Friday, May 4, 2012 7 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Semua Lelaki Jahat!

"Sume lelaki kat dunia ni jahat"

Saya tak hairan dengan kata-kata yang keluar dari mulut salah seorang teman sewaktu kami keluar bersama-sama tadi. Setelah mendengar pelbagai kisah kegagalan percintaan kawan-kawan, dia meluahkan perasaan. Saya tak dapat nak salahkan dia, sebab dari sudut pemikirannya kadangkala saya rasa wajar jugak perasaan tu. 




Lelaki, kadangkala cara pemikiran anda yang terlalu 'mahu ambik mudah' itu menyakitkan hati kami, golongan wanita ini. Anda tak mahu pun cuba meneliti kesan di sebalik tindakan anda, tapi anda lebih suka berfikir dan ambik tindakan sesuka hati anda tanpa sedikit pun memikirkan kesan terhadap perasaan kami. 

"Alaa, ko cakap sume lelaki jahat. Abis tu, ayah ko bukan lelaki ke?"

Jawapan cliche

Bukan semua lelaki melayan wanita seolah-olah tidak berperasaan, tapi hampir 70% setakat ni dapat saya lihat lelaki mudah untuk mengabaikan wanita yang betul-betul sayang pada dia. Aduhai, memang malang bila lelaki ni tak tahu menghargai permata yang ada di depan mata. Dugaan bagi lelaki adalah apabila dia punya segalanya; rupa, duit dan kedudukan. Segalanya itu akan menarik ramai orang untuk dekat dengannya termasuklah wanita (biasanya orang ketiga).

Lelaki terbaik adalah lelaki yang dapat mempertahankan hubungan atau rumahtangganya daripada anasir-anasir luar seperti orang ketiga ini. Kadang-kadang, kalau tiada angin, pokok takkan bergoyang. Ataupun, kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya? (eh, Iqah, bukan main sedap awak hentam kromo peribahasa ye?) Senang cerita, kalau kamu tak gatal, perempuan tu pun tak melayan. Kan?

Makanya, dalam hal seperti ini, haruslah perempuan berprinsip. Perempuan kena tegas, jangan biarkan lelaki buat sesuka hati. Maksudnya, jangan sesenang hati merelakan si lelaki mencerobohi hak privasi kamu. Mahalkan harga diri kamu, sebab wanita ini fitrahnya cantik. Jadi, tunjukkan kecantikan kamu hanya kepada yang berhak. Ingat kata-kata ni, wanita yang baik itu pasti akan bergandingan dengan lelaki yang baik. Dan wanita yang meletakkan harga dirinya pada tahap yang rendah tak mustahil akan ditemukan dengan lelaki yang sebegitu juga.

Kamu mungkin kecewa dengan percintaan kamu yang lalu kan? Cuba perhatikan dan fikir balik, kenapa Allah takdirkan semua ni?


Allah, jaga hati kami dari kelalaian & kemaksiatan. 
Penuhi hati kami dengan rasa cinta dan taqwa kepada-Mu.


Jawapannya mungkin ada pada diri kita sendiri. Allah mungkin nak kita perbaiki diri kita, sebab kita dah banyak buat silap yang kita sendiri tak sedar di mana. Mungkin pada cara pergaulan kita dengan lelaki ajnabi. Kita banyak SMS atau bersembang dengan lelaki untuk perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Ataupun mungkin juga Allah nak kita pertingkatkan ilmu kita, supaya sampai saat yang betul-betul sesuai, Allah akan temukan kita dengan insan yang juga telah bersedia dari segi kelengkapan ilmu, fizikal dan juga kewangannya. Bersangka baiklah dengan Allah, sebab Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Bersabarlah, kerana sabar itu sangat indah hasilnya.

Mungkin untuk lelaki, sebelum anda mempermainkan perasaan wanita, anda boleh ingat ini:

"Apa sahaja yang anda lakukan, ada malaikat di kiri dan kanan anda yang mencatat. Dan ingat, Allah akan balas setiap apa yang anda lakukan atau perkatakan. Mungkin balasannya tidak kepada anda, tetapi menimpa orang yang anda sayangi."

Berhati-hatilah. Anda fikir seronok je? Dunia ini bukan tempat untuk bermain-main. Dunia ini ladang akhirat. Ibarat kita bercucuk tanam di sini, dan hasilnya akan kita tuai di sana. Dah sedia ke nak ke sana? Fikir-fikirkanlah. Anda tak terlalu muda untuk mati, dan juga tak tua untuk bertaubat.

