Saturday, July 2, 2011 By: Nurul Atiqah binti Rayah

Antara Gembira Dan Sedih

Tak tahu apa rasa dalam hati ni. Patut ke saya rasa gembira? Rasa gembira itu dengan menitiskan air mata ke? Tengah hari tadi, dapat berita gembira. Saya akan bergelar Mak Ngah tahun depan. (Suke-suke je Along bagi gelaran nih. Auntie Iqa k.) Masa tu perasaan excited tu tak payah cakap la. Memang suke sangat, sebab ni 1st time nak dapat anak sedare. Dah berangan nak beli baju baby lagi tau! :P

Tak lama kemudian, Abuya telefon. Masa saya angkat telefon tu, suara saya punyelah happy. Tapi suara Abuya lain. Suara Abuya macam tak bermaya. Saya dah pelik. Bila Abuya cakap yang Tokki dah takde, saya dah start nangis. Sedih. Terkilan. Kenapa saya takde kat rumah time Tokki meninggal? Saya tak sempat tengok Tokki buat kali terakhir. Masa arwah nenek pergi dulu pun saya dah cukup-cukup terkilan. Memang time ziarah kubur nenek, saya menangis tak dapat nak tahan-tahan lagi dah. Sedih sangat.

Tokki saya, saya panggil dia Ayoh. Sebab dia dah macam ayah saya. Banyak sangat yang buat saya teringat dekat Ayoh. Ayoh dulu buat gula melaka (orang Terengganu panggil nisang a.k.a gula manisan). Ingat lagi kalau kami balik kampung, Ayoh tengah kacau gula manisan yang sedang menggelegak dalam kawah, dalam bangsal  buruk Ayoh. Kami cucu-cucu Ayoh ni akan petik daun pokok koko dekat dengan bangsal Ayoh, kemudian tadah gula manisan tu dari Ayoh. Makan panas-panas, waktu gula tu tengah cair lagi. Sedap. Tambah sedap mungkin kerana tu hasil titik peluh Ayoh, tambah dengan kasih-sayang Ayoh sekali.

Bila sebelah mata Ayoh buta kena patuk burung hantu, Ayoh dah berhenti buat gula manisan. Ayoh hanya duduk rumah, dan berulang-alik ke Masjid Kubang Durian, betul-betul depan umah tiap kali azan dilaungkan. Ayoh pesan dekat saya supaya belajar sungguh-sungguh, nanti dapat gaji belanja Ayoh makan KFC. Saya hanya tergelak bila dengar nasihat Ayoh tu. Tapi dalam hati, saya dah kata "Insya Allah Ayoh, moga-moga Angah sempat tunaikan hasrat Ayoh tu".

Bila Angah terfikir pasal Ayoh, Angah doa supaya Allah panjangkan umur Ayoh. Supaya Angah sempat belanja Ayoh makan. Angah pernah terbayang macamana kalau tiba-tiba Ayoh pergi bila Angah ada kat sini, kat KL ni dan tak sempat balik pun tengok Ayoh. Dan hari ni, benda yang paling Angah tak mahu telah pun terjadi. Ayoh dah takde. Ayoh dah pergi jumpa Tuhan. Dan Angah hanya boleh tengok gambar Ayoh bila Angah rindu. Ayoh, Angah tak sempat pun jumpe Ayoh.

Cukuplah tu. Air mata ni tak nak berhenti mengalir. Ya Allah, kuatkanlah hati hamba-Mu ini. Tenangkanlah dia di sana, lapangkanlah dan terangilah kuburnya, mudahkanlah soal jawab antara dia dengan malaikat-Mu. Amiin.


Abuya dan Ayoh, Syawal 1430H

Daripada cucu ke-3 Allahyarham Mohd bin Musa,
17:52,
30 Rejab 1432H,
UIAM Gombak.

3 Percakapan:

Anis Sofiah Che Hashim said...

"I'll there for u,, iqah yg baik,, doakan kesejahteraan Tokki dan semoga berbahagia dengan bb baru,, u will ,, sama cm knis bila dpt Amani (^^,) be strong my dear iqa yg baik"

Afif Abdullah said...

peristiwa ni mcm uteh..last sem, nenek belah ummi meninggal time hari presentation dgn lecturer sister in Islam tu...baru2 ni time kat jogja, nenek belah aboh lop meninggal and uteh sgt2 jauh time tu...baru2 ni balik kg sbb tahlil 40 hari sgt sebak sbb x sempat jumpa arwah nenek for the last time...

Nurul Atiqah binti Rayah said...

To Kak Anis: terima kasih Kak Anis yg sweet. Insya Allah, I'll be strong. Don't worry. :)

To Uteh: It's hard kn? Rasa sgt terkilan kan? Tp ape lg yg boleh dibuat selain doa. Tu je yg dapat kita hadiahkan utk mereka kt sana. We're in the same boat, Uteh. :)

Post a Comment