Monday, November 29, 2010 By: Nurul Atiqah binti Rayah

Berfikirlah..

Salam 'alaik..
Bila membaca dan melihat rentetan peristiwa akhir-akhir ini, saya pening kepala. Kenapa? Terlalu banyak kucar kacir yang berlaku. Tak cukup dengan isu perpecahan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), isu Korea Selatan dan Korea Utara mahu melancarkan peperangan, tengok berita kat TV, hari-hari memang wajib ada berita kes pelacuran, samun, merompak dan sebagainya.

Saya sebagai rakyat, dan sudah pun menjangkau 23 tahun berasa bertanggungjawab untuk mengambil peduli dan kisah tentang hal-hal berkenaan, bukan hanya menonton perlawanan bola sepak antara Manchester City dengan Tottenham, ataupun menyanjungi juara tennis dunia, Rafael Nadal sahaja. Ataupun, saya rasa saya tidak patut hanya duduk bermalasan menonton TV, menyaksikan drama-drama yg tercalon untuk Anugerah Skrin TV3 nanti.

Ada orang tanya saya, "Buat apa nak sibuk-sibuk? Kita bukannya pemimpin negara pun. Biar jela.." Aduhai, penyakit seperti ini sangat bahaya. Kawan-kawan, kalau bukan kita yang ambil berat dan ambil peduli, siapa lagi? Kalau bukan kita yang akan menerajui negara 1 hari nanti, siapa lagi? Ada jugak yang cakap, "Saya atas pagar, tak nak sokong mana-mana parti."

Golongan ini, bukanlah saya hendak kutuk tetapi golongan seperti ini, jika tidak ada pun tidak memberi apa-apa kerugian buat ummah. Sebab, mereka ini tak memberi manfaat kepada masyarakat. Bukanlah saya ingin melabel insan-insan seperti ini kerana saya juga manusia yang pasti banyak kelemahan. Namun, bagi saya berpendirianlah, kerana orang yang mempunyai pendirian itu pasti mempunyai matlamat hidup, pasti sayang akan ummah dan nasib bangsanya dengan melihat dan berfikir sebab terjadinya penyakit-penyakit sosial.

Untuk para mahasiswa khususnya, sangatlah sayang jika anda tidak mengalirkan bakti dan keringat anda untuk masyarakat, kerana anda orang terpelajar. Anda sememangnya harus ambil tahu dan peduli tentang nasib masyarakat di sekeliling anda. Anda tidak sepatutnya hanya mengisi masa cuti anda dengan bermain snooker, menonton wayang sahaja ataupun berpeleseran bersama teman-teman.

Ingatlah kembali sejarah Sultan Muhammad al-Fateh, seorang raja muda yang sangat hebat pasukan ketenteraaannya di mana beliau diangkat menjadi raja seawal usia 19 tahun. Di dalam hadith Nabi S.A.W., Baginda menyebut bahawa tentera Sultan Muhammad Al-Fateh dan tenteranya adalah sebaik-baik raja dan sebaik-baik tentera. Jauh benar jika mahu dibandingkan dengan muda-mudi pada hari ini.

Jika anda membuka Surah Taubah, cubalah memahami tafsir ayat-ayat dalam surah ini. Surah ini mengungkap bagaimana Allah murka terhadap golongan yang munafik pada zaman Rasulullah S.A.W. dulu. Siapakah golongan yang munafik ini? Mereka adalah golongan yang mengaku beriman kepada Allah, tetapi, apabila diseru untuk berperang, mereka memberi  pelbagai alasan. Nauzubillah, janganlah kita termasuk dalam golongan ini.

Bercakap memang mudah. Modalnya hanya air liur. Tapi, untuk membuktikan, 1000 keringat dan pengorbanan harus ditumpahkan. Saya memberi peringatan untuk sesiapa yang membaca, juga untuk diri saya sendiri. Kalau kita mengaku sayang dan cintakan Allah serta Rasul-Nya, mana buktinya?

0 Percakapan:

Post a Comment