Thursday, February 24, 2011 3 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Warna-warna Hidup

Bismillah walhamdulillah..



Setelah berminggu-minggu blog ini terpaksa saya sepikan, akhirnya dapat jugak taip satu entry dengan izin-Nya. Banyak perkara yang berlaku selama saya terpaksa menepikan hasrat untuk mengemaskini blog ni. Perkara pertama, sejak balik dari cuti pertengahan semester yang lalu, berderet-deret 'mid term exam' menanti. Ditambah pulak dengan assignment yang menuntut untuk dijengah. Alhamdulillah, semalam selesai 1st test untuk subjek elektif dan juga assignment selesai dihantar. Minggu seterusnya menanti pulak 2 lagi test. Insya Allah akan saya cuba jalani dengan sebaik mungkin.

Perkara kedua pula, selesailah sudah Pilihan Raya Kampus untuk UIAM apabila keputusan telah diumumkan secara rasmi. Alhamdulillah, Pro-Mahasiswa menang besar kali ini walaupun peratus pelajar yang keluar mengundi agak mengecewakan. Tahniah dan takziah buat semua calon yang berjaya terutama kepada sahabat AIKOL, Hafizul Faris & Fitry Hussain. Moga-moga amanah ini berjaya dipikul oleh kalian. Sesungguhnya amanah itu berat, dan lepas ni tentunya pelbagai halangan yang kalian akan hadapi. Itu adalah lumrah. :)


Cerita 1
Sepanjang 2 minggu kebelakangan ni, memang sibuk tak cukup 24 jam. Agaknya kalau dapat tambah 24 jam tu jadi 28 jam ke, pun masih tak cukup kan? Sebab manusia ni memang selalu takkan rasa puas dengan apa yang dia ada. Hm, betullah cakap sorang senior ni, 2nd year boleh lagi nak rileks-rileks, bila dah naik 3rd year jangan harapla. Terkejar ke sana-sini. Soalan tutorial pun kena cari sendiri, takde dah lecturer nak tolong sediakan. Jadual kelas pulak, penuh memanjang, tak campur lagi dengan meeting itu, meeting ini. Balik bilik, lewat malam, badan letih, tak sempat study, terus tido. Ish..ish...

Rasa hidup ni macam takde life kan? Tak boleh langsung nak rehat. Nak tengok cite Korea lagilah macam bermimpi di siang hari. Ngee..~

Ada orang cakap, bila join society, join program, tak cukup masa, tak boleh nak study. Betul ke? Cuba tanya balik diri kita, kita hidup kat dunia ni semata-mata untuk diri kita sendiri je ke? 

Bila direnung kembali, ada banyak ayat Qur'an yang menyuruh kita supaya melakukan kebaikan.  Antaranya:

"Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." (Surah al-Hajj:77)

"Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. "
(Surah Al-Baqarah:214)


Berbuat kebaikan dalam konteks ayat ini tidaklah tertumpu kepada kita dengan Allah sahaja, boleh jadi jugak kita dengan sesama makhluk. Kita hidup dalam masyarakat, seharusnya kita bergaul dengan masyarakat. Menyenangkan hati orang lain juga dikira berbuat baik. Bila kita rasa hidup kita ni hanya untuk diri sendiri, maka hidup ini ibarat tidak bererti. Jika kita hidup juga untuk insan-insan di sekeliling kita, Insya Allah hidup kita akan rasa lebih indah dan bermakna. Sebagai contoh, kita ada sahabat-sahabat yang dekat dengan kita, kita kongsi suka dan duka bersama-sama. Itukan lebih bermakna daripada duduk berdiam seorang diri?

Pandangan saya secara peribadi, hidup berbakti itu lebih menjanjikan kepuasan dalam hidup. Berasa puas  hati apabila dapat menggembirakan orang, berasa hidup lebih terisi dengan sahabat-sahabat yang setia, dan lebih berasa tenang bila kebaikan yang dilakukan dapat mendekatkan diri kita pada Pencipta. Setiap manusia dilahirkan dengan kebolehan. Hanya kita sendiri yang dapat menzahirkan dan menggunakan kebolehan yang kita ada untuk berbakti kepada orang lain.:)

Cerita 2
2 minggu sudah, minggu berteman air mata. 12 Rabiul Awal bersamaan 15 Februari 2011, seseorang yang saya hormati telah pergi untuk selama-lamanya. Saudara Mohd Ikhwan bin Jamil, saya kenali sewaktu menyertai AKHI Club. Waktu itu, saya di tahun pertama, semester pertama dan beliau merupakan Presiden AKHI Club. Waktu itu saya banyak belajar dan mengambil tauladan daripada beliau. Seorang yang suka tersenyum, sentiasa sabar, dan sangat positif. Adik-adik juga sangat menghormati beliau.

Waktu menerima berita beliau telah kembali, hati ini rasa bagai tak percaya. Alhamdulillah, Allah memberi keizinan untuk menatap wajah beliau buat kali terakhir di Hospital Ampang. Teringat segala kebaikan dan gurauan beliau. Semoga pemergianmu disambut malaikat dan bidadari syurga wahai saudara Ikhwan. Amiin.

Lewat petang Jumaat pula, terima berita pemergian kakak ipar kepada tunangan abang saya. Petang esoknya baru dapat berziarah dek kerana tugasan yang sentiasa tak dapat dielakkan. Arwah Kak Ros pergi meninggalkan suami dan anak-anak tercinta. Saat melihat wajah anak sulung arwah, Izzati namanya, diri ini menahan sebak. Baru berusia 14 tahun, tapi sudah kehilangan ibu. Wajah Izzati ketika itu sembab mungkin kerana banyak menangis. Tiada kata-kata yang mampu saya berikan, hanya sebuah pelukan dan minta Izzati bersabar. Dugaan Allah itu pasti ada hikmahnya. 

Bila membandingkan diri dengan keberadaan insan terdekat, terasanya diri ini jarang bersyukur. Saya punya ayah dan ibu yang sangat memahami dan mendorong saya, punya abang dan adik-adik yang sentiasa bersama, punya nikmat harta yang cukup. Ya Allah, tambahkanlah kesyukuran kami dengan nikmat yang Engkau anugerahkan ini..

Akhir kalam, sekalung Al-Fatihah untuk insan-insan yang telah pergi meninggalkan kita. Doa, hanya itu yang kita mampu lakukan untuk menggembirakan mereka di sana. Bila diri ini sudah beberapa kali mengalami kehilangan, jauh di sudut hati, moga Allah mempermudahkan juga urusan saya saat saya menemui Dia. Saya mohon Allah izinkan ramai sahabat dan saudara menyolati dan menghantar saya ke liang lahad. Amiin..~

Wanita Acuan Al-Quran

Wanita Acuan Al-Quran Ialah Seorang wanita Yang Beriman
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu

Wanita Acuan Al-Quran Ialah wanita Yang Menjaga Tuturkatanya
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung
Yang Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang
Bersifat Jembalang

Wanita Acuan Al-Quran Ialah wanita Yang Menghormati Ibubapanya
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga
Yang Bakal Memelihara Keharmonian Rumahtangga
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan membantu suami Mendalami Agama Islam
Yang auratnya dikhaskan buat suami tercinta
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan
Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat

Wanita Acuan Al-Quran Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW
serta wanita sufi yg digariskan dalam kalamullah
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya

Wanita Acuan Al-Quran Tidak Pernah Membazirkan Masa
Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan
Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan

Wanita Acuan Al-Quran Sentiasa Mengingati Mati
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga
Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian bersama lelaki

Wanita Acuan Al-Quran Ialah wanita Yang Tidak Mudah Terpesona
Dengan Buaian Dunia
Kerana Dia Mengimpikan Syurga
Di Situlah Rumah Impiannya
Bersama lelaki Acuan Al-Quran ganjaran ALLAH SWT
 
 
 
 
*Ingin sekali diri ini menjadi salah seorang daripadanya. Ya Allah, izinkanlah, bantulah..
Wednesday, February 9, 2011 1 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Tuhanku...

Wahai Tuhan..

Kadangkala ingin juga aku menjadi seperti Rabiatul Adawiyah..

Yang mencintai Rabbnya melebihi segala-gala..

Menepi dunia kerana rindu akan Pencipta..


Namun Tuhan,

Seringkali diri ini tewas..

Imanku tidak seteguh janji..

Seringkali diri ini menyesali keterlanjuran diri..

Hakikatnya dosa berulang kembali..


Tuhanku,

Kesedihan hati bertandang lagi..

Walau kusangka ianya telah lama pergi..


Tuhanku,
Arahkan rinduku untuk kesetiaan-Mu..

