Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Saturday, July 2, 2011 3 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Antara Gembira Dan Sedih

Tak tahu apa rasa dalam hati ni. Patut ke saya rasa gembira? Rasa gembira itu dengan menitiskan air mata ke? Tengah hari tadi, dapat berita gembira. Saya akan bergelar Mak Ngah tahun depan. (Suke-suke je Along bagi gelaran nih. Auntie Iqa k.) Masa tu perasaan excited tu tak payah cakap la. Memang suke sangat, sebab ni 1st time nak dapat anak sedare. Dah berangan nak beli baju baby lagi tau! :P

Tak lama kemudian, Abuya telefon. Masa saya angkat telefon tu, suara saya punyelah happy. Tapi suara Abuya lain. Suara Abuya macam tak bermaya. Saya dah pelik. Bila Abuya cakap yang Tokki dah takde, saya dah start nangis. Sedih. Terkilan. Kenapa saya takde kat rumah time Tokki meninggal? Saya tak sempat tengok Tokki buat kali terakhir. Masa arwah nenek pergi dulu pun saya dah cukup-cukup terkilan. Memang time ziarah kubur nenek, saya menangis tak dapat nak tahan-tahan lagi dah. Sedih sangat.

Tokki saya, saya panggil dia Ayoh. Sebab dia dah macam ayah saya. Banyak sangat yang buat saya teringat dekat Ayoh. Ayoh dulu buat gula melaka (orang Terengganu panggil nisang a.k.a gula manisan). Ingat lagi kalau kami balik kampung, Ayoh tengah kacau gula manisan yang sedang menggelegak dalam kawah, dalam bangsal  buruk Ayoh. Kami cucu-cucu Ayoh ni akan petik daun pokok koko dekat dengan bangsal Ayoh, kemudian tadah gula manisan tu dari Ayoh. Makan panas-panas, waktu gula tu tengah cair lagi. Sedap. Tambah sedap mungkin kerana tu hasil titik peluh Ayoh, tambah dengan kasih-sayang Ayoh sekali.

Bila sebelah mata Ayoh buta kena patuk burung hantu, Ayoh dah berhenti buat gula manisan. Ayoh hanya duduk rumah, dan berulang-alik ke Masjid Kubang Durian, betul-betul depan umah tiap kali azan dilaungkan. Ayoh pesan dekat saya supaya belajar sungguh-sungguh, nanti dapat gaji belanja Ayoh makan KFC. Saya hanya tergelak bila dengar nasihat Ayoh tu. Tapi dalam hati, saya dah kata "Insya Allah Ayoh, moga-moga Angah sempat tunaikan hasrat Ayoh tu".

Bila Angah terfikir pasal Ayoh, Angah doa supaya Allah panjangkan umur Ayoh. Supaya Angah sempat belanja Ayoh makan. Angah pernah terbayang macamana kalau tiba-tiba Ayoh pergi bila Angah ada kat sini, kat KL ni dan tak sempat balik pun tengok Ayoh. Dan hari ni, benda yang paling Angah tak mahu telah pun terjadi. Ayoh dah takde. Ayoh dah pergi jumpa Tuhan. Dan Angah hanya boleh tengok gambar Ayoh bila Angah rindu. Ayoh, Angah tak sempat pun jumpe Ayoh.

Cukuplah tu. Air mata ni tak nak berhenti mengalir. Ya Allah, kuatkanlah hati hamba-Mu ini. Tenangkanlah dia di sana, lapangkanlah dan terangilah kuburnya, mudahkanlah soal jawab antara dia dengan malaikat-Mu. Amiin.


Abuya dan Ayoh, Syawal 1430H

Daripada cucu ke-3 Allahyarham Mohd bin Musa,
17:52,
30 Rejab 1432H,
UIAM Gombak.

Saturday, June 25, 2011 0 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Bila Hati Dah Rindu..

"Mane pulak sebelah lagi kasut ni. Ishh.." Hati saya berkata sewaktu keluar dari Masjid As-Syakirin, Gombak.

Kelihatan dua orang kanak-kanak sedang mencuba-cuba kasut yang ada di antara segala kasut di luar masjid, bahagian muslimat. Saya melihat ke arah kaki salah seorang kanak-kanak itu. Oh, mereka sedang memakai sebelah kasut saya.


"Dik, boleh bagi kasut akak?" Saya bertanya sambil tersenyum.


"Ohh, kasut akak ea? Sori-sori. Kawan saya memang macam ni sikit." Petah salah seorang kanak-kanak itu menjawab.


Seorang lagi kanak-kanak hanya tersipu-sipu malu. Mungkin juga takut saya marah sebab 'tertangkap' sewaktu sedang pakai kasut saya. Hehe.


Bila saya melihat dua kanak-kanak ini, saya teringat zaman sewaktu dalam lingkungan umur mereka. Mungkin mereka berusia 8 ke 9 tahun. Darjah 2 atau 3 ketika itu. Waktu itu, saya ada 4 orang adik. Bila ada kuliah maghrib, Abuya akan bawak kami sekeluarga ke surau berhampiran rumah waktu itu. Surau Gelugor kami panggil. 


Selepas habis sekolah pula, saya akan ke kelas KAFA betul-betul depan rumah saya. Ustaz Mad, Ustazah Saripah, mereka sume adalah guru-guru yang mengajar saya. Saya sangat enjoy belajar waktu tu sebab saya suka dengan suma mata pelajaran agama, kecuali tajwid. Mata pelajaran tajwid saya paksa diri untuk faham dan hafal, sebab saya nak dapat no. 1 dalam kelas waktu tu. Kenangan yang sangat manis saya rasa, bila saya yang darjah 2 ni dapat no. 1 di kalangan abang-abang dan kakak-kakak kelas tahap 2. Memang rasa puas sebab saya buat tu semua dengan usaha saya, yang nak sangat berjaya.


Mentaliti waktu tu memang nak belajar sebab nak belajar. Maksud saya belajar bukan sebab terpaksa atau sebab Umi paksa, tapi memang suka belajar. Mungkin sebab dari kecik Umi selalu belikan buku-buku, sebab tu saya suka sangat membaca (masa kecik dulu je). Cara Umi didik kami adik-beradik memang tegas sangat. Sepupu-sepupu saya selalu je cakap Umi garang, tapi bila dah besar ni rasa grateful sangat dapat Umi. Kalau Umi tak tegas, mungkin saya takkan jadi macam saya pada hari ini.


Umi ambik berat segalanya tentang kami. Anak-anak perempuan, kami dilatih tutup aurat sejak berusia 4 ke 5 tahun lagi. Bila dah besar sikit, kami wajib pakai tudung bila keluar rumah atau bila ade orang (bukan muhrim) datang ke rumah. Saya ingat lagi, masa sekolah rendah dulu kalau beli baju raya, set baju t-shirt dengan seluar jeans wajib beli sebab dulu memang suka bergaya pakai seluar jeans & t-shirt. Tapi, bila raya masa form 1, Umi dah tak belikan seluar dah. Bila saya tanya kenapa, Umi cakap "Sebab Kakngah dah besar, tak manis pakai seluar.."


