Saturday, April 30, 2011 5 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Khas Buat Si April

Assalamualaikum..

Hari ni dah masuk 30 April. Sewaktu saya menulis entri ni, ada beberapa jam lagi nak masuk ke hari yang bertarikh 1 Mei 2011. Saya tak nak cakap lagi pasal 1 Mei, tapi untuk entri yang ini, mungkin boleh juga dikatakan 'entri dedikasi' atau dedication entry mungkin? Hehe. (^_^)

Apa yang saya nak cakap dalam entri dedikasi ni? Oh, oleh kerana setelah dihitung-hitung, ada ramai jugak sahabat saya yang lahir pada bulan April ni, so saya rasa saya patut buat entri khas untuk kamu semua. Sebelum tu, saya nak bagitau hasil pandangan saya terhadap insan-insan yang lahir pada bulan April ni. :
                          i. Berhati lembut, sensitif, peka
                         ii. Seorang yang setia
                        iii. Manja

Ok, 3 je saya boleh bagi. Kalo lebih-lebih nanti orang cakap bajet Dr. Fadzilah Khamsah pulak. Hehe. Tapi ini adalah pemerhatian saya sendiri terhadap sahabat-sahabat saya yang lahir pada bulan April. Bukan wat bancian ke, jawab survey ke. Memang ikhlas dari hati. :)

Jom kita tengok sape yang kena.....! ;)

Ade sape-sape kenal makcik kat atas ni tak?

Pertama sekali, saya nak ucapkan Selamat Hari Keputerian khas buat Kak Tasha. Eh, silap! Makcik Amy. Haha. Dah tua ye Makcik. So, cepat-cepat la keje, pastu dapat gaji, belanja Iqah donut Big Apple banyak-banyak. Amy Natasha Adam; tarikh lahirnya 24 April 1987. Sama dengan kawan 1 kelas time sekolah rendah saya (5 & 6 Ros), Faten Amirah Arifin.

Saje saya letak gambar ni, sebabnya kami mula-mula kenal masa join Gempak Carnival (CONVEST'09). Start rapat dengan Amy lepas habis CONVEST'09. Mungkin masa berlangsungnya program Gempak Carnival selama 3 hari tu, bila macam-macam masalah yang timbul, kitorg banyak bersama. Masih lagi saya ingat, program habis pukul 6 petang, lepas maghrib ada post-mortem, lepas post-mortem, kena improve balik apa yang kurang, committee lelaki pulak sampai setia tidur bawah khemah urus setia semata-mata nak jaga PA system. Sume tu memang sangat manis bagi saya. Dan waktu-waktu itu, kami banyak bersama sepanjang masa. Makan, solat. Mesti bersama-sama. Mungkin sebab itulah, walaupun program ini dah berakhir, kami rapat sehingga ke hari ini. 

Bercerita tentang si manis 24 ni, mula-mula kenal Amy, nampak macam garang. 1 lagi, Amy akan just say out kalau dia ade tak berkenan dengan sesuatu. Kiranya Amy ni pengkritik bebas pun ye jugak. Tapi, bila dah start kenal and rapat, sebenarnya Amy ni sensitif orangnya. Penyayang; sebab Amy sangat suka kucing dan kanak-kanak. (Ooo..kalau suka kucing tu, penyayang la? Logik ke analogi nih? :D) Ada 1 benda yang saya sangat kagum dengan Amy. Ketabahan dia. Saya tak pernah tahu pun Amy ada masalah yang sangat besar (bg saya) sampailah 1 hari Amy cerita. Saya tengok Amy happy je, dan tak pernah pun tunjuk masalah dia pada orang lain. Pernah jugak saya terfikir, macamanalah kalau saya berada di tempat Amy? :'(

Senyum sokmo! :)

Hehe. Yang kat atas ni nama dia Ahmad bin Alwi. Mula-mula kenal Ahmad masa join program Law Students' Society (LAWSOC) 08/09. First impression? "Garangnya 'abang' senior nih,". Masa tu saya join AIKOL Festival'09 buat pertama kalinya pada tahun pertama masuk UIA. Ahmad sebagai Vice President I LAWSOC bertindak sebagai Programme Coordinator untuk group binding kami yang dibuat di Janda Baik, Pahang ketika itu. Lepas je habis program tu, memang tak pernah contact langsung ataupun bertegur dengan Ahmad, dek kerana mind setting waktu tu- "Ahmad adalah seorang 'abang' senior yang garang."

