Monday, November 29, 2010 0 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Berfikirlah..

Salam 'alaik..
Bila membaca dan melihat rentetan peristiwa akhir-akhir ini, saya pening kepala. Kenapa? Terlalu banyak kucar kacir yang berlaku. Tak cukup dengan isu perpecahan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), isu Korea Selatan dan Korea Utara mahu melancarkan peperangan, tengok berita kat TV, hari-hari memang wajib ada berita kes pelacuran, samun, merompak dan sebagainya.

Saya sebagai rakyat, dan sudah pun menjangkau 23 tahun berasa bertanggungjawab untuk mengambil peduli dan kisah tentang hal-hal berkenaan, bukan hanya menonton perlawanan bola sepak antara Manchester City dengan Tottenham, ataupun menyanjungi juara tennis dunia, Rafael Nadal sahaja. Ataupun, saya rasa saya tidak patut hanya duduk bermalasan menonton TV, menyaksikan drama-drama yg tercalon untuk Anugerah Skrin TV3 nanti.

Ada orang tanya saya, "Buat apa nak sibuk-sibuk? Kita bukannya pemimpin negara pun. Biar jela.." Aduhai, penyakit seperti ini sangat bahaya. Kawan-kawan, kalau bukan kita yang ambil berat dan ambil peduli, siapa lagi? Kalau bukan kita yang akan menerajui negara 1 hari nanti, siapa lagi? Ada jugak yang cakap, "Saya atas pagar, tak nak sokong mana-mana parti."

Golongan ini, bukanlah saya hendak kutuk tetapi golongan seperti ini, jika tidak ada pun tidak memberi apa-apa kerugian buat ummah. Sebab, mereka ini tak memberi manfaat kepada masyarakat. Bukanlah saya ingin melabel insan-insan seperti ini kerana saya juga manusia yang pasti banyak kelemahan. Namun, bagi saya berpendirianlah, kerana orang yang mempunyai pendirian itu pasti mempunyai matlamat hidup, pasti sayang akan ummah dan nasib bangsanya dengan melihat dan berfikir sebab terjadinya penyakit-penyakit sosial.

Untuk para mahasiswa khususnya, sangatlah sayang jika anda tidak mengalirkan bakti dan keringat anda untuk masyarakat, kerana anda orang terpelajar. Anda sememangnya harus ambil tahu dan peduli tentang nasib masyarakat di sekeliling anda. Anda tidak sepatutnya hanya mengisi masa cuti anda dengan bermain snooker, menonton wayang sahaja ataupun berpeleseran bersama teman-teman.

Ingatlah kembali sejarah Sultan Muhammad al-Fateh, seorang raja muda yang sangat hebat pasukan ketenteraaannya di mana beliau diangkat menjadi raja seawal usia 19 tahun. Di dalam hadith Nabi S.A.W., Baginda menyebut bahawa tentera Sultan Muhammad Al-Fateh dan tenteranya adalah sebaik-baik raja dan sebaik-baik tentera. Jauh benar jika mahu dibandingkan dengan muda-mudi pada hari ini.

Jika anda membuka Surah Taubah, cubalah memahami tafsir ayat-ayat dalam surah ini. Surah ini mengungkap bagaimana Allah murka terhadap golongan yang munafik pada zaman Rasulullah S.A.W. dulu. Siapakah golongan yang munafik ini? Mereka adalah golongan yang mengaku beriman kepada Allah, tetapi, apabila diseru untuk berperang, mereka memberi  pelbagai alasan. Nauzubillah, janganlah kita termasuk dalam golongan ini.

Bercakap memang mudah. Modalnya hanya air liur. Tapi, untuk membuktikan, 1000 keringat dan pengorbanan harus ditumpahkan. Saya memberi peringatan untuk sesiapa yang membaca, juga untuk diri saya sendiri. Kalau kita mengaku sayang dan cintakan Allah serta Rasul-Nya, mana buktinya?
Saturday, November 27, 2010 0 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Fitrah Adam dan Hawa

Seorang lelaki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya. Seandainya Hawa diciptakan dari Adam A.S saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit ketika keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebusnya dengan kehidupannya.



Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu (jantung, hati nurani). Oleh kerana itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang puteri yang manja, dan seorang isteri yang taat.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikhabarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W,“Jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.”
Maksudnya adalah bengkoknya tulang tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang lelaki.

p/s: terima kasih Incik Facebook! :D
Friday, November 26, 2010 0 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

10th Sayyidah Shafiah

Salam 'alaik..
Alhamdulillah, semalam genap 10 tahun umur Sayyidah Shafiah, adik perempuan saya yang bongsu. Kami sekeluarga panggil dia 'Kakak'. Shafiah ada 1 orang adik lagi, sape lagi kalo bukan Mujahid. (Sebenarnya ada 2 orang adik, tapi yang seorang lagi dah jadi bidadari kat taman syurga).

Kami sekeluarga cuma buat sambutan secara kecil-kecilan sahaja. Umi masak laksa penang dan nasi beserta lauk ikan siakap masak merah. (Sedappp sgt..)
Abuya pulak bawak balik kek pada tengah hari itu. Kat Paka ni, tak banyak pilihan sangat. Tak banyak kek yang berkenan di hati, tapi kek yang Abuya pilih ni, boleh tahan jugak comelnya. :)

 
Ada orang cakap, tak perlu pun sambut hari lahir ni, sebab semakin bertambah usia, semakin menghampiri kematian. Ya, saya akui hal itu. Namun, bagi kami sekeluarga, setiap kali tiba hari ulang tahun ahli keluarga kami, 'wajib' ada tanda ingatan. Tanda ingatan itu bukanlah dengan menganjurkan 'birthday party' secara besar-besaran, cukup sekadar memasak dan menghidangkan hidangan yang sedikit istimewa, sambil diiringi doa selamat.


Bagi adik-beradik yang berada jauh di mata pula, kami tidak akan lupa tarikh ulang tahun kelahiran masing-masing. Contohnya, saya ada 10 orang adik-beradik, maka tarikh ulang tahun kelahiran 10 orang adik-beradik ini akan kami ingati, termasuk jugak tarikh lahir Umi dan Abuya. Bahkan, kami akan menghantar SMS, untuk saling mengingatkan tarikh hari lahir adik-beradik yang lain, ataupun tarikh ulang tahun kelahiran Umi & Abuya.

Secara peribadi, saya menganggap tanda ingatan seperti ini adalah tanda ikatan ukhwah kami sekeluarga. Tak perlu hadiah yang mahal-mahal, cukup sekadar ada yang mengingati. Mengingati itu tandanya ada yang mengambil berat dan menghargai kita. Kan? Apa lagi yang saya harapkan selain sebuah keluarga yang cukup bahagia, yang di dalamnya terisi dengan kasih sayang dan rahmat dari Dia.

Setakat ini, setiap kali tiba hari lahir saya, saya pasti akan dapat mesej ucapan daripada Umi, Abuya serta semua adik-beradik yang lain. Dalam ucapan itu, pasti akan ada doa yang dititipkan buat saya. Semestinya saya mengharapkan doa dari mereka dan kalian juga! 


Dan untuk Sayyidah Shafiah @ Kakak, Angah mendoakan semoga Kakak akan terus menjadi seorang anak yang solehah buat Umi & Abuya, juga berjaya di dunia dan akhirat. Amiin..~
Angah sayang Kakak!!! (^_^)

Tuesday, November 23, 2010 2 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Mujahid & Gigi

Berus gigi Ahid lebih kurang mcm ni la rupanya

Dah berhari-hari Mujahid sakit gigi. Minggu lepas, dalam perjalanan pulang ke kampung, Mujahid meraung kesakitan dek kerana gigi gerahamnya yang dah berlubang. Walaupun seminggu selepas hari raya Aidilfitri hari tu gigi geraham Mujahid baru lepas ditampung, tapi bese la kan. Budak sebaya Mujahid ni, sape la yang tak suke makan benda-benda manis. Ye dop?

Alkisahnya, malam ni Abuya bawak Mujahid pergi klinik untuk kali ke-2. Sebab semalam dah pergi, tapi terlalu ramai yang menunggu, dan doktor gigi pun dah tak nak terima pesakit, so balik jela. Malam ni, siap je solat maghrib, terus start enjin kete dan trus menuju ke klinik. Dalam pukul 9.15 malam, Abuya, Mujahid & Musayyad balik.

 Cantik tak gigi Ahid?

Setelah memberi salam, Mujahid dengan muka bergayanya tunjuk gigi yg doktor dah cabut tu kat kitorang. Siap cakap lg, "Tak sakit langsung.."
"Ceh, berlagak betul si Mujahid ni. Eeii, memang rasa nak gigit-gigit je budak ni."- ni saya cakap dalam hati.

Petang tadi, puas hati saya usik Mujahid. Saya tutup lampu bilik air time dia tengah mandi, saya peluk-peluk dia time dia tengah tengok TV, saya bagitau dia yang Abuya dah tak sayang dia. Hahaha. Puas hati usik Mujahid hari ni. Saya memang tak boleh tengok Mujahid duk diam. Mesti ade je benda yang saya nak usik dia. Tapi Mujahid ni pandai berlakon. Kalau agak-agak dia dah tak boleh melawan, dia akan buat-buat nangis. Lakonan dia memang terbaik! Haha. 

Ahid! Angah nak cubit-cubit, pastu Angah nak gigit-gigit Ahid! :P


Monday, November 22, 2010 2 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Jangan Tunggu Lama-lama

Salam'alaik..

For this new entry, I would like to talk about one of Michael Learns To Rock (MLTR) songs. I can say that I love all of MLTR's songs. Why? Because the music is quite classic and it soothes my ears. I keep playing this song, without any bored feeling.

What is it all about?



25 Minutes Too Late
 
After some time I've finally made up my mind
she is the girl and I really want to make her mine
I'm searching everywhere to find her again
to tell her I love her
and I'm sorry 'bout the things I've done

I find her standing in front of the church

the only place in town where I didn't search
She looks so happy in her weddingdress
but she's crying while she's saying this

Chorus: Boy I've missed your kisses all the time but this is

twentyfive minutes too late
Though you travelled so far boy I'm sorry your are
twentyfive minutes too late

Against the wind I'm going home again

wishing me back to the time when we were more than friends

But still I see her in front of the church

the only place in town where I didn't search
She looked so happy in her weddingdress
but she cryed while she was saying this

Chorus:

Boy I've missed your kisses all the time but this is
twentyfive minutes too late
Though you travelled so far boy I'm sorry your are
twentyfive minutes too late

Out in the streets

places where hungry hearts have nothing to eat
inside my head
still I can hear the words she said

Chorus:

Boy I've missed your kisses all the time but this is
twentyfive minutes too late
Though you travelled so far boy I'm sorry your are
twentyfive minutes too late

I can still hear her say.....

Conclusion

Personally, let ignore all the negative side of this lyric. But now, for those men out there, I beg you to consider your women's heart. Don't just simply guess what they feel, and then treat them like you know everything. Once you love someone, say it or you might lost her. The option is yours..:)

p/s: Eh, kenapa pulak tiba-tiba terskipping ni?:P





Friday, November 19, 2010 2 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

First Trial ;)

I've just went back to my village yesterday. A camera was hold in my hand and then..here's the result! After all, what can I say is I LOVE PHOTOGRAPHY..:)














How is it? Isn't it beautiful? Hehe.. Thinking to involve in this field seriously. Hmm..can't I? :)



Thursday, November 18, 2010 0 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Aidil Adha : Mengorban Atau Terkorban?

Salam 'alaik.

Salam Aidil Adha buat semua Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah. Macamana dengan Aidil Adha kali ini? Pastinya masing-masing mempunyai pelbagai pengalaman yang berbeza kan? Saya pula, tahun ini beraya di rumah saja, kebetulan tahun ini Abuya ambik bahagian dalam 'korban'. Raya tahun ini agak berbeza, mungkin kerana anak-anak Umi dan Abuya masing-masing sudah meningkat dewasa. Jadi, sudah tiba saatnya anak-anak berbakti, memberi peluang kepada kedua-dua mereka untuk berehat pula. :)

Untuk entri kali ini, saya ingin bercerita tentang 'korban' sempena Hari Raya Aidil Adha yang sangat sinonim dengan perkataan ini. Teringat waktu sekolah dulu, untuk subjek Bahasa Melayu ada perkataan sama tapi banyak maksud. Bukan soal ini yang saya nak ulaskan di sini. Cuma, saya ingin pembaca sekalian menghayati apa erti sebenar 'korban'.

KORBAN 1



Hari ini, terpampang di muka depan, berita tentang kemalangan yang meragut nyawa 1 keluarga yang dalam perjalanan pulang ke kampung untuk berhari raya. Selak lagi di halaman seterusnya, berita mengenai kemalangan juga. Sampai tak terkira berapa kali menggelengkan kepala bila baca kisah-kisah dalam akhbar ni. Hm, terKORBAN dalam nahas jalan raya.

KORBAN 2

Hari ini, raya ke-2 Aidil Adha. Tengah hari tadi Abuya ke Dungun, menziarahi jenazah ayah kepada sahabat Abuya yang meninggal pagi tadi. Adik-beradik lelaki termasuk Mujahid semua turut serta mengikuti Abuya. Abuya pulang kira-kira selepas zuhur, setelah selesai semua urusan pengkebumian jenazah. Tiba-tiba Mujahid menangis sewaktu beberapa soalan dikemukakan kepada Abuya.

Kami semua kehairanan. Kenapa Mujahid tiba-tiba menangis? Saya tengok, muka Abuya serba salah. Kami tanya Mujahid, apa yang buat dia menangis, tapi Abuya menghalang. Setelah beberapa ketika, tangis Mujahid reda. Saya mendekati si kecil itu. Sambil memeluknya, saya cuba menyelami isi hati penceria keluarga ini.

Saya: "Adik, kenapa Adik nangis? Biasanya kan, Adik bagus. Adik tak nangis, Adik kan budak baik."

Mujahid: "Rambut Abuya dah putih. Abuya dah tua. Nanti kalau Abuya tak de, sape nak jadi ayah?"

Saya: "Adik la pulak jadi ayah. Nanti Adik besar, Adik kawin, Adik jadi ayah pulak."

Saya cuba melindungi perasaan saya dalam hati. Hakikatnya, waktu itu saya sendiri sedih mendengar soalan dari adik bongsu saya yang berusia 6 tahun ini. Dia sudah pandai menilai erti kehilangan, hatinya sangat lembut dan mudah tersentuh. Dia sudah mula memikirkan bagaimana nasibnya jika ketua keluarga kami (Abuya) tiada. Kata Abuya, Mujahid tengok dari saat jenazah disolatkan sehinggalah selesai talkin. 

Benarlah, barangsiapa berbuat kebaikan, nescaya dia akan disayangi manusia. Dan Abuya kami, pengorbanannya untuk anak-anak dan keluarga sangat besar, sangat sukar mencari seorang ayah sepertinya. Dan saya, ketika itu menghitung sendiri. Apakah sempat untuk saya berbakti dan membalas segala jasanya?
 
Wahai Tuhan, pengorbanan Abuya tidak terhitung oleh kami. Sedangkan kami sebagai anak-anaknya kadang mengguris hati tuanya, namun Abuya tidak pernah lupa walau sesaat pun berdoa untuk kami. Kami yang seramai ini, kadang tidak pernah berkorban untuk dia. Yang kami tahu hanya kehendak dan keperluan kami yang perlu Abuya tunaikan. Wahai Tuhan, berikanlah kami kesempatan untuk berkorban dan berbakti kepada Abuya selama hayat Abuya masih ada. 

p/s: Kadangkala, kita lebih mengagungkan pengorbanan orang lain dari pengorbanan ibu dan bapa kita sendiri. Renung-renungkanlah..~
Tuesday, November 9, 2010 5 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Saya Telah Ditag Oleh Jie :)