Dulu masa kecik-kecik memang pernah kena pukul dengan Umi. Mungkin sebab kami ni selalu buat perangai. Saya ni pulak masa kecik-kecik kalau tak dapat apa saya nak, memang saya nangis. Haha. Ada sekali tu saya kena pukul, sampai lebam. Memang best r. Makin kuat la menangis, tapi tak lama lepas nangis tu Umi pujuk sambil buat air untuk saya. Buruk gile perangai masa kecik dulu. :P


Paling tak boleh lupa masa saya nak beli baju pinafore Garfield masa shopping kat Parkson dengan Umi. Tapi Umi boleh buat tak tahu je. Saya tarik baju Umi sambil nangis-nangis. Hahaha. Nasib baik masa tu kecik lagi. So, orang tak kisah tengok saya menangis. (Jangan tiru ye adik-adik).


Abuya? Inilah ayah saya yang saaaaaaaaangattttttt cool! Marah bila perlu aje. Dan tak pernah tinggikan suara. Pukul? Oh, mungkin tidak. (Pernah kena debik dengan Abuya masa darjah 5, sebab kuat sangat nangis. Muahaha). Kalau time Abuya pukul, memang rasa dunia ni dah nak kiamat. Sebab Abuya tak pernah marah kami adik-beradik. Kalau ada yang tak kena, Abuya akan tegur elok-elok. Mungkin sebab ni, Abuya dekat dengan kami. Sanggup bersusah payah untuk kami. Umi pesan kat kami adik-beradik, kalau susah jangan bagitau Abuya, nanti Abuya susah hati.
 

Hari ini, waktu saya menulis pasal mereka, hati saya terpanggil-panggil untuk pulang ke rumah (homesick la tu). Teringat mereka berdua. Waktu kat rumah adalah waktu untuk menenangkan perasaan yang serabut. Tengok wajah ibu bapa kita kan dapat pahala? ;)


Untuk Umi dan Abuya kami, kami adik-beradik sedang berusaha untuk membahagiakan Umi & Abuya. Doakan kami agar dapat jadi anak yang soleh dan solehah, agar kami dapat sentiasa mendoakan Umi & Abuya. Doa Angah, semoga Allah panjangkan usia Umi & Abuya supaya Angah sempat berbakti dan membalas segala usahamu membesarkan kami adik-beradik. Kami sayang Umi & Abuya!  :)  


"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibubapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)".


p/s: "Kita tak boleh pilih siapa ibu bapa kita, tapi kita boleh pilih untuk jadikan mereka mulia atau sebaliknya".
Tuesday, June 14, 2011 0 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Di Sebalik Sebuah Majlis.. Part II (ending)

Assalamualaikum..

Hari ini saya dah pun berada di UIA setelah hampir 1 minggu berada di rumah. Alhamdulillah, bagi pihak abang saya segalanya berjalan dengan lancar walaupun dugaan melanda sepanjang hari kejadian. Nak tau dugaan ape? Ketiadaan air sepanjang kenduri kawin berlangsung. Masak jugaklah kitorang adik-beradik bersama sepupu-sepapat mengangkut air.

Kenapa takde air? Alkisahnya, paip pecah di jalan sebelum masuk ke simpang rumah saya. Pihak SATU (Syarikat Air Terengganu) tutup paip induk sebab nak baiki paip yang pecah tu. Walaupun air takde, saya bersyukur sebab segalanya sudah selesai. Sebagai wakil tuan rumah (ecece) saya nak ucapkan jutaan terima kasih buat sahabat-handai yang sudi datang, lebih-lebih lagi saudara-mara yang willingly datang dari jauh semata-mata nak tolong.

Secara jujur, saya sangat gembira bila dapat jumpa balik kawan-kawan masa kecik dulu (seriously saya tak sangka kamu akan datang kenduri ni). To Eri dan keluarga, memangla lawak masa kalian datang. Rasa macam tak caya. Ingat time kecik-kecik dulu dari PASTI lepak sama-sama, main game boy lepas balik sekolah, pegi KAFA sama-sama. Sume tu kenangan yang tak dapat dilupakan. Nanti time Eri kawin, kita 1 family plak gi serang umah dia. Hehe. :)

Buat orang yang paling sibuk time kenduri, Afif & Nazirul; terima kasih yang tak terhingga. Dari sebelum kenduri, sampai selesai kenduri, memang kamu terbaik. Patutla abang saya asyik duk puji-puji kamu. Katanya kamu teman sejati dia. Next kenduri saya panggil kamu lagi yek, jadi tukang masak plak. :)

Time kenduri nih, saya dah bersiap-sedia menghadapi soalan cepu-cemas; "Atiqah bila pulak?". Saya hanya akan jawab, "Insya Allah". Tu jawapan mantap dan selamat rasanya setelah dibincang bersama sepupu saya, Hanisah. Soalan dari Makcik Nora dan Makcik Tie lain sikit. Bunyi dia macam ni, "Iqah dah ada ke belum?" Saya jawab dengan jujur, "Belum ada". Kedua-dua makcik yang prihatin tersebut terkejut tak caya. Katanya anak-anak muda zaman sekarang biasanya sume berpakwe makwe. Tu anak muda zaman sekarang. Saya sukakan kelainan. :D

Makcik Tie, saya harap Makcik Tie tak baca blog saya ni tau. Sebab saya malu. Hahaha. Tak sangka Makcik Tie baca blog saya ni. Kiranya silent reader la nih. To Nadiah, jangan bagi Mak baca dah. Malu akak. :D

OK la, dah tak nak membebel panjang, biar gambar je yang berbicara. Cewah! :)


Baju rasmi pada hari kejadian :D


Para budiman melapah daging

Dengan sebelah tangan, cool mengacau rendang. :P

Adik (in the middle) bersama sepupu-sepapat.


Bersama mereka yang diraikan. :)


Untuk mereka yang banyak membantu sama ada sebelum, selepas atau semasa majlis ini berlangsung, terima kasih yang tidak terhingga. Segala bantuan yang anda hulurkan, jazakallahu khairan. Moga Allah mempermudahkan segala urusan kalian. Buat abang dan kakak ipar, barakallahulakuma. Angah doakan kalian akan sentiasa berbahagia di bawah rahmat Ilahi. Pasni tunggu anak sedara plak. Hihi. :D

May Allah bless! :)

Wassalam.

p/s: P.E.R.K.A.H.W.I.N.A.N. Satu tanggungjawab bukan hanya kepada pasangan kita,  tetapi keluarga kepada pasangan kita sendiri. Namun, satu yang sentiasa harus diingat, perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik juga. Kita melengkapi kekurangan pasangan kita dan begitulah sebaliknya. :)
Saturday, June 4, 2011 3 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Di Sebalik Sebuah Majlis.. Part I

Pagi Ahad itu, selepas bangun dari tidur, tangan saya terus mencapai handset. Sekeping SMS dihantar kepada Abuya, bertanya samada dah sampai rumah ke belum. Yela, bimbang jugak bila drive malam-malam ditambah dengan perut yang kenyang. Oh, untuk makluman semua 3hb Jun baru-baru ini selamatlah sudah abang saya yang hanya seorang tu diijabkabul. Untuk pertama kalinya saya menyaksikan sebuah acara penikahan dari mula hingga hujungnya. (Mungkin masa kecik dulu saya pernah ada dalam majlis nikah, cuma saya tak ambik peduli sangat.)

