Saturday, April 23, 2011 7 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Melangkah Ke Alam Baru

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, minggu ini saya telah selamat melangkah ke alam baru. Eh, bukan alam rumah tangga tau. Tapi, alam pekerjaan. Isnin baru ni merupakan hari pertama saya memulakan Program Sangkutan Undang-undang atau in English we call it 'Law Attachment Programme' (LAP). Sebenarnya, kalo nak cite pasal praktikal ni, bukanlah benda baru bagi saya sebab time diploma dulu dah 2 kali buat praktikal ni. Tapi, setiap pengalaman tu mestila tak sama kan? Lagi-lagi kalo tempat pun berlainan.

Kali pertama buat praktikal kat Putrajaya, Biro Bantuan Guaman. Boleh dikatakan, part ni the best practical time ever in my life sebab kat sinila hubungan dengan staff sangat rapat. Even family pun dah saling mengenal diorang, ziarah ke rumah. Kali kedua buat dekat law firm kat Dungun, pun best jugak. Sebab dapat enche boss yang sporting. Staff pun gila-gila. Kirenya kalau buat keje tak stress sangat la. Hakim Syariah kat Mahkamah Syariah Kemaman time tu hensem. Enche boss warning saya yang tok hakim tu dah ada anak 5 bila dia tau saya suka tok hakim tu. Haha. Teringat main tulis-tulis kertas ngan Kak Nor bila bosan dgr kes bersidang. Masa tu, Kak Nor tengah buat chambering kat law firm yang sama. Kirenye Kak Nor pembantu enche boss la.

So, kali ni merupakan kali ke-3 buat praktikal. Perasaan nervous pada hari pertama tu takde la sangat. Lagi pun, ada Fizah di sisi menemani saya. Cewah! Cuma macam-macam kejadian yang berlaku sepanjang minggu pertama ni. Dengan 2 kemalangan berlaku depan mata on the way nak gi keje, ada orang mengamuk pecahkan cermin tingkap bas, jumpa pakcik bas yang suka menengking penumpang, dan tak kurang jugak peristiwa sweet macam 20hb April baru ni birthday Dato'. So, Dato' belanja 1 blok department kat situ lunch. Alhamdulillah. Pastu, berkenalan ngan akak jual air yang ramah, staff pun boleh tahan happening. Diorang kata saya suka gelak. Mane taknye, asal baca berita online, saya gelak sorang-sorang. (Saya tak dapat nak tahan gelak bila baca berita video seks DSAI).

Dan tak kurang jugak dengan benda yang paling buat saya tertekan selagi tak siap.

 sebahagian dari fail-fail yang saya dapat

Bila boss panggil, "Atie, awak ambik fail ni, taip list..bla..bla..bla.." Oh, saya dapat keje rumah tau. Memang seronok*sambil tangan kat bahu*. Kena buat research cases. But it doesn't matter. This is the important step from my learning part, insya Allah. Seronok bila dapat tolong orang, tapi nak selesaikan satu-satu kes tu bukan mudah. Saya baru belajar, ada banyak benda lagi yang saya kena tau dan explore. Dan harapan saya semoga Allah permudahkan segala urusan saya dan sahabat-sahabat selama 12 minggu buat Latihan Sangkutan Undang-undang ni, Insya Allah. Moga bermanfaat untuk kami semua. :)

p/s: Boss saya, Cik Nazirah panggil saya Atie. Dapat 1 nick name baru. Comel kan? :D
Saturday, April 16, 2011 1 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Ketakutan Saya Berasas

Pengasuh cedera di lengan digigit haiwan liar ceroboh rumah

MERLIMAU: Seorang budak perempuan berusia 15 bulan cedera dan terpaksa menerima kira-kira 30 jahitan manakala tangan pengasuhnya turut luka selepas mereka diserang seekor kera liar ketika tidur di sebuah rumah di Kampung Kilang Berapi di sini, kelmarin. 