Untuk anda; lelaki dan juga wanita, sungguh saya sayang anda kerana Allah. Kerana anda saudara saya, dunia akhirat. Kerana itu kita harus saling memberi peringatan. :)


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


p/s: Tadi tiba-tiba ada seorang mamat ni yang selalu share pasal agama kat Facebook tegur saya kat YM. He was trying to drag me into horny conversation. Terkejut betul! B*D*H punye lelaki. Kalau dah tak tahan sangat, suruh la mak carikan bini, pastu kawin. Hailaa. Berhati-hatilah korang dengan manusia ni. Apa ada dalam hati pun tak tahu. Jangan bila tengok dia post pasal agama je, terus jatuh cinta. Haih. Geli. Nauzubillah, Astaghfirullah. Moga Allah pelihara.

Sungguh saya kesal dengan orang yang mempergunakan agama dan mencemarkannya. :(


Semua lelaki jahat? :'(
Tuesday, May 1, 2012 6 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Doa Buat Ayahanda


Kami telah berada di sana (28042012)



Wahai Allah,

Hari ini hari ulang tahun kelahiran lelaki yang paling aku sayangi, 

Lelaki ini telah menjadi contoh tauladan buat kami,

Lelaki ini telah banyak mengajar kami untuk bersabar,

Lelaki inilah yang tak pernah mengeluh saat ditimpa pelbagai musibah,

Lelaki ini juga sentiasa ada untuk kami, bilamana hati kami ditimpa hujan,

Lelaki ini juga sentiasa tak lupa memberi nasihat dan peringatan buat kami anak-anaknya,

Lelaki inilah yang saban hari tak pernah henti mencari rezeki untuk kami,

Lelaki ini, pengorbanannya terlalu tinggi,

Kerana kesabaran, hikmah dan kelembutannya,


Beliau menjadi kesayangan semua.



Dan beliau juga kesayanganku.


Wahai Allah,


Sesungguhnya lelaki ini tak pernah berhenti berdoa untuk kami,


Maka, kabulkanlah permintaannya.


Sesungguhnya lelaki ini terlalu sakit apabila melihat anak-anaknya kesedihan,


Maka lindungilah kami semua.


Wahai Allah,


Sempena ulangtahun beliau yang ke-52 hari ini,


Aku berharap Engkau berikan aku kesempatan, 



Untuk membahagiakan beliau, 


Membalas segala pengorbanan beliau membesarkan kami.


"Wahai Tuhan, kurniakan ayahku syurga di akhirat kelak sebagai ganjaran sabarnya semasa menempuhi dugaan di dunia."



p/s: Abuya, insya Allah your 52th birthday present will be a great son-in-law. Akanku usahakan. Hee ;)
Saturday, March 31, 2012 0 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Cuti Pertengahan Semester Kali Ini

Cuti pertengahan semester kali ini saya peruntukkan hanya 3 hari di rumah. Orang lain dah sibuk berada di rumah, saya pula ke Konvensyen Bidadari Dunia 2012 di Pusat Konvensyen Antarabangsa di Putrajaya. Isnin petang baru sampai umah. Miza ikut sekali saya balik Ganu sebab maknya bercuti ke Indonesia.




Nak dijadikan cerita, cuti kali ini kami harus ke mahkamah untuk mendengar perbicaraan bagi kes jenayah untuk subjek Criminal Procedure. Mulanya kami ke Mahkamah Sesyen Dungun, tapi Majistret kebetulan takde pulak pada hari kejadian (semalam). "Kalau adik nak dengar kes syariah, adik boleh pegi mahkamah syariah kat belakang ni," kata kakak pendaftar yang baik hati itu.

Mahkamah syariah hanya terletak 2 jengkal (hiperbola) je dari mahkamah sivil. Masuk je pintu pagar Mahkamah Syariah Dungun, terus teringat segala kenangan time praktikal diploma dulu. Teringat pegi mahkamah dengan Kak Nor & Encik Khir. Dengan blazer, kami berdua (Kak Nor & saya) duk ke hulu ke hilir buat-buat busy sebelum perbicaraan dimulakan, sambil menegur staff-staff mahkamah. :)

Masuk je dewan bicara, ingatan sekali lagi melayang waktu dulu-dulu. Saya pernah merasa duduk di kerusi peguam, di sebelah Encik Khir waktu perbicaraan. Dan hari ini saya duduk di kerusi orang awam, tekun mendengar perbicaraan, sambil mengomel-ngomel bersama Miza di sebelah.

"Ish, mudanya dah bercerai."

"Tengok muka macam baik, sanggup dia pukul isteri dia."