3hb Jun 2011

Tepat jam 3.00 petang tok kadi sampai di Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan Dalam, Kuala Lumpur. Muda lagi, segak pulak tu. Tok kadi ni yang handle majlis nikah abang saya. Mula-mula, tok kadi ni terangkan serba sedikit apa yang perlu dibuat dan tak lama lepas tu, khutbah nikah dibacakan secara ringkas. Masa khutbah nikah dibacakan tu, saya pulak yang rasa sebak. Yela, fikirkan tanggungjawab suami dan isteri ni. Bukan 1 tanggungjawab yang main-main. Nak bina 1 institusi kekeluargaan yang di dalamnya ada kebahagiaan & kasih sayang. Tambah lengkap kalau hasilnya nanti adalah anak-anak yang soleh dan solehah. Amiin..~

Bila dah habis tok kadi baca khutbah, tok kadi ajar abang saya lafaz akad. (Senang je pun..). Abang saya ni dari kat umah lagi dia dah macam nervous. Ape daa. Alhamdulillah, dengan 2 kali lafaz abang saya sah bergelar suami kepada kakak ipar saya. Ayah kepada pengantin perempuan sendiri yang nikahkan abang saya. Bila tiba waktu salam-salam dengan ahli keluarga tu, Abuya banyak bagi pesanan kat abang saya. Umi pulak menitiskan air mata sambil peluk Abang. Yela, anak sulung, lelaki pulak tu. Mestilah besar tanggungjawab nak jaga anak orang ni kan.  Saya pulak? Menangis jugaklah. Sebak. Maybe sebab saya fikir kami semua lepas ni dah ade life masing-masing. Ade keluarga masing-masing. :')


Maryam (adik ke-4) saya dah cakap kat saya sebelum abang saya diijabkabul tu, "Kakngah tak payah kawin lagi la lepas ni. Kalau Kakngah kawin mesti tak boleh main-main dah, tak boleh gurau-gurau dah". Errkkk..??! Terkejut sebentar. Dalam hati, "Nak kawin dengan sape Maryam? Kakakmu ini tak jumpe lagi dengan 'dia'..".

Saudara-mara pulak tak habis-habis usik, "Lepas ni turn Kakngah pulak."
Saya hanya mampu tersenyum. Tak reti dah nak jawab macamana. Biarkan jelah diorang. Untuk sekarang dan akan datang, saya percaya cinta selepas nikah. Saya cuba elakkan untuk ber'couple' sebelum nikah. Anda bagaimana? :)

4 Jun 2011

Majlis kenduri sebelah pengantin perempuan. Kami berarak ke rumah pengantin perempuan diiringi dengan paluan kompang. Sampainya kami di perkarangan rumah, ada pertunjukan silat rajawali. Mantap betul pesilat tu. Boleh bersilat dengan berkaki ayam di atas jalan tar, di tengah-tengah panas yang sangat terik tu. Saya, adik-adik, Umi & Abuya serta saudara-mara yang lain dan sepet-sepet mata tengok pertunjukan tu. (Sangat panas okay?)

Lepas tu, kami sekeluarga masuk ke dalam rumah. Pengantin ambik tempat kat atas pelamin. Doa pembuka majlis dibaca oleh Abuya sendiri. Panjang doa Abuya untuk keberkatan rumah tangga anak lelakinya yang sulung nih. Syahdu lagi time ni. :')

Sejurus selepas tu, acara tepung tawar pengantin. Mula-mula family belah kakak ipar dulu, kemudian, family belah Abang pulak. Family kami tak biasa dengan tepung tawar ni, tapi sebab hormatkan permintaan family belah kakak ipar ni, kami mara ke pelamin seorang demi seorang. Mula-mula Abuya dulu. Masa turn Abuya ni, sangatlah lame Abuya duk kat depan Abang. Abuya bagi nasihat. Pastu salam sambil peluk-peluk. (Touching lagi di sini). Ana (kakak ipar) tengok pun dah macam terharu.




Mereka bersama kakak ipar mereka.


Time saya tepung tawar sangatlah kelakar. Ni 1st time tau saya tepung tawar pengantin. Tau tak saya buat ape? Saya pergi tepung tawar Abang saya je, tak ingat pun kakak ipar kat sebelah Abang tu. Hahaha. Terkebil-kebil kakak ipar. Sampai dia kata, "Kakngah tak ingat Ana la tu". Hahaha. Sebenarnya saya nervous. Tak reti satu hal lagi. Hambik, kan dah malu tu! Hahaha. Tu pun saya pergi tepung tawar lepas dee jay majlis panggil saya. 1 majlis tu dengar. Maluu..~ :D

Lepas bersanding, pengantin keluar untuk makan beradat. Saya duk kat meja makan beradat tu! Hahaha. Eksaited bila tengok lauk-lauk dia yang special tu. Ada udang, ada ikan, ada ayam golek. Hahaha. Adik-adik yang makan kat meja VIP tu sume dah wat muka ala-ala tak puas hati. Hahaha. Seronok bangat! :)

Pastu dah habis makan beradat, pengantin pegi tukar baju untuk acara potong kek. Untuk acara potong kek, Abang pakai baju istiadat polis. (Makcik Aishah kata Rijal hensem. Oh, pliz Makcik Aishah. Saya tak dapat terima kenyataan ini. [ayat dengki].)

Hensem ke macam ni? :D

Time jumpa Makcik Aishah & Pakcik Munabir dengan Makcik Ana & Pakcik Awis paling best. Diorang sangat sporting, sangat peramah, dan sangat baik hati. Oh, FYI mereka yang disebutkan adalah sahabat-sahabat Abuya sewaktu Abuya sama-sama bekerja dengan mereka di Petronas Carigali. Puaslah semalam diorang mengimbau kenangan. Sumenya diorang cerita. Dulu, waktu saya kecik-kecik, Abuya & Umi selalu ke rumah Pakcik Munabir. Masa tu Pakcik Munabir duduk kat Kemasik. Yang saya ingat, bila pergi Umah Pakcik Munabir, saya selalu makan ais krim jeruk kelubi free. Masa tu Pakcik Munabir bukak kedai runcit. :)

Tu cite dulu. Semalam, bila sampai umah Pakcik Munabir, adik-adik sume excited. Rumah Pakcik Munabir sangat besar, okay? 3 tingkat, ruang atas Pakcik Munabir sewakan kat students UNITEN. Makcik Aishah tak habis-habis ajak kami tidur kat rumah dia. Seronok agaknya dapat jumpa kami sekeluarga lepas bertahun-tahun tak jumpa kami. Hehehe. Lepas solat jamak ta'khir kat rumah Pakcik Munabir, kami bergerak pula ke rumah Pakcik Awis di Saujana Impian, Kajang. Kali ni adik-adik dah macam terbeliak bijik mata sebab masuk je Umah Pakcik Awis, memang sangat cantik rumahnya. Boleh dikatakan hampir sume perhiasan dalam rumah Pakcik Awis dibeli dari luar negara. Dalam rumah Pakcik Awis pulak ada buaian kayu yang berukir. Sangat cantik! :)

Pakcik Awis orderkan satay kajang untuk kami semua. Puaslah hati Awis (bukan pakcik Awis ye, tapi adik saya yang nombor 6 namanya Muawwwiz tapi kami panggil Awis) dapat makan satay kajang. Yang paling kelakar, si Mujahid. Dia seronok sangat agaknya tengok rumah Pakcik Awis yang besar dan cantik tu, sampai tak nak balik. Hahaha.