Budak berkenaan, Siti Hajar Abd Razak cedera pada bahagian dahi; hidung; bibir dan tapak tangan kiri dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu. Pengasuhnya, Rokiah Abd Rahman, 59, pula luka pada kedua-dua tapak tangannya.
Rokiah berkata, sebelum kejadian, beliau baring sambil menidurkan Siti Hajar di ruang tamu sebelum kedua-duanya terlena dan diserang seekor kera yang dipercayai masuk ke rumahnya melalui bumbung.

“Saya terjaga dari tidur apabila tangan berasa pedih dan amat terkejut melihatkan haiwan berkenaan menggigit tangan saya. Dengan pantas saya terus menepisnya dan akhirnya kera itu melepaskan gigitannya.

“Bagaimanapun, kera itu terus bertindak liar menerkam Siti Hajar yang tidur dan menggigit kepalanya. Saya terus mencekik leher kera terbabit sehingga haiwan itu melepaskan kepala Siti Hajar yang berlumuran darah,” katanya ketika ditemui di Hospital Melaka di sini, semalam.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Roslan Ahmad, yang turut melawat bagi melihat keadaan kedua-dua mangsa.
Rokiah berkata, ketika kejadian, semua pintu dan tingkap rumah tertutup dan beliau bernasib baik apabila kejadian itu turut disedari salah seorang jiran yang menghalau haiwan liar berkenaan.

“Saya segera membawa Siti Hajar ke klinik sebelum dirujuk ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, bapa Siti Hajar, Abdul Razak Bakar, 33, berkata, beliau tergamam apabila dimaklumkan kejadian yang menimpa anak sulungnya.

“Saya bimbangkan nasib Siti Hajar yang mungkin membawa maut seperti beberapa kes serangan haiwan liar sebelum ini.

“Namun syukurlah kerana mata Siti Hajar tidak cedera biarpun menerima beberapa jahitan dan luka pada dahi; hidung; bibir dan tapak tangan kiri,” katanya.

Sumber: Berita Hairan online.

*kan teman dah kabo, beruk, monyet, kera, ungka & family merbahaya!*

Thursday, April 14, 2011 4 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Suka Duka Final Exam

Assalamualaikum..

Dah hampir empat hari duk umah, baru nak tulis pasal final exam? Bukan macam tu, yang sebenarnya saya memang sengaja tunggu 14hb baru nak post pasal final exam. Kenapa? Sebab hampir semua sahabat saya, last papernya pada hari ini. So, untuk meraikan mereka, saya sengaja taip post ni setelah mereka selesai menduduki final exam. So, apa yang saya nak cerita dalam post ni?

Final exam di UIAM (Gombak) pada semester ini bermula pada 31 Mac 2011 secara rasminya. Jadual exam saya untuk semester ini rapat-rapat. Gap tak lame. Paling lame pun 3 hari. Sebab tu saya habis sume paper awal (10hb April). Yang paling siksa bila ada 3 paper berderet setiap hari. Memang sangat tension. Rasa macam nak gigit-gigit je buku + notes tu. Padan muka saya jugak kan? Sape suruh study last minute? Masa study tu, macam-macam yang datang dalam kepala. Perasaan menyesal tu tak payah cakap la. 

"Nyesalnya aku tak wat study group......, nyesalnya aku tak prepare notes awal-awal....., nyesalnya tak gi consult lecturer....., nyesalnye (macam-macam nyesal la)..sob3.~"

"Tak payahlah nak menyesal, kalo ko nyesal kuar air mata darah sekalipun, masa takkan berpatah balik. Yang ada cuma masa yang terus berlari.." 
Satu suara lain pulak melawan perasaan menyesal saya.

