Thursday, June 24, 2010 By: Nurul Atiqah binti Rayah

Ada Apa Dengan Rejab?

Hari ini hari Jumaat, 25 Jun 2010 bersamaan dengan 12 Rejab 1431H. Sedar atau tidak, sudah hampir 2 minggu hari-hari Rejab berlalu. Ada apa dengan Rejab? Mari kita singkap peristiwa-peristiwa Islam yang berlaku sepanjang bulan Rejab. Sebagai orang Islam, mahasiswa khususnya, wajarlah kita mengetahui peristiwa-peristiwa ini. Ia adalah sejarah Islam, seperti kata cendikiawan, "Sejarah tidak boleh dibeli, tapi ia boleh dipelihara."

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, bulan Rejab adalah bulan yang amat digalakkan berpuasa, kerana fadhilat berpuasa pada bulan Rejab amatlah besar sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.:
                           
"Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah   umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat."

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi:

"Puasa pada awal Rejab, pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya."
 
"Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari  sekurang-kurangnya sebuku roti."

 Selain kita semua dituntut berpuasa, hadith di bawah ini sangat menarik. Apabila bercakap tentang ukhwah, akhlak kita sesama mukmin yang lain amatlah dititik berat. Sejenak aku terfikir, sejauh mana pengorbananku terhadap sahabat-sahabat yang lain?

Rasullullah s.a.w. bersabda:

"Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kerumitan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus."


PERISTIWA PENTING DALAM BULAN INI

1) Penghijrahan pertama orang Islam ke Habsyah (Ethiopia) ketika Quraisy menindas mereka.

2) Perutusan Abdullah bin Jahsh Al Asadiy ke Nakhlah pada bulan ke-17 selepas Hijrah.

3) Peperangan Zi Ushairah pada tahun ke-2 Hijrah di kawasan antara Makkah ke Madinah kerana menyekat satu kafilah perdagangan Quraisy yang hendak ke Syam.

4) Peperangan Qaradah yang diketuai oleh Zaid bin Harithah.

5) Perutusan sekumpulan tentera pimpinan Abu Ubaidah bin Al-Jarrah ke Zi Qussah pada tahun ke-6 Hijrah yang disertai seramai 40 orang.

6) Perutusan Zaid bin Harithah yang diketuai oleh Rasulullah s.a.w. pada tahun ke-7 Hijrah ke tempat yang diduduki oleh orang Yahudi seperti Khaibar, Fadak, dan Taima' bagi menggertak mereka.

7) Peperangan Tabuk pada awal Rejab tahun ke-9 Hijrah. Juga dinamakan peperangan kesukaran (Al-Usrah).

8) Pembukaan Damsyik pada tahun ke-14 Hijrah bersamaan dengan 630 Masihi secara perdamaian.

9) Pengembalian Baitulmuqaddis kepada orang Islam apabila Salahuddin al-Ayubi memasukinya pada hari Jumaat, 27 Rejab tahun 583 Hijrah bersamaan dengan 2 Oktober 1187. 

10) Lahirnya Imam Syafie r.a. atau nama sebenarnya Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Gaza, Palestin pada tahun 150 Hijrah bersamaan 767 Masihi dalam bulan Rejab.


p/s: Peristiwa yang dihijaukan di atas adalah antara isu dunia yang sehingga hari ini tidak selesai..

Wallahua'lam bissowab..~

*sumber: Sirah Bulan-bulan Hijrah, Dr Engku Ahmad Zaki, mustread SDN BHD., 2010.

3 Percakapan:

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

insyaAllah, sama2 kita beramal..

hamba ALLAH said...

syukran atas perkongsian..

sedikit penambahan.. kalau boleh selepas ini, utk hadith2x yang diutarakan.. sebutkan sekali riwayatnya.. mudah untuk rujukan dan sebagainya..

insyaAllah.. =)

Nuril Qalbi said...

To Akh TG: Insya Allah..~

To hamba ALLAH: Syukran atas peringatan. Insya Allah, lepas ni takkan lupa..=)

Post a Comment