Assalamualaikum semua..
*Teruja + penat + letih + mengantuk-tapi-mata-taknak-pejam + kepala pusing + pitam + seronok.*
Itulah gambaran saya (secara hiperbola) tentang apa yang saya rasa ketika saya menulis entri ni. Oh, sebenarnya saya baru saje sampai umah semalam jam 4.00 pagi lebih kurang. Wah, gembira tidak terkata (gambaran lagi). Kebetulan masa sampai semalam, Maryam baru nak tidur, sempat la usik-usik dia, taknak bagi dia tidur. Saya suruh dia berjaga tunggu subuh. Yela, kalau tidur pukul 4.00 pagi, kemungkinan untuk 'terbabas' solat subuh adalah tinggi. So, saya paksa jugak mata ni bertahan sampai pukul 6.00 pagi. Malangnya, ujan lebat pagi itu telah menggoda mata saya untuk menerjah ke alam mimpi. Tup-tup, kul 6.30 pagi terjaga sebab Abuya kejut. :D
Lepas subuh tu, sebab sangat teruja dapat balik umah (sebenarnya teruja nak citer banyak benda kat Umi), so, bersembang punya bersembang, tiba-tiba Umi kata,
"Angah pegi beli nasik lemak pagi ni ngan Awiz."
Erk? Adakah benar apa yang kudengar ini? Yela, Saya baru je dapat lesen 24hb Mac hari tu. Ibarat lesen saya ni masih panas macam baru kuar dari oven. Umi yakin ngan saya. Terharunya. Nak peluk + cium Umi masa tu jugak. Hehe.~
Mula-mula bawak, agak cuak jugak sebab bukan kete kecik, tapi kete yang agak besar. Kena pandai agak dan jaga jarak. Tapi, overall, Alhamdulillah takde masalah sangat. Lepas breakfast, hantar Awiz pegi reunion kawan-kawan sekolah dia kat Dungun. Pastu, pegi amik Mujahid balik dari PASTI, dan terus ke bank teman Ilah keluarkan duit. Lepas makan tengah hari dan solat, Ilah ajak ke Mesra Mall, nak main bowling dan tengok wayang citer Hikayat Merong 'Mahasiswa' katanya.
Walaupun penat+mata rasa pedih, tp maintain smile tu penting. *Hik3*
Dah siap park kete, Mujahid awal-awal tanya,
" Adik nak beli mainan kecik-kecik je boleh dop Kakngah?"
Saya jawab, " Boleh."
Masuk je mall, Mujahid cepat-cepat tarik tangan saya masuk 'Toys Ur Us'.
"OK, masuk je Iqah, tapi ko jangan ikut kehendak dia nak beli mainan, " hati saya konon-kononnya bertegas.
Yela, duit dalam purse ade not warna merah je. Satu lagi, Umi dah pesan jangan bagi Mujahid beli mainan dah. Mainan dia kat umah dah 1 beg besar. Beli buku takpe. Tapi, nak wat macamane. Dia adik bongsu, jadi rasa nak memanjakan dia memang sentiasa ada. Lagi-lagi kalau Mujahid dah start wat muka kesian.
Mula-mula Mujahid tunjuk 1 kotak kete mainan yang kecik. Harga dia RM 35++.
"Yang ni kecik, Angah. Boleh dop Adik nok kete ni?" sopan Mujahid bertanya.
Saya jawab, "Mainan dia memang kecik Adik, tapi harga dia 'besor'.."
Tergelak Kakak bila dengar saya cakap macam tu.
Lastly, ada jugak kete mainan kecik dalam kotak berharga RM 5.90. So, saya pujuk dia beli yang ini je. Nasib baik Mujahid setuju aje. Masa kat kaunter bayaran:
Cashier : Ada membership card?
Saya : Takde.(sambil senyum)
Cashier : Nak apply untuk membership card tak? Sekejap je siap, boleh guna untuk seumur hidup. Boleh dapat diskaun untuk barang-barang mainan yang terpilih. (sambil senyum memujuk)
Saya : Takpela, lagi pun saya tak selalu datang sini. (ceh, jual mahal!)
Cashier : Takpe, nanti boleh beli barang-barang mainan untuk anak cik.
(Dalam hati saya: Anak? Ni plan untuk masa depan ke? *confuse*)
Saya : Err..ok, boleh la..(terus amik form yang dihulur dan isi). Untuk anak je ea? Kalo beli untuk adik boleh dapat diskaun tak?
Cashier : Tak boleh. Anak je. (sambil senyum sumbing lagi)
Saya : (Errr..apekah? *confuse lagik*)
Selesai isi form untuk membership 'Toys Ur Us', terus dapat kad. Eh? Dalam hati dah bermonolog sendiri, anak-anak saya nanti akan main mainan mahal-mahal macam kat kedai ni ke? Sangat berbeza dulu dan sekarang. Anak-anak zaman dulu main permainan yang dicipta sendiri, main beramai-ramai secara tak langsung dah mula belajar adapt how to communicate with others. Anak-anak zaman sekarang, duk dalam umah senyap-senyap main video games, game boy, PSP & etc. Sampai satu tahap, jiran sebelah umah pun tak rasa nak kenal dan ambik peduli.
Bertambahla koleksi kad dalam purse saya. *haish*
Sampai rumah lebih kurang pukul 5.15 petang. Kepala dah berpusing-pusing. Sakit. Nilah bahana tak cukup tidur. Penat. Tapi sebab adik-adik beria ajak kuar, gagahkan jugak diri drive. Yela, diorang bukan selalu dapat kuar jalan-jalan. Kesian. :D
Walaupun sangat letih hari ni, saya puas hati sebab dapat ikut kehendak dan gembirakan adik-adik. Yela, bukan selalu masa yang ada dapat diluangkan dengan mereka. So, I'm happy to make them happy. :)
Itu saja cerita saya untuk entri kali ni. Ada banyak benda sebenarnya yang saya nak tulis, tapi kena hold dulu. Hehe. Selamat bercuti buat seluruh warga UIAM yang dah habis paper final exam untuk semester ni. Untuk sahabat-sahabat yang baca blog ni, moga bermanfaat.
Wassalam.
9 Percakapan:
Ya ahjumma!sudah ada anak ye??hahaha..ssuai la iqah jd ahjumma gtu..
selamat bercuti. bgus pg jalan2 bia stroke volume ngan cardiac work bnyk skit...bia guna bnyk skit cardiac reserve tu..kang x sihat jantung tu...huk3
to amy: I ada anak kucing. haha. xpe2, I kan bakal dapat anak sedara. *wink*
to along: sila explain dgn terms manusia biasa. sy bukan seorg doctor. huhu~
Iqah,pasni blh bwk fzh g jln2 plak..fzh bg direction Iqah drive..hehe..t gtaw eh blik ble coz xsurvey ag tmpt lap ni..nj0y ur h0ls! tcare! :)
kata jadi lawyer kne tau semua..baru wat kuar skit istilah dah x faham..zzzz..google plis..:p
To Fizah: boleh je. nnt kita g jln2 ye. hehe. sori sgt, iqah pun xdpt balik uia awal. :(
To Along: xmembantu punye adik! sy student law, bukan lawyer. sob3
Wah! Shopping tak ajak...
boleh pinjamx card tu..hehe..sy ske gi kedai tu..hak3..cari kete..
To Ashraf: Ni bukan shopping, just a walk among siblings. :)
To Mizek: Boleh je nk pinjam. sy bukan rajin masuk kedai mainan nih. :)
Post a Comment