Dialog-dialog di atas kedengaran dari mulut kami. Sambil bagi komen masing-masing terhadap penghakiman yang dibuat oleh Tuan Hakim. Selesai perbicaraan, terus bergegas ke bilik Tuan Hakim mintak signature untuk assignment kami. Hihi. Nasib baik Tuan Hakim sporting. Terima kasih Tuan kerana memudahkan kerja kami. Barakallahufika. :)

Tengok jam dah pun pukul 12.30 tengah hari. Hajat di hati nak bawak Miza shopping kat Pasar Payang, Kuala Terengganu. Miza nak beli ole-ole untuk family. Sambil saya pun tumpang shopping skali. Memang agak banyak jugak la yang dibeli. Daripada keropok, makanan sampingan, batik, kaftan, keychain dan lain-lain. Sakan membeli.


Puas hati dia shopping. :)

Lepas solat, kami singgah di pantai kelulut. Bawak Miza rasa minum air kelapa & makan keropok lekor di tepi pantai. Seronok sangat dia akhirnya dapat makan satar, keropok lekor dan minum air kelapa sambil menikmati suasana di tepi pantai. :)


Mari makan!

Macam tak lengkap je post ni kalo takde gambar kan? Hee. 


Selasa, 27 Mac 2012:


Pantai yang sangat cantik

Miza & Kakak

Menikmati keropok lekor di tepi pantai. :)



Budak tembam. (-_-')



Udah mau pulang. :D

Khamis, 29 Mac 2012:

Pagi tu, sekali lagi pegi pantai. Cakap kat Umi nak gi joging walhal Miza dah tak sabar-sabar nak mandi. Ombak sangat kuat, sampai Miza yang pandai berenang tu pun tak berani nak ke tengah sangat. Saya cuba jugak pegi kat gigi air, sekali ombak datang memang boleh jerlus kaki dalam pasir tu. Sempat breakfast nasik lemak dan minum air teh ais lagi. Pastu joging sepanjang pantai ditemani buih ombak yang putih. Cewah! Tak dilupa, banyak-banyak zikir ingat Allah bila tengok keindahan ciptaan Dia ni. :)

Abeh licin itu nasik lemak Miza. Yang masih berbaki tu saya punye. Pedas, tak dapat nak abehkan. (T_T)

Miza was at Paka Beach. :)

Main tanam-tanam air

Seronoknye dia jumpe pantai. ;)

Yang ni Miza yang tulis. Cantik kan? ;)

Jumpe lagi. ;)


Petang dalam hampir ke pukul 4, kami bertolak pulang ke UIA. Miza cakap, sayu pulak rasa hati nak tinggalkan Ganu. Takpe, nanti kita plan trip ke pulau pulak ye. Insya Allah. :) 
Pulang awal sikit ke UIA kerana kerja-kerja masih banyak yang terbengkalai. Moga Allah permudahkan. Next week there will be tests on going! Pray for us please. May Allah ease the journey of life. Amiin.~


L.O.V.E,
Tuesday, March 6, 2012 8 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Hujung Minggu Hari Itu

Minggu lepas tiba-tiba Miza ajak ikut dia balik Bangi, sebab sepupu-sepupunya adakan majlis kawin. Ni last minute punya plan. Kalau diikutkan, memang tak nak ke mana-mana hujung minggu sebab keje yang diberi memang sangat berlambak-lambak. Maklumlah, dah tahun akhir. (Padan muka. Konon excited sangat dapat naik tahun akhir).

Saya mulanya serba salah, tapi sebab Miza dah ajak dan kesian pulak bila fikir dia balik sorang-sorang.Kami sampai stesen KTM Bangi, Kak Yong (kakak Miza) datang ambik. Terus ke Dewan Seri Endon, Putrajaya. Masa sampai tu sume orang tengah sibuk packing goody bag untuk diberi kepada tetamu keesokan harinya. Saya dan Miza meringankan tulang menolong mereka, walaupun masa sampai tu memang dah penat sangat sebab hampir 2 jam berdiri dalam tren. 