Tapi, sebab 1 peristiwa, saya mula baik ngan Ahmad (dan Ahmad sebenarnya baik+rapat ngan sume orang). Saya takkan lupa waktu Ahmad sama-sama turun library, tolong saya dan Fizah siapkan bundle of argument untuk subjek Legal Moots. Ahmad sanggup call kawan-kawan dia, tanyakan pasal isu yang saya dapat. Lepas tu rasanya kami mula baik. Ahmad yang sentiasa sedia mendengar masalah, dan sentiasa sedia juga untuk membantu. Ahmad one of friends yang ajar saya, antara lelaki & perempuan tak semestinya kena ada rasa cinta, lelaki & perempuan juga boleh jadi SAHABAT. :)

Lepas itulah saya dapat tau, rupanye Ahmad muda setahun dari saya. Tarikh lahir Ahmad- 28 April 1988. Ceh! Sia-sia pangkat 'abang senior' yang saya bagi selama ni. Saya suruh dia panggil saya Kak Iqah, tapi elok je dia ketawakan saya, kata saya ni 'kawan' dia, bukan 'kakak' dia. Cehhh..! 

 Budak Manja

Budak Manja kat atas ni pulak share tarikh lahir yang sama dengan Ahmad. So, memang ingatlah tarikh lahir mereka berdua ni. Hehe. Tak payahlah cite pasal Budak Manja ni ye. Budak Manja ni sedang membesar dan semakin mengade-ngade. Mulut dia pun dah macam orang tua. Sebabnya, bila kat sekolah dengar kawan-kawan dia cakap loghat ganu, dia pun wat balik umah. "Kakngah berat nanang,"(-_-")

Cikgu Mien

Katanya, saya sorang je yang panggil dia Cikgu Mien. Nama dia Umina Salwani. Mien tu memang panggilan khas dari saya untuk dia. Sape dia ni? Nilah kawan satu sekolah (KOSPINT) saya dulu. Macam-macam kenangan dah kami kongsi berdua. Dulu 1 dorm dengan Mien. Pernah gaduh, pernah nangis sama-sama, buat jahat pun sama-sama. Haha. Banyak sangat cerita yang kami kongsi, banyak jugak duka yang mengisi. Tapi itulah, Allah takdirkan kami bersahabat, dan kami saling menguatkan. Kalau antara kami berdua ada masalah, memang kami senang berkongsi dan masing-masing saling menguatkan. Mien kelakar, pandai sangat melukis. Yang saya ingat, Mien lukis kad gambar kartun dalam majalah Gempak masa sekolah dulu untuk Jualan MPP. Memang ramai yang beli. Sebab memang kartun yang Mien lukis sangat cantik. (Dulu masa sekolah, suke bace komik Detektif Conan, dan jugak majalah Utopia & Gempak). 

Dan sekarang Mien dah jadi cikgu kat Sekolah Menengah Kampung Pandan. 29 April 2011 baru ni, genaplah 24 tahun umur Mien. Semoga Mien akan terus kuat menghadapi segala dugaan, juga doa saya paling utama buat Mien, semoga 'seseorang' yang Allah akan bagi kamu itu adalah dia yang setia & sentiasa membahagiakan kamu Mien. :)

Terima kasih buat kamu ;)

And last but not least, dia yang lahir pada 27 April 1991. Macamana kita boleh knal ek? Kamu tak suka saya ungkitkan cerita ni. Tapi takpe, kenangan tu masih lagi segar dalam ingatan saya. Tak sangka kan, akhirnya Allah temukan kita lagi, kat Facebook pulak tu (nama pun laman sesawang sosial kan?). Doa saya sempena hari ulang tahun kelahiran kamu, semoga Allah memakbulkan segala hajat kamu, dengan apa yang terbaik buat kamu. Belajar rajin-rajin ye Along. Tak sabar nak tengok Along bergelar doktor. :)

p/s: Along, you're always in my mind. <3


Buat kamu wahai Si April, semoga Allah sentiasa memberkati hidup kamu dengan menunjukkan jalan untuk kamu terus menghadapi hari-hari yang mendatang. Semoga hati-hati kamu, Allah kuatkan dengan inayah & petunjuk dari-Nya. Amiin. 

