Thursday, February 18, 2010 By: Nurul Atiqah binti Rayah

Bagaimana Nanti?

Salam kepada semua yang membaca.
Bangun je pagi ni terus teringat test malam ni. Tak habis bace pun lagi. Malam ni ade test Constitutional Law. Seronok belajar subjek ni. Lebih-lebih lagi bile aku berpeluang ambik subjek ni ngan Prof. Abdul Aziz Bari, Pakar Perlembagaan Malaysia.

Pendapat beliau yang aku tunggu-tunggu setiap kelas. Beliau akan mengulas apa sahaja peristiwa politik yang terjadi dalam negara. Undang-undang semestinya takkan lari dari politik. Aku secara peribadinya berpendapat, mahasiswa yang mengambil tahu atau cakna dalam politik adalah mahasiswa yang matang.

Bukan hanya membeli surat khabar hanya untuk membaca perkembangan artis, atau artis mana yang menang anugerah. Tapi lebih kepada sikap cakna seseorang mahasiswa untuk rasa tahu apa sebenarnya yang terjadi kepada masyarakat dan negaranya. Kerana mahasiswa itulah sebenarnya pemimpin untuk generasi yang akan datang.

Aku sebenarnya sangat tak nak tulis bab politik ni. Aku muak dan bosan bila terfikirkan keadaan negara kita. Fitnah jadi mainan, amanah jadi alat untuk yang gila kuasa. Wang jadi taruhan. Aku sebagai pelajar, dan juga rakyat yang memerhati dan layak untuk turun mengundi, aku berhak memberi pandangan.

Bila bercakap soal amanah, pernah ke korang fikir yang setiap orang semuanya memegang amanah, tak kira sama ada amanah tu besar atau kecil. Amanah bukan sesuatu yang mudah. Allah akan soal balik tentang amanah ni di akhirat nanti. Jangan main-main. Pangkat bukan untuk bermegah, tapi ia amanah.

Terjaga ke kebajikan rakyat bila pemimpin yang diharapkan, main-main dengan lompat parti? Hinanya maruah diri bila sesenang hati mainkan rakyat sebegini. Mana perginya kemuliaan mereka? Bangga ke bila melompat-lompat macam ni? Rakyat akan sentiasa mendoakan kejatuhan kalian. Sedarlah!

Terlalu banyak kepincangan dalam politik Malaysia. Bukan menuding jari kepada sesiapa, tapi aku sekadar bermuhasabah bersama teman-teman. Aku bukan sempurna, kalian di luar sana pun sudah pasti tiada yang sempurna juga. Cuma aku terfikir-fikir, bagaimana nasib kita selepas ni?

Harga barang naik, gaji naik jugak, tapi setahun sekali. Tu pun cuma beberapa ringgit. Bagi yang mempunyai anak yang ramai (macam keluarga aku), pastinya duit paling utama untuk difikirkan. Zaman sekarang zaman realistik. Dah tak boleh fikir 'ulat dalam batu pun boleh hidup'. Tu ulat, ulat makan ape? Manusia makan ape?

Lakukan sesuatu untuk diri sendiri dan orang lain, Insya Allah doa dari orang lain yang kamu kerjakan kebaikan untuknya akan sentiasa mengiringi kamu. Ada banyak lagi yang sebenarnya ingin kutulis, tapi bila kuingatkan kembali rasa jijik pulak dengan kes yang satu itu. Malunya aku kalau pakaian yang kat dalam tu dibawa ke mahkamah, jadi tontonan umum pulak tu. Ish, tak naklah! (Hahaha)

Aku sedar, rakyat kini hilang hormat terhadap kerjaya seorang hakim, apatah lagi seorang peguam. Aku teramatlah sedar hakikat ini. Balik kampung hari tu adelah sorang makcik ni cakap kat aku, "Huh, zaman sekarang ni berlambak loyar, cuma sediakan duit je!". Siap juih-juih bibir lagi. Amboi makcik, gurau kasar nampak. Hahaha.

Prof. Aziz pun selalu cakap, "I want you to understand all these provisions, don't be like the judges outside. People are laughing at them." Prof. Aziz cakap jugak lagi,"I don't mind if the other students don't understand all these provisions, but you as my students must really understand these."

Masa tu bangga ade, cuak lagi la ade. Yela, bangga sebab dapat belajar ngan Prof. Aziz Bari, dalam masa yang sama cuak sebab kebarangkalian untuk wat silap tu sentiasa ada. Tapi takpe, we're in the process of learning, rite?. : )

Okaylah, aku nak teruskan pembacaan aku pulak ni. Dah panjang sangat membebel. Korang pun kena rajin-rajin membaca jugak tau, jangan asyik baca novel je. Hehehe. Jumpe lagi, Insya Allah! : )

0 Percakapan:

Post a Comment