Kami sekeluarga bergerak pulang lebih kurang jam 9 malam. Takut lewat pulak saya sampai ke UIA. Juga, bimbangkan Abuya mengantuk dalam perjalanan ke Terengganu. Sebelum itu, Kak Fatin anak sulung Pakcik Awis sempat ambik no phone saya. Kak Fatin keje kat Petronas Gas Kerteh rupanya, satu tempat keje ngan Abuya. Kata Kak Fatin, lepas ni bolehlah drive balik Terengganu sama-sama. Yeay! :)

Dalam hati saya, saya gembira dapat bertemu dengan mereka. Kata Umi, mereka adalah contoh orang kaya yang tak pernah sombong. Sebab tu rezeki mereka murah. Lantas, saya teringat ayat dalam Surah Ibrahim, ayat 7:


Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".

Sebagai satu selingan di sini, kalau kita ada rezeki yang lebih, jangan sombong, tak payah la rasa hebat dengan rezeki yang Allah bagi tu. Sebab sume tu bukan anda yang punya, tapi Allah bagi pinjam sekejap. Kalau anda kufur, bila-bila masa Allah boleh tarik balik. Sila jangan teragak-agak nak bersedeqah, tak matinya kalau anda hulur RM1 kat mereka-mereka yang menadah tangan kat anda bila anda ke pasar malam ke, tengah makan kat restoran ke. Sambil-sambil hulur tu, jangan lupa niat dalam hati, anda bersedeqah kepada mereka dengan niat kerana Allah, bukan sebab nak menunjuk ke apa. Biar Allah je yang kira amalan & niat hati anda. OK? :)

Sekian sahaja untuk kali ini. Nantikan entri Di Sebalik Sebuah Majlis.. Part II pulak ye. :)

Wassalam.

p/s: Gambar-gambar 'dipinjam' daripada facebook Juwairiyah Jalilah tanpa pengetahuan beliau. :D
Wednesday, March 16, 2011 6 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Gembirakan Orang Lain

Saya sangat suka dengan kata-kata "Kalau kamu tak mampu menggembirakan orang lain, sekurang-kurangnya janganlah pula menambah kesedihannya."

Ringkas, mudah difahami. Kata orang putih, short & precise. Tapi bagi saya kata-kata ini mungkin hanya akan difahami oleh insan-insan yang berhati nurani je. Yela, manusia kat dunia ni ada macam-macam jenis. Kadang-kadang jenis yang kita tak pernah terfikir dek akal pun ada. Maka, berwaspadalah. Sentiasa kuatkan diri menghadapi pelbagai jenis kerenah manusia ini.

Paling penting, berusahalah menjadi yang baik, walaupun tidak mampu menjadi yang terbaik. Manusia dicipta oleh Allah dengan akal, maka berfikirlah sebelum bertindak. Apa implikasinya, apa terbaik buat diri dan orang lain. Sangat benar, kita hidup di dunia ini secara bermasyarakat, dengan insan sekeliling, maka wajarlah dipertimbangkan hati dan perasaan orang lain. Mungkin hari ini kita rasa dia tak bermanfaat buat kita, tapi hari esok, mungkin Allah akan takdirkan sebaliknya.

"Sebaik-baik manusia adalah manusia yang bermanfaat untuk manusia yang lain."

Wallahua'lam.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Muhammad Mujahid Ilmi. Penceria kami, pengubat duka kami. Bintang hati kami. Si cilik petah dan bijak berkata-kata. Dia tidak reti menambah duka orang lain. Dia meriuhkan suasana dengan keletahnya. Bagi kami sekeluarga, dia insan tanpanya hilang seri. Walaupun usianya belumpun mencecah 6 tahun, namun dia tahu untuk tidak menambah kesedihan insan di sekelilingnya.
Bila sampai time Ahid suruh beli mainan, pun tak dikira menyusahkan sbb gerenti dia kan dapat. (-_-')



Sunday, March 13, 2011 9 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Senyum Dan Bersyukurlah

"Kakngah, Maryam nak cari ubat gemuk..tlg cari ke Maryam blh?" 
SMS yang saya terima dari adik saya, Maryam pada satu hari. Hampir tak percaya rasanya bila baca SMS tu. Biar betul budak ni. Nak makan ubat gemuk? Lantas saya menyentuh pad telefon tangan saya.

"Nk mkn ubat gemuk? Xpyhla, byk side-effect." Saya membalas.

"Maryam nak gemuk skit, tp xnk gemuk mcm Angah. Jus Mate yg Dr. Rozmey tu pun boley." Maryam membalas pula.

Cet! Sempat lg mengutuk kakak sendiri. Dalam masa yang sama, rasa nak gelak pun ada. Dr. Rozmey? Apa, dah kurang sangat ke produk 'ubat gemuk' kat Malaysia ni sampai nak guna produk Dr. Rozmey? Saya tergelak hairan.

Maryam makin kurus sejak dia kemalangan hari tu. Maryam terpaksa kawal makan, sebab lukanya di perut. Kalau silap makan, alamatnya memang tak bergerakla Maryam duduk di kerusi malasnya tu. Saya berjanji akan cuba mencari 'ubat gemuk' seperti yang diminta oleh Maryam. 

Dan dalam masa yang sama, sewaktu balik ke rumah minggu lalu, saya ditegur kerana kata Umi badan saya dah naik. Dah bulat. Ye ke? Saya tak perasan. Agaknya kat UIA ni asyik makan ayam je tiap-tiap hari, tu yang jadi macam ni. Belum kawin lagi, tapi badan dah berisi. (Tidakkk...!!!!!)

"Ala, ubat kurus kan banyak sekarang ni." 
Saya menjawab sekadar menyedapkan hati sendiri bila Umi cakap, baju saya dulu dah tak muat untuk dipakai. Adui, memang kena diet la ni Umi? (-_-')

Semalam lepas naik bas, dapat SMS dari Umi, "Ok jg diri n jgn mkn terlebih." 
Alahai ibuku sayang ni. Bimbang agaknya anak dara sulung dia ni terlebih chubby. Hehe. Umi, sebenarnya dalam hati, Angah sangat terharu sebab Umi sangat menjaga Angah. Tanya dah makan ubat ke belum, pesan suruh jaga diri, jaga makan, dan banyak nasihat-nasihat a.k.a bebelan mesra yang terdengar di telinga yang kadang-kala buat Angah sangat merindui Umi.

Abuya pula tetap memanjakan saya walaupun umur saya sekarang dah mencecah 24 tahun. Semalam Abuya sanggup keluar awal dari office semata-mata nak kejar bas saya, supaya dapatlah jumpa saya sebelum saya bertolak ke KL. Abuya, tak terhitung rasanya kepayahan Abuya demi Angah. Anakmu ini sudah dewasa. Jangan bimbang, Angah akan belajar untuk jadi insan yang kuat. Abuya, semalam Angah cakap kat Umi, tak payah tunggu Angah naik bas, Angah dah biasa sorang-sorang. 
Kuat tak Angah?:)

Jauh dalam hati, Angah nak jadi macam Abuya. Insan yang sangat banyak bagi contoh buat Angah. Kata Umi, Abuya tak reti marah orang. Walau seteruk mana pun orang melayan Abuya, Abuya tetap tersenyum dan sabar. Kadang-kadang Angah pulak yang rasa nak marah sebab orang buat orang yang Angah sayang macam tu. Abuya bagi agama kat anak-anak. Dan saya juga adik-beradik yang lain merasai nikmat iman dan Islam itu hari ini. Alhamdulillah, Angah sangat beruntung sebab ada ayah yang prihatin dan penyayang macam Abuya. ;)


Abuya & Umi: Angah akan kuat. Insya Allah. Angah takkan biarkan emosi Angah terjejas sebab orang yang tak penting pun dalam hidup Angah. Ye, yang benar takkan dikalahkan oleh yang batil. Untuk insan yang berjaya buat saya marah & bersedih, terima kasih yang tak terhingga buat kamu. Saya takkan melayan kamu, dan saya takkan jadi seperti kamu, menambahkan sedih orang lain. Saya kuat kerana adanya insan-insan yang saya sayang di belakang saya, dan hidup saya takkan terjejas kerana adanya kamu. Kerana kamu tidak penting langsung bagi saya. Sekian.