Semoga Persahabatan Kita Terus Utuh Wahai 

Sahabat! (^^,)

Saturday, April 23, 2011 7 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Melangkah Ke Alam Baru

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, minggu ini saya telah selamat melangkah ke alam baru. Eh, bukan alam rumah tangga tau. Tapi, alam pekerjaan. Isnin baru ni merupakan hari pertama saya memulakan Program Sangkutan Undang-undang atau in English we call it 'Law Attachment Programme' (LAP). Sebenarnya, kalo nak cite pasal praktikal ni, bukanlah benda baru bagi saya sebab time diploma dulu dah 2 kali buat praktikal ni. Tapi, setiap pengalaman tu mestila tak sama kan? Lagi-lagi kalo tempat pun berlainan.

Kali pertama buat praktikal kat Putrajaya, Biro Bantuan Guaman. Boleh dikatakan, part ni the best practical time ever in my life sebab kat sinila hubungan dengan staff sangat rapat. Even family pun dah saling mengenal diorang, ziarah ke rumah. Kali kedua buat dekat law firm kat Dungun, pun best jugak. Sebab dapat enche boss yang sporting. Staff pun gila-gila. Kirenya kalau buat keje tak stress sangat la. Hakim Syariah kat Mahkamah Syariah Kemaman time tu hensem. Enche boss warning saya yang tok hakim tu dah ada anak 5 bila dia tau saya suka tok hakim tu. Haha. Teringat main tulis-tulis kertas ngan Kak Nor bila bosan dgr kes bersidang. Masa tu, Kak Nor tengah buat chambering kat law firm yang sama. Kirenye Kak Nor pembantu enche boss la.

So, kali ni merupakan kali ke-3 buat praktikal. Perasaan nervous pada hari pertama tu takde la sangat. Lagi pun, ada Fizah di sisi menemani saya. Cewah! Cuma macam-macam kejadian yang berlaku sepanjang minggu pertama ni. Dengan 2 kemalangan berlaku depan mata on the way nak gi keje, ada orang mengamuk pecahkan cermin tingkap bas, jumpa pakcik bas yang suka menengking penumpang, dan tak kurang jugak peristiwa sweet macam 20hb April baru ni birthday Dato'. So, Dato' belanja 1 blok department kat situ lunch. Alhamdulillah. Pastu, berkenalan ngan akak jual air yang ramah, staff pun boleh tahan happening. Diorang kata saya suka gelak. Mane taknye, asal baca berita online, saya gelak sorang-sorang. (Saya tak dapat nak tahan gelak bila baca berita video seks DSAI).

Dan tak kurang jugak dengan benda yang paling buat saya tertekan selagi tak siap.

 sebahagian dari fail-fail yang saya dapat

Bila boss panggil, "Atie, awak ambik fail ni, taip list..bla..bla..bla.." Oh, saya dapat keje rumah tau. Memang seronok*sambil tangan kat bahu*. Kena buat research cases. But it doesn't matter. This is the important step from my learning part, insya Allah. Seronok bila dapat tolong orang, tapi nak selesaikan satu-satu kes tu bukan mudah. Saya baru belajar, ada banyak benda lagi yang saya kena tau dan explore. Dan harapan saya semoga Allah permudahkan segala urusan saya dan sahabat-sahabat selama 12 minggu buat Latihan Sangkutan Undang-undang ni, Insya Allah. Moga bermanfaat untuk kami semua. :)

p/s: Boss saya, Cik Nazirah panggil saya Atie. Dapat 1 nick name baru. Comel kan? :D
Saturday, April 16, 2011 1 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Ketakutan Saya Berasas

Pengasuh cedera di lengan digigit haiwan liar ceroboh rumah

MERLIMAU: Seorang budak perempuan berusia 15 bulan cedera dan terpaksa menerima kira-kira 30 jahitan manakala tangan pengasuhnya turut luka selepas mereka diserang seekor kera liar ketika tidur di sebuah rumah di Kampung Kilang Berapi di sini, kelmarin. 