Dalam hati bertekad buat yang terbaik. Pulun jela, dah namanya pun student, mesti la tekanannya belajar, ye dop? Kalau taknak susah, tak payah belajar. Duk umah jela tunggu orang masuk meminang. Ngee..~


Suka Duka I

Untuk semester ni, alhamdulillah ada jugak buat study group. Beberapa hari sebelum exam, pergi ofis LAWSOC, study kat sana. Saya tak keseorangan. Ada adik-adik yang menemani. Achik (Taufiq), Uteh (Afif a.k.a Mawi), Amal & Fiza. Ni 'suspek' tetap yang memang akan datang study kat ofis. Cuba jugak untuk terus bertahan study kat bilik, tapi mata ni asyik nak pejam + badan akan secara automatik landing kat atas katil yang sentiasa melambai-lambai tu. Huh. Dugaan..dugaan.. Cuaca pulak tak menentu sekarang ni. Tak kira pagi atau petang memang kerap hujan. Bila dah hujan tu, dugaan bertambah kuat. Ditambah dengan angin sepoi-sepoi 'berbudi bahasa'. Memang saje je suruh saya merehatkan diri. (Setan memang suka goda orang nak belajar). 

So, ambik langkah selamat, study kat ofis secara berjemaah. Kalau ada yang tak faham, boleh tanya diorang. Dan sebenarnya belajar secara berkumpulan ni lebih baik dari belajar secara bersendirian. Eh, dah jadi macam tajuk debat pulak. Hehe. Walaupun tak dinafikan, bila study ramai-ramai ni kemungkinan untuk bersembang tu ada. Tapi kena pandai-pandai ambik peranan la. Part paling best, bila dah habis study dalam pukul 4 lebih tu kami dah mula berjemaah pegi cafe. Cari makanan. Pastu, duk bersila kat bawah, makan sama-sama. Memang mantap sekali ukhwah kami. :P

Awok akan ingat kat kome sume bile makan bende nih. (*ngee~) (T_T)

Bila dah bersembang ramai-ramai, keluar la macam-macam cerita, macam-macam perangai, macam-macam rahsia.
Ayat famous Uteh, "Ngade..sibuk je..banyok cakak teh.." 
Uteh ni nampak je macam garang tapi hati dia baik dan lembut sebenarnya. Tak caya? Tryla kawan ngan dia. Memang dia seorang yang sangat menghargai kawan-kawan dan orang yang dia sayang. Kira macam family man pun ye jugak Uteh ni. :)

Ayat famous Achik pulak, "Kekgi..Takdi..Kemah-moleP..Kemah-keming.." 
Achik ni pulak asal Johor, tapi gatal nak cakak Ganu. Tu yang selalu guna perkataan-perkataan Ganu yang dia dengar di sekeliling dia. Suka bercerita tentang isu semasa, filem yang dia tengok dan tak kurang jugak dengan novel yang dia baca. Achik hafal setiap dialog dalam cite yang dia tengok tau. Dia suka tiru gaya Usop Wilcha cakap dalam filem 'Hantu Kak Limah Balik Umah'. Memang tak tahan nak gelak kalau duk ngan Achik nih.

 Achik & Uteh sewaktu Group Binding LAWSOC 10/11.

Trademark Amal pulak, "Lempang kang..Sepatutnya...Amal dulu kan..Mak ngan Abah Amal...bla bla bla.." 
Hahaha. Amal memang suka bercerita. Macam-macam ceritalah yang kuar. Panas dan sensasi pulak tu. Amal jugak suke ketawa. She's very friendly kind of girl. Seriously. Easy to make friend with. Eh, awat ter'speaking' pulak ni? Ape daa..1 lagi, Amal suka (suka?) sangat belanja saya. Dah banyak kali Amal tak nak terima duit bila saya nak bayar balik. Amal, akak will miss you so much la within 5 months holiday ni. (T_T)

 Amal : Yang pakai tudung kaler itam. :D


Buat Uteh, Achik & Amal: Terima kasih yang tak terhingga atas segala kebaikan korang. Sejujurnya, korang bagi semangat kat Akak untuk terus gigih berusaha. Korang inspirasi akak untuk berjaya. Akak kagum dengan semangat yang korang ada. Moga Allah terus mengekalkan kita semua atas jalan ini. Akak akan rindu sangat kat korang nanti. Jaga diri baik-baik. Jangan lupa keep in touch! :)


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


Suka Duka II

Dalam jam 6.00 petang, 1 SMS diterima. 