Anugerahkan cintaku ini untuk kasih dan sayang-Mu..


Tuhanku,

Aku pinta hanya secebis kekuatan..

Untuk aku teruskan mujahadah ini..

Dengan penuh lafaz kesyukuran..

Kerana aku pasti, akan hadir senyuman di celah kedukaan..



p/s: Saya percaya pada kuasa dan keajaiban Tuhan saya. :)
Monday, February 7, 2011 0 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Setianya Ayah

Awan Nano by Hafiz

Saya cuma nak kongsi lagu ni..

Yang bagi saya sangat best..

Lagu untuk seorang ayah..

Lirik dia bagus..

(ceh, dh mcm komposer lak komen-komen)

Dah-dah, lusa exam..

Nak study plak..

Doakan ye..:)


p/s: Alhamdulillah, Take Home Test Company Law II dah berjaya disubmit tepat jam 3.30 petang tadi. Leganya.

"Motif kena cite kat sini?"

"Biarlah, nak bagitau jugak. Penat saya bersengkang mata kat umah time cuti baru ni!"

"Nak menunjuk ea?"

"Tak, nak riya'. Hahaha."

"Ape-ape jela IQah oii.."
Tuesday, February 1, 2011 19 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

My Wedding Plan ;)

Jeng..jeng..jeng..~

Hahaha.. Kali ini, saya nak keluar topik jap. Nak santai-santai je. 

Oleh kerana sejak akhir-akhir ini saya kerap dihujani dengan soalan  
"Bila nak kawin?", "Akak dah tunang ea?", "Dah ada yang punya ke?", 
maka saya rasa, wajarlah saya memikirkan soal ini. 

Secara jujur, saya rasa saya masih lagi seorang kanak-kanak. Hehe. Tapi, bila fikir angka di sebalik umur, rasa sedar diri pulak. So, apa lagi? Mari kita jawab soalan cepu cemas ni! ;)

(gambar sekadar hiasan setelah dicopy via pakcik google)


1. how old are you?
    = Alhamdulillah, umur saya dah 23 tahun 6 bulan 9 hari. :)

2. are you single?
    = Setakat ini ya. 

3. at what age do you think you'll get married?
    = Dalam masa terdekat, insya Allah.

4. do you think you'll marry the person you are with now?
    = Couple itu haram di sisi Islam.

5. if not, who do you want to marry?
    = JODOH, rezeki, ajal & maut itu rahsia Allah. Nobody knows. ;)

6. who will be your bridesmaid & bestman?
    = Mungkin adik saya? Atau kawan baik saya?

7. do you want a garden/beach or traditional wedding?
    = Kalau Allah izinkan & ada rezeki lebih, nak buat simple wedding ala kampung. Ada rewang dsbnya. :)

8. where do you plan to go on honeymoon?
    = Teringin nak pergi Pulau Perhentian & Pulau Redang. Saya sangat suka laut & ikan. Mungkin krn arwah datuk saya seorang juragan kapal? (ada kaitan ke?haha)

9. how many guests do you think you'll invite?

    = Kalau boleh nak jemput semua yang dikenali. Dalam 5,000 orang & lebih. (perasan glamer la tu..)

10. will that include your exes ?
    = There's no words of "ex" in my life dictionary. I like to use FRIEND. :)

11. how many layers of cake do you want? 
 (kalau kek mario mcm ni OK x?)

    = Tak nak besar-besar, membazir. Kena tgk budget dulu. Yg penting, sume orang dapat rasa.

12. when do you want to get married, morning or evening?
    = Nak nikah malam. (mcm gatal je bunyinye..huhu)

13. name the song/tune you'd like to play at your wedding.
    = Dulu time majlis Cu (my aunt), arwah nenek jemput Kumpulan Shoutul Amal dtg perform. Kalau nak request Shoutul Amal nyanyi lagu Maher Zain boleh ke? Hehe..~

14. do you prefer fine dining or just normal spoon & fork & knife?
    = Mestilah gune tangan. Nak suap-suap ni, pakai tgn baru terasa kasih sayangnya tu. Tak gitu? :P

15. Sirap atau air pepsi?

    = Time pergi kenduri Akh TG & Yaya hari tu, diorang bagi air macam kat pasar malam. Ada 3 jenis, siap ada yang tolong isikan. Nak wat mcm tu jugak, berapa ye nak budget?