Monday, February 7, 2011 0 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Setianya Ayah

Awan Nano by Hafiz

Saya cuma nak kongsi lagu ni..

Yang bagi saya sangat best..

Lagu untuk seorang ayah..

Lirik dia bagus..

(ceh, dh mcm komposer lak komen-komen)

Dah-dah, lusa exam..

Nak study plak..

Doakan ye..:)


p/s: Alhamdulillah, Take Home Test Company Law II dah berjaya disubmit tepat jam 3.30 petang tadi. Leganya.

"Motif kena cite kat sini?"

"Biarlah, nak bagitau jugak. Penat saya bersengkang mata kat umah time cuti baru ni!"

"Nak menunjuk ea?"

"Tak, nak riya'. Hahaha."

"Ape-ape jela IQah oii.."
Monday, January 31, 2011 0 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Antara Cuti & Take Home Test

First time dapat take home test untuk holiday sepanjang jadi mahasiswi UIA ni. Dan first time jugak saya mengangkut buku pulang ke rumah. Dan setakat ini, buku-buku dan nota-nota Company Law II masih di atas meja dan belum dijengah. Oh, tolong saya! Saya nak cari kekuatan untuk membuka buku di rumah selain bermuka buku...~

Soalan ada 3 muka surat, dan saya tak baca 1 huruf pun lg melainkan nama plaintifnya adalah Kamla. Atiqah, sila rajin dan bersemangat! Belajar dari masa lalu. Tu yang saya bisikkan dalam hati. Malangnya hati berdegil bila saya baru nak duduk, dan ada suara memanggil. 

"Kakngah, Adik nak nasik..."

"Kakngah, tolong itu......"

"Kakngah, tolong ini......"

Sesungguhnya, masa cuti yang tak sampai pun seminggu ini perlu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk bersama keluarga. Dan kegelisahan pulak muncul bila sahabatku memberitahu tiket pulang ke KL sudah pun habis. Take home test saya perlu dihantar 7hb nanti. Hm, bertenang Iqah! Hal kecik je ni. 

"Last resort, ambik je bas dari Kuantan pulang ke KL," Abuya menyarankan. Settle! :)
Oh buku, bilalah agaknya kamu dapat kujengah? :(
Thursday, December 9, 2010 4 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Sharing Is Caring?

Salam 'alaik..
Cepatnya masa berlalu. Esok, insya Allah saya akan pulang semula ke UIA setelah hampir sebulan berada di rumah. Rasanya macam sekejap sangat duk kat umah. Kelas akan bermula semula pada 13hb ni. Subjek-subjek sume dah di'add' secara online semalam. Harapnya, semester baru ini akan merubah diri saya, serta semangat yang ada dalam diri. Insya Allah, semoga Allah menguatkan hati ini.

Berdebar menunggu minggu depan. Saya harus bersedia dari mental dan juga fizikal. Minggu depan dan hari-hari seterusnya bukanlah hari-hari yang biasa bagi saya. Saya tahu dan bersedia, bahawa saya harus mengorbankan masa yang saya ada. Moga Allah sentiasa membantu saya.

Sepanjang berada di rumah, saya jarang keluar. Kalau keluar pun, hanya bersama keluarga ataupun ke pantai bersama Fizah dan adik-adik. Maklumlah, musim tengkujuh di pantai timur bila tiba hujung tahun macam ni. Musim tengkujuh pun, sempat juga saya berjalan-jalan bersama keluarga di Pasar Payang. Hehe. Kebetulan, Umi nak cari barang sikit untuk 26hb ni.

Ada apa 26hb ni? Haa, yang tu kita kena tunggu. Surprise kata org putih. Hehe. Saya harap, segalanya akan berjalan dengan lancar dan yang paling penting semoga Allah memberkati majlis ini. Ameen~
(Saya dah excited terlebih pulak. Kih3)

Hm, oklah ye. Family ajak pegi Mesra Mall pulak. Hehe. Mentang-mentang la esok saya dah nak balik, hari ni baru ajak pegi. Sebelum ni tak penah jejak kaki pun kat Mesra Mall, cuma time nak makan Big Apple hari tu je, abang temankan. :)

Wassalam.
Friday, November 26, 2010 0 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

10th Sayyidah Shafiah

Salam 'alaik..
Alhamdulillah, semalam genap 10 tahun umur Sayyidah Shafiah, adik perempuan saya yang bongsu. Kami sekeluarga panggil dia 'Kakak'. Shafiah ada 1 orang adik lagi, sape lagi kalo bukan Mujahid. (Sebenarnya ada 2 orang adik, tapi yang seorang lagi dah jadi bidadari kat taman syurga).

Kami sekeluarga cuma buat sambutan secara kecil-kecilan sahaja. Umi masak laksa penang dan nasi beserta lauk ikan siakap masak merah. (Sedappp sgt..)
Abuya pulak bawak balik kek pada tengah hari itu. Kat Paka ni, tak banyak pilihan sangat. Tak banyak kek yang berkenan di hati, tapi kek yang Abuya pilih ni, boleh tahan jugak comelnya. :)

 
Ada orang cakap, tak perlu pun sambut hari lahir ni, sebab semakin bertambah usia, semakin menghampiri kematian. Ya, saya akui hal itu. Namun, bagi kami sekeluarga, setiap kali tiba hari ulang tahun ahli keluarga kami, 'wajib' ada tanda ingatan. Tanda ingatan itu bukanlah dengan menganjurkan 'birthday party' secara besar-besaran, cukup sekadar memasak dan menghidangkan hidangan yang sedikit istimewa, sambil diiringi doa selamat.


Bagi adik-beradik yang berada jauh di mata pula, kami tidak akan lupa tarikh ulang tahun kelahiran masing-masing. Contohnya, saya ada 10 orang adik-beradik, maka tarikh ulang tahun kelahiran 10 orang adik-beradik ini akan kami ingati, termasuk jugak tarikh lahir Umi dan Abuya. Bahkan, kami akan menghantar SMS, untuk saling mengingatkan tarikh hari lahir adik-beradik yang lain, ataupun tarikh ulang tahun kelahiran Umi & Abuya.

Secara peribadi, saya menganggap tanda ingatan seperti ini adalah tanda ikatan ukhwah kami sekeluarga. Tak perlu hadiah yang mahal-mahal, cukup sekadar ada yang mengingati. Mengingati itu tandanya ada yang mengambil berat dan menghargai kita. Kan? Apa lagi yang saya harapkan selain sebuah keluarga yang cukup bahagia, yang di dalamnya terisi dengan kasih sayang dan rahmat dari Dia.

Setakat ini, setiap kali tiba hari lahir saya, saya pasti akan dapat mesej ucapan daripada Umi, Abuya serta semua adik-beradik yang lain. Dalam ucapan itu, pasti akan ada doa yang dititipkan buat saya. Semestinya saya mengharapkan doa dari mereka dan kalian juga! 


