Friday, December 31, 2010 By: Nurul Atiqah binti Rayah

Allahurabbi Wa Rabbukum A'lam..

Pagi itu, 27 Disember 2010, saya terjaga lebih kurang pukul 6.15 pagi dek kerana bunyi jam loceng handset. Seperti biasa, saya memeriksa 'inbox'. Terkejut bila dapat mesej dari Ana, tanya betul ke Maryam accident? Saya macam tak percaya, sebab adik-beradik perempuan kami jarang sangat bawak kenderaan sendiri. Kalau nak ke mana-mana mesti Abuya yang hantarkan. Saya mendail nombor Umi, tak berjawab. Nombor Abuya juga sama. Lantas Ilah, adik perempuan saya yang ke-5 saya cuba. Setelah saya bertanya, Ilah menangis. Katanya Maryam accident dengan lori. Innalillah! Saya terkejut bukan kepalang.

Pagi itu, saya teruskan juga rutin harian seperti biasa, walaupun dalam hati bimbangnya hanya Allah yang tahu. Dalam perjalanan ke kelas, saya menelefon Along Fatihah, naqibah usrah saya, Usrah Raudhah, memberitahu Along apa yang telah terjadi. Along minta saya supaya banyak bersabar, dan kuat. Mulanya, hati ini nekad meneruskan kuliyah sehingga hari Jumaat. Tambahan pula, ada 3 report yang harus saya siapkan untuk program-program LAWSOC. 

Namun, bila Abuya menelefon bahawa Maryam perlu ditransfer ke Kuantan, hati ni mulalah rasa macam nak berlagu sendu. Kakteh dah sibuk telefon & SMS, dia kata nak balik jugak, kalau Kak Ngah tak nak balik tak pela. Alahai Kakteh..Angah cuba berlagak kuat, tapi air mata ni merembes jugak depan Kak Chik Jijah & Ucu Amal. Tu tak campur lagi bila tahan air mata time lecture. Sampai Fizah tegur mata saya bengkak. Kepala dah pening. Apa yang lecturer cakap, saya hanya mampu memandang tanpa memahami sedikit pun. Saya cuma fikir satu; MARYAM.

Kemudian, datang pulak Kak Lang Didi, memujuk saya agar balik tengok Maryam. Adik lagi penting dari kelas katanya. Kak Lang cerita macamana Kak Lang terkilan sebab tak sempat jumpa abang Kak Lang buat kali terakhir. Saya terus nekad lepas tu. Call Kakteh, bagitau dia yang saya nak balik tengok Maryam. Keesokan harinya, kami bertolak pulang. Kakteh drive. Saya tau Kakteh bimbangkan Maryam. Dia pecut sampai 140 km/h, dengan lesen dan kereta yang baru berusia hampir sebulan.

Kami berdua tiba di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan lebih kurang jam 5.15 petang. Maryam sedar, Alhamdulillah. Dia menangis bila tengok kami. Dari pandangan matanya, saya dapat merasakan Maryam nak bagitahu yang dia sakit. Siapalah yang tak terasa, hati mana yang tak sedih bila tengok adik perempuan saya patah 2 gigi depan, bibirnya terbelah. Tiub disambungkan dari hidung ke perut Maryam. Kata doktor, ada pendarahan dalam perut Maryam. Waktu saya menulis ni, doktor tengah tunggu masa sesuai nak operate Maryam.


 Saat gembira kami 26 Disember 2010. (Maryam; paling kanan)

Umi setia menemani Maryam. Itulah ibu, saat sedih ibulah yang setia di sisi. Kawan? Hanya saat gembira, hadirlah dia. Umi bercerita, sebelum kejadian, Maryam mintak nak makan macam-macam. Maryam beria-ria nak makan ikan bakar waktu tiba di rumah Mak Alang di Gombak, waktu abang saya bertunang 26 Disember baru ni. Saya teringat juga, Maryam mintak saya belanja dia Big Apple & KFC. Pendek kata, dia nak makan macam-macam. Sayu juga hati ni bila Maryam merengek mintak air. Kami tak dapat buat apa-apa. Doktor puasakan Maryam dah hampir seminggu sebab nak tengok reaksi ubat ke atas luka dalam perut Maryam. Insya Allah, nanti Maryam dah sihat kita makan apa yang Maryam mintak tu k.. :) 