Dah siap apa yang patut, hampir jam 2 pagi baru bergerak pulang ke rumah. Penat memang tak payah cakap. Tapi tuan rumah memang nak yang terbaik untuk tetamu. Awal-awal pagi dah bangun, berebut iron baju. Haha. Sambil-sambil tu berkenalan dengan sedara-mara Miza. Everyone is so nice. Nenek Miza paling kelakar. Banyak bagi nasihat, terutamanya nasihat nak cari suami. :D

Jam 11 pagi sampai di Dewan Seri Endon, Putrajaya. Kami ditugaskan jadi penyambut tetamu. Silalah dengki ye. Walaupun kami penat berdiri dan tak henti-henti memberikan senyuman, tapi sebenarnya kami gembira. Gembira sebab dapat makan sedap-sedap dan juga dapat special goody bag. Haha. Sarah jadi mak andam saya pada hari kejadian. Untuk pertama kalinya Sarah buat make over untuk saya. Memang surprise! The output: I love it!~  :)    

Penjaga barisan kanan katanya. :D

 Got to know her families & relatives. :)

Budak tembam di sebelah kiri. (-_-")


Selamat Pengantin Baru buat Along & Angah bersama pasangan masing-masing. Semoga bahtera yang dibina ini akan menyempurnakan separuh lagi iman kalian. Buat diri sendiri, belajarlah untuk sentiasa memperbaiki dan memperkukuhkan diri, sama ada dari segi luaran dan dalaman, kerana perkahwinan itu sebenarnya bukanlah semata-mata tentang cinta tetapi tentang bagaimana membina ummah. :)



*segala foto hasil ehsan muazmohamed pictures*

*gambar pengantin tak disertakan pun. hahaha*
Tuesday, February 14, 2012 0 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Mintalah Pada Dia

Di malam keheningan malam, kelihatan seorang anak gadis sedang bersujud. Lama sujudnya meminta kepada Ilahi agar dikurniakan apa yang terbaik buat diri juga mereka yang dipunyainya. Hati merintih, mengadu kepada Allah tentang apa yang dirasakan tidak tertanggung olehnya. Dia bahagia begitu. Sujud lama ketika bertemu tuhannya. Kerana tatkala itulah dia dapat meluahkan segala isi hatinya kepada yang Maha Memahami Lagi Mengerti.

Tiba-tiba......

“Angah... Angah...”
Ada seorang kanak-kanak berusia dalam lingkungan 7 tahun sedang memanggil-manggil sambil menggoncangkan bahunya.

Aduhh. Hilang segala kekhusyukannya tadi.

“Eh, adik jangan kacau Kak Ngah solat.” Terdengar suara Abuya menegur perbuatan Mujahid.

“Doh, Kak Ngah sujud lama sangat.” Mujahid berkata dengan suara tahan nangis (ingat Abuya nak marah dia la tu! :P)


“Solat hajat memang sujud lama.” Abuya cuba memberi pengertian sedang mata tak lepas dari TV. (orang laki ni kalo tengok bola, makk aihh...)

"Adik ingatkan Kak Ngah pengsan." 


"Errrrr...? Adoyai..." Saya tahan gelak dalam hati.

Saya ringkaskan doa. Terus bangun duduk tahiyat akhir dan bagi salam. Dah hilang fokus.


xxxxxxxxxxxxxxxxxx



Bukan itu yang nak dihighlight di sini. Yang sebenarnya, nak berkongsi: 

Ada apa dengan solat hajat?

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka mendapat petunjuk.”
[Al-Baqarah: 186]

Cuba bayangkan Allah sedang bercakap dengan kita dengan ayat Qur’an kat atas tu. Apa perasaan kita? Gembira tak terperi rasanya. Baik tak Allah? Allah banyak kali suruh kita ni mintak kat Dia. Doa. Allah kata. Mintaklah, nescaya Aku perkenankan. Tapi ada tak kita bersungguh-sungguh mintak? Sungguhlah Allah Maha Pemurah kan? Kita ni kadang-kadang tak sedar, banyaknya yang Allah bagi, tapi kita sedikit sangat bersyukur.  Cuba tengok betul-betul ayat di atas tu. Allah kata Allah akan bagi kepada sesiapa yang taat akan perintahKu. Muhasabah kembali, selama ni kita betul-betul taat perintah Allah tak? Pancaindera kita, apa yang telah kita manfaatkan?

Apa Yang Kita Mintak?

Teliti kembali doa-doa kita selama ini. Kita mintak kebaikan. Dah tentu. Untuk siapa? Diri sendiri je? Doa untuk mak ayah? Para guru? Sahabat-sahabat kita? Saudara seIslam kita? Aisey, takkan nak jadi orang yang pentingkan diri sendiri je? Nak menuju akhirat sorang-sorang je ke? Tak nak ke masuk syurga ramai-ramai? Kan lagi meriah tu?


Mintaklah keampunan dari Allah. Setiap doa kita, wajib mintak keampunan dan kasih sayang Allah. Sebab kita ni setiap saat buat dosa. Kadang-kadang tak sedar pun yang kita dah berdosa. Nauzubillah. Mintaklah supaya Allah mengasihi kita dan insan-insan yang berada di sekeliling kita, supaya kita semua akan hidup dalam ketaatan dan keredhaanNya dalam suasana yang lebih harmoni. Insya Allah. 

