Salam 'alaik..
Hari ini 1 Muharam 1432H, bermakna tulisan ini adalah entri untuk tahun baru. Apa yang ingin ditulis untuk entri kali ni? Mahu membebel lagi ke? Hehe. Bukan membebel, cuma sekadar luahan rasa. Setiap orang, lain rasanya. Itulah istimewa dan uniknya manusia atau insan ciptaan Allah ini.
Berlalu sudah tahun 1431H.Rasa macam terlalu sekejap. Rasa macam baru semalam memori itu berlalu. Rasa macam tak percaya. Rasa macam-macamlah. Hmm, boleh juga rasa belajar banyak perkara. Alhamdulillah 'ala kulli hal, diri ini makin positif. Diri ini semakin kuat. Diri ini belajar mempraktikkan Allah adalah segala-galanya.
REDHA
Seorang teman pernah mengingatkan, walau mulut berkata redha tapi hati masih dalam keraguan, itu tandanya keikhlasan telah hilang. Beristighfar sebentar diri ini. Betul, mulut laju berbicara, sedang hati? Benarkah apa yang ditutur sama dengan apa yang dirasa? Jujurlah wahai manusia.
"Aku redha dengan ujian ini," hati berbicara. Sedang hati mengeluh kesah, mempersoal ketentuan Ilahi. Memikirkan itu dan ini. Bukan orang lain, sayalah tu. Munafiknya.
Jalan terbaik, saya ambil keputusan untuk berserah segalanya pada Allah. Berserah setelah segala usaha dilakukan, bukan berpeluk tubuh sahaja.
Orang yang paling bahagia adalah orang yang mana bila ditimpa ujian, dia tersenyum lalu berkata, "Sesungguhnya kepada Allah ia kembali.."
Alangkah bahagianya insan seperti ini, dikurniakan pahala berkali ganda berkat kesabarannya dari keluh-kesah.
Eh, kenapa macam sedih je ni Iqah?
Sedih ke? Bukan sedih, cuma kadang-kadang bermuhasabah. Hidup ni takkan sentiasa indah. Suramnya pasti ada.Yang suram tu kadang-kadang boleh jadi anugerah. Anugerah untuk hamba yang tahu erti syukur. Anugerah buat hamba yang tahu mendekatkan diri kepada Penciptanya. Malanglah bagi hamba yang tidak pernah berasa untuk hidup bertuhan.
TEKAD BARU
Insya Allah, untuk tahun ini, moga-moga Allah pelihara kita semua dari segala fitnah dan hasad dengki. Moga-moga Allah tetapkan hati-hati ini di jalan menuju keredhaan-Nya. Moga-moga Allah kurniakan kemudahan dan kejayaan di dunia & akhirat. Moga-moga Allah mengurniakan yang baik-baik sahaja buat kita semua.
Dan yang paling utama, moga-moga Allah menguatkan hati-hati ini untuk melakukan penghijrahan! :)
p/s: Bacalah buku Nak Jadi Jadi tulisan Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj, ada cakap pasal hijrah. Sangat menarik! :)
0 Percakapan:
Post a Comment