"Salam. Iqah nak makan same tak?"
-sender: Amy GC

"Wslm. Boleh jugak. Tp lewat skit tau. Iqah baru balik ni." Saya membalas.

"OK." Ringkas balasan Amy.

Jam 6.30 petang, terdengar ketukan di pintu. Wajah Amy terjengul di muka pintu. Saya bersiap dan mencapai tudung, terus keluar. Kami beriringan berjalan menuju ke cafe. Entah kenapa, laju je kaki saya melangkah melalui jalan yang sebelum ini jarang dilalui sambil mulut rancak bersembang dengan Amy. Tiba- tiba di pertengahan jalan ada sekumpulan makhluk berkumpul. Langkah saya dan Amy terhenti. Saya pandang Amy, Amy pandang saya. Makhluk tu pun pandang kami berdua tidak berkelip. 

"Apa kita nak buat ni Amy?" Saya dah mula panik bila muka makhluk tu memandang kami macam nak menerkam.

"Syuhh..syuhh....!!!!" Amy cuba menghalau makhluk-makhluk tersebut sambil menghentak kaki.

Malangnya, 2 ekor dari makhluk tu bukan melarikan diri, tapi terus mara ke arah kami. Waktu tu, Amy dan saya dah menjerit-jerit. Warga mahallah dari blok-blok berdekatan terus menjenguk ke tingkap. Terkejut mendengar jeritan kami barangkali. Mereka yang sedang berjalan berdekatan dengan tempat kejadian pun turut sama memerhatikan kami yang terjerit-jerit tu. Masa tu, saya fikir satu je. LARI!!! Saya lari dan dalam masa yang sama fikir kat mana Amy. Rupa-rupanya Amy dah awal-awal panjat bukit nak selamatkan diri. Sampai tinggal sume; beg duit, handphone & sandal berdekatan dengan makhluk tu tadi.

Bila saya sampai kat Amy, dalam keadaan yang kelam-kabut macam tu, barulah Amy terfikirkan dan risaukan beg duit, sandal dan handphonenya tu. Nasib baik makhluk tu tak bawak lari. Sisters yang menyaksikan kejadian petang tu, ada yang tergelak-gelak dari tingkap masing-masing. Cis! Sungguh memalukan. Sungguh tak percaya yang saya menjerit-jerit macam kena histeria. Wat kecoh je. Tak kurang jugak yang cuba menenangkan kami. Tak lama lepas tu, saya dan Amy pergi dapatkan balik barang-barang Amy yang ditinggalkan bila makhluk-makhluk tu dah takde kat situ. Kami terus menuju ke cafe sambil muka kami merah menahan ketawa, malu, dan trauma. Memang terbahak-bahak kami ketawa bila sampai di cafe. Macam tak caya je kami ni penakut. Ingatkan berani sangat. Ceh!

Setiap kali kalau kami ingat balik pasal peristiwa ni, memang akan ketawa terbahak-bahak. Kelakar sangat-sangat. Dengan makhluk tu pun takut. Tapi, makhluk ni memang bahaya. Boleh gigit orang. If come to the worst boleh membunuh. Scary tau. Tapi ada yang cakap kalau jumpa dengan makhluk ni, jangan tengok. Just wat tak tau je. Bagi kami pulak, cakap la  suruh buat apa sekali pun, kami takkan berani lagi lalu jalan yang ada makhluk tu. Kami trauma. Itulah hakikat yang terpaksa kami telan. (hahaha)

 Makhluk itu. *sigh*

Buat Amy, even if you sad that we're not happen to meet again after this, remember to feel grateful for that Allah has given us this kind of friendship. Ukhwah fillah. Moga segala kenangan yang kita lalui akan sentiasa segar di ingatan. Panjang umur, ada rezeki insya Allah kita akan jumpa lagi ye. Insya Allah.

p/s: Amy, sorry sebab citer pasal rahsia ni kat blog. It's a sweet memory though. (hehehe~)

Sekian dulu cerita Suka Duka Final Exam. Kenangan, yang manis sentiasa di ingatan. Yang pahit, jadikan pengajaran. Fi amanillah. :)
Wassalam.

