Wednesday, April 21, 2010 1 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Special Entry For Kakteh =)

Salam 'alaik.
Entry kali ni khas untuk Kakteh. Semalam lepas webcam, sibuk mintak gambar Ahid yg terbaru. Rindu la tu. Hehe. Angah upload gambar-gambar Ahid ni khas untuk Kakteh. Kang takleh jawab plak exam tu, sebab takleh tengok gambar Ahid. Hehe. =)

muke Ahid yg sangat la mengantuk. Baru lps mandi sebelum gi PASTI.

Bulat tak mata Ahid?

Ahid suke pegi PASTI =)


Alang-alang angah dah upload gambar Ahid ni, Angah update la sikit pasal Ahid k. Ahid sekarang dah matured [haha] tapi still sangat-sangat manja. Besela tu kan? Bongsu.. As for this time being, Ahid sangatla suke wat origami. Ahid terer lipat kertas wat jet. Jet Ahid terbang cantik. Siap mendarat kat atas kepala Angah lagi. *sigh*. Tapi Angah memang kagum dengan jet yang Ahid buat. Betul-betul menjadi.

Hari tu, Ahid suruh Angah wat kotak ikut panduan buku origami, tapi maklum la tangan Angah ni tak berseni. Jadinya, Angah mintak Ilah yang tolong buatkan. Ilah pulak suke cari pasal ngan Ahid, sebab dia kata Ahid ni manje dene. Hahaha.
Semalam, Ahid tarik rambut Ilah sebab Ilah buli dia. Ilah pulak, dengan tindakan refleksnya, pukul Ahid kat perut. Ape lagi, riuhla satu rumah. Umi dah penat membebel, Ilah umur 18 tahun bergaduh ngan adik umur 5 tahun macam dia bergaduh ngan kawan-kawan umur 18 tahun jugak.Huhuhu.

Angah pun sebenarnya takleh tengok Ahid duk diam. Ada je benda yang Angah nak usik. Yang paling Angah suka buat, Angah ambik henset Umi, pastu Angah buat-buat cakap ngan Abuya. Konon-konon mengadu pasal Ahid nakal, pastu tak payah ajak Ahid kuar. Provoke mesti baik beb. 5 minit lepas tu, sure Ahid start nangis. Hahaha.

Ilah pulak berlakon dia call Cikgu Ma [cikgu Ahid kat PASTI], pastu ngadu pasal Ahid. Cara ni pun berkesan gak. Hahaha. Balik umah, Ahid suke cite pasal kawan-kawan dia. Kawan die bergaduh la, itu la, ini la, tapi Ahid yang baik sekali. Hehe.

Ahid sekarang dah tak suka orang mandikan dia. Ahid cakap Ahid malu. Hehehe. Tapi kalau time dia nak bermanja tu, tak kisah dah malu ke ape. Tiap-tiap pagi sebelum gi sekolah Ahid akan minum air madu. Suke tengok Ahid abiskan air tu, semangat. 

Ape pun, Ahid tetap adik yang best. Manja, bijak, nakal. Sume ade. Sayang Ahid! :)

p/s: Tiap-tiap malam ngaji, tapi biasanya Ahid yang ajar orang. Dia suruh orang bace, pastu dia ikut. Huu..~

Tuesday, April 20, 2010 4 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Jom Makan! :)

Salam 'alaik..

Bila duk kat umah time cuti ni, aku jadi xtau nak buat ape. Serba tak kena. Umi duk menjahit, dah siap baju sepasang dah pun. Aku? Ngadap laptop je la. Layan adik-adik. TV? Aku tak minat tengok TV kecuali kalau ade cite yang btul-btul best. Bila dah rasa boring macam ni, rasa macam aku ni kena amik short sem la. Kalau tak, aku akan hidup dalam keboringan. Nilah dia, kalau duk kat UIA tu, rasa nak balik yang amat, rindu kat family punye pasal, sampai tiap-tiap hari kol umah. Huhu. Ni dah duk kat umah, boring la plak. Yela, adik-adik sume sekolah, tinggal aku seorang ngan Umi kat umah.

Balik cuti kali ni, Umi kata aku makin berisi. Ye ke? Hehe. Agaknya sebab makan minum aku kat UIA sume cukup [Alhamdulillah]. Umi suruh aku kurangkan makan. Duk kat umah ni, aku rasa aku tak makan banyak, tapi kalau duk saje-saje tu, mesti rasa nak makan. Maka, aku akan melangkah ke dapur untuk mencari makanan. Hehe. Oleh kerana aku ini seoarang anakanda yang patuh, maka sewajarnya aku mengurangkan makan. Untuk mengurangkan nafsu makan, tengok gambar makanan pun jadilah ye. Hehe.

Jom kite "Jalan-jalan Cari Husband Makan!"
                                                                              












     











                                                                                
                                                                           












p/s: Sila lap mulut anda. Sekian.
Monday, April 19, 2010 0 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Ujian Itu Biarpun Pahit

Salam 'alaik.