Dan untuk Sayyidah Shafiah @ Kakak, Angah mendoakan semoga Kakak akan terus menjadi seorang anak yang solehah buat Umi & Abuya, juga berjaya di dunia dan akhirat. Amiin..~
Angah sayang Kakak!!! (^_^)

Tuesday, November 23, 2010 2 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Mujahid & Gigi

Berus gigi Ahid lebih kurang mcm ni la rupanya

Dah berhari-hari Mujahid sakit gigi. Minggu lepas, dalam perjalanan pulang ke kampung, Mujahid meraung kesakitan dek kerana gigi gerahamnya yang dah berlubang. Walaupun seminggu selepas hari raya Aidilfitri hari tu gigi geraham Mujahid baru lepas ditampung, tapi bese la kan. Budak sebaya Mujahid ni, sape la yang tak suke makan benda-benda manis. Ye dop?

Alkisahnya, malam ni Abuya bawak Mujahid pergi klinik untuk kali ke-2. Sebab semalam dah pergi, tapi terlalu ramai yang menunggu, dan doktor gigi pun dah tak nak terima pesakit, so balik jela. Malam ni, siap je solat maghrib, terus start enjin kete dan trus menuju ke klinik. Dalam pukul 9.15 malam, Abuya, Mujahid & Musayyad balik.

 Cantik tak gigi Ahid?

Setelah memberi salam, Mujahid dengan muka bergayanya tunjuk gigi yg doktor dah cabut tu kat kitorang. Siap cakap lg, "Tak sakit langsung.."
"Ceh, berlagak betul si Mujahid ni. Eeii, memang rasa nak gigit-gigit je budak ni."- ni saya cakap dalam hati.

Petang tadi, puas hati saya usik Mujahid. Saya tutup lampu bilik air time dia tengah mandi, saya peluk-peluk dia time dia tengah tengok TV, saya bagitau dia yang Abuya dah tak sayang dia. Hahaha. Puas hati usik Mujahid hari ni. Saya memang tak boleh tengok Mujahid duk diam. Mesti ade je benda yang saya nak usik dia. Tapi Mujahid ni pandai berlakon. Kalau agak-agak dia dah tak boleh melawan, dia akan buat-buat nangis. Lakonan dia memang terbaik! Haha. 

Ahid! Angah nak cubit-cubit, pastu Angah nak gigit-gigit Ahid! :P


Wednesday, September 22, 2010 4 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Travelog Raya 1431H..Saya. :)

Salam 'alaik. Dah hampir seminggu saya kembali meneruskan rutin sebagai seorang pelajar. Pun begitu, suasana raya masih terasa. Mana taknye, sampai je UIA, esok malam tu terus ada meeting untuk jamuan raya PERMATA (Persatuan Mahasiswa Anak-anak Terengganu). Semalam, dapat 2 SMS jemputan ke rumah terbuka. Hujung minggu ni, kalau ada rezeki dapatlah saya menghadiri jemputan-jemputan tersebut.

Sebenarnya banyak yang ingin dicoret di sini. Tapi, tak tahu macamane nak mula. Yela, dah cuti raya 2 minggu, blog ni pun cuti jugak. (Tuan dia bagi cuti). Sebelum saya membebel lebih panjang, nak tanya kamu yang sedang membaca ni, banyak ke dapat duit raya? Saya? *tersenyum*
Saya masih lagi dihulurkan duit raya walaupun saya pada mulanya memang malu nak ambik dan menolak (tapi at last ambik jugak). Yela, orang dah bagi kan. Rezeki jangan ditolak. Tapi takdela sampai beratus ringgit. :)

Oh, lupa plak! Tengok tajuk kat atas tu macam gempak je kan? Padahal cuma nak cakap, raya tahun ni maybe bermulanya raya yang 'matang' bagi saya. Kenapa? Sebab raya tahun ni dah pandai beraya umah sahabat-sahabat sekolah & cikgu-cikgu tanpa ditemani Umi & Abuya. Matang ke? Hehe. Yela, dalam erti kata lain dah pandai arrange dengan kawan-kawan nak gi beraya, naik kete sendiri-sendiri.

Kalau dulu, nak gi mana-mana, mesti mintak Umi atau Abuya hantarkan ataupun pergi dengan family je. Kalau family tak pergi, maka saya hanya bertapa dalam rumah. Tapi, tahun ni sangat rasa seronok sebab dapat jumpe balik sahabat-sahabat lama, sekolah rendah dan menengah serta cikgu-cikgu. Dalam masa yang sama, belajar untuk jadi lebih dewasa. 

Ziarah-menziarahi ni sangat penting rupa-rupanya untuk eratkan hubungan sesama kita. Contohnya raya ke-5 hari tu saya rancang ke rumah sahabat-sahabat sekolah rendah bersama 3 orang sahabat yang lain, yang mana 2 orang sahabat saya ni, kali terakhir saya jumpe mereka masa tingkatan 1 atau 2. Saya pun dah lupa. Tapi, bila je jumpa hari tu, macam-macam cerita yang keluar. Dan banyak benda jugak yang kita boleh belajar dari insan di sekeliling kita sebenarnya.

Travelog?Kronologi? Sila lihat di bawah ini:

Umi dan Tok Su

Raya  pertama, saya pulang ke kampung. Bermula solat sunat Aidilfitri di Masjid Rusila, Marang, kemudian ke kubur arwah nenek sebelah Umi. Usai ziarah kubur, terus ke rumah Tok Su, dan tengah hari balik ke Kampung Gelugur Kedai, kampung Abuya. Petang selepas asar terus ke Seberang Takir, menziarahi sanak-saudara di sana.

Bukan main suke lagi berendam

Raya ke-2, duduk di hotel dan oleh kerana Mujahid dari semalam lagi nak mandi kolam, maka dari pukul 10 pagi sampai pukul 12 tengah hari hampir satu keluarga (kecuali Umi, & adik-beradik perempuan yang dah besar)  berendam di dalam kolam kat Hotel Seri Malaysia tu. Kemudian check out hotel dan terus ke rumah salah seorang sahabat UIA di Kuala Terengganu. 

Raya ke-3, hanya berehat di rumah lantaran 2 hari letih beraya (konon). Tapi, tak berehat sangat jugak. Oleh kerana tahun ni keluarga saya merancang untuk mengadakan rumah terbuka pada hari raya ke-6, maka kami dikerah untuk mengemas, membersih, mencuci, menggaha, menyabit, merumput dan seangkatan dengannya. Hehe. Memang menitik jugak peluh (hiperbola macam biasa).

Raya ke-4, ada 2 jemputan kenduri kahwin atau walimatul urus sahabat di KOSPINT dulu. Bukan 1, tapi 2. 1 di Bukit Payong, 1 lagi kat puncak Besut nung. Setelah ditimbang tara dan difikir-fikir, maka kami sebulat suara mengambil keputusan untuk hadir ke kenduri Nursyaza Adang dengan suami beliau, merangkap senior kami Encik Zamri bin Salleh. Hehe. Maafla Ziela, dop dapat tengok mu sanding. Tula, lain kali kena bincang betul-betul dulu tarikh kenduri ni. Kalau umah sebelah-sebelah je takpe, ni kalau naik bas tengah hari, dari Kuala Terengganu maghrib baru sampai ke Besut nung. Jauh. Huhu.

