Friday, December 31, 2010 7 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Allahurabbi Wa Rabbukum A'lam..

Pagi itu, 27 Disember 2010, saya terjaga lebih kurang pukul 6.15 pagi dek kerana bunyi jam loceng handset. Seperti biasa, saya memeriksa 'inbox'. Terkejut bila dapat mesej dari Ana, tanya betul ke Maryam accident? Saya macam tak percaya, sebab adik-beradik perempuan kami jarang sangat bawak kenderaan sendiri. Kalau nak ke mana-mana mesti Abuya yang hantarkan. Saya mendail nombor Umi, tak berjawab. Nombor Abuya juga sama. Lantas Ilah, adik perempuan saya yang ke-5 saya cuba. Setelah saya bertanya, Ilah menangis. Katanya Maryam accident dengan lori. Innalillah! Saya terkejut bukan kepalang.

Pagi itu, saya teruskan juga rutin harian seperti biasa, walaupun dalam hati bimbangnya hanya Allah yang tahu. Dalam perjalanan ke kelas, saya menelefon Along Fatihah, naqibah usrah saya, Usrah Raudhah, memberitahu Along apa yang telah terjadi. Along minta saya supaya banyak bersabar, dan kuat. Mulanya, hati ini nekad meneruskan kuliyah sehingga hari Jumaat. Tambahan pula, ada 3 report yang harus saya siapkan untuk program-program LAWSOC. 

Namun, bila Abuya menelefon bahawa Maryam perlu ditransfer ke Kuantan, hati ni mulalah rasa macam nak berlagu sendu. Kakteh dah sibuk telefon & SMS, dia kata nak balik jugak, kalau Kak Ngah tak nak balik tak pela. Alahai Kakteh..Angah cuba berlagak kuat, tapi air mata ni merembes jugak depan Kak Chik Jijah & Ucu Amal. Tu tak campur lagi bila tahan air mata time lecture. Sampai Fizah tegur mata saya bengkak. Kepala dah pening. Apa yang lecturer cakap, saya hanya mampu memandang tanpa memahami sedikit pun. Saya cuma fikir satu; MARYAM.

Kemudian, datang pulak Kak Lang Didi, memujuk saya agar balik tengok Maryam. Adik lagi penting dari kelas katanya. Kak Lang cerita macamana Kak Lang terkilan sebab tak sempat jumpa abang Kak Lang buat kali terakhir. Saya terus nekad lepas tu. Call Kakteh, bagitau dia yang saya nak balik tengok Maryam. Keesokan harinya, kami bertolak pulang. Kakteh drive. Saya tau Kakteh bimbangkan Maryam. Dia pecut sampai 140 km/h, dengan lesen dan kereta yang baru berusia hampir sebulan.

Kami berdua tiba di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan lebih kurang jam 5.15 petang. Maryam sedar, Alhamdulillah. Dia menangis bila tengok kami. Dari pandangan matanya, saya dapat merasakan Maryam nak bagitahu yang dia sakit. Siapalah yang tak terasa, hati mana yang tak sedih bila tengok adik perempuan saya patah 2 gigi depan, bibirnya terbelah. Tiub disambungkan dari hidung ke perut Maryam. Kata doktor, ada pendarahan dalam perut Maryam. Waktu saya menulis ni, doktor tengah tunggu masa sesuai nak operate Maryam.


 Saat gembira kami 26 Disember 2010. (Maryam; paling kanan)

Umi setia menemani Maryam. Itulah ibu, saat sedih ibulah yang setia di sisi. Kawan? Hanya saat gembira, hadirlah dia. Umi bercerita, sebelum kejadian, Maryam mintak nak makan macam-macam. Maryam beria-ria nak makan ikan bakar waktu tiba di rumah Mak Alang di Gombak, waktu abang saya bertunang 26 Disember baru ni. Saya teringat juga, Maryam mintak saya belanja dia Big Apple & KFC. Pendek kata, dia nak makan macam-macam. Sayu juga hati ni bila Maryam merengek mintak air. Kami tak dapat buat apa-apa. Doktor puasakan Maryam dah hampir seminggu sebab nak tengok reaksi ubat ke atas luka dalam perut Maryam. Insya Allah, nanti Maryam dah sihat kita makan apa yang Maryam mintak tu k.. :) 

Alhamdulillah, ramai yang datang melawat. Plus, patient yang kat depan katil Maryam tu bekas jururawat. Adik dia yang jaga dia tu pun, jururawat yang dah pencen, tapi still keje jadi consultant nurse. Kami panggil dia Auntie Ho. Sangat baik, peramah dan dia jugak yang tolong tengok-tengokkan Maryam kalau ada yang tak kena. Tiba-tiba je saya rasa nak laung 1 Malaysia dalam hospital tu (even sebelum ni saya rasa 1 Malaysia tu macam retorik je). Umi cakap kena tengok dari sudut dakwah. Orang Cina ni kadang-kadang dia takut nak dekat dengan Muslim yang bertudung, takut kita ni narrow-minded. Tapi sebenarnya kitalah yang berperanan memulakan dakwah tu. (tetibe terkeluar topik. Haha~)

