Assalamualaikum..
Dah hampir empat hari duk umah, baru nak tulis pasal final exam? Bukan macam tu, yang sebenarnya saya memang sengaja tunggu 14hb baru nak post pasal final exam. Kenapa? Sebab hampir semua sahabat saya, last papernya pada hari ini. So, untuk meraikan mereka, saya sengaja taip post ni setelah mereka selesai menduduki final exam. So, apa yang saya nak cerita dalam post ni?
Final exam di UIAM (Gombak) pada semester ini bermula pada 31 Mac 2011 secara rasminya. Jadual exam saya untuk semester ini rapat-rapat. Gap tak lame. Paling lame pun 3 hari. Sebab tu saya habis sume paper awal (10hb April). Yang paling siksa bila ada 3 paper berderet setiap hari. Memang sangat tension. Rasa macam nak gigit-gigit je buku + notes tu. Padan muka saya jugak kan? Sape suruh study last minute? Masa study tu, macam-macam yang datang dalam kepala. Perasaan menyesal tu tak payah cakap la.
"Nyesalnya aku tak wat study group......, nyesalnya aku tak prepare notes awal-awal....., nyesalnya tak gi consult lecturer....., nyesalnye (macam-macam nyesal la)..sob3.~"
"Tak payahlah nak menyesal, kalo ko nyesal kuar air mata darah sekalipun, masa takkan berpatah balik. Yang ada cuma masa yang terus berlari.."
Satu suara lain pulak melawan perasaan menyesal saya.
Dalam hati bertekad buat yang terbaik. Pulun jela, dah namanya pun student, mesti la tekanannya belajar, ye dop? Kalau taknak susah, tak payah belajar. Duk umah jela tunggu orang masuk meminang. Ngee..~
Suka Duka I
Untuk semester ni, alhamdulillah ada jugak buat study group. Beberapa hari sebelum exam, pergi ofis LAWSOC, study kat sana. Saya tak keseorangan. Ada adik-adik yang menemani. Achik (Taufiq), Uteh (Afif a.k.a Mawi), Amal & Fiza. Ni 'suspek' tetap yang memang akan datang study kat ofis. Cuba jugak untuk terus bertahan study kat bilik, tapi mata ni asyik nak pejam + badan akan secara automatik landing kat atas katil yang sentiasa melambai-lambai tu. Huh. Dugaan..dugaan.. Cuaca pulak tak menentu sekarang ni. Tak kira pagi atau petang memang kerap hujan. Bila dah hujan tu, dugaan bertambah kuat. Ditambah dengan angin sepoi-sepoi 'berbudi bahasa'. Memang saje je suruh saya merehatkan diri. (Setan memang suka goda orang nak belajar).
So, ambik langkah selamat, study kat ofis secara berjemaah. Kalau ada yang tak faham, boleh tanya diorang. Dan sebenarnya belajar secara berkumpulan ni lebih baik dari belajar secara bersendirian. Eh, dah jadi macam tajuk debat pulak. Hehe. Walaupun tak dinafikan, bila study ramai-ramai ni kemungkinan untuk bersembang tu ada. Tapi kena pandai-pandai ambik peranan la. Part paling best, bila dah habis study dalam pukul 4 lebih tu kami dah mula berjemaah pegi cafe. Cari makanan. Pastu, duk bersila kat bawah, makan sama-sama. Memang mantap sekali ukhwah kami. :P
Awok akan ingat kat kome sume bile makan bende nih. (*ngee~) (T_T)
Bila dah bersembang ramai-ramai, keluar la macam-macam cerita, macam-macam perangai, macam-macam rahsia.
Ayat famous Uteh, "Ngade..sibuk je..banyok cakak teh.."
Uteh ni nampak je macam garang tapi hati dia baik dan lembut sebenarnya. Tak caya? Tryla kawan ngan dia. Memang dia seorang yang sangat menghargai kawan-kawan dan orang yang dia sayang. Kira macam family man pun ye jugak Uteh ni. :)
Ayat famous Uteh, "Ngade..sibuk je..banyok cakak teh.."
Uteh ni nampak je macam garang tapi hati dia baik dan lembut sebenarnya. Tak caya? Tryla kawan ngan dia. Memang dia seorang yang sangat menghargai kawan-kawan dan orang yang dia sayang. Kira macam family man pun ye jugak Uteh ni. :)
Ayat famous Achik pulak, "Kekgi..Takdi..Kemah-moleP..Kemah-keming.."