Apa yang telah saya bebelkan ini? Hehe. Puas hati beraya hari ke-4 ni. Mana taknya, sampai Kemaman kitorang tuju. Sempat pegi umah  Cikgu Zaliha, jumpe senior-senior, junior-junior, walaupun tak sempat pergi umah Cikgu Noriah. Tahun depan jugaklah saya pergi umah cikgu ye, insya Allah kalau panjang umur. :)

Raya ke-5, ke rumah sahabat-sahabat sekolah rendah. Agak kekok jugaklah mula-mula bila dah jumpe sebab dah lame sangat dah tak jumpe. Kebetulan hari tu keluarga Sulehah ada buat rumah terbuka, so jumpe lagi ramai sahabat-sahabat kat sane. Segan sebab dah lame tak jumpe. Masing-masing semua dah berubah. Makin lawa, makin comel. Lelaki? Err..no comment! :)

 Antara yang hadir [kat luar xpayah cakap la..:P]

Raya ke-6, family gathering a.k.a open house di rumah saya. Memang letih, tapi sangat puas hati dan seronok. Kami buat 3 menu utama; laksa penang, nasi ayam dan mee udang. Semua menu habis licin. Ditambah dengan ramai yang datang dan saya termengah-mengah keluar masuk, tambah makanan, basuh pinggan dan layan tetamu. Selesai je majlis, kami sekeluarga dah berkira-kira dah nak plan camne time kenduri lepas ni. Kenduri ape tu? Haa, yang tu kita tak tau. Haha..~

Abuya & Pakcik Zam

Adriana; the one and youngest daughter of Pakcik Zam. Comel sgt!~

Raya ke-7, dapat jemputan ke 3 buah rumah terbuka. Malamnya pulak, lepas maghrib tiba-tiba umah blackout. Dan malam tu jugak, Pakcik Zam a.k.a Encik Zamri, kawan baik Abuya menjemput kami sekeluarga ke rumah beliau. Katanya nak jamu kami dengan hidangan western. Sampai di rumah beliau, memang saya makan banyak sebab saya suka spaghetti dan spaghetti yang dibuat oleh wife Pakcik Zam sangat special & sedap! (ada udang, ada ayam, ada capsicum..bla..bla..)

Raya ke-8, ade jemputan ke majlis kesyukuran kat area taman perumahan dekat dengan rumah saya. Kesyukuran sempena anak beliau sedar selepas seminggu koma akibat kemalangan dalam perjalanan ke surau untuk terawih. Berkatnya Ramadhan.. Dan saya sangat terkejut bila kat majlis tu jumpe kwn lame time sekolah rendah dulu. Sebabnya bila saya makan saya dah tak pandang kiri kanan dan tiba-tiba rasa macam ada yang sedang tengok saya makan dengan penuh bersemangat. Haha..:P

Malamnya pulak bertolak ke Kuantan, hantar adik balik ke kampus UiTM Kuantan. Rumah mulai sunyi pada pagi Sabtu itu, kerana adik-adik sorang demi sorang naik bas pulang ke kampus dan sekolah masing-masing. Petang tu, sempat menghadiri walimatul urus teman sepermainan waktu kecik dulu, Fadhil di Kertih. Semoga berbahagialah beliau dan isteri, Atun hingga ke syurga insya Allah. :)

Dalam pada kita seronok beraya ni, teringat pula sahabat-sahabat dan mereka yang sedang berdukacita. Beberapa hari sebelum raya, saya dapat perkhabaran ayah kepada salah seorang sahabat, juga adik kepada  salah seorang pensyarah AIKOL meninggal dunia. Keesokannya pula, dapat SMS bahawa sahabat saya sewaktu di KOSPINT dulu kemalangan. Tak lupa juga dengan berita tergempar kes Datuk Sosilawati Lawiya. 

Semoga Allah meringankan beban yang ditanggung oleh insan-insan berkenaan, juga menguatkan hati kita untuk sentiasa redha dan berserah pada-Nya. Amin..



Rasanya tak terlambat jugak untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua teman saya yang sudi berkunjung ke blog saya yang tak seberapa ni. Saya juga nak mintak maaf sekiranya saya ada mengguriskan perasaan kalian sama ada secara sedar atau tidak. Moga kita semua kembali kepada fitrah di hari yang penuh mulia ini. 

Wassalam. :)

* Gambar raya sangat banyak, tapi upload mane yg sempat je*


Tuesday, September 7, 2010 0 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Malam Lebih Baik Dari 1000 Bulan

Hari ni dah 29 Ramadhan. Semalam, kebanyakan teman-teman sibuk meramal lailatul qadar. Malam ganjil, antara salah satu tanda malam yang lebih baik dari 1000 bulan ini. Sebelum tidur semalam, saya berfikir sendirian. lailatul qadar ini hanya untuk mereka yang benar-benar terpilih sahajakah? Bagaimana jika seseorang itu bertemu lailatul qadar tanpa disedarinya? Oh, alangkah ruginya dia!

Sewaktu kami sekeluarga bersahur, adik perempuan saya yang sedang menuntut di UiTM bercerita kepada kami bahawa dia terdengar ayam & itik jiran kami tidak berhenti-henti berbunyi. Lalu dia bertanya adakah itu antara salah satu tanda-tanda lailatul qadar? Saya hanya cuba berseloroh sambil mengatakan bahawa itu adalah simptom biasa bagi binatang ternakan, tetapi dia dengan yakin berpendapat bahawa itu adalah satu kejadian yang luar biasa. Wallahua'lam. :D

Teringat pada zaman persekolahan dulu, Ustazah Amnah, guru Bahasa Arab Tinggi merangkap guru kelas saya pernah bercerita bahawa keajaiban lailatul qadar ini telah Allah perlihatkan dengan pelbagai tanda-tanda yang kadang-kala tidak pernah terfikir oleh akal manusia. Ceritanya begini;

Ada seorang nenek yang buta tinggal berdua dengan seorang cucunya. Mereka tinggal dengan keadaan yang miskin, tetapi nenek tua ini tidak pernah mengabaikan cucunya meskipun dirinya buta. Suatu malam (dipercayai malam itu adalah malam lailatul qadar), nenek tua ini hendak mengambil wudhu' di perigi. Tetapi tiba-tiba beliau berasa sangat terkejut kerana air di dalam perigi itu menjadi beku seperti ais.

Lantas, dengan rasa yang kagum kepada Allah serta yakin bahawa ini adalah salah satu petunjuk malam yang dinanti-nanti oleh setiap hamba-Nya pada bulan Ramadhan, beliau berdoa,"Ya Allah, jika Engkau telah memilih aku sebagai hamba-Mu yang beruntung pada malam ini, maka sembuhkanlah penglihatanku ini."

Lantas, dengan izin Allah, maka nenek tua itu kembali melihat. Itulah antara kekuasaan Allah bagi hamba-hamba-Nya yang sentiasa berserah dan percaya dengan janji Allah. Ada juga seorang teman yang mengatakan bahawa Syeikh Ibrahim Samaluti,tuan guru kpd Syeikh Soleh Jaa'fari dan Syeikh Idris al-Marbawi,pernah mendapat lailatul qadar, ketika bersujud di Masjid Sayyidina Hussain. Beliau mendengar batu berzikir kpd Allah.