Salam 'alaik. Hari ini rasa sangat bersyukur, alhamdulillah. Allah bagi lagi sahabat-sahabat sebagai penceria hati saya. Bila bukak blog ni, tengok-tengok dapat soalan-soalan ni, hasil tag dari sahabat saya, Jie. Nak cite skit pasal Jie ni. Sebelum ni, dah knal Jie, tapi tak rapat sangat. Just knal gitu-gitu je. Start baik ngan Jie masa involved program CONVEST'10, [Chocolate Fair]. At first mcm segan jugak nak tegur Jie, sbb Jie berniqab=sopan=baik. Hehe. Tapi bila dah start sembang, Jie ni rupanya peramah. Boleh bergurau sama-sama pun ye. Jie, Iqah doakan Jie istiqamah, walaupun Iqah sendiri pun sekarang ni tgh mencari kekuatan. Insya Allah. :) 

Jie, Iqah hanya terdaya jwb 15 soalan je. Saje release tension, siang tadi dah jawab paper Criminal Law. Huhu. Ada report yg perlu Iqah siapkan. Berhenti kejap, jwb soalan Jie ni. Kira OK la tu kan Jie? Hehe. Untuk sahabat-sahabat, moga-moga apa yg Iqah jawab kat bawah akan buat kita lebih saling mengenal. :)

1) Nama penuh saya Nurul Atiqah binti Rayah.

2) Biasanya kawan-kawan yg rapat akan panggil "IQah" termasukla abang saya. Dalam family? Rahsia. Hehe. [pdhal 1 dunia dh tau. ngee :D]

3) Anak ke-2 daripada 10 orang adik-beradik. (1 org abang, 1 org bakal kakak ipar, 4 orang adik perempuan, 4 orang adik lelaki)

4) Saya anak jati Terengganu ye. Umi & Abuya asal Ganu, saya lahir di Kg. Baru Seb. Takir, Kuala Terengganu. Bla..bla..bla..
5) Dulu, masa tinggal kat Kerteh, depan umah ade playground. Seronok sangat bila tiap-tiap petang dapat main kat sini. Lepas tu pindah kat depan PASTI Al-Abrar. Umur 4 tahun start gi PASTI, ikut abang. :)

6) Darjah 1-4 kat Sekolah Rantau PETRONAS, darjah 5-6 kat Sekolah Kebangsaan Seri Paka. Time sekolah rendah ni seronok. Tak payah susah-susah pikir study pun. Balik sekolah, makan, gi kelas KAFA dpn umah, pastu petang skit gi ikut abg main ngn kawan-kawan. Masa duk Kerteh lagi best. Jiran & kawan2 still rapat smpai skrg. Hee :D

7) Alam sekolah menengah bermula di Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT). Stay kat sini dari form 1 sampai form 5. KOSPINT ni salah sebuah sekolah agama berasrama penuh kerajaan negeri. Istimewanya KOSPINT, time zaman saya dulu kami ada I'DADI. I'DADI tu lebih kurang mcm STAM. Salah 1 pengalaman manis? Dapat MUMTAZ la utk I'DADI. Masa tu kerajaan negeri bwh pentadbiran PAS. :)

8) Sebelum masuk sekolah agama form 1, ingat lagi masa nak gi beli tudung labuh ngn Umi. Umi suruh saya cuba dulu tudung labuh tu. Masa tu, 1st time pakai tudung labuh. Saya siap complain kat Umi, "Labuhnya tudung ni, Umi!"
Saya ingat lagi, waktu saya cakap mcm tu makcik kedai tu terus pandang saya. Umi dh siap bisik dah, "Memangla, nama pun tudung labuh.." ◕‿◕

9) Hidup berjauhan dari family bermula bila masuk form 1. Masa mula-mula tu, nangis jugak la bila ingat family. Kenangan duk hostel? Sangat banyak. Tak payah cakap la. 3 hari 3 malam tak habis cite kat sini. Hehe. :)
10) Masa kat KOSPINT dulu, saya pernah sekali saya pergi pecah masuk bilik dobi. Waktu SPM, tinggal form 5 je kat hostel. Dek kerana malas nak basuh tangan, kami nekad tanggalkan satu2 cermin nakoh bilik dobi tu, then mission accomplished! Haha.. Sgtla nakal bila difikir balik. :D

11) Lepas SPM, dapat offer untuk wat asasi undang-undang kat UiTM, tapi Umi & Abuya tak bagi sambung study kat sana. Masa tu, sangat kecewa, Allah je tau. Bila fikir dalam-dalam, Allah buat semua ni ada hikmahnya.