Oleh kerana Maryam adalah seorang pelajar kejururawatan, maka dia seolah-olah merawat diri dia sendiri. Mana taknya, bila air dari tiub yang disalurkan tu, tak bergerak, dia adjust sendiri bagi air tu mengalir laju. Bila kitorang yang jaga dia panik, Maryam dengan selambanya cakap, " Maryam yang buat.."
Kuang3..~ 

Sepanjang saya bermastautin kat hospital ni, macam-macam ragam pesakit dan doktor yang saya tengok. Paling kelakar, doktor la. Doktor pelatih sangat ramai kat hospital ni. Sekali datang kat patient, 7-8 orang. Memang serabut saya tengok. Pulak tu, bila ditanya, doktor tu macam tak tau apa-apa. Saya cakap kat Auntie Ho, Auntie kata diorang tu baru belajar. Ada jugak nurse pelatih yang terketar-ketar bagi suntikan ubat penahan sakit kat Maryam. Saya yang duk tengok kat sebelah ni, rasa nak tergelak je dalam hati. Adoyai, nervous ke cik? Haha..~

Apa pun, saya rasa sangat bersyukur bila Maryam stabil. Harapnya pembedahan yang akan dijalankan akan lancar. Walau apa pun yang terjadi, Maryam tetap Angah sayang, Maryam tetap akan jadi adik Angah yang manis dan cantik. 
Kami semua sayang Maryam. :')

Buat semua yang tak putus-putus SMS, call bertanya dan bagi semangat, syukran jazilan, jazakallahu khairukum. Semoga Allah membalas segala kebaikan kalian. Kalian memang teman sejati. Doakan kami sekeluarga redha dengan ujian Ilahi ini. Insya Allah semuanya akan baik-baik saja. Amin..~

Wednesday, December 22, 2010 0 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Saya Mengemaskini Blog :)

Assalamualaikum..
Apa khabar? Haha.. Tanya khabar kat diri sendiri. Hm, ada orang mintak saya update blog a.k.a update cerita saya. Apa yang saya nak cerita kat sini ye? 

Takpela, saya cerita sedikit sebanyak pasal apa yang dah saya lalui sepanjang 2 minggu kulliyyah bermula. Cewah.. Saya tak nak cakap saya ni 'busy' sebab saya rasa orang lain pun busy jugak. Cumanya, setakat 2 minggu ni, benda baik, benda buruk sumenye ada.  Sepanjang 2 minggu ni jugak, saya belajar mengenal adik-beradik LAWSOC.

Tenure kali ni ada 10 lelaki dan 7 perempuan. Bayangkanlah ke'gila'an budak-budak ni. Ada je lawak yang diorang buat. Tak larat nak gelak. Tapi, gelak-gelak jugak, keje mesti jalan. Diorang sangat komited buat keje, tu tak dapat nak dinafikan. Syukurlah pada Allah, saya ada 2 orang pembantu yang sangat-sangat 'suke' bekerja. Terima kasih Amal & Arif! :)

Hujung minggu ni, kami akan ke Ulu Langat untuk sesi 'Group Binding'. Moga-moga segalanya berjalan lancar dan ukhwah kami makin erat. Alhamdulillah, Isnin lepas kami berjaya buat Mass Gathering Sub-committees LAWSOC 10/11. Semoga Allah membantu kami untuk program-program yang akan datang.

Letih? Tentu. Tapi saya berkali-kali mengingatkan ini adalah amanah. Ada jugak waktu-waktu yang kadang-kala saya terbabas mengikut emosi. (Waktu-waktu tertentu sahaja ya. :P)

Ada EXCO yang baca blog saya ni. Saya rasa mesti dia akan cakap saya poyo. Haha. Saya poyo ke? :P

Dahla, cukup setakat ni je dulu saya merapu. Tak elok merapu panjang-panjang. Lain kali saya merapu lagi. Haha. 

p/s:  Nak tunjuk gambar, tapi tunggu dulu ye! :)
Wassalam.


Thursday, December 9, 2010 4 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Sharing Is Caring?

Salam 'alaik..
Cepatnya masa berlalu. Esok, insya Allah saya akan pulang semula ke UIA setelah hampir sebulan berada di rumah. Rasanya macam sekejap sangat duk kat umah. Kelas akan bermula semula pada 13hb ni. Subjek-subjek sume dah di'add' secara online semalam. Harapnya, semester baru ini akan merubah diri saya, serta semangat yang ada dalam diri. Insya Allah, semoga Allah menguatkan hati ini.