Tuesday, April 12, 2011 5 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Hm. Not Bad.

Satu petang di Shah Alam, 2 beradik memasuki kedai runcit untuk membeli bahan-bahan masakan. Ketika melalui rak majalah., tiba-tiba langkah si kakak terhenti. Matanya terarah kepada satu majalah.


Si Kakak memanggil si Adik, "Kakteh, ce tengok ni," sambil menunjuk ke arah majalah di atas rak.

Si Adik terkejut. "Boleh caye ke mamat ni?"

Si Kakak menjawab, "Tula, entah ye ntah tak ni. Hari tu bukan main lagi berlakon masuk disko dalam cite 'Aku Masih Dara."

"Harap-harap memang dia betul-betul dah berubah la. Jangan sampai masyarakat boleh salah faham pulak." Si Adik pula menjawab.

Sebetulnya, saya sangat tak suka dengan Ashraf Muslim. Entahla, ramai orang cakap dia handsome. Tapi saya mula betul-betul tak suka dia lepas tengok citer Manjalara kat TV3 dulu. Rasa memang menyampah sangat. Drama kat TV3 baru ni, Ashraf Muslim pegang watak sebagai Ustaz Amirul. Ramai jugak yang admire dia. Tapi, still saya tak suka dia. Huhu. Agaknya saya ni jenis yang sekali tak suka, memang selamanya tak suka. Kot? :D

Tapi, lepas baca surat dari sorang pembaca al-Islam saya berdoa dalam hati semoga Ashraf terus istiqamah. Niat dia murni, semoga Allah membantu dia dalam perjuangan industri hiburan yang penuh dengan fitnah dan tak keterlaluan dikatakan penuh juga dengan dosa & maksiat. 

Wassalam.
Monday, April 11, 2011 9 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Perasaan Yang Tak Dapat Diungkapkan

Assalamualaikum semua..

*Teruja + penat + letih + mengantuk-tapi-mata-taknak-pejam + kepala pusing + pitam + seronok.*

Itulah gambaran saya (secara hiperbola) tentang apa yang saya rasa ketika saya menulis entri ni. Oh, sebenarnya saya baru saje sampai umah semalam jam 4.00 pagi lebih kurang. Wah, gembira tidak terkata (gambaran lagi). Kebetulan masa sampai semalam, Maryam baru nak tidur, sempat la usik-usik dia, taknak bagi dia tidur. Saya suruh dia berjaga tunggu subuh. Yela, kalau tidur pukul 4.00 pagi, kemungkinan untuk 'terbabas' solat subuh adalah tinggi. So, saya paksa jugak mata ni bertahan sampai pukul 6.00 pagi. Malangnya, ujan lebat pagi itu telah menggoda mata saya untuk menerjah ke alam mimpi. Tup-tup, kul 6.30 pagi terjaga sebab Abuya kejut. :D

Lepas subuh tu, sebab sangat teruja dapat balik umah (sebenarnya teruja nak citer banyak benda kat Umi), so, bersembang punya bersembang, tiba-tiba Umi kata, 
"Angah pegi beli nasik lemak pagi ni ngan Awiz."
Erk? Adakah benar apa yang kudengar ini? Yela, Saya baru je dapat lesen 24hb Mac hari tu. Ibarat lesen saya ni masih panas macam baru kuar dari oven. Umi yakin ngan saya. Terharunya. Nak peluk + cium Umi masa tu jugak. Hehe.~

Mula-mula bawak, agak cuak jugak sebab bukan kete kecik, tapi kete yang agak besar. Kena pandai agak dan jaga jarak. Tapi, overall, Alhamdulillah takde masalah sangat. Lepas breakfast, hantar Awiz pegi reunion kawan-kawan sekolah dia kat Dungun. Pastu, pegi amik Mujahid balik dari PASTI, dan terus ke bank teman Ilah keluarkan duit. Lepas makan tengah hari dan solat, Ilah ajak ke Mesra Mall, nak main bowling dan tengok wayang citer Hikayat Merong 'Mahasiswa' katanya. 

