Thursday, February 11, 2010 By: Nurul Atiqah binti Rayah

Keluarga Baru


[Saat Perasmian]

Hari ni hari Jumaat, bersamaan dengan 12 Februari 2010. Minggu lepas, aku ke Kampung Cherok Paloh, Kuantan, Pahang untuk Program Bakti Siswa Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Laws (AIKOL) in collaboration with Kuliyyah of Nursing. Masuk hari ni, genaplah seminggu aku tinggalkan keluarga angkat aku. Bila ingat balik, rasa sayu plak hati ni. Masa mula-mula nak packing barang, nak pergi, rasa macam malas sangat. Malas bila teringat keje yang bertimbun-timbun dan bila balik dari program Bakti Siswa ni, ada exam menunggu aku.

Tapi aku gagahkan jugak diri ni, cuba untuk bersangka baik dengan manusia dan Allah. Kesian kat Safra kalau aku tarik diri. Program yang kitorang rancang last-minute ni kadang-kadang macam-macam masalah yang timbul. Tapi Alhamdulillah, berkat kesabaran dan keikhlasan semua, kami berjaya jugak bertolak ke Kuantan pukul 12 malam, hari Khamis tu. Sampai di Kuantan dalam pukul 4 pagi dan kami tidur (tak tidur pun) di masjid Negeri di Bandar Kuantan.

Pukul 8 pagi kami sampai di dewan Kampung Cherok Paloh, mendahului tuan rumah (Kuliyyah of Nursing). Selepas perasmian, kami dibahagikan mengikut keluarga masing-masing. Pembahagian anak-anak angkat bergantung atas keluarga angkat masing-masing. Aku bersama 2 orang students Nursing ditempatkan dengan keluarga Pakcik Ismail dan Mak Ani. Kitorang panggil Ayah dan Mak. =)

Sebenarnya, aku agak cuak jugak. Sebab ni 1st time aku join Bakti Siswa, dan ni jugak 1st time aku dapat keluarga angkat secara rasminya. Hehe. 2 orang adik-beradik aku, Ezah dan Akmal sangat baik dan peramah. Akmal sangat la rajin orangnya. Kalau aku ni lelaki, dah lama dah aku tackle Akmal. Hehe. Ezah plak sangat peramah dan baik. Ezah suke layan budak-budak, maybe sebab Ezah ramai anak-anak sedare. Aku? Aku pun baik jugak. Hahaha.

Kami adik-beradik duduk ngan keluarga angkat 3 hari 2 malam. Aku rasa kalau aku duduk lagi lame, ade kemungkinan aku akan jadi belon. Hahaha. Mane taknya, asyik makan je. Dahla Angah (kakak angkat) masak sedap. Aku tanpa segan silu dan confidentnye menambah breakfast pagi itu. Hehehe. Tapi aku malu la jugak bile anak teruna Mak yang 5 orang tu ade. Huhuhu. Tak selesa. Nak menambah nasik pn rase segan. Hahaha.

Mak sangat la baik orangnya. Selalu bersembang dengan kami adik-beradik. Ayah pun baik jugak, tapi ayah agak pendiam. Hehehe. Mak ngan Ayah bukak kedai runcit. Kami adik-beradik boleh ambik sesuka hati barang-barang dalam kedai tu. Hehehe. Tapi aku tak ambik la. Kesian Mak ngan Ayah nanti. Haa, satu lagi yg paling seronok ialah kami semua dapat makan durian puas-puas. Tokki (sebelah ayah) ade dusun durian dan juga penjual buah durian. Ape lagi, makan puas-puas sampai panas satu badan. Nikmatnya..~ =)

Hari terakhir aku kat sane, kami semua ramai-ramai pergi menarik pukat di Pantai Baru. Seawal pukul 8 pagi aku dan adik-beradik yang lain dah berada di tepi pantai. Bersama-sama dengan pelajar-pelajar dan kelaurga angkat yang lain. Sebelum memukat, kami diberi penerangan tentang cara-cara menarik pukat yang betul. Kalo silap teknik, memang terlepas la ikan-ikan tu.



Ombak yang dijangka tenang kelihatannya agak kuat pagi tu. Aku sempat bersembang dengan orang-orang kampung. Katanya, kalo ombak kuat, agak susah nak memukat ikan. Aku difahamkan jugak Pantai Baru ni adalah pantai perhentian mangsa-mangsa lemas. Misalnya kalo ade mangsa dilaporkan lemas di pantai di Kuantan, pihak polis akan menunggu mangsa dihanyutkan oleh ombak di Pantai Baru ni. Terbaru, mayat tanpa kepala ditemui hanyut di Pantai Baru ni. Agak seram jugak bunyinya. Huhu.

4 kali menarik pukat, ikan yang dapat tak banyak. Mungkin sebab faktor ombak, ditambah dengan faktor teknik menarik pukat yg tak betul oleh pelajar-pelajar ni. Hehehe. Aku dah give up bile kali kedua tarik pukat, ikan terlepas. Tapi, puas hati jugak, dapat ikan todak, ketam, ikan yang aku tak kenal pun ade. (Aku memang tak kenal ikan-ikan ni)

Saat nak balik adalah saat yang agak mengharukan. