Friday, May 4, 2012 By: Nurul Atiqah binti Rayah

Semua Lelaki Jahat!

"Sume lelaki kat dunia ni jahat"

Saya tak hairan dengan kata-kata yang keluar dari mulut salah seorang teman sewaktu kami keluar bersama-sama tadi. Setelah mendengar pelbagai kisah kegagalan percintaan kawan-kawan, dia meluahkan perasaan. Saya tak dapat nak salahkan dia, sebab dari sudut pemikirannya kadangkala saya rasa wajar jugak perasaan tu. 




Lelaki, kadangkala cara pemikiran anda yang terlalu 'mahu ambik mudah' itu menyakitkan hati kami, golongan wanita ini. Anda tak mahu pun cuba meneliti kesan di sebalik tindakan anda, tapi anda lebih suka berfikir dan ambik tindakan sesuka hati anda tanpa sedikit pun memikirkan kesan terhadap perasaan kami. 

"Alaa, ko cakap sume lelaki jahat. Abis tu, ayah ko bukan lelaki ke?"

Jawapan cliche

Bukan semua lelaki melayan wanita seolah-olah tidak berperasaan, tapi hampir 70% setakat ni dapat saya lihat lelaki mudah untuk mengabaikan wanita yang betul-betul sayang pada dia. Aduhai, memang malang bila lelaki ni tak tahu menghargai permata yang ada di depan mata. Dugaan bagi lelaki adalah apabila dia punya segalanya; rupa, duit dan kedudukan. Segalanya itu akan menarik ramai orang untuk dekat dengannya termasuklah wanita (biasanya orang ketiga).

Lelaki terbaik adalah lelaki yang dapat mempertahankan hubungan atau rumahtangganya daripada anasir-anasir luar seperti orang ketiga ini. Kadang-kadang, kalau tiada angin, pokok takkan bergoyang. Ataupun, kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya? (eh, Iqah, bukan main sedap awak hentam kromo peribahasa ye?) Senang cerita, kalau kamu tak gatal, perempuan tu pun tak melayan. Kan?

Makanya, dalam hal seperti ini, haruslah perempuan berprinsip. Perempuan kena tegas, jangan biarkan lelaki buat sesuka hati. Maksudnya, jangan sesenang hati merelakan si lelaki mencerobohi hak privasi kamu. Mahalkan harga diri kamu, sebab wanita ini fitrahnya cantik. Jadi, tunjukkan kecantikan kamu hanya kepada yang berhak. Ingat kata-kata ni, wanita yang baik itu pasti akan bergandingan dengan lelaki yang baik. Dan wanita yang meletakkan harga dirinya pada tahap yang rendah tak mustahil akan ditemukan dengan lelaki yang sebegitu juga.

Kamu mungkin kecewa dengan percintaan kamu yang lalu kan? Cuba perhatikan dan fikir balik, kenapa Allah takdirkan semua ni?


Allah, jaga hati kami dari kelalaian & kemaksiatan. 
Penuhi hati kami dengan rasa cinta dan taqwa kepada-Mu.


Jawapannya mungkin ada pada diri kita sendiri. Allah mungkin nak kita perbaiki diri kita, sebab kita dah banyak buat silap yang kita sendiri tak sedar di mana. Mungkin pada cara pergaulan kita dengan lelaki ajnabi. Kita banyak SMS atau bersembang dengan lelaki untuk perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Ataupun mungkin juga Allah nak kita pertingkatkan ilmu kita, supaya sampai saat yang betul-betul sesuai, Allah akan temukan kita dengan insan yang juga telah bersedia dari segi kelengkapan ilmu, fizikal dan juga kewangannya. Bersangka baiklah dengan Allah, sebab Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Bersabarlah, kerana sabar itu sangat indah hasilnya.

Mungkin untuk lelaki, sebelum anda mempermainkan perasaan wanita, anda boleh ingat ini:

"Apa sahaja yang anda lakukan, ada malaikat di kiri dan kanan anda yang mencatat. Dan ingat, Allah akan balas setiap apa yang anda lakukan atau perkatakan. Mungkin balasannya tidak kepada anda, tetapi menimpa orang yang anda sayangi."

Berhati-hatilah. Anda fikir seronok je? Dunia ini bukan tempat untuk bermain-main. Dunia ini ladang akhirat. Ibarat kita bercucuk tanam di sini, dan hasilnya akan kita tuai di sana. Dah sedia ke nak ke sana? Fikir-fikirkanlah. Anda tak terlalu muda untuk mati, dan juga tak tua untuk bertaubat.

Untuk anda; lelaki dan juga wanita, sungguh saya sayang anda kerana Allah. Kerana anda saudara saya, dunia akhirat. Kerana itu kita harus saling memberi peringatan. :)


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


p/s: Tadi tiba-tiba ada seorang mamat ni yang selalu share pasal agama kat Facebook tegur saya kat YM. He was trying to drag me into horny conversation. Terkejut betul! B*D*H punye lelaki. Kalau dah tak tahan sangat, suruh la mak carikan bini, pastu kawin. Hailaa. Berhati-hatilah korang dengan manusia ni. Apa ada dalam hati pun tak tahu. Jangan bila tengok dia post pasal agama je, terus jatuh cinta. Haih. Geli. Nauzubillah, Astaghfirullah. Moga Allah pelihara.

Sungguh saya kesal dengan orang yang mempergunakan agama dan mencemarkannya. :(


Semua lelaki jahat? :'(

8 Percakapan:

fatraz said...

ya. disebalik ujian, pasti punya hikmahnya. sekalipun ujian tu perit untuk dirasai dan ditelan. :)

Nurul Atiqah binti Rayah said...

Yana: Everything happened for reason. Berdoa, tu senjata kita. :)

rumput. said...

carilah lelaki macam Laksamana Sunan, cintanya setia pada sang ratu
...haha

Nurul Atiqah binti Rayah said...

bukan senang nak cari lelaki yg setia ni rumput. kita setia, tapi dia belum tentu. :(

kena banyakkan doa pd Allah, semoga Allah temukan dgn dia yg soleh. :)

batrisya qistina said...

nak yang soleh, jadilah solehah. itu lebih mudah kerana menjaga diri sendiri 1000 kali senangnya daripada menjaga orang lain ;)

Nurul Atiqah binti Rayah said...

tepat skali kata2 encik lawyer. jangan nak mengharap yang soleh kalo kita ni tak bersedia jadi solehah. ukur baju di badan sendiri. :D

rashida said...

no comment...hehehehe

Anonymous said...

sapa nak beli baja, boleh contact saya. FB: sea gypsy..

Post a Comment