 Walaupun penat+mata rasa pedih, tp maintain smile tu penting. *Hik3*

Dah siap park kete, Mujahid awal-awal tanya, 
" Adik nak beli mainan kecik-kecik je boleh dop Kakngah?" 
Saya jawab, " Boleh."
Masuk je mall, Mujahid cepat-cepat tarik tangan saya masuk 'Toys Ur Us'. 
"OK, masuk je Iqah, tapi ko jangan ikut kehendak dia nak beli mainan, " hati saya konon-kononnya bertegas.
Yela, duit dalam purse ade not warna merah je. Satu lagi, Umi dah pesan jangan bagi Mujahid beli mainan dah. Mainan dia kat umah dah 1 beg besar. Beli buku takpe. Tapi, nak wat macamane. Dia adik bongsu, jadi rasa nak memanjakan dia memang sentiasa ada. Lagi-lagi kalau Mujahid dah start wat muka kesian.

Mula-mula Mujahid tunjuk 1 kotak kete mainan yang kecik. Harga dia RM 35++. 
"Yang ni kecik, Angah. Boleh dop Adik nok kete ni?" sopan Mujahid bertanya. 
Saya jawab, "Mainan dia memang kecik Adik, tapi harga dia 'besor'.."
Tergelak Kakak bila dengar saya cakap macam tu.

Lastly, ada jugak kete mainan kecik dalam kotak berharga RM 5.90. So, saya pujuk dia beli yang ini je. Nasib baik Mujahid setuju aje. Masa kat kaunter bayaran:

Cashier : Ada membership card?
Saya      : Takde.(sambil senyum)
Cashier : Nak apply untuk membership card tak? Sekejap je siap, boleh guna untuk seumur hidup. Boleh dapat diskaun untuk barang-barang mainan yang terpilih. (sambil senyum memujuk)
Saya      : Takpela, lagi pun saya tak selalu datang sini. (ceh, jual mahal!)
Cashier : Takpe, nanti boleh beli barang-barang mainan untuk anak cik.

(Dalam hati saya: Anak? Ni plan untuk masa depan ke? *confuse*)

Saya     : Err..ok, boleh la..(terus amik form yang dihulur dan isi). Untuk anak je ea? Kalo beli untuk adik boleh dapat diskaun tak?
Cashier : Tak boleh. Anak je. (sambil senyum sumbing lagi)
Saya      : (Errr..apekah? *confuse lagik*)

Selesai isi form untuk membership 'Toys Ur Us', terus dapat kad. Eh? Dalam hati dah bermonolog sendiri, anak-anak saya nanti akan main mainan mahal-mahal macam kat kedai ni ke? Sangat berbeza dulu dan sekarang. Anak-anak zaman dulu main permainan yang dicipta sendiri, main beramai-ramai secara tak langsung dah mula belajar adapt how to communicate with others. Anak-anak zaman sekarang, duk dalam umah senyap-senyap main video games, game boy, PSP & etc. Sampai satu tahap, jiran sebelah umah pun tak rasa nak kenal dan ambik peduli. 

 Bertambahla koleksi kad dalam purse saya. *haish*

Sampai rumah lebih kurang pukul 5.15 petang. Kepala dah berpusing-pusing. Sakit. Nilah bahana tak cukup tidur. Penat. Tapi sebab adik-adik beria ajak kuar, gagahkan jugak diri drive. Yela, diorang bukan selalu dapat kuar jalan-jalan. Kesian. :D
Walaupun sangat letih hari ni, saya puas hati sebab dapat ikut kehendak dan gembirakan adik-adik. Yela, bukan selalu masa yang ada dapat diluangkan dengan mereka. So, I'm happy to make them happy. :)

Itu saja cerita saya untuk entri kali ni. Ada banyak benda sebenarnya yang saya nak tulis, tapi kena hold dulu. Hehe. Selamat  bercuti buat seluruh warga UIAM yang dah habis paper final exam untuk semester ni.  Untuk sahabat-sahabat yang baca blog ni, moga bermanfaat.