16. honeymoon right after the wedding or days after the wedding?

    = Mungkin 1 week after the wedding, insya Allah.

17. money or household items?
   = Both.

18. how many kids would you like to have?

   = (ni antara saya & si dia je tau)

19. will you record your honeymoon in DVD/CD?

   = Mungkin, but not to be published to public :)

20. whose wedding plan would you like to know next...

   = Sahabat handai yang di tag. Jeng3..~


p/s: Saya pun tak tau apa motif kena wat size font besar-besar. Haha..~

Kita Dan Semasa

Dunia sekarang dikejutkan dengan berita masyarakat di Mesir yang bangun memprotes pemerintah mereka, Hosni Mubarak yang katanya sudah 30 tahun memerintah dengan pemerintahan sekular. Ada pembaca kat sini yang tak tahu maksud sekular tak? Hm, senang cakap sekular ni macam mengasingkan agama dengan setiap apa yang dia buat. Contoh; dalam politik tak boleh campur agama. Politik hal lain, agama hal lain. Dah faham? 

Ok, sebenarnya bukan soal sekular tu yang saya nak kongsikan kat sini. Saya cuma rasa terpanggil untuk menulis bila saya tengok anak muda zaman sekarang, mereka tak berminat nak ambik tahu soal apa yang berlaku di sekeliling mereka. Mungkin, ada yang ambik tahu soal kemelut di Mesir ni sebab mereka ada kawan-kawan atau sedara-mara yang belajar kat sana. Sebab tu kalut sangat ambik tahu macamana keadaan kat sana. Cuba kalau yang ada kat Mesir tu takde kaitan dengan diorang, agaknya ada tak diorang nak ambik tahu?

Ambik contoh mudah, Palestine, Selatan Thailand, Cambodia dan banyak lagi negara yang di dalamnya terdapat saudara seagama kita yang sedang menderita. Kita pernah ambik tahu ke? Yang kita tahu, perut kita kenyang, poket kita dah terisi. Usahkan mereka di sana, nasib jiran di sebelah rumah pun belum tentu kita ambik tahu kan? Saya menulis ni untuk ingatkan diri saya sendiri, juga untuk yang membaca. Bila saya fikir kembali, betullah anak muda zaman sekarang sangat berbeza dengan zaman datuk nenek kita dulu.

Salah seorang ustaz saya pernah cakap dalam kelas, orang muda zaman sekarang tak bersedia dengan tanggungjawab. Orang muda zaman sekarang hanya tahu berseronok. Sebabnya, sebagai contoh terdekat, remaja sekarang, bercinta sana sini, kemudian berzina, lepas berzina, buang anak. Nauzubillahi min zalik. Mudah kan? Tahu seronok, tapi tak tahu bertanggungjawab. Tak perlu bagi contoh yang berzina, even yang dah berkahwin pun gagal tunaikan tanggungjawab. Letih peguam syarie handle kes isteri tuntut nafkah dari suami.

Kesedaran agama kita kurangkah? Sensitiviti kita kurangkah? Jangan ingat kita hidup kat dunia saja. Kat akhirat pun kita akan hidup jugak. Kekal abadi lagi. Yang ni pasti. Sebab itulah, saham kat akhirat kita kena labur dari sekarang. Buatlah amalan ikhlas sebanyaknya. Solat wajiblah dijaga. Saya akui, saya tidaklah sebijak mana. Ilmu hanya cetek di minda, namun apa yang ada itulah seharusnya dikongsi bersama. Saya hanya berkongsi sahaja. Selebihnya hanya Allah yang layak menghakimi.

Hadis riwayat Sahal bin Saad ra., ia berkata:
Aku mendengar Nabi s.a.w. bersabda sambil memberikan isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengah: "Waktu aku diutus (menjadi rasul) dan waktu hari kiamat adalah seperti ini (mengisyaratkan dekatnya waktu kiamat)."
(Shahih Muslim No.5244)


p/s: lebih seronok baca berita dari international sources. Tak tahu kenapa. ;)
kindly click: 

http://news.yahoo.com/s/ap/20110201/ap_on_re_mi_ea/ml_egypt

http://news.yahoo.com/s/nm/20110201/wl_nm/us_egypt_mubarak_reform_3

http://news.yahoo.com/nphotos/slideshow/photo//110201/ids_photos_wl/r816297826.jpg/