Wednesday, September 22, 2010 4 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Travelog Raya 1431H..Saya. :)

Salam 'alaik. Dah hampir seminggu saya kembali meneruskan rutin sebagai seorang pelajar. Pun begitu, suasana raya masih terasa. Mana taknye, sampai je UIA, esok malam tu terus ada meeting untuk jamuan raya PERMATA (Persatuan Mahasiswa Anak-anak Terengganu). Semalam, dapat 2 SMS jemputan ke rumah terbuka. Hujung minggu ni, kalau ada rezeki dapatlah saya menghadiri jemputan-jemputan tersebut.

Sebenarnya banyak yang ingin dicoret di sini. Tapi, tak tahu macamane nak mula. Yela, dah cuti raya 2 minggu, blog ni pun cuti jugak. (Tuan dia bagi cuti). Sebelum saya membebel lebih panjang, nak tanya kamu yang sedang membaca ni, banyak ke dapat duit raya? Saya? *tersenyum*
Saya masih lagi dihulurkan duit raya walaupun saya pada mulanya memang malu nak ambik dan menolak (tapi at last ambik jugak). Yela, orang dah bagi kan. Rezeki jangan ditolak. Tapi takdela sampai beratus ringgit. :)

Oh, lupa plak! Tengok tajuk kat atas tu macam gempak je kan? Padahal cuma nak cakap, raya tahun ni maybe bermulanya raya yang 'matang' bagi saya. Kenapa? Sebab raya tahun ni dah pandai beraya umah sahabat-sahabat sekolah & cikgu-cikgu tanpa ditemani Umi & Abuya. Matang ke? Hehe. Yela, dalam erti kata lain dah pandai arrange dengan kawan-kawan nak gi beraya, naik kete sendiri-sendiri.

Kalau dulu, nak gi mana-mana, mesti mintak Umi atau Abuya hantarkan ataupun pergi dengan family je. Kalau family tak pergi, maka saya hanya bertapa dalam rumah. Tapi, tahun ni sangat rasa seronok sebab dapat jumpe balik sahabat-sahabat lama, sekolah rendah dan menengah serta cikgu-cikgu. Dalam masa yang sama, belajar untuk jadi lebih dewasa. 

Ziarah-menziarahi ni sangat penting rupa-rupanya untuk eratkan hubungan sesama kita. Contohnya raya ke-5 hari tu saya rancang ke rumah sahabat-sahabat sekolah rendah bersama 3 orang sahabat yang lain, yang mana 2 orang sahabat saya ni, kali terakhir saya jumpe mereka masa tingkatan 1 atau 2. Saya pun dah lupa. Tapi, bila je jumpa hari tu, macam-macam cerita yang keluar. Dan banyak benda jugak yang kita boleh belajar dari insan di sekeliling kita sebenarnya.

Travelog?Kronologi? Sila lihat di bawah ini:

Umi dan Tok Su

Raya  pertama, saya pulang ke kampung. Bermula solat sunat Aidilfitri di Masjid Rusila, Marang, kemudian ke kubur arwah nenek sebelah Umi. Usai ziarah kubur, terus ke rumah Tok Su, dan tengah hari balik ke Kampung Gelugur Kedai, kampung Abuya. Petang selepas asar terus ke Seberang Takir, menziarahi sanak-saudara di sana.

Bukan main suke lagi berendam

Raya ke-2, duduk di hotel dan oleh kerana Mujahid dari semalam lagi nak mandi kolam, maka dari pukul 10 pagi sampai pukul 12 tengah hari hampir satu keluarga (kecuali Umi, & adik-beradik perempuan yang dah besar)  berendam di dalam kolam kat Hotel Seri Malaysia tu. Kemudian check out hotel dan terus ke rumah salah seorang sahabat UIA di Kuala Terengganu. 

Raya ke-3, hanya berehat di rumah lantaran 2 hari letih beraya (konon). Tapi, tak berehat sangat jugak. Oleh kerana tahun ni keluarga saya merancang untuk mengadakan rumah terbuka pada hari raya ke-6, maka kami dikerah untuk mengemas, membersih, mencuci, menggaha, menyabit, merumput dan seangkatan dengannya. Hehe. Memang menitik jugak peluh (hiperbola macam biasa).

Raya ke-4, ada 2 jemputan kenduri kahwin atau walimatul urus sahabat di KOSPINT dulu. Bukan 1, tapi 2. 1 di Bukit Payong, 1 lagi kat puncak Besut nung. Setelah ditimbang tara dan difikir-fikir, maka kami sebulat suara mengambil keputusan untuk hadir ke kenduri Nursyaza Adang dengan suami beliau, merangkap senior kami Encik Zamri bin Salleh. Hehe. Maafla Ziela, dop dapat tengok mu sanding. Tula, lain kali kena bincang betul-betul dulu tarikh kenduri ni. Kalau umah sebelah-sebelah je takpe, ni kalau naik bas tengah hari, dari Kuala Terengganu maghrib baru sampai ke Besut nung. Jauh. Huhu.

Apa yang telah saya bebelkan ini? Hehe. Puas hati beraya hari ke-4 ni. Mana taknya, sampai Kemaman kitorang tuju. Sempat pegi umah  Cikgu Zaliha, jumpe senior-senior, junior-junior, walaupun tak sempat pergi umah Cikgu Noriah. Tahun depan jugaklah saya pergi umah cikgu ye, insya Allah kalau panjang umur. :)

Raya ke-5, ke rumah sahabat-sahabat sekolah rendah. Agak kekok jugaklah mula-mula bila dah jumpe sebab dah lame sangat dah tak jumpe. Kebetulan hari tu keluarga Sulehah ada buat rumah terbuka, so jumpe lagi ramai sahabat-sahabat kat sane. Segan sebab dah lame tak jumpe. Masing-masing semua dah berubah. Makin lawa, makin comel. Lelaki? Err..no comment! :)

 Antara yang hadir [kat luar xpayah cakap la..:P]

Raya ke-6, family gathering a.k.a open house di rumah saya. Memang letih, tapi sangat puas hati dan seronok. Kami buat 3 menu utama; laksa penang, nasi ayam dan mee udang. Semua menu habis licin. Ditambah dengan ramai yang datang dan saya termengah-mengah keluar masuk, tambah makanan, basuh pinggan dan layan tetamu. Selesai je majlis, kami sekeluarga dah berkira-kira dah nak plan camne time kenduri lepas ni. Kenduri ape tu? Haa, yang tu kita tak tau. Haha..~

Abuya & Pakcik Zam

Adriana; the one and youngest daughter of Pakcik Zam. Comel sgt!~

Raya ke-7, dapat jemputan ke 3 buah rumah terbuka. Malamnya pulak, lepas maghrib tiba-tiba umah blackout. Dan malam tu jugak, Pakcik Zam a.k.a Encik Zamri, kawan baik Abuya menjemput kami sekeluarga ke rumah beliau. Katanya nak jamu kami dengan hidangan western. Sampai di rumah beliau, memang saya makan banyak sebab saya suka spaghetti dan spaghetti yang dibuat oleh wife Pakcik Zam sangat special & sedap! (ada udang, ada ayam, ada capsicum..bla..bla..)

Raya ke-8, ade jemputan ke majlis kesyukuran kat area taman perumahan dekat dengan rumah saya. Kesyukuran sempena anak beliau sedar selepas seminggu koma akibat kemalangan dalam perjalanan ke surau untuk terawih. Berkatnya Ramadhan.. Dan saya sangat terkejut bila kat majlis tu jumpe kwn lame time sekolah rendah dulu. Sebabnya bila saya makan saya dah tak pandang kiri kanan dan tiba-tiba rasa macam ada yang sedang tengok saya makan dengan penuh bersemangat. Haha..:P

Malamnya pulak bertolak ke Kuantan, hantar adik balik ke kampus UiTM Kuantan. Rumah mulai sunyi pada pagi Sabtu itu, kerana adik-adik sorang demi sorang naik bas pulang ke kampus dan sekolah masing-masing. Petang tu, sempat menghadiri walimatul urus teman sepermainan waktu kecik dulu, Fadhil di Kertih. Semoga berbahagialah beliau dan isteri, Atun hingga ke syurga insya Allah. :)

Dalam pada kita seronok beraya ni, teringat pula sahabat-sahabat dan mereka yang sedang berdukacita. Beberapa hari sebelum raya, saya dapat perkhabaran ayah kepada salah seorang sahabat, juga adik kepada  salah seorang pensyarah AIKOL meninggal dunia. Keesokannya pula, dapat SMS bahawa sahabat saya sewaktu di KOSPINT dulu kemalangan. Tak lupa juga dengan berita tergempar kes Datuk Sosilawati Lawiya. 

Semoga Allah meringankan beban yang ditanggung oleh insan-insan berkenaan, juga menguatkan hati kita untuk sentiasa redha dan berserah pada-Nya. Amin..



Rasanya tak terlambat jugak untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua teman saya yang sudi berkunjung ke blog saya yang tak seberapa ni. Saya juga nak mintak maaf sekiranya saya ada mengguriskan perasaan kalian sama ada secara sedar atau tidak. Moga kita semua kembali kepada fitrah di hari yang penuh mulia ini. 

Wassalam. :)

* Gambar raya sangat banyak, tapi upload mane yg sempat je*


Tuesday, September 7, 2010 0 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Malam Lebih Baik Dari 1000 Bulan

Hari ni dah 29 Ramadhan. Semalam, kebanyakan teman-teman sibuk meramal lailatul qadar. Malam ganjil, antara salah satu tanda malam yang lebih baik dari 1000 bulan ini. Sebelum tidur semalam, saya berfikir sendirian. lailatul qadar ini hanya untuk mereka yang benar-benar terpilih sahajakah? Bagaimana jika seseorang itu bertemu lailatul qadar tanpa disedarinya? Oh, alangkah ruginya dia!

Sewaktu kami sekeluarga bersahur, adik perempuan saya yang sedang menuntut di UiTM bercerita kepada kami bahawa dia terdengar ayam & itik jiran kami tidak berhenti-henti berbunyi. Lalu dia bertanya adakah itu antara salah satu tanda-tanda lailatul qadar? Saya hanya cuba berseloroh sambil mengatakan bahawa itu adalah simptom biasa bagi binatang ternakan, tetapi dia dengan yakin berpendapat bahawa itu adalah satu kejadian yang luar biasa. Wallahua'lam. :D

Teringat pada zaman persekolahan dulu, Ustazah Amnah, guru Bahasa Arab Tinggi merangkap guru kelas saya pernah bercerita bahawa keajaiban lailatul qadar ini telah Allah perlihatkan dengan pelbagai tanda-tanda yang kadang-kala tidak pernah terfikir oleh akal manusia. Ceritanya begini;

Ada seorang nenek yang buta tinggal berdua dengan seorang cucunya. Mereka tinggal dengan keadaan yang miskin, tetapi nenek tua ini tidak pernah mengabaikan cucunya meskipun dirinya buta. Suatu malam (dipercayai malam itu adalah malam lailatul qadar), nenek tua ini hendak mengambil wudhu' di perigi. Tetapi tiba-tiba beliau berasa sangat terkejut kerana air di dalam perigi itu menjadi beku seperti ais.

Lantas, dengan rasa yang kagum kepada Allah serta yakin bahawa ini adalah salah satu petunjuk malam yang dinanti-nanti oleh setiap hamba-Nya pada bulan Ramadhan, beliau berdoa,"Ya Allah, jika Engkau telah memilih aku sebagai hamba-Mu yang beruntung pada malam ini, maka sembuhkanlah penglihatanku ini."

Lantas, dengan izin Allah, maka nenek tua itu kembali melihat. Itulah antara kekuasaan Allah bagi hamba-hamba-Nya yang sentiasa berserah dan percaya dengan janji Allah. Ada juga seorang teman yang mengatakan bahawa Syeikh Ibrahim Samaluti,tuan guru kpd Syeikh Soleh Jaa'fari dan Syeikh Idris al-Marbawi,pernah mendapat lailatul qadar, ketika bersujud di Masjid Sayyidina Hussain. Beliau mendengar batu berzikir kpd Allah.

Subhanallah. Diri ini terasa sangat-sangat kerdil. Mereka adalah insan-insan yang terpilih. Tapi, kita ini kadang-kala tenggelam dengan kelalaian. Betapa diri ini sangat rugi, sedangkan kematian sentiasa menghampiri. Saya berdoa kepada Tuhan, supaya Dia kuatkan kita meniti jalan hidup ini, memberi hidayah sehingga akhir denyut nadi. Aminn~
Wednesday, September 1, 2010 0 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Coretan Hati

Nak study, tapi otak duk ingat ahli-ahli rumah. Bukak buku kejap, otak tak dapat nak hadam. Baca 1 kes, ingat principle. Tengok meja macam serabut, kemas meja. Pastu, menyapu bilik, basuh baju. Hmm, apa lagi yang tak buat ek? Dalam kepala ni, kalo boleh nak packing barang dah siap-siap. Hahaha.. Punye la semangat nak balik. Kalau boleh esok dah tak nak gi kelas dah. Nak kemas barang yang nak dibuat balik je. Kih3..~

Untuk hilangkan tension (nak balikkkkkk...), saya nak post gambar iftar pada 17 Ramadhan hari tu. :D
Sebenarnya outing bersama rakan-rakan ni kitorang plan on the spot je, tapi sangat tak sangka diorang sangat best! Siap beli kek untuk celebrate birthday those who got their birthday on August (including me). Seriously, malam tu sangatla hepi. Nasib baik tak tido sambil tersenyum je. Hehehe.

Terima kasih ye semua yang terlibat. Lain kali kita keluar sama-sama lagi. Ukhwah fillah! May all of us always get His blessing..~~~ 

Menunggu masuknya waktu berbuka. Jangan tanya kenapa background dia macam tu. Huhu ;D

My co-birthday cake; Chocolate Indulgence by Secret Recipe ;)


 Mari memotong kek, by birthday boy & girls; Syau, Kina & Me ;)


Terima kasih sangat2!~ (T_T)


Sekali pandang mcm pegang buah tembikai daa..~

Bodyguard tak bertauliah kami pada malam itu ;D


Kami iftar bersama-sama, dan kemudiannya tanpa disangka-sangka pergi main bowling. Abis main bowling, rasa dahagalah plak, hehe.. Ape lagi, malam masih muda. (Pinjam kata-kata Adam). Lepak kejap kat restoran mamak. :D

Saya memang sangatlah tak tersangka. Memang speechless! dan happy sangat2. Balik dari outing ni, bergegas ke meeting PC Central CONVEST'10. Patutla Ahmad beria suruh datang sbb ada kek lagi. Again, birthday wishes dari rakan-rakan PC Central. Rasa bersyukur tak terhingga dalam hati sebab Allah bagi nikmat kegembiraan mempunyai teman-teman seperti mereka. Syukur Alhamdulillah! :)

Conclusion: Remember Allah in prosperity then Allah will remember you in adversity..~ :)

Ramadhan Yang Terisi

Sekarang ni dah masuk fasa ke-3 bulan Ramadhan. Hari ni dah pun hari ke-22 umat Islam kat Malaysia ni berpuasa (bagi yang puasa la..). Bila masuk 10 malam terakhir ni, semua orang sibuk duk cerita pasal Lailatul Qadar. Lailatul Qadar; malam di mana ianya lebih baik daripada 1000 bulan seperti firman Allah dalam Surah Al-Qadr, "Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan." [97:3]



Saya kagum dengan mereka yang dari awal Ramadhan sehinggalah dah masuk akhir Ramadhan ini, tak pernah putus-putus beribadat dan berdoa, sentiasa meningkatkan kualiti dan kuantiti ibadat-ibadatnya. Alhamdulillah, Allah bagi kesempatan kepada kita untuk menambah amalan bersempana pesta ibadah ini. Beri'tikaf di masjid, berzikir, bersedeqah, bertadarus, memelihara anggota tubuh badan daripada melakukan perkara yang keji dan mungkar serta pelbagai lagi perkara yang dikira ibadat.

Persoalannya, setakat mana diri kita istiqamah melakukan ibadat-ibadat yang disebutkan tadi? Adakah hanya ketika tiba Ramadhan sahaja? Bila dah habis Ramadhan tu, enjoylah! Sebagai contoh, bulan Ramadhan ni kita 'puasa' dulu dating. Dah habis Ramadhan nanti, kita datinglah balik. Alangkah malangnya bagi mereka yang berfikiran seperti ini. Mindanya masih tidak terbuka untuk menerima kebaikan yang sebenar-benar kebaikan.

“Jadilah kamu hamba Allah (yang beribadah sepanjang masa, tempat dan suasana), jangan menjadi hamba Ramadhan (yang hanya tekun beribadah di bulan Ramadhan sahaja). "
-Imam Hasan Al Basri-

Daripada pesanan imam tersohor ini (bukan imam muda ye), jelaslah bahawa setiap kebaikan atau ibadah yang dilakukan itu perlulah istiqamah atau berterusan dalam setiap tempat dan suasana bukanlah hanya mengikut musim sahaja. Jika kita dapat khatam 30 juzuk al-Quran dalam 1 bulan ini, kenapa tidak kita cuba untuk khatam al-Quran pada bulan-bulan yang lain juga? ;)



"Sesungguhnya amalan yang paling disukai oleh Allah ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit ".
(Riwayat Bukhari)
Wallahua'lam.

p/s: Sedihnya bila terfikir Ramadhan dah nak habis, tapi tak dapat manfaatkan dengan sebenar-benarnya..:'(