Wassalam.

Monday, March 28, 2011 4 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Tips Untuk Bahagia

Assalamualaikum..

Buat semua pembaca blog saya yang serba dhaif ini, saya ingin sekali berkongsi artikel tentang bagaiman kita berkomunikasi dengan orang yang kita tak puas hati dengannya, tak senang, atau mudah kata, benci. Saya banyak dengar luahan dari sahabat-sahabat saya, tentang orang-orang yang mereka kurang senang, tak suka kerana sikap-sikap tertentu. Saya sendiri pun, kadang-kadang ada jugak tak suka, tak senang dengan manusia-manusia tertentu.

Jom kita baca dulu artikel ni ye:


"Stress bermula apabila di hati kita wujud perasaan tidak puas hati, geram dan marah dengan situasi yang terjadi. Anda jadi stress sebab anda tertekan memikirkan situasi yang akan anda lalui juga situasi yang telah anda lalui. Anda stress sebab anda tidak suka dengan perangai seseorang. Anda merasa stress kerana tidak senang memikirkan sikap sesetengah orang yang anda kenali.

Ada beberapa cara bagaimana menangani stress dalam pergaulan dan perhubungan sesama kita. Jika anda berada dalam situasi di mana anda terpaksa berhadapan dengan orang yang anda kurang senangi, caranya pasang niat di dalam hati.

Niatkan anda mahu berbaik-baik dengannya. Pastu tenangkan diri. Lafazkan niat sekali diiringi dengan ketenangan, katakan “aku mahu berbaik-baik dengannya, aku mahu merasa senang dengannya”.

Anda akan perasan selepas beberapa minit anda memasang niat tu di dalam hati, dia akan baik-baik saja dengan anda walau hakikatnya anda kurang senang dengan orang itu kerana sikapnya, perangainya, kata-katanya atau mungkin dia pernah memarahi anda hingga anda merasa kurang enak berdekatan dengan dia.

Sebagai contoh, jika anda seorang staff bawahan dan anda merasa kurang senang bila bos anda ada berhampiran dengan anda. Kemudian anda pula merasa stress dengan kehadirannya, gunakan cara ini. Pasang niat di dalam hati anda mahu berbaik-baik saja dengan bos anda, selepas tu tenangkan diri. Tak semua orang selesa bergaul dengan bos sendiri.

Minda separa sedar. Anda bekerja dengan cukup baik dalam keadaan emosi anda tenang. Bila anda sudah pasang niat mahu berbaik-baik dengan seseorang, niat di hati tu akan naik ke minda sedar anda lalu di serap masuk ke dalam minda separa sedar. Anda perlu bertenang untuk memudahkan niat tadi diserap masuk dengan mudah ke dalam minda separa sedar. Jika anda tidak bertenang, niat itu akan terhalang dari diserap masuk. Bila minda separa sedar sudah faham anda mahu berbaik-baik dengan orang tadi tu, serta merta minda separa sedar akan menerbitkan gelombang positif .

Gelombang ni keluar dari minda anda, terlepas ke persekitaran anda lalu diserap masuk oleh minda orang-orang di sekeliling anda. Orang yang anda kurang senangi tadi akan menyerap masuk gelombang yang terbit dari minda anda kerana dia berada berhampiran anda. Gelombang minda anda yang diterima oleh mindanya akan diserap masuk lalu turun ke dasar hatinya. Apa yang ada di dasar hatinya itulah yang akan mempengaruhi emosinya, kata-katanya dan perbuatannya. 

Hatinya mempengaruhi emosinya. Dia akan merasa senang dengan anda walaupun sebelum ni dia ada perasaan kurang senang dengan anda. Inilah caranya bagaimana anda menjangkitkan perasaan positif, emosi positif dan fikiran positif pada orang lain di sekitar anda. Puncanya adalah anda,semuanya bermula dari anda. Untuk anda nak berbaik-baik dengan orang, anda kena baik hati, anda kena pasang niat mahu berbaik-baik dengannya. 

