Minggu lepas tiba-tiba Miza ajak ikut dia balik Bangi, sebab sepupu-sepupunya adakan majlis kawin. Ni last minute punya plan. Kalau diikutkan, memang tak nak ke mana-mana hujung minggu sebab keje yang diberi memang sangat berlambak-lambak. Maklumlah, dah tahun akhir. (Padan muka. Konon excited sangat dapat naik tahun akhir).
Saya mulanya serba salah, tapi sebab Miza dah ajak dan kesian pulak bila fikir dia balik sorang-sorang.Kami sampai stesen KTM Bangi, Kak Yong (kakak Miza) datang ambik. Terus ke Dewan Seri Endon, Putrajaya. Masa sampai tu sume orang tengah sibuk packing goody bag untuk diberi kepada tetamu keesokan harinya. Saya dan Miza meringankan tulang menolong mereka, walaupun masa sampai tu memang dah penat sangat sebab hampir 2 jam berdiri dalam tren.
Dah siap apa yang patut, hampir jam 2 pagi baru bergerak pulang ke rumah. Penat memang tak payah cakap. Tapi tuan rumah memang nak yang terbaik untuk tetamu. Awal-awal pagi dah bangun, berebut iron baju. Haha. Sambil-sambil tu berkenalan dengan sedara-mara Miza. Everyone is so nice. Nenek Miza paling kelakar. Banyak bagi nasihat, terutamanya nasihat nak cari suami. :D
Jam 11 pagi sampai di Dewan Seri Endon, Putrajaya. Kami ditugaskan jadi penyambut tetamu. Silalah dengki ye. Walaupun kami penat berdiri dan tak henti-henti memberikan senyuman, tapi sebenarnya kami gembira. Gembira sebab dapat makan sedap-sedap dan juga dapat special goody bag. Haha. Sarah jadi mak andam saya pada hari kejadian. Untuk pertama kalinya Sarah buat make over untuk saya. Memang surprise! The output: I love it!~ :)
Penjaga barisan kanan katanya. :D
Got to know her families & relatives. :)
Budak tembam di sebelah kiri. (-_-")
Selamat Pengantin Baru buat Along & Angah bersama pasangan masing-masing. Semoga bahtera yang dibina ini akan menyempurnakan separuh lagi iman kalian. Buat diri sendiri, belajarlah untuk sentiasa memperbaiki dan memperkukuhkan diri, sama ada dari segi luaran dan dalaman, kerana perkahwinan itu sebenarnya bukanlah semata-mata tentang cinta tetapi tentang bagaimana membina ummah. :)
*segala foto hasil ehsan muazmohamed pictures*
*gambar pengantin tak disertakan pun. hahaha*
*gambar pengantin tak disertakan pun. hahaha*
8 Percakapan:
hujung minggu ni pulak...??
ish, kuat betul berbekwoh teh
ada makna tuuu...
Iqah amik berkat eh.. hehe.. :D
Kt umh fzh xnk dtg pn.. :'(
rumput: sila jgn wt spekulasi. haha. org dh jemput, kite punuhkan jela. xde maksud tersirat. :P
fizah: i'm sorry dear. kne utamakan yg kwn2 sekolah punye kenduri dulu. diorg dh invite awal2 dh. xmanis pulak if xgi. :(
Post a Comment