Friday, October 22, 2010 By: Nurul Atiqah binti Rayah

Sehari Menjadi Calon

Salam 'alaik..
Saya kembali mengemaskini blog, setelah hampir 2 minggu saya kesibukan, menyiapkan itu dan ini. Adat sebagai seorang pelajar, saya dihambat pelbagai tugasan dan amanah, hingga kadang kala saya kehabisan tenaga serta semangat yang ada. Namun, kekuatan dari teman-teman buat saya bangkit. Saya tidak keseorangan sebenarnya, ada ramai sahabat-sahabat sedang memberi sokongan buat saya.

Contoh terdekat, 2 hari lepas baru sahaja selesai sesi pilihanraya bagi Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim. Saya bertanding bagi jawatan Setiausaha Agung. Ini adalah kali pertama saya bertanding. Dalam hati saya pada mulanya saya ingin sekali merasai perasaaan bagaimana menjadi calon bagi satu kerusi untuk sesebuah pilihanraya di kampus. Kalah atau menang bukan keutamaan bagi saya, kerana yang paling penting adalah pengalaman yang amat bermakna buat diri saya sendiri.

Sehari sebelum pilihanraya, saya menyuarakan rasa bimbang saya kepada salah seorang senior saya, Kak Mar. Kata beliau, kalau Allah dah takdirkan tempat kita di situ, maka jangan bimbang, tiba saatnya memang di situlah tempat kita. Saya mengakui kebenaran kata-kata Kak Mar. Dan saya rasa, saya telah menyerahkan segala ketentuan pada Allah. Menang saya, maka Allah telah menitipkan amanah ini untuk saya, maka saya harus melaksanakan amanah ini sebaiknya kerana apabila tiba saat itu, saya akan disoal di akhirat kelak.

Jika kalah saya, maka saya harus redha. Mungkin tempat saya bukan di situ. Allah mengetahui apa yang terbaik untuk saya, dan sejauh mana kemampuan saya. Perjuangan saya takkan terhenti di titik kekalahan. :)

Tiba hari mengundi, suasana agak panas juga. Macam-macam ragam pelajar yang saya perhatikan. Selaku calon, saya dikehendaki berada di tempat pengundian bagi memudahkan pelajar mengenali kami. Untuk post yang saya pertandingkan, ada 4 calon. 3 calon lain adalah dari batch yang sama. Hanya saya seorang yang dikategorikan sebagai "senior". Peluang untuk saya kalah agak besar juga memandangkan pelajar-pelajar cenderung mengundi rakan-rakan yang mereka kenal. Itu biasa. 

Waktu kiraan undi, ia adalah satu pengalaman berharga bagi saya. Saya dapat melihat sendiri bagaimana undian dikira. Agak memakan masa juga, sampai saya rasa nak berteleku je atas meja tu. Hehe. Tapi, alhamdulillah segalanya selesai semalam. Saya menang, tapi saya sedih.  Sahabat-sahabat yang lain juga begitu. Hanya Allah yang tahu mengapa. Dan biarlah hanya Dia yang menentukan segalanya.

Untuk waktu sekarang dan akan datang, saya telah dipertanggungjawabkan oleh Allah dan seisi kulliyyah. Maka saya harus bersedia dalam apa jua kemungkinan yang datang. Dan buat sesiapa yang membaca atau terbaca entri saya ini, saya mohon doa dari anda, supaya Allah kuatkan saya dan sahabat-sahabat saya yang lain dalam perjuangan ini. Moga Allah memberkati kita semua. Amiin..~

Buat nominator IQah, Fizah Azelan, adik-adik seconder yang 'senget', Mar dan Kina, ketahuilah bahawa IQah sangat-sangat berterima kasih kepada Allah kerana menghadiahkan kita dengan ukhwah ini. Korang tak putus-putus bagi pertolongan, dan sentiasa berada di sisi IQah. Terima kasih sangat-sangat, IQah tak tahu macamana nak balas budi baik korang.

Buat sahabat-sahabat mantan LAWSOC 09/10 (Syaufiq, Dewi, Dila, Safra, Jijah, Ashraf, E, dll), sahabat AIKOL Fest'10 (Raden, Arasy, Muslim, Khairul, Izzah,  Rai, Adik, Kak Maya, Umi dll.) sahabat-sahabat AIKOL (Busyra, Kak Nana, Che Ma, Ain, Kak Mar,  Mira & the geng, Syafiq, Junaidi, Kamal, Hafizul Faris dll.) yang turun mengundi, kalian sangat membantu. Semangat, keberadaan kalian, pengorbanan masa dan tenaga kalian amat saya hargai. Terima kasih yang tak terhingga.  

p/s: Mar & Kina, akak nak adiah spek mata itam! Buat Izzah, akak harap Izzah takkan senget mcm budak berdua nih. Haha..~





4 Percakapan:

Unknown said...

Tahniah Wat Iqah =)
LAWSOC da tukar kepimpinan,
FLAIRSOC still yg ari tu ler..'
Knis dn rakan2 still dlm perjuangan mendapatkan
hak2 yg sepatutnya untuk flairians..
doakan kejayaan kita semua ..tahniah IQAH..

Nurul Atiqah binti Rayah said...

Terima kasih Kak Anis. Sama-sama doakan, insya Allah. Iqah ni baru je lagi Kak Anis, byk bnde perlu Iqah buat utk students kt sini. :)

All the best, ade ms meh la visit UIA lg ye!~

Unknown said...

Salam Iqah, Insya Allah UniSZA jd tuan rumah utk NCCL, UIA pun akn hntr team kan.. skaligus kami plan utk memperkenalkan FUHA kt dunia luar Pntai Timur, Kami sgt berhajat nk bwk rakan2 LAW laen dtg ke TGANU..tggu yea, Insya Allah jadi dengan izin ALLAH..

Nurul Atiqah binti Rayah said...

Wslm Kak Anis..wah, bestnye! xsabo nk tunggu saat tu..sagt rindu ngn kwn2 kt unisza..insya Allah, kalau Allah izin, jd la event ni..jgn lupa jemput kitorg..:)

Post a Comment