Wednesday, September 1, 2010 By: Nurul Atiqah binti Rayah

Ramadhan Yang Terisi

Sekarang ni dah masuk fasa ke-3 bulan Ramadhan. Hari ni dah pun hari ke-22 umat Islam kat Malaysia ni berpuasa (bagi yang puasa la..). Bila masuk 10 malam terakhir ni, semua orang sibuk duk cerita pasal Lailatul Qadar. Lailatul Qadar; malam di mana ianya lebih baik daripada 1000 bulan seperti firman Allah dalam Surah Al-Qadr, "Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan." [97:3]



Saya kagum dengan mereka yang dari awal Ramadhan sehinggalah dah masuk akhir Ramadhan ini, tak pernah putus-putus beribadat dan berdoa, sentiasa meningkatkan kualiti dan kuantiti ibadat-ibadatnya. Alhamdulillah, Allah bagi kesempatan kepada kita untuk menambah amalan bersempana pesta ibadah ini. Beri'tikaf di masjid, berzikir, bersedeqah, bertadarus, memelihara anggota tubuh badan daripada melakukan perkara yang keji dan mungkar serta pelbagai lagi perkara yang dikira ibadat.

Persoalannya, setakat mana diri kita istiqamah melakukan ibadat-ibadat yang disebutkan tadi? Adakah hanya ketika tiba Ramadhan sahaja? Bila dah habis Ramadhan tu, enjoylah! Sebagai contoh, bulan Ramadhan ni kita 'puasa' dulu dating. Dah habis Ramadhan nanti, kita datinglah balik. Alangkah malangnya bagi mereka yang berfikiran seperti ini. Mindanya masih tidak terbuka untuk menerima kebaikan yang sebenar-benar kebaikan.

“Jadilah kamu hamba Allah (yang beribadah sepanjang masa, tempat dan suasana), jangan menjadi hamba Ramadhan (yang hanya tekun beribadah di bulan Ramadhan sahaja). "
-Imam Hasan Al Basri-

Daripada pesanan imam tersohor ini (bukan imam muda ye), jelaslah bahawa setiap kebaikan atau ibadah yang dilakukan itu perlulah istiqamah atau berterusan dalam setiap tempat dan suasana bukanlah hanya mengikut musim sahaja. Jika kita dapat khatam 30 juzuk al-Quran dalam 1 bulan ini, kenapa tidak kita cuba untuk khatam al-Quran pada bulan-bulan yang lain juga? ;)



"Sesungguhnya amalan yang paling disukai oleh Allah ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit ".
(Riwayat Bukhari)
Wallahua'lam.

p/s: Sedihnya bila terfikir Ramadhan dah nak habis, tapi tak dapat manfaatkan dengan sebenar-benarnya..:'(




0 Percakapan:

Post a Comment