Budak berkenaan, Siti Hajar Abd Razak cedera pada bahagian dahi; hidung; bibir dan tapak tangan kiri dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu. Pengasuhnya, Rokiah Abd Rahman, 59, pula luka pada kedua-dua tapak tangannya.
Rokiah berkata, sebelum kejadian, beliau baring sambil menidurkan Siti Hajar di ruang tamu sebelum kedua-duanya terlena dan diserang seekor kera yang dipercayai masuk ke rumahnya melalui bumbung.

“Saya terjaga dari tidur apabila tangan berasa pedih dan amat terkejut melihatkan haiwan berkenaan menggigit tangan saya. Dengan pantas saya terus menepisnya dan akhirnya kera itu melepaskan gigitannya.

“Bagaimanapun, kera itu terus bertindak liar menerkam Siti Hajar yang tidur dan menggigit kepalanya. Saya terus mencekik leher kera terbabit sehingga haiwan itu melepaskan kepala Siti Hajar yang berlumuran darah,” katanya ketika ditemui di Hospital Melaka di sini, semalam.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Roslan Ahmad, yang turut melawat bagi melihat keadaan kedua-dua mangsa.
Rokiah berkata, ketika kejadian, semua pintu dan tingkap rumah tertutup dan beliau bernasib baik apabila kejadian itu turut disedari salah seorang jiran yang menghalau haiwan liar berkenaan.

“Saya segera membawa Siti Hajar ke klinik sebelum dirujuk ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, bapa Siti Hajar, Abdul Razak Bakar, 33, berkata, beliau tergamam apabila dimaklumkan kejadian yang menimpa anak sulungnya.

“Saya bimbangkan nasib Siti Hajar yang mungkin membawa maut seperti beberapa kes serangan haiwan liar sebelum ini.

“Namun syukurlah kerana mata Siti Hajar tidak cedera biarpun menerima beberapa jahitan dan luka pada dahi; hidung; bibir dan tapak tangan kiri,” katanya.

Sumber: Berita Hairan online.

*kan teman dah kabo, beruk, monyet, kera, ungka & family merbahaya!*

Thursday, April 14, 2011 4 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Suka Duka Final Exam

Assalamualaikum..

Dah hampir empat hari duk umah, baru nak tulis pasal final exam? Bukan macam tu, yang sebenarnya saya memang sengaja tunggu 14hb baru nak post pasal final exam. Kenapa? Sebab hampir semua sahabat saya, last papernya pada hari ini. So, untuk meraikan mereka, saya sengaja taip post ni setelah mereka selesai menduduki final exam. So, apa yang saya nak cerita dalam post ni?

Final exam di UIAM (Gombak) pada semester ini bermula pada 31 Mac 2011 secara rasminya. Jadual exam saya untuk semester ini rapat-rapat. Gap tak lame. Paling lame pun 3 hari. Sebab tu saya habis sume paper awal (10hb April). Yang paling siksa bila ada 3 paper berderet setiap hari. Memang sangat tension. Rasa macam nak gigit-gigit je buku + notes tu. Padan muka saya jugak kan? Sape suruh study last minute? Masa study tu, macam-macam yang datang dalam kepala. Perasaan menyesal tu tak payah cakap la. 

"Nyesalnya aku tak wat study group......, nyesalnya aku tak prepare notes awal-awal....., nyesalnya tak gi consult lecturer....., nyesalnye (macam-macam nyesal la)..sob3.~"

"Tak payahlah nak menyesal, kalo ko nyesal kuar air mata darah sekalipun, masa takkan berpatah balik. Yang ada cuma masa yang terus berlari.." 
Satu suara lain pulak melawan perasaan menyesal saya.

