Dunia sekarang dikejutkan dengan berita masyarakat di Mesir yang bangun memprotes pemerintah mereka, Hosni Mubarak yang katanya sudah 30 tahun memerintah dengan pemerintahan sekular. Ada pembaca kat sini yang tak tahu maksud sekular tak? Hm, senang cakap sekular ni macam mengasingkan agama dengan setiap apa yang dia buat. Contoh; dalam politik tak boleh campur agama. Politik hal lain, agama hal lain. Dah faham?
Ok, sebenarnya bukan soal sekular tu yang saya nak kongsikan kat sini. Saya cuma rasa terpanggil untuk menulis bila saya tengok anak muda zaman sekarang, mereka tak berminat nak ambik tahu soal apa yang berlaku di sekeliling mereka. Mungkin, ada yang ambik tahu soal kemelut di Mesir ni sebab mereka ada kawan-kawan atau sedara-mara yang belajar kat sana. Sebab tu kalut sangat ambik tahu macamana keadaan kat sana. Cuba kalau yang ada kat Mesir tu takde kaitan dengan diorang, agaknya ada tak diorang nak ambik tahu?
Ambik contoh mudah, Palestine, Selatan Thailand, Cambodia dan banyak lagi negara yang di dalamnya terdapat saudara seagama kita yang sedang menderita. Kita pernah ambik tahu ke? Yang kita tahu, perut kita kenyang, poket kita dah terisi. Usahkan mereka di sana, nasib jiran di sebelah rumah pun belum tentu kita ambik tahu kan? Saya menulis ni untuk ingatkan diri saya sendiri, juga untuk yang membaca. Bila saya fikir kembali, betullah anak muda zaman sekarang sangat berbeza dengan zaman datuk nenek kita dulu.
Salah seorang ustaz saya pernah cakap dalam kelas, orang muda zaman sekarang tak bersedia dengan tanggungjawab. Orang muda zaman sekarang hanya tahu berseronok. Sebabnya, sebagai contoh terdekat, remaja sekarang, bercinta sana sini, kemudian berzina, lepas berzina, buang anak. Nauzubillahi min zalik. Mudah kan? Tahu seronok, tapi tak tahu bertanggungjawab. Tak perlu bagi contoh yang berzina, even yang dah berkahwin pun gagal tunaikan tanggungjawab. Letih peguam syarie handle kes isteri tuntut nafkah dari suami.
Kesedaran agama kita kurangkah? Sensitiviti kita kurangkah? Jangan ingat kita hidup kat dunia saja. Kat akhirat pun kita akan hidup jugak. Kekal abadi lagi. Yang ni pasti. Sebab itulah, saham kat akhirat kita kena labur dari sekarang. Buatlah amalan ikhlas sebanyaknya. Solat wajiblah dijaga. Saya akui, saya tidaklah sebijak mana. Ilmu hanya cetek di minda, namun apa yang ada itulah seharusnya dikongsi bersama. Saya hanya berkongsi sahaja. Selebihnya hanya Allah yang layak menghakimi.
Aku mendengar Nabi s.a.w. bersabda sambil memberikan isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengah: "Waktu aku diutus (menjadi rasul) dan waktu hari kiamat adalah seperti ini (mengisyaratkan dekatnya waktu kiamat)."
(Shahih Muslim No.5244)
p/s: lebih seronok baca berita dari international sources. Tak tahu kenapa. ;)
kindly click:
http://news.yahoo.com/s/ap/20110201/ap_on_re_mi_ea/ml_egypt
http://news.yahoo.com/nphotos/slideshow/photo//110201/ids_photos_wl/r816297826.jpg/
0 Percakapan:
Post a Comment