Semalam aku tersentak dari lamunan. Akhirnya Allah tunjukkan jawapan kepada persoalan hatiku selama ini. Ya Allah, aku ini terlalu hina. Tetapi sedikit pun rahmatMu tak pernah putus dariku. Sungguh benar janji Allah; 

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu wahai Muhammad tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran.
[Al-Baqarah: 186]

Seringkali aku berdoa, minta Dia tunjukkan jalan kebenaran. Seringkali itu juga hati ini hiba bila terkenang kembali kisah silam. Dan saat itu juga kekesalan itu hadir. Pada siapa harus aku persalahkan? Wajarkah diri ini menuding jari? Tidak. Sama ada aku, dia, mereka, semuanya tidak bersalah. Segala yang berlaku harus aku syukuri. Ujian ini di sebaliknya ada nikmat, ada manis yang tak dapat aku ungkap. Allah menyayangi aku, lalu Dia datangkan ujian ini supaya aku lebih matang. Agar suatu hari nanti aku bisa menangani apa jua rintangan yang datang.

Kepadamu teman, aku hulurkan ucapan sejuta kesyukuran buatmu. Kerana kata-katamu, aku kini sedar dari lamunan. Aku memang layak disakiti. Kerana aku ini hamba. Ujian ini, biarpun perit, akan aku sambut dengan senyuman, yang di dalamnya terisi dengan kemanisan. Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati ini dalam agama-Mu. Moga aku ini layak terpilih antara serikandi-serikandiMu. Ameen.

Bukan niat hati ini untuk mempersalahkan, jauh sekali mengutip kembali apa yang telah kubuang. Prinsipku mudah, sekali aku disakiti, 2 kali aku akan berhati-hati. Hati ini, kumohon supaya ia akan suci. Suci dari segala penyakit yang bakal mengundang murka Ilahi. Biarlah diri ini dipersalahkan, cacilah dan hinalah aku. Aku bersedih, ya. Tapi air mata ini telah jadi mahal. Takkan kubaziri ia lagi. Kerana aku percaya, di sisiku ada Tuhan yang menemani. 

Aku telan segala yang pahit kerana kupercaya Allah bakal menghadiahkan sesuatu yang manis buat hambaNya yang redha. Aku kuatkan kesabaran, kerana aku percaya Dia mencintai hamba-hambaNya yang setia denganNya. Aku berdoa meminta padaNya kerana aku yakin Dia mendengar dan Dia Maha Tahu apa yang terbaik buatku.

"Ya Allah, hanya padaMu tempat aku mengadu."


Saturday, April 17, 2010 0 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Terima Kasih Wahai Tuhanku..


Salam 'alaik.

Usrati al-Mahbubah [xcukup lagi ni] 
Dah hampir 3 hari aku berada di rumah. Rindu akhirnya terubat bila dapat bersama-sama keluarga. Masa bersama keluarga inilah aku cuba manfaatkan sebaik mungkin. Pagi 16 April 2010, turun dari bas ekspres dari Kuala Lumpur, wajah pertama yang aku lihat adalah wajah Abuya. Meskipun tidurnya terganggu kerana terpaksa mengambil aku yang baru sampai, dia tetap tersenyum. Itulah Abuya. Sentiasa tenang. 

Bangun pagi, Mujahid (adikku yang bongsu) dengan mata terpisat-pisat, baru bangun tidur, datang kepadaku.

"Kakngah, Adik rindu Kakngah.." 

Mujahid dengan nada yang manja, menyambung tidur di sebelahku. Kakak, tersenyum melihat Adik. Adik-adikku semua semakin membesar. Tiada apa yang aku doakan untuk mereka semua melainkan mereka semua akan terpilih menjadi pejuang agama Allah. Ameen.

Mujahid, si bongsu penceria kami
Bangun dari tidur, aku mencari Ummi. Tempat aku meluahkan segalanya. Tempat aku bercerita itu dan ini. Ceritalah apa sahaja, Ummi setia mendengar, Ummi setia memberikan pendapat dan nasihat. Dialah ibuku, juga teman baikku. Kadangkala mengkritik, tapi dengan jalan yang membina. Aku tidak segan untuk menangis di depan Ummi, kerana aku tahu Ummi akan bernas menyampaikan nasihatnya untuk aku. 

Malam itu, selepas selesai solat berjemaah, aku cuba memberikan tazkirah untuk adik-adikku. Aku mulakan dengan pertanyaan. Sejauh mana kita bersyukur? Ilah dan Kakak kulihat terdiam sambil berfikir. 

Aku bertanya lagi, "Ada tak kita ingat Allah tanpa sedetik pun kita tak pernah lupa pada Dia?" 

Adik-adikku menjawab," Hmm..takde."

Aku minta adik-adikku sebutkan nikmat yang Allah bagi pada kami semua. Mereka sebut satu-persatu. Kepada mereka aku terangkan, nikmat Allah itu, jika disenaraikan takkan pernah habis. Dia sentiasa ingat akan hamba-hamba-Nya, tapi kita sering lalai. Kadangkala berasa megah dengan nikmat Allah, berasa ianya milik kita, tapi tanpa sedar semua itu adalah kurniaan Allah. 

Keluarga yang bahagia, anak-anak yang soleh dan solehah, rezeki yang halal, dan banyak lagi, ini semua adalah nikmat Allah. Aku bersyukur pada-Mu Ya Rahman kerana memberikan aku Abuya dan Ummi, adik-beradik yang baik, yang soleh, rezeki yang tidak disangka-sangka. Permudahkan perjalanan hidup kami Ya Rahim. Sesungguhnya kami ini adalah hamba-hamba-Mu yang tidak berdaya.

Moga ujian yang Engkau berikan akan menjadi penghapus dosa-dosa kami Ya Ghaffar..~