Dalam hati bertekad buat yang terbaik. Pulun jela, dah namanya pun student, mesti la tekanannya belajar, ye dop? Kalau taknak susah, tak payah belajar. Duk umah jela tunggu orang masuk meminang. Ngee..~


Suka Duka I

Untuk semester ni, alhamdulillah ada jugak buat study group. Beberapa hari sebelum exam, pergi ofis LAWSOC, study kat sana. Saya tak keseorangan. Ada adik-adik yang menemani. Achik (Taufiq), Uteh (Afif a.k.a Mawi), Amal & Fiza. Ni 'suspek' tetap yang memang akan datang study kat ofis. Cuba jugak untuk terus bertahan study kat bilik, tapi mata ni asyik nak pejam + badan akan secara automatik landing kat atas katil yang sentiasa melambai-lambai tu. Huh. Dugaan..dugaan.. Cuaca pulak tak menentu sekarang ni. Tak kira pagi atau petang memang kerap hujan. Bila dah hujan tu, dugaan bertambah kuat. Ditambah dengan angin sepoi-sepoi 'berbudi bahasa'. Memang saje je suruh saya merehatkan diri. (Setan memang suka goda orang nak belajar). 

So, ambik langkah selamat, study kat ofis secara berjemaah. Kalau ada yang tak faham, boleh tanya diorang. Dan sebenarnya belajar secara berkumpulan ni lebih baik dari belajar secara bersendirian. Eh, dah jadi macam tajuk debat pulak. Hehe. Walaupun tak dinafikan, bila study ramai-ramai ni kemungkinan untuk bersembang tu ada. Tapi kena pandai-pandai ambik peranan la. Part paling best, bila dah habis study dalam pukul 4 lebih tu kami dah mula berjemaah pegi cafe. Cari makanan. Pastu, duk bersila kat bawah, makan sama-sama. Memang mantap sekali ukhwah kami. :P

Awok akan ingat kat kome sume bile makan bende nih. (*ngee~) (T_T)

Bila dah bersembang ramai-ramai, keluar la macam-macam cerita, macam-macam perangai, macam-macam rahsia.
Ayat famous Uteh, "Ngade..sibuk je..banyok cakak teh.." 
Uteh ni nampak je macam garang tapi hati dia baik dan lembut sebenarnya. Tak caya? Tryla kawan ngan dia. Memang dia seorang yang sangat menghargai kawan-kawan dan orang yang dia sayang. Kira macam family man pun ye jugak Uteh ni. :)

Ayat famous Achik pulak, "Kekgi..Takdi..Kemah-moleP..Kemah-keming.." 
Achik ni pulak asal Johor, tapi gatal nak cakak Ganu. Tu yang selalu guna perkataan-perkataan Ganu yang dia dengar di sekeliling dia. Suka bercerita tentang isu semasa, filem yang dia tengok dan tak kurang jugak dengan novel yang dia baca. Achik hafal setiap dialog dalam cite yang dia tengok tau. Dia suka tiru gaya Usop Wilcha cakap dalam filem 'Hantu Kak Limah Balik Umah'. Memang tak tahan nak gelak kalau duk ngan Achik nih.

 Achik & Uteh sewaktu Group Binding LAWSOC 10/11.

Trademark Amal pulak, "Lempang kang..Sepatutnya...Amal dulu kan..Mak ngan Abah Amal...bla bla bla.." 
Hahaha. Amal memang suka bercerita. Macam-macam ceritalah yang kuar. Panas dan sensasi pulak tu. Amal jugak suke ketawa. She's very friendly kind of girl. Seriously. Easy to make friend with. Eh, awat ter'speaking' pulak ni? Ape daa..1 lagi, Amal suka (suka?) sangat belanja saya. Dah banyak kali Amal tak nak terima duit bila saya nak bayar balik. Amal, akak will miss you so much la within 5 months holiday ni. (T_T)

 Amal : Yang pakai tudung kaler itam. :D


Buat Uteh, Achik & Amal: Terima kasih yang tak terhingga atas segala kebaikan korang. Sejujurnya, korang bagi semangat kat Akak untuk terus gigih berusaha. Korang inspirasi akak untuk berjaya. Akak kagum dengan semangat yang korang ada. Moga Allah terus mengekalkan kita semua atas jalan ini. Akak akan rindu sangat kat korang nanti. Jaga diri baik-baik. Jangan lupa keep in touch! :)


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


Suka Duka II

Dalam jam 6.00 petang, 1 SMS diterima. 