Berdebar menunggu minggu depan. Saya harus bersedia dari mental dan juga fizikal. Minggu depan dan hari-hari seterusnya bukanlah hari-hari yang biasa bagi saya. Saya tahu dan bersedia, bahawa saya harus mengorbankan masa yang saya ada. Moga Allah sentiasa membantu saya.

Sepanjang berada di rumah, saya jarang keluar. Kalau keluar pun, hanya bersama keluarga ataupun ke pantai bersama Fizah dan adik-adik. Maklumlah, musim tengkujuh di pantai timur bila tiba hujung tahun macam ni. Musim tengkujuh pun, sempat juga saya berjalan-jalan bersama keluarga di Pasar Payang. Hehe. Kebetulan, Umi nak cari barang sikit untuk 26hb ni.

Ada apa 26hb ni? Haa, yang tu kita kena tunggu. Surprise kata org putih. Hehe. Saya harap, segalanya akan berjalan dengan lancar dan yang paling penting semoga Allah memberkati majlis ini. Ameen~
(Saya dah excited terlebih pulak. Kih3)

Hm, oklah ye. Family ajak pegi Mesra Mall pulak. Hehe. Mentang-mentang la esok saya dah nak balik, hari ni baru ajak pegi. Sebelum ni tak penah jejak kaki pun kat Mesra Mall, cuma time nak makan Big Apple hari tu je, abang temankan. :)

Wassalam.
Monday, December 6, 2010 0 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Cetusan 1 Muharam

Salam 'alaik..

Hari ini 1 Muharam 1432H, bermakna tulisan ini adalah entri untuk tahun baru. Apa yang ingin ditulis untuk entri kali ni? Mahu membebel lagi ke? Hehe. Bukan membebel, cuma sekadar luahan rasa. Setiap orang, lain rasanya. Itulah istimewa dan uniknya manusia atau insan ciptaan Allah ini. 

Berlalu sudah tahun 1431H.Rasa macam terlalu sekejap. Rasa macam baru semalam memori itu berlalu. Rasa macam tak percaya. Rasa macam-macamlah. Hmm, boleh juga rasa belajar banyak perkara. Alhamdulillah 'ala kulli hal, diri ini makin positif. Diri ini semakin kuat. Diri ini belajar mempraktikkan Allah adalah segala-galanya.

REDHA
Seorang teman pernah mengingatkan, walau mulut berkata redha tapi hati masih dalam keraguan, itu tandanya keikhlasan telah hilang. Beristighfar sebentar diri ini. Betul, mulut laju berbicara, sedang hati? Benarkah apa yang ditutur sama dengan apa yang dirasa? Jujurlah wahai manusia. 

"Aku redha dengan ujian ini," hati berbicara. Sedang hati mengeluh kesah, mempersoal ketentuan Ilahi. Memikirkan itu dan ini. Bukan orang lain, sayalah tu. Munafiknya. 
Jalan terbaik, saya ambil keputusan untuk berserah segalanya pada Allah. Berserah setelah segala usaha dilakukan, bukan berpeluk tubuh sahaja.

Orang yang paling bahagia adalah orang yang mana bila ditimpa ujian, dia tersenyum lalu berkata, "Sesungguhnya kepada Allah ia kembali.."
Alangkah bahagianya insan seperti ini, dikurniakan pahala berkali ganda berkat kesabarannya dari keluh-kesah. 

Eh, kenapa macam sedih je ni Iqah?

Sedih ke? Bukan sedih, cuma kadang-kadang bermuhasabah. Hidup ni takkan sentiasa indah. Suramnya pasti ada.Yang suram tu kadang-kadang boleh jadi anugerah. Anugerah untuk hamba yang tahu erti syukur. Anugerah buat hamba yang tahu mendekatkan diri kepada Penciptanya. Malanglah bagi hamba yang tidak pernah berasa untuk hidup bertuhan.

TEKAD BARU
Insya Allah, untuk tahun ini, moga-moga Allah pelihara kita semua dari segala fitnah dan hasad dengki. Moga-moga Allah tetapkan hati-hati ini di jalan menuju keredhaan-Nya. Moga-moga Allah kurniakan kemudahan dan kejayaan di dunia & akhirat. Moga-moga Allah mengurniakan yang baik-baik sahaja buat kita semua.

Dan yang paling utama, moga-moga Allah menguatkan hati-hati ini untuk melakukan penghijrahan! :)

p/s: Bacalah buku Nak Jadi Jadi tulisan Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj, ada cakap pasal hijrah. Sangat menarik! :)