Achik ni pulak asal Johor, tapi gatal nak cakak Ganu. Tu yang selalu guna perkataan-perkataan Ganu yang dia dengar di sekeliling dia. Suka bercerita tentang isu semasa, filem yang dia tengok dan tak kurang jugak dengan novel yang dia baca. Achik hafal setiap dialog dalam cite yang dia tengok tau. Dia suka tiru gaya Usop Wilcha cakap dalam filem 'Hantu Kak Limah Balik Umah'. Memang tak tahan nak gelak kalau duk ngan Achik nih.
Achik ni pulak asal Johor, tapi gatal nak cakak Ganu. Tu yang selalu guna perkataan-perkataan Ganu yang dia dengar di sekeliling dia. Suka bercerita tentang isu semasa, filem yang dia tengok dan tak kurang jugak dengan novel yang dia baca. Achik hafal setiap dialog dalam cite yang dia tengok tau. Dia suka tiru gaya Usop Wilcha cakap dalam filem 'Hantu Kak Limah Balik Umah'. Memang tak tahan nak gelak kalau duk ngan Achik nih.
Achik & Uteh sewaktu Group Binding LAWSOC 10/11.
Trademark Amal pulak, "Lempang kang..Sepatutnya...Amal dulu kan..Mak ngan Abah Amal...bla bla bla.."
Hahaha. Amal memang suka bercerita. Macam-macam ceritalah yang kuar. Panas dan sensasi pulak tu. Amal jugak suke ketawa. She's very friendly kind of girl. Seriously. Easy to make friend with. Eh, awat ter'speaking' pulak ni? Ape daa..1 lagi, Amal suka (suka?) sangat belanja saya. Dah banyak kali Amal tak nak terima duit bila saya nak bayar balik. Amal, akak will miss you so much la within 5 months holiday ni. (T_T)
Hahaha. Amal memang suka bercerita. Macam-macam ceritalah yang kuar. Panas dan sensasi pulak tu. Amal jugak suke ketawa. She's very friendly kind of girl. Seriously. Easy to make friend with. Eh, awat ter'speaking' pulak ni? Ape daa..1 lagi, Amal suka (suka?) sangat belanja saya. Dah banyak kali Amal tak nak terima duit bila saya nak bayar balik. Amal, akak will miss you so much la within 5 months holiday ni. (T_T)
Amal : Yang pakai tudung kaler itam. :D
Buat Uteh, Achik & Amal: Terima kasih yang tak terhingga atas segala kebaikan korang. Sejujurnya, korang bagi semangat kat Akak untuk terus gigih berusaha. Korang inspirasi akak untuk berjaya. Akak kagum dengan semangat yang korang ada. Moga Allah terus mengekalkan kita semua atas jalan ini. Akak akan rindu sangat kat korang nanti. Jaga diri baik-baik. Jangan lupa keep in touch! :)
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Suka Duka II
Dalam jam 6.00 petang, 1 SMS diterima.
"Salam. Iqah nak makan same tak?"
-sender: Amy GC
"Wslm. Boleh jugak. Tp lewat skit tau. Iqah baru balik ni." Saya membalas.
"OK." Ringkas balasan Amy.
Jam 6.30 petang, terdengar ketukan di pintu. Wajah Amy terjengul di muka pintu. Saya bersiap dan mencapai tudung, terus keluar. Kami beriringan berjalan menuju ke cafe. Entah kenapa, laju je kaki saya melangkah melalui jalan yang sebelum ini jarang dilalui sambil mulut rancak bersembang dengan Amy. Tiba- tiba di pertengahan jalan ada sekumpulan makhluk berkumpul. Langkah saya dan Amy terhenti. Saya pandang Amy, Amy pandang saya. Makhluk tu pun pandang kami berdua tidak berkelip.
"Apa kita nak buat ni Amy?" Saya dah mula panik bila muka makhluk tu memandang kami macam nak menerkam.
"Syuhh..syuhh....!!!!" Amy cuba menghalau makhluk-makhluk tersebut sambil menghentak kaki.