"Salam. Iqah nak makan same tak?"
-sender: Amy GC

"Wslm. Boleh jugak. Tp lewat skit tau. Iqah baru balik ni." Saya membalas.

"OK." Ringkas balasan Amy.

Jam 6.30 petang, terdengar ketukan di pintu. Wajah Amy terjengul di muka pintu. Saya bersiap dan mencapai tudung, terus keluar. Kami beriringan berjalan menuju ke cafe. Entah kenapa, laju je kaki saya melangkah melalui jalan yang sebelum ini jarang dilalui sambil mulut rancak bersembang dengan Amy. Tiba- tiba di pertengahan jalan ada sekumpulan makhluk berkumpul. Langkah saya dan Amy terhenti. Saya pandang Amy, Amy pandang saya. Makhluk tu pun pandang kami berdua tidak berkelip. 

"Apa kita nak buat ni Amy?" Saya dah mula panik bila muka makhluk tu memandang kami macam nak menerkam.

"Syuhh..syuhh....!!!!" Amy cuba menghalau makhluk-makhluk tersebut sambil menghentak kaki.

Malangnya, 2 ekor dari makhluk tu bukan melarikan diri, tapi terus mara ke arah kami. Waktu tu, Amy dan saya dah menjerit-jerit. Warga mahallah dari blok-blok berdekatan terus menjenguk ke tingkap. Terkejut mendengar jeritan kami barangkali. Mereka yang sedang berjalan berdekatan dengan tempat kejadian pun turut sama memerhatikan kami yang terjerit-jerit tu. Masa tu, saya fikir satu je. LARI!!! Saya lari dan dalam masa yang sama fikir kat mana Amy. Rupa-rupanya Amy dah awal-awal panjat bukit nak selamatkan diri. Sampai tinggal sume; beg duit, handphone & sandal berdekatan dengan makhluk tu tadi.

Bila saya sampai kat Amy, dalam keadaan yang kelam-kabut macam tu, barulah Amy terfikirkan dan risaukan beg duit, sandal dan handphonenya tu. Nasib baik makhluk tu tak bawak lari. Sisters yang menyaksikan kejadian petang tu, ada yang tergelak-gelak dari tingkap masing-masing. Cis! Sungguh memalukan. Sungguh tak percaya yang saya menjerit-jerit macam kena histeria. Wat kecoh je. Tak kurang jugak yang cuba menenangkan kami. Tak lama lepas tu, saya dan Amy pergi dapatkan balik barang-barang Amy yang ditinggalkan bila makhluk-makhluk tu dah takde kat situ. Kami terus menuju ke cafe sambil muka kami merah menahan ketawa, malu, dan trauma. Memang terbahak-bahak kami ketawa bila sampai di cafe. Macam tak caya je kami ni penakut. Ingatkan berani sangat. Ceh!

Setiap kali kalau kami ingat balik pasal peristiwa ni, memang akan ketawa terbahak-bahak. Kelakar sangat-sangat. Dengan makhluk tu pun takut. Tapi, makhluk ni memang bahaya. Boleh gigit orang. If come to the worst boleh membunuh. Scary tau. Tapi ada yang cakap kalau jumpa dengan makhluk ni, jangan tengok. Just wat tak tau je. Bagi kami pulak, cakap la  suruh buat apa sekali pun, kami takkan berani lagi lalu jalan yang ada makhluk tu. Kami trauma. Itulah hakikat yang terpaksa kami telan. (hahaha)

 Makhluk itu. *sigh*

Buat Amy, even if you sad that we're not happen to meet again after this, remember to feel grateful for that Allah has given us this kind of friendship. Ukhwah fillah. Moga segala kenangan yang kita lalui akan sentiasa segar di ingatan. Panjang umur, ada rezeki insya Allah kita akan jumpa lagi ye. Insya Allah.

p/s: Amy, sorry sebab citer pasal rahsia ni kat blog. It's a sweet memory though. (hehehe~)

Sekian dulu cerita Suka Duka Final Exam. Kenangan, yang manis sentiasa di ingatan. Yang pahit, jadikan pengajaran. Fi amanillah. :)
Wassalam.