Subhanallah. Diri ini terasa sangat-sangat kerdil. Mereka adalah insan-insan yang terpilih. Tapi, kita ini kadang-kala tenggelam dengan kelalaian. Betapa diri ini sangat rugi, sedangkan kematian sentiasa menghampiri. Saya berdoa kepada Tuhan, supaya Dia kuatkan kita meniti jalan hidup ini, memberi hidayah sehingga akhir denyut nadi. Aminn~
Wednesday, August 25, 2010 2 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Tidur...

Tadi check inbox Yahoo!, ada e-mail dari Abuya. Abuya share tazkirah ni. So, saya pun nak share jugaklah dengan anda semua. Moga bermanfaat. ;)



Diriwayatkan daripada Barra2 bin ‘Azib r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
إذا أتيت مضجعك فتوضأ وضوءك للصلاة ثم اضطجع على شقك الأيمن...

Maksudnya: “Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu. (Hr Bukhari dan Muslim)

Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring pada lambung kanan. Adapun tidor dengan cara yang lain adalah seperti berikut:-

Tidur dengan meniarap

Dr Zafir al-Attar berkata:

“Seseorang yang tidur meniarap diatas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak. “

Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri.

Majalah ‘Times’ telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap.

Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:

إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله
Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:

قم واقعد فإنها نومة جهنمية
Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)

Tidur menelentang


Dr Zafir al-Attar berkata:

Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngya rahang bawah.

Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara.

Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya meneyebabkan radang.

Tidur mengiring ke kiri

Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua.Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.

Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke kiri

Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung diantara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.

Tidur yang terbaik


Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman. 

Wallahua'lam. ;)


Monday, August 23, 2010 0 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Meniti Hari Dewasa

Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran buat Sang Pencipta, kerana dengan izin Dia jua maka genaplah kelmarin umurku menjejak 23 tahun. Ramai yang bertanya, apa hadiah istimewa yang saya dapat tahun ini? Saya tersenyum, lalu menjawab. Saya dapat "pelajaran".

Malam 21 Ogos, kebetulan saya ada meeting. Saya memang  tak ingat langsung yang esoknya adalah hari lahir saya. Selesai meeting, saya memeriksa peti surat telefon tangan saya. "No space for new messages." Mencurah-curah mesej masuk. Tak menang tangan. Jari menekan punat telefon. Saya tersenyum apabila membaca salah satu mesej dari senior saya itu.

"Bagi menyempurnakan titah perintah seri paduka baginda yang dpertuan agong~ setelah diperkenankan oleh duli duli maha mulia raja raja~ adalah dgn ini diisytiharkan tarikh bg besday NURUL ATIQAH RAYAH pd thn ini adlh dtetapkan pd 12 Ramadhan bsamaan 22 Ogos 2010..Puasa jgn xpuasa =p
Hapy besday shbtku,treasurerku,keriaku. Life have always moving, thus keep moving ya. Kalau tidak kita akan tertinggal. Tahun dpn kalau ada umur pnjg, Ahmad wish lg. =)"
[Ahmad, terima kasih sbb selalu bg kata-kata nasihat & semangat buat IQah]

Saya terharu apabila dapat mesej dari mantan PM AIKOL Fest'10, Raden.
"Eidul miladi sa'id ya ukhti Atiqah min Terengganu.. Semoga hidup kamu sentiasa di bwh rahmat-Nya, menjadi kebanggaan ibu ayah & family, menjadi sahabat yang setia, menjadi hamba yang taat pd-Nya:)
Semoga istiqamah dalam perjuangan..."
[Amin ya Rabb..Raden, walaupun kamu suke nyakat & kutuk saya, still you're kindest PM that I ever known..terima kasih kerana selalu mendoakan saya & sentiasa meletakkan harapan atas kebolehan saya.] :)

Anis (sahabat baik sewaktu di KOSPINT) memang awal-awal lagi dah call. Anis memang akan call tiap kali tiba waktu ulang tahun kelahiran saya. Mesej dari sahabat-sahabat di KUSZA pula masuk satu-satu. 

Bila online, saya periksa FB saya. Sangat ramai yang bagi ucapan hari lahir. Sampai saya rasa macam tak larat dah nak ucap terima kasih satu-satu untuk mereka. Lalu saya postkan status, menyampaikan rasa kesyukuran yang tak terhingga. Doa dari mereka amat saya harapkan untuk terus berjuang.

Pagi Ahad, 22 Ogos itu saya mesej Umi. Saya ucapkan terima kasih atas kesakitan Umi melahirkan saya, mendidik saya dengan penuh sabar. Tak terbalas rasanya setiap pengorbanan mereka. Kepada Abuya, saya menitipkan mesej yang hampir sama. Umi membalas mesej saya mengatakan keterharuannya. Abuya pula menelefon saya sejurus menerima ucapan saya.

Setelah itu, handset saya bergetar lagi.
"Life like a book. Every day has a new page, with adventurous to tell, lessons to learn, and about a good deeds to remember. Hope you have a good chapter this 24th year."
[saya baru 23 tahun masuk tahun ini] :D

"Salam. Buat Kak Iqah yg dikasihi, selamat hari lahir yg ke-22. Semoga segala impian & hajat akan tercapai. Terima kasih sbb menjadi kakak yg baik wt Kina & sentiasa bersama ketika susah dan senang. N terima kasih jugak sbb sokmo usik Kina. Haha. Luv U! Gunekan kesempatan time berbuka nanti utk berdoa & wt hajat. Insya Allah termakbul. Hehe."
[yg ni dari Sakinah Sulaiman, one of adik yg rapat dengan saya kat UIA ni. Saya sgtla suke usik dia. Kalo dia dh gelabah tu la yg paling saya suka. Haha..Btw Kina, akak dh 23 thn la thn ni. Akak tau muke akak nmpak muda kn, that's y la..Hehe..]

Menjelang malam, saya dapat mesej birthday lagi.
"Decide what you want & go for it. Take a deep breath and one giant step. You'll be dat much closer ;)
Utk Cik Kak Treasurer PC CONVEST, Kak Tiqah Rayah yg berdedikasi, Happy Birthday. May Allah bless you. Many happiness ahead. Be who you are and say what you feel, because who mind doesn't matter, who matter, doesn't mind.-anisayu
[Anisayu, dia muda dari saya, tp lebih tinggi dari saya. Hehe. Pernah terlibat dlm beberapa program AIKOL dengan si manis ni, dan kali ni kami akan bekerja sama-sama utk CONVEST'10, insya Allah.]
Rasanya, ulang tahun pada kali ini memberikan 1001 erti buat saya. Saya berterima kasih pada Dia kerana telah mengajar saya banyak perkara, memberikan saya erti hidup yang sebenar. Bila saya berfikir dalam-dalam, saya takut. Amalan saya sangat sedikit, sedangkan umur saya sudah hampir dengan kematian.

Sekali lagi, buat sahabat-sahabat yang sangat saya hargai dan sayangi, terima kasih yang tak terhingga buat kalian. Kehadiran kalian penguat semangat saya.

Buat Ustazah Ramizah, terima kasih atas ucapan.

Buat Abg Rijal, Kakteh, Maryam, Ilah, & adik-adik Angah yang lain, terima kasih juga sbb sentiasa ingat dan rindu kat Angah.;D

Yang teristimewa; buat Umi & Abuya yang sangat-sangat Angah sayangi sepenuh hati, terima kasih kerana menjadi ibu bapa terbaik di dunia ini. 

Moga Allah memberkati kita semua. ;)