Friday, July 20, 2012 By: Nurul Atiqah binti Rayah

Kembara Dakwahku


Ramai yang bertanya, saya ke Sabah tempoh hari kerana bercutikah? Alhamdulillah, wa syukru lillah. Dapat peluang merentas Laut China Selatan menuju ke negeri ini. Negeri yang masih kaya dengan sumber semulajadi. Sedikit pun tidak menyangka, perjalanan saya kali ini ditaja sepenuhnya. Dari tiket pergi dan balik yang hampir mencecah RM1k setiap seorang, makan minum, pengangkutan dan tempat tinggal. Alhamdulillah, Allah bagi rezeki yang tak pernah saya jangkakan. 

Saya ke Sabah bersama-sama sebuah pasukan NGO, An-Nasru Team dan juga 5 orang wakil GAMIS (Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia). An-Nasru Team merupakan salah satu badan dakwah bukan kerajaan yang mempunyai misi dakwah ke seluruh pedalaman Sabah. Buat pertama kalinya saya berpeluang masuk ke kawasan pedalaman di sebuah daerah di Sabah, melihat sendiri kehidupan masyarakat di sini. Gerakan Kristianisasi sangat kuat dan aktif di sini. Buktinya, gereja menyapa pandangan mata kami di setiap 500 meter perjalanan. Nak cari masjid kat kawasan pedalaman ni, sangat susah.

Kami diceritakan tentang aqidah masyarakat di sini, hampir seluruh penduduk kampung murtad, kecuali 4 buah keluarga. Ustaz yang bertanggungjawab menjaga pelajar-pelajar Muslim di sini pastilah memikul tugasan yang besar kerana di bahunya tergalas beban melindungi aqidah pelajar ini. Apa yang menarik, ustaz dan ustazah di Sabah ini majoritinya berasal dari semenanjung, iaitu dari Kelantan. Berbual bersama ustaz dan ustazah ini, masing-masing mendorong kami untuk bekerja dan menetap di sini kerana Sabah kekurangan tenaga dakwah. 

Hati saya mengakui hakikat ini. Kami datang, mereka gembira. Menyambut kami dengan tangan yang terbuka. Apa yang ada, itulah yang dihidangkan kepada kami. Saya berdoa dalam hati supaya Allah memelihara ukhwah dan aqidah yang kami sedang anuti ini. Ancaman aqidah mereka sangat kuat di sini. Untuk menceritakannya di sini, mungkin agak rumit. Pelbagai kisah, masalah yang saya dapat hasil dari perkongsian masyarakat di sini. Mereka tabah. Biarpun hidup dalam kepayahan, namun saya dapat lihat mereka bersyukur dan bahagia dengan apa yang mereka punya. 

Sepanjang saya di Sabah, saya dikurniakan dengan teman-teman dan murobbi yang soleh. Teman dalam kereta saya adalah Kakteh (adik), Ayu (Pengerusi SIGMA, (GAMIS)), Ustaz Fairus, dan saudara Mustafa (Bendahari GAMIS). Perjalanan kami ceria diisi dengan gurauan dan usikan serta taujihat dari Ustaz Fairus.  Kenangan 'Silanau Bakas' juga takkan sesekali kami lupakan. Setiap kali teringat, mesti ketawa. Cuba teka Silanau Bakas tu apa? Hihi. Banyak ilmu yang saya kutip di sini. Pastinya saya akan merindui kalian semua walaupun kita hanya kenal dan bermusafir bersama selama 5 hari sahaja. 

Ustaz Zulfikar yang berasal dari sini menjadi pemandu dan penunjuk arah kami. Hebat Ustaz Zul ini, sanggup meletakkan jawatan dalam sebuah badan kerajaan kerana proposal dakwahnya pernah ditolak. Beliau kini bekerja sendiri, meneruskan misi dakwah di Sabah. Kadang-kala keluar meninggalkan keluarga, memberikan ceramah agama kepada masyarakat di sini. Saya kagum dengan mereka yang lebih dulu melihat penghidupan akhirat. Allah janji, setiap pengorbanan yang dilakukan kerana agama Allah, akan dibalas dengan sebaik-baik ganjaran di akhirat nanti. 


Memulakan perjalanan untuk hari pertama



Gunung Kinabalu dari kejauhan



Mereka berjalan kaki setiap hari ke sekolah. Kita?



Menyantuni penduduk Muslim di Kg. Paus, Ranau



Ustaz Zul, Ustaz Husni & Ustaz Fairus jadi panelis utk forum



Lepas abis forum, kami dijamu dgn makanan Sabah. Kebiasaannya org Sabah memang suka makan nasi dengan lauk yang banyak. Tapi, saya ni kan jenis yang makan sikit, so, kalau ambik banyak nnt tak abis pulak. :D


At Pasar Ranau, strawberry kat sini besar-besar. Tak macam kat Cameron. :D



We were at Kinabalu Park. Err, saya tgh tidur ke tu? -_-



Super cool here! *with Ayu*



Bersama adik-adik SMK Pinggan-pinggan, Pitas



Fasilitator bersama ustaz & ustazah SMK Pinggan-pinggan



Saya: "Ustaz, dlm ni ada bua.... tak?"
Ust. Husni: "Syyyhhh..jangan sebut!"



Rumah atas air. Superb!



Lokan Bakar terbaik dari Sabah



Destinasi terakhir sebelum pulang ke semenanjung, Pantai Tanjung Aru, KK



Before boarding



Cantiknya! Subhanallah...
*Pemandangan dari atas kapal terbang*



Tiba di KLIA. Semoga ukhwah berpanjangan. 
(Hadi, Najmi, Akmal, Ustaz Husni, Ustaz Fairus, saya, Kakteh, Munie, Ayu)
jurukamera: Mustaffa. :D

10hb Julai-15hb Julai 2012

Sesungguhnya, perjalanan musafir ini mengajar saya 1001 perkara. Sungguhlah kita digalakkan menziarahi tempat orang lain sebab bumi Allah ni Maha Luas dan tanda kekuasaan dan kebesaran Allah itu dapat kita lihat dan perhatikan bila kita bermusafir. Di bumi lindungan bayu ini, ada doa yang saya titipkan. Ada harapan yang saya tanamkan. Buat adik-adik yang pernah saya jaga walaupun hanya untuk 30 minit, saya sayang mereka. Mereka harapan ummah di bumi Sabah ini. Moga Allah tetapkan yang terbaik untuk kita semua.

Ramadhan Kareem 1433H.

Sayang kamu kerana Allah. :)

4 Percakapan:

Nik Rashida said...

Beruntung kak iqah dapat pengalaman yang tak ternilai harganya, bermusafir + berdakwah + mentarbiyyah + ditarbiyyah.

Nurul Atiqah binti Rayah said...

alhamdulillah da. tak pernah sangka pun akan dpt peluang ni. alhamdulillah. :)

fatraz said...

itulah bumi di bawah bayu :)

ya, realitinya, begitulah, seperti kak iqah tengok..

Suspek Utama said...

sabah memang indah..x sabar rasa nak jejak ke ssana Feb nanti..

Post a Comment