Tuesday, April 12, 2011 5 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Hm. Not Bad.

Satu petang di Shah Alam, 2 beradik memasuki kedai runcit untuk membeli bahan-bahan masakan. Ketika melalui rak majalah., tiba-tiba langkah si kakak terhenti. Matanya terarah kepada satu majalah.


Si Kakak memanggil si Adik, "Kakteh, ce tengok ni," sambil menunjuk ke arah majalah di atas rak.

Si Adik terkejut. "Boleh caye ke mamat ni?"

Si Kakak menjawab, "Tula, entah ye ntah tak ni. Hari tu bukan main lagi berlakon masuk disko dalam cite 'Aku Masih Dara."

"Harap-harap memang dia betul-betul dah berubah la. Jangan sampai masyarakat boleh salah faham pulak." Si Adik pula menjawab.

Sebetulnya, saya sangat tak suka dengan Ashraf Muslim. Entahla, ramai orang cakap dia handsome. Tapi saya mula betul-betul tak suka dia lepas tengok citer Manjalara kat TV3 dulu. Rasa memang menyampah sangat. Drama kat TV3 baru ni, Ashraf Muslim pegang watak sebagai Ustaz Amirul. Ramai jugak yang admire dia. Tapi, still saya tak suka dia. Huhu. Agaknya saya ni jenis yang sekali tak suka, memang selamanya tak suka. Kot? :D

Tapi, lepas baca surat dari sorang pembaca al-Islam saya berdoa dalam hati semoga Ashraf terus istiqamah. Niat dia murni, semoga Allah membantu dia dalam perjuangan industri hiburan yang penuh dengan fitnah dan tak keterlaluan dikatakan penuh juga dengan dosa & maksiat. 

Wassalam.
Monday, April 11, 2011 9 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Perasaan Yang Tak Dapat Diungkapkan

Assalamualaikum semua..

*Teruja + penat + letih + mengantuk-tapi-mata-taknak-pejam + kepala pusing + pitam + seronok.*

Itulah gambaran saya (secara hiperbola) tentang apa yang saya rasa ketika saya menulis entri ni. Oh, sebenarnya saya baru saje sampai umah semalam jam 4.00 pagi lebih kurang. Wah, gembira tidak terkata (gambaran lagi). Kebetulan masa sampai semalam, Maryam baru nak tidur, sempat la usik-usik dia, taknak bagi dia tidur. Saya suruh dia berjaga tunggu subuh. Yela, kalau tidur pukul 4.00 pagi, kemungkinan untuk 'terbabas' solat subuh adalah tinggi. So, saya paksa jugak mata ni bertahan sampai pukul 6.00 pagi. Malangnya, ujan lebat pagi itu telah menggoda mata saya untuk menerjah ke alam mimpi. Tup-tup, kul 6.30 pagi terjaga sebab Abuya kejut. :D

Lepas subuh tu, sebab sangat teruja dapat balik umah (sebenarnya teruja nak citer banyak benda kat Umi), so, bersembang punya bersembang, tiba-tiba Umi kata, 
"Angah pegi beli nasik lemak pagi ni ngan Awiz."
Erk? Adakah benar apa yang kudengar ini? Yela, Saya baru je dapat lesen 24hb Mac hari tu. Ibarat lesen saya ni masih panas macam baru kuar dari oven. Umi yakin ngan saya. Terharunya. Nak peluk + cium Umi masa tu jugak. Hehe.~

Mula-mula bawak, agak cuak jugak sebab bukan kete kecik, tapi kete yang agak besar. Kena pandai agak dan jaga jarak. Tapi, overall, Alhamdulillah takde masalah sangat. Lepas breakfast, hantar Awiz pegi reunion kawan-kawan sekolah dia kat Dungun. Pastu, pegi amik Mujahid balik dari PASTI, dan terus ke bank teman Ilah keluarkan duit. Lepas makan tengah hari dan solat, Ilah ajak ke Mesra Mall, nak main bowling dan tengok wayang citer Hikayat Merong 'Mahasiswa' katanya. 