Alhamdulillah, ramai yang datang melawat. Plus, patient yang kat depan katil Maryam tu bekas jururawat. Adik dia yang jaga dia tu pun, jururawat yang dah pencen, tapi still keje jadi consultant nurse. Kami panggil dia Auntie Ho. Sangat baik, peramah dan dia jugak yang tolong tengok-tengokkan Maryam kalau ada yang tak kena. Tiba-tiba je saya rasa nak laung 1 Malaysia dalam hospital tu (even sebelum ni saya rasa 1 Malaysia tu macam retorik je). Umi cakap kena tengok dari sudut dakwah. Orang Cina ni kadang-kadang dia takut nak dekat dengan Muslim yang bertudung, takut kita ni narrow-minded. Tapi sebenarnya kitalah yang berperanan memulakan dakwah tu. (tetibe terkeluar topik. Haha~)

Oleh kerana Maryam adalah seorang pelajar kejururawatan, maka dia seolah-olah merawat diri dia sendiri. Mana taknya, bila air dari tiub yang disalurkan tu, tak bergerak, dia adjust sendiri bagi air tu mengalir laju. Bila kitorang yang jaga dia panik, Maryam dengan selambanya cakap, " Maryam yang buat.."
Kuang3..~ 

Sepanjang saya bermastautin kat hospital ni, macam-macam ragam pesakit dan doktor yang saya tengok. Paling kelakar, doktor la. Doktor pelatih sangat ramai kat hospital ni. Sekali datang kat patient, 7-8 orang. Memang serabut saya tengok. Pulak tu, bila ditanya, doktor tu macam tak tau apa-apa. Saya cakap kat Auntie Ho, Auntie kata diorang tu baru belajar. Ada jugak nurse pelatih yang terketar-ketar bagi suntikan ubat penahan sakit kat Maryam. Saya yang duk tengok kat sebelah ni, rasa nak tergelak je dalam hati. Adoyai, nervous ke cik? Haha..~

Apa pun, saya rasa sangat bersyukur bila Maryam stabil. Harapnya pembedahan yang akan dijalankan akan lancar. Walau apa pun yang terjadi, Maryam tetap Angah sayang, Maryam tetap akan jadi adik Angah yang manis dan cantik. 
Kami semua sayang Maryam. :')

Buat semua yang tak putus-putus SMS, call bertanya dan bagi semangat, syukran jazilan, jazakallahu khairukum. Semoga Allah membalas segala kebaikan kalian. Kalian memang teman sejati. Doakan kami sekeluarga redha dengan ujian Ilahi ini. Insya Allah semuanya akan baik-baik saja. Amin..~

7 Percakapan:

amalina khalil said...

dugaan tu tanda ALLAH sentiasa ingat dekat kita.
akak dipilih untuk rasa dugaan seberat ni sebab ALLAH tau akak n fmily cukut kuat utk ni.
syafakallah utk adik akak

nadiah_latif said...

salam akk, takziah bwt akk skuage -dr kuage pcik Ab.Latif -

NURUL ATIQAH BINTI RAYAH said...

To ucu a.k.a amal : syukran..kata2 tu akan sentiasa jd pegangan akak..:)

To Nadiah: wslm..terima kasih byk2..salam utk family..:)

izzatghazali said...

angah (kat rumah) and along saya.

sila kuat.

LuQMaN HaKiM said...

Alhamdulillah, nampak keadaan adik dh makin ok tu ...

\(^_^)/

Anonymous said...

angah iqah kena kuat tau...camana abuya, ummi n adk2 nak kuat klu angah tunjuk yang angah lemah?
'ala kullihal,,,moga Allah permudahkan urusan semua...moga maryam diberi kesihatan yang berpanjangan, dan mudah2an tiada effect yang negative selepas accident...ALLAHUMMA AMINN...

along fatihah - :)

NURUL ATIQAH BINTI RAYAH said...

To Adik & Luqman: Terima kasih tak terhingga ats sokongan dan doa..:)

To Along Fatihah: insya Allah Along, Angah akan kuat..moga2 ada ganjaran & hikmah dr Allah atas apa yang Dia jadikan ini, insya Allah..:)

Post a Comment