Saturday, April 16, 2011 By: Nurul Atiqah binti Rayah

Ketakutan Saya Berasas

Pengasuh cedera di lengan digigit haiwan liar ceroboh rumah

MERLIMAU: Seorang budak perempuan berusia 15 bulan cedera dan terpaksa menerima kira-kira 30 jahitan manakala tangan pengasuhnya turut luka selepas mereka diserang seekor kera liar ketika tidur di sebuah rumah di Kampung Kilang Berapi di sini, kelmarin. 

Budak berkenaan, Siti Hajar Abd Razak cedera pada bahagian dahi; hidung; bibir dan tapak tangan kiri dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu. Pengasuhnya, Rokiah Abd Rahman, 59, pula luka pada kedua-dua tapak tangannya.
Rokiah berkata, sebelum kejadian, beliau baring sambil menidurkan Siti Hajar di ruang tamu sebelum kedua-duanya terlena dan diserang seekor kera yang dipercayai masuk ke rumahnya melalui bumbung.

“Saya terjaga dari tidur apabila tangan berasa pedih dan amat terkejut melihatkan haiwan berkenaan menggigit tangan saya. Dengan pantas saya terus menepisnya dan akhirnya kera itu melepaskan gigitannya.

“Bagaimanapun, kera itu terus bertindak liar menerkam Siti Hajar yang tidur dan menggigit kepalanya. Saya terus mencekik leher kera terbabit sehingga haiwan itu melepaskan kepala Siti Hajar yang berlumuran darah,” katanya ketika ditemui di Hospital Melaka di sini, semalam.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Roslan Ahmad, yang turut melawat bagi melihat keadaan kedua-dua mangsa.
Rokiah berkata, ketika kejadian, semua pintu dan tingkap rumah tertutup dan beliau bernasib baik apabila kejadian itu turut disedari salah seorang jiran yang menghalau haiwan liar berkenaan.

“Saya segera membawa Siti Hajar ke klinik sebelum dirujuk ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, bapa Siti Hajar, Abdul Razak Bakar, 33, berkata, beliau tergamam apabila dimaklumkan kejadian yang menimpa anak sulungnya.

“Saya bimbangkan nasib Siti Hajar yang mungkin membawa maut seperti beberapa kes serangan haiwan liar sebelum ini.

“Namun syukurlah kerana mata Siti Hajar tidak cedera biarpun menerima beberapa jahitan dan luka pada dahi; hidung; bibir dan tapak tangan kiri,” katanya.

Sumber: Berita Hairan online.

*kan teman dah kabo, beruk, monyet, kera, ungka & family merbahaya!*

1 Percakapan:

Amy Natasha Adam said...

huhu..tktnye!kire btol la tndakan kt lari dr monyet ritu..

Post a Comment