Malangnya, 2 ekor dari makhluk tu bukan melarikan diri, tapi terus mara ke arah kami. Waktu tu, Amy dan saya dah menjerit-jerit. Warga mahallah dari blok-blok berdekatan terus menjenguk ke tingkap. Terkejut mendengar jeritan kami barangkali. Mereka yang sedang berjalan berdekatan dengan tempat kejadian pun turut sama memerhatikan kami yang terjerit-jerit tu. Masa tu, saya fikir satu je. LARI!!! Saya lari dan dalam masa yang sama fikir kat mana Amy. Rupa-rupanya Amy dah awal-awal panjat bukit nak selamatkan diri. Sampai tinggal sume; beg duit, handphone & sandal berdekatan dengan makhluk tu tadi.
Bila saya sampai kat Amy, dalam keadaan yang kelam-kabut macam tu, barulah Amy terfikirkan dan risaukan beg duit, sandal dan handphonenya tu. Nasib baik makhluk tu tak bawak lari. Sisters yang menyaksikan kejadian petang tu, ada yang tergelak-gelak dari tingkap masing-masing. Cis! Sungguh memalukan. Sungguh tak percaya yang saya menjerit-jerit macam kena histeria. Wat kecoh je. Tak kurang jugak yang cuba menenangkan kami. Tak lama lepas tu, saya dan Amy pergi dapatkan balik barang-barang Amy yang ditinggalkan bila makhluk-makhluk tu dah takde kat situ. Kami terus menuju ke cafe sambil muka kami merah menahan ketawa, malu, dan trauma. Memang terbahak-bahak kami ketawa bila sampai di cafe. Macam tak caya je kami ni penakut. Ingatkan berani sangat. Ceh!
Setiap kali kalau kami ingat balik pasal peristiwa ni, memang akan ketawa terbahak-bahak. Kelakar sangat-sangat. Dengan makhluk tu pun takut. Tapi, makhluk ni memang bahaya. Boleh gigit orang. If come to the worst boleh membunuh. Scary tau. Tapi ada yang cakap kalau jumpa dengan makhluk ni, jangan tengok. Just wat tak tau je. Bagi kami pulak, cakap la suruh buat apa sekali pun, kami takkan berani lagi lalu jalan yang ada makhluk tu. Kami trauma. Itulah hakikat yang terpaksa kami telan. (hahaha)
Makhluk itu. *sigh*
Buat Amy, even if you sad that we're not happen to meet again after this, remember to feel grateful for that Allah has given us this kind of friendship. Ukhwah fillah. Moga segala kenangan yang kita lalui akan sentiasa segar di ingatan. Panjang umur, ada rezeki insya Allah kita akan jumpa lagi ye. Insya Allah.
p/s: Amy, sorry sebab citer pasal rahsia ni kat blog. It's a sweet memory though. (hehehe~)
Sekian dulu cerita Suka Duka Final Exam. Kenangan, yang manis sentiasa di ingatan. Yang pahit, jadikan pengajaran. Fi amanillah. :)
Wassalam.
4 Percakapan:
ahahahahahah.....(adakah ini bukti saye kuat gelak?)
thanks sebab menjadi cermin untuk diri ini.haha.tak sangka n tak pernah perasan amal suka cakap macam tu.nak gelak guling2.
nway,rindu akak jugak nanti.sapa je lagi yang amal nak sakat kan
hahahaha..iqah!this story make me feel so funny ok!!tak caye tol kt leh spontan nk lari cmtu.malu gler2!!!huhu..
tp tula sampai skrg kt rase nk ktawe terbahak2 bile igt blik time tu..hwahwahwa...pape pun it is the best memory kt berdue..haha..
kpd pembaca2 sume, sila ktawa tanpa membayangkan kami wat aksi badut time lari tu ye..plizzz!!huhu..malu giler!!
jap...bila masa uteh cakap mcm tu...memandai je...:p...hehhehehe
To Amal: haih. akak ni jenis suke perhati org. jage2. heheh. amal, sape la yg nk usik akak lagi kn?akak rindu + suke bila org usik2 akak ni. :P
To Amy: Amy, still smpai hr ni kalo ingat balik kisah kena kejar monyet tu, nk gelak sorang. Memang lawak giler. hahaha. ni 1 of our sweet memories of being together. :)
To Uteh: eleh, tu trademark Uteh. Akak taula, mmg Uteh selalu ckp mcm tu. :P
Post a Comment