12) Then, amik keputusan untuk wt Diploma Undang-undang kat Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), sekarang ni ditukar nama ke UniSZA.

13) Kat sini,ape yg istimewa? Jawapan saya; ukhwah kat sini mantap. Kalau nak buat apa-apa, mesti akan muafakat sekelas. Even kalau nk gi kelas pun, tunggu sampai cukup 1 kelas baru leh jalan. Masa final sem saya dulu 1 kelas kitorg ade 24 org. :)

14) July 2008, dapat tawaran sambung degree ke UIA. Excited? Sedih sebenarnya, sbb lain yg mintak, lain yg dapat. Tapi, pergi jugak. Tawakal pd Allah. Bila masuk UIA actually ni 1st duk jauh skit dari family. Yela, sebelum ni paling jauh pun dlm Ganu tu jgk, tp kali ni Allah bagi rezeki ni kat sini. :)
15) Saya ada lagi 2 tahun untuk grad, insya Allah. [Amin..] 
p/s: Ada apa-apa soalan lagi? ;P


Wednesday, November 3, 2010 6 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Duhai Para Isteri, Bahagiakanlah Suami..

" Abang ni balik je kerja, tak nak langsung tolong saya siapkan kerjarumah. Baca suratkhabar, menghadap TV, itu jelah yang awak tahu. Kitakan sama-sama bekerja bang. Saya pun penat macam abang juga. Sekurang- kurangnya buatlah air kopi sendiri, bukannya susah pun. Tukarkan lampin anak ke, ringan sikit kerja saya ni. Nak masak lagi. Abang juga yang nak makan nanti... pot.. pet.. pot.. pet..... " leter Ina kepada suaminya sejurus kembali dari pejabat masing-masing.

Kalaulah Ina tahu, betapa besar hukuman serta dosanya meleteri suami sendiri,sudah tentu dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu. Lebih-lebih lagi, sekiranya Ina menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai kerana berbakti kepada suaminya, dia tidak akan merasa susah mahu pun penat dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.
Dewasa ini boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam kata lain tidak menghormati suami. Bagaikan sudah menjadi satu perkara lumrah bagi kebanyakan pasangan, tanpa sedikitpun merasa bersalah melayani mereka seperti adik lelaki sahaja lagaknya.


Apa yang lebih mendukacitakan, apabila ada di kalangan isteri yang menyifatkan menjaga peribadinya dengan bersikap sopan terhadap suami sebagai ketinggalan zaman.
Keadaan ini juga akan menjadi model yang tidak baik kepada anak-anak yang mungkin diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnya menjadi satu budaya yang negatif.


Banyak nas al-Quran, terutamanya hadis Nabi yang membincangkan tentang kewajipan isteri mentaati suami, selagi tidak diminta melakukan perbuatan maksiat.


Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: " Jika sekiranya aku berhak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku menyuruh para isteri sujud kepada suaminya. " Hadis tersebut menerangkan betapa kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan demi kebaikan sesebuah institusi keluarga, sesuai kedudukannya sebagai pemimpin rumahtangga.


Demikian juga halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad s. a. w. mikraj ke langit. Baginda telah dipersaksikan dengan neraka dan penghuninya yang kebanyakannya terdiri daripada kaum wanita.


Ali Karramallahu Wajhah berkata: " Aku masuk ke rumah Nabi beserta Fatimah,aku mendapati baginda sedang menangis tersedu-sedan ." Aku bertanya, " Ya Rasulullah, apa yang! membuat anda menangis? "


Baginda menjawab, " Ya Ali, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat kaum perempuan daripada umat ku disiksa di neraka dengan bermacam-macam seksaan. Lalu aku menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang aku lihat. "


MENGHERDIK
Baginda antara lain melihat perempuan yang digantungkan dengan lidahnya, sedangkan air panas dituangkan ke dalam tenggoroknya kerana ia telah menyakiti dan menyumpah-nyumpah suaminya.


Ada isteri yang tergamak bercakap kasar malah mengherdik suaminya kerana tidak mendapat apa yang diminta seperti barang kemas, perabot rumah berupa set sofa dan TV rata 29 inci yang menjadi trend semasa.


Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila membanding-bandingkan suami dengan jiran tetangga yang mampu menyediakan barangan terbabit, sekali gus dilabelkan sebagai suami mithali. Bukan tidak boleh sama sekali meminta sesuatu daripada suami tetapi janganlah menggesa mereka menuruti kemahuan anda sehingga membebankan dirinya.


Sebaliknya, isteri patut bersyukur kerana berpeluang meraih keredhaan Allah.
Nabi Muhammad s. a. w. bersabda, " Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya. "


Hal ini biasa terjadi kepada suami yang miskin, manakala isterinya pula tergolong dalam orang-orang berada, yang suka mengungkit-ungkit mengenai hartanya, apatah lagi yang telah dinafkahkan kepada suaminya.


Mungkin ia agak sukar untuk dipenuhi apatah lagi bagi isteri yang bekerja, namun percayalah, ia bukan sahaja akan menjadi perkara biasa tetapi juga ringan dan lancar, jika kita menganggapnya sebagai ibadah dan juga satu jihad.


Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesayangan Nabi Muhammad s.a.w. iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagai seorang suri rumah tangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah pada suatu hari telah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s. a. w.dan meminta jasa baik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawanan perang sebagai pembantu rumah.


Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinya kerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu bukan menjadi milik baginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya.


Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya. Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yang sedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluh-kesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dibereskannya.


Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah dan menyatakan kepadanya: " Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepada satu pemberian yang akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripada apa yang kamu minta siang hari tadi? "


Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidak mengetahui apa bentuknya. Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklah dia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar,masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya.


Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalan anak dan menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesah dalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat, malah merasa cukup bahagia melakukannya.


Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumah merupakan satu amalan yang solehah. Dengan taufik Allah, sesungguhnya walau seberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akan memenatkan selagi steri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama taraf dengan suami, walau setinggi mana sekalipun darjatnya.


Kepada para suami, kita sama-sama maklum, dalam zaman moden yang serba mencabar ini terutamanya di bandar-bandar besar, kita tidak dapat mengelak kos sara hidup yang tinggi sekaligus memerlukan kedua-dua suami isteri keluar bekerja.


Si isteri telah melakukan pengorbanan mencari rezeki tambahan untuk menyara keluarga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami. Jadi sudi apalah kiranya sang suami bersama-sama meringankan tugas si isteri seadanya. Bukankah Rasulullah s. a. w. telah berpesan supaya para suami berbuat baik kepada isteri mereka. Jikalau isteri taat kepada kalian, janganlah pula menyusahkan mereka.


Nabi Muhammad s. a. w. bersabda yang ertinya: " Orang-orang yang terbaik daripada kamu sekalian adalah yang lebih baik dalam mempergauli keluarganya dan saya adalah yang terbaik dalam mempergauli keluargaku. "


Bagi kaum wanita & lelaki yg sudah berumah-tangga, marilah kita sama-sama belajar saling tolong-menolong meringankan beban pasangan kita. Semoga kisah tadi membawa menfaat bagi kita semua.. insya'Allah.. 


SIKAP ISTERI tidak menghormati SUAMI adalah GEJALA SOSIAL MUSLIM sekarang.Ia dilakukan kerana berfikir bahawa SUAMI mesti buat seperti ISTERI dalam
RUMAHTANGGA.

TABIAT-ISTERI suka meleteri suami dan TABIAT-SUAMI yang suka meletakkan semua tanggungjawab rumahtangga ke atas bahu isteri semata-mata mestilah dihentikan, demi mendidik MENTAL ZURIAT kita ke suatu BUDAYA IBADAT.


*a note from FB.
p/s: Saya mahu bahagia, insya Allah.. ;)