menghadiahkan kita bahagia. Bersangka baiklah dengan setiap qada' & qadar yang Allah tetapkan. 



Semoga Kak Diyana tenang mengadap Rabbul Jalil di sana. Amiin. 

2 Percakapan:

rashida said...

Allahuakbar... terimakasih wahai sahabat..

Nurul Atiqah binti Rayah said...

Shida, shida kena kuat. Perjalanan kita masih jauh. Doakan Kak Diy tenang kat sana, insya Allah. :)

Post a Comment