Tuesday, February 14, 2012 By: Nurul Atiqah binti Rayah

Mintalah Pada Dia

Di malam keheningan malam, kelihatan seorang anak gadis sedang bersujud. Lama sujudnya meminta kepada Ilahi agar dikurniakan apa yang terbaik buat diri juga mereka yang dipunyainya. Hati merintih, mengadu kepada Allah tentang apa yang dirasakan tidak tertanggung olehnya. Dia bahagia begitu. Sujud lama ketika bertemu tuhannya. Kerana tatkala itulah dia dapat meluahkan segala isi hatinya kepada yang Maha Memahami Lagi Mengerti.

Tiba-tiba......

“Angah... Angah...”
Ada seorang kanak-kanak berusia dalam lingkungan 7 tahun sedang memanggil-manggil sambil menggoncangkan bahunya.

Aduhh. Hilang segala kekhusyukannya tadi.

“Eh, adik jangan kacau Kak Ngah solat.” Terdengar suara Abuya menegur perbuatan Mujahid.

“Doh, Kak Ngah sujud lama sangat.” Mujahid berkata dengan suara tahan nangis (ingat Abuya nak marah dia la tu! :P)


“Solat hajat memang sujud lama.” Abuya cuba memberi pengertian sedang mata tak lepas dari TV. (orang laki ni kalo tengok bola, makk aihh...)

"Adik ingatkan Kak Ngah pengsan." 


"Errrrr...? Adoyai..." Saya tahan gelak dalam hati.

Saya ringkaskan doa. Terus bangun duduk tahiyat akhir dan bagi salam. Dah hilang fokus.


xxxxxxxxxxxxxxxxxx



Bukan itu yang nak dihighlight di sini. Yang sebenarnya, nak berkongsi: 

Ada apa dengan solat hajat?

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka mendapat petunjuk.”
[Al-Baqarah: 186]

Cuba bayangkan Allah sedang bercakap dengan kita dengan ayat Qur’an kat atas tu. Apa perasaan kita? Gembira tak terperi rasanya. Baik tak Allah? Allah banyak kali suruh kita ni mintak kat Dia. Doa. Allah kata. Mintaklah, nescaya Aku perkenankan. Tapi ada tak kita bersungguh-sungguh mintak? Sungguhlah Allah Maha Pemurah kan? Kita ni kadang-kadang tak sedar, banyaknya yang Allah bagi, tapi kita sedikit sangat bersyukur.  Cuba tengok betul-betul ayat di atas tu. Allah kata Allah akan bagi kepada sesiapa yang taat akan perintahKu. Muhasabah kembali, selama ni kita betul-betul taat perintah Allah tak? Pancaindera kita, apa yang telah kita manfaatkan?

Apa Yang Kita Mintak?

Teliti kembali doa-doa kita selama ini. Kita mintak kebaikan. Dah tentu. Untuk siapa? Diri sendiri je? Doa untuk mak ayah? Para guru? Sahabat-sahabat kita? Saudara seIslam kita? Aisey, takkan nak jadi orang yang pentingkan diri sendiri je? Nak menuju akhirat sorang-sorang je ke? Tak nak ke masuk syurga ramai-ramai? Kan lagi meriah tu?


Mintaklah keampunan dari Allah. Setiap doa kita, wajib mintak keampunan dan kasih sayang Allah. Sebab kita ni setiap saat buat dosa. Kadang-kadang tak sedar pun yang kita dah berdosa. Nauzubillah. Mintaklah supaya Allah mengasihi kita dan insan-insan yang berada di sekeliling kita, supaya kita semua akan hidup dalam ketaatan dan keredhaanNya dalam suasana yang lebih harmoni. Insya Allah. 

Jom kita mulakan sekarang! Mintak pada Allah supaya Allah ampunkan segala dosa-dosa kita, ibu ayah, guru-guru, sahabat-sahabat, saudara-mara dan seluruh umat Islam di dunia ini. Jangan lupa mintak supaya Allah bersihkan hati kita dari segala dendam dan dengki. Insya Allah, Allah permudahkan urusan kita semua. :)


Wassalam.

(Ada sorang sahabat sungguh-sungguh mintak saya doakan dia. Katanya, sebagai balasan dia akan doakan perkara yang sama untuk saya. Awak ni memang sweet la, sahabat! Peluk sikit! Hehe.)

p/s: Jangan lupa juga mintak supaya Allah teguhkan hati-hati kita tatkala dilanda ujian. Allah, jangan Engkau uji persahabatan kami dgn apa yang tidak mampu kami hadapinya. :'(

0 Percakapan:

Post a Comment