Cara ni langsung tidak akan berkesan jika di dalam hati anda ada kebencian, dendam, rasa tidak puas hati, rasa tertekan, rasa tidak senang dan rasa marah. Jika semua perasaan ni ada walaupun sedikit, ia akan menggagalkan teknik tadi serta merta.

Sebelum tidur dan selepas bangun, amalkan istighfar banyak-banyak , mohon ampun pada Allah sebab anda berisiko untuk menyakiti orang lain dengan merasa benci dengannya atau tidak suka dengannya secara tidak sengaja tanpa anda sedari.

Allah tidak suka orang yang benci-membenci, kesannya anda akan mendapat kemurkaan Allah, anda akan mendapat musibah sebagai balasan atas perbuatan anda.
Maafkanlah kesalahan-kesalahan yang orang lain lakukan pada anda. Kenapa? Supaya hati anda bersih sentiasa.

Bila hati sudah bersih, anda senang untuk bergaul baik dengan orang-orang di sekeliling dalam apa jua situasi. Mereka juga akan merasa senang dengan anda simply sebab anda ada aura yang menyenangkan.

Aura adalah gelombang tenaga yang berada di sekeliling badan anda.
Aura terbit dari minda separa sedar. Minda separa sedar pula di pengaruhi oleh hati dan fikiran anda.

Itulah sebabnya amat penting sekali anda menjaga kebersihan hati dan kepositifan fikiran supaya anda senang ‘ngam tune’ dengan sesiapa sahaja.

Jika anda merasa benci dengan seseorang, secara automatik orang tu akan benci dengan anda. Dia akan merasa kurang senang dengan anda secara tak semena-mena.
Dia tak tahu kenapa. Apa yang dia tahu, dia merasa timbulnya rasa benci, meluat, kurang senang. Semua tu timbul secara tiba-tiba.

Puncanya, anda benci dengan dia di dalam hati. Nampak tak kesannya? Inilah sebab kenapa anda perlu belajar bagaimana mengemudi hati."

(Untuk baca lebih banyak artikel motivasi, sila klik di sini.)


Dah habis baca? Apa kesimpulannya?

Senang je, bersihkan hati. Manusia takkan ada yang sempurna. Seburuk mana pun sikap seseorang terhadap kita, tunjukkan bahawa kita ini nak jadi hamba Allah yang baik. Maka, buatlah apa yang Allah suruh.

"Allah tidak suka orang yang benci-membenci, kesannya anda akan mendapat kemurkaan Allah, anda akan mendapat musibah sebagai balasan atas perbuatan anda.
Maafkanlah kesalahan-kesalahan yang orang lain lakukan pada anda. Kenapa? Supaya hati anda bersih sentiasa."

Artikel ini sangat memberi kesan kepada saya. Kenapa perlu buruk sangka dengan orang lain? Kenapa perlu sakit hati dengan orang lain? Bila jadi perkara-perkara macam ni, kenapa kita tak periksa balik hati kita? Dah bersih sangat ke hati kita? Dah sempurna sangat ke kita? Saya bercakap pada diri saya sendiri, sebenarnya kita tak perlu mengata orang lain. Kadang-kala Allah akan uji kita dengan apa yang kita kata. Berkata-kata memang mudah, hatta budak berusia 5 tahun pun pandai berkata-kata. Tapi, melaksana? tanyalah iman kita sendiri.

Yang penting, baik atau buruk sesuatu perbuatan itu, biarlah hanya Allah yang selayaknya membalas. Siapa kita untuk menjatuhkan hukuman? Kita hanyalah HAMBA. Tak pernah sempurna. Yang penting, beringatlah. Sentiasa periksa dan perbetulkan diri sendiri dahulu. Insya Allah, Allah tolong hamba-Nya yang benar-benar inginkan perubahan. Insya Allah. 

Wassalam. 

Salam Imtihan buat semua sahabat yang saya sayangi. :)