Jom kita mulakan sekarang! Mintak pada Allah supaya Allah ampunkan segala dosa-dosa kita, ibu ayah, guru-guru, sahabat-sahabat, saudara-mara dan seluruh umat Islam di dunia ini. Jangan lupa mintak supaya Allah bersihkan hati kita dari segala dendam dan dengki. Insya Allah, Allah permudahkan urusan kita semua. :)


Wassalam.

(Ada sorang sahabat sungguh-sungguh mintak saya doakan dia. Katanya, sebagai balasan dia akan doakan perkara yang sama untuk saya. Awak ni memang sweet la, sahabat! Peluk sikit! Hehe.)

p/s: Jangan lupa juga mintak supaya Allah teguhkan hati-hati kita tatkala dilanda ujian. Allah, jangan Engkau uji persahabatan kami dgn apa yang tidak mampu kami hadapinya. :'(
Saturday, December 24, 2011 1 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Untukmu Umi Tersayang

Paper saya bermula 27hb Disember ini. Masing-masing sedia maklum, sekarang adalah musim peperiksaan. Ada yang sibuk melengkapkan nota, menyalin nota, mencari soalan-soalan yang lepas, dan tak kurang juga yang terkumat-kamit duk baca jampi serapah (menghafal).

Saya? Agak stress bila ada sahabat yang call dan bagitau, "Weh, tau tak. Paling tinggi dalam class kita dapat 36/50 je utk carrymark? Paling rendah 21."
[Carrymark baru dapat semalam utk subject tuuuuuuutttttt..]


Sape yang tak stress kan? Bila stress, di samping study, I need to talk to someone. Some one that can cheer me up. Who? 


Definitely my parents. And..............................Mujahid. ;)

Call Umi and had a long conversation within 30 minutes. Mujahid went out following Abuya and others to pasar malam. Macam-macam Umi cite, pasal balik kampung, pasal adik-adik. Seriously rindu sangat kat Umi. I ended the conversation by sending her a message, 
"Umi, tolong doa dan solat hajat kat Angah untuk final exam semester ni. Angah rindu & sayang Umi. :')"

And she replied, " Insya Allah. UMI SAMA GOK."
[I know that she wanted to express the same feeling, but my mom is kind of person that will not say it directly. But still, she is a most lovely mom with a caring style.]

 And I happened to read this article that my friend had shared it on facebook. 


Conclusion? Benar, kita sentiasa pernah melukakan hati ibu kita. Pernah tak kita terfikir apa perasaan ibu kita? Sakitnya dia melahirkan kita, menyusukan kita, menjaga kita, memberi makan dan minum kepada kita, tetapi akhirnya kita melawan ibu kita di saat diri kita pandai berkata-kata, terasa ilmu sudah penuh di dada, berdiri tanpa bantuan sesiapa. 

Ibu. Umi. Mama. Mummy. Mak. Different words but a same person. The one that never give up on us. Tak kira senakal mana pun kami, Umi tetap tak pernah berputus asa menasihati (berleter) dan mendoakan kami. Umi, tak kira siapa pun Umi, Umi tetap hebat di mata Angah. No matter what they said about you, I'm proud and grateful to have you my dearest Umi. And I love you, so much. :)

Terima kasih Umi kerana dah menahan sakit dan perit melahirkan Angah,

Terima kasih Umi kerana menghalalkan air susu Umi untuk Angah minum,

Terima kasih Umi memandikan Angah (up to 4 years old), menjaga Angah, memberi Angah makan dan minum sehingga ke hari ini,

Terima kasih Umi kerana membesarkan Angah dan memberi didikan untuk Angah sehingga Angah berjaya ke tahap ini,

Terima kasih Umi kerana tak pernah putus mendoakan anak-anakmu,

Terima kasih untuk segalanya.

Semoga Angah akan Allah beri peluang untuk berbakti buat Umi (dan Abuya juga).

Doa Angah buat Umi dan Abuya;

"Ya Allah, tolong pelihara dan kasihi kedua Umi dan Abuya saya ini seperti mereka berdua mengasihi dan mendidik saya sewaktu saya masih kecil. Sediakanlah sebuah tempat untuk mereka di syurga-Mu nanti. Kerana mereka adalah insan yang sangat banyak berkorban untuk kami. Amiin.~"



"Pastinya kita tidak akan dapat membalas segala kasih dan pengorbanan ibu tapi sekurang-kurangnya berusahalah menjaga hati dan perasaannya."