 Walaupun penat+mata rasa pedih, tp maintain smile tu penting. *Hik3*

Dah siap park kete, Mujahid awal-awal tanya, 
" Adik nak beli mainan kecik-kecik je boleh dop Kakngah?" 
Saya jawab, " Boleh."
Masuk je mall, Mujahid cepat-cepat tarik tangan saya masuk 'Toys Ur Us'. 
"OK, masuk je Iqah, tapi ko jangan ikut kehendak dia nak beli mainan, " hati saya konon-kononnya bertegas.
Yela, duit dalam purse ade not warna merah je. Satu lagi, Umi dah pesan jangan bagi Mujahid beli mainan dah. Mainan dia kat umah dah 1 beg besar. Beli buku takpe. Tapi, nak wat macamane. Dia adik bongsu, jadi rasa nak memanjakan dia memang sentiasa ada. Lagi-lagi kalau Mujahid dah start wat muka kesian.

Mula-mula Mujahid tunjuk 1 kotak kete mainan yang kecik. Harga dia RM 35++. 
"Yang ni kecik, Angah. Boleh dop Adik nok kete ni?" sopan Mujahid bertanya. 
Saya jawab, "Mainan dia memang kecik Adik, tapi harga dia 'besor'.."
Tergelak Kakak bila dengar saya cakap macam tu.

Lastly, ada jugak kete mainan kecik dalam kotak berharga RM 5.90. So, saya pujuk dia beli yang ini je. Nasib baik Mujahid setuju aje. Masa kat kaunter bayaran:

Cashier : Ada membership card?
Saya      : Takde.(sambil senyum)
Cashier : Nak apply untuk membership card tak? Sekejap je siap, boleh guna untuk seumur hidup. Boleh dapat diskaun untuk barang-barang mainan yang terpilih. (sambil senyum memujuk)
Saya      : Takpela, lagi pun saya tak selalu datang sini. (ceh, jual mahal!)
Cashier : Takpe, nanti boleh beli barang-barang mainan untuk anak cik.

(Dalam hati saya: Anak? Ni plan untuk masa depan ke? *confuse*)

Saya     : Err..ok, boleh la..(terus amik form yang dihulur dan isi). Untuk anak je ea? Kalo beli untuk adik boleh dapat diskaun tak?
Cashier : Tak boleh. Anak je. (sambil senyum sumbing lagi)
Saya      : (Errr..apekah? *confuse lagik*)

Selesai isi form untuk membership 'Toys Ur Us', terus dapat kad. Eh? Dalam hati dah bermonolog sendiri, anak-anak saya nanti akan main mainan mahal-mahal macam kat kedai ni ke? Sangat berbeza dulu dan sekarang. Anak-anak zaman dulu main permainan yang dicipta sendiri, main beramai-ramai secara tak langsung dah mula belajar adapt how to communicate with others. Anak-anak zaman sekarang, duk dalam umah senyap-senyap main video games, game boy, PSP & etc. Sampai satu tahap, jiran sebelah umah pun tak rasa nak kenal dan ambik peduli. 

 Bertambahla koleksi kad dalam purse saya. *haish*

Sampai rumah lebih kurang pukul 5.15 petang. Kepala dah berpusing-pusing. Sakit. Nilah bahana tak cukup tidur. Penat. Tapi sebab adik-adik beria ajak kuar, gagahkan jugak diri drive. Yela, diorang bukan selalu dapat kuar jalan-jalan. Kesian. :D
Walaupun sangat letih hari ni, saya puas hati sebab dapat ikut kehendak dan gembirakan adik-adik. Yela, bukan selalu masa yang ada dapat diluangkan dengan mereka. So, I'm happy to make them happy. :)

Itu saja cerita saya untuk entri kali ni. Ada banyak benda sebenarnya yang saya nak tulis, tapi kena hold dulu. Hehe. Selamat  bercuti buat seluruh warga UIAM yang dah habis paper final exam untuk semester ni.  Untuk sahabat-sahabat yang baca blog ni, moga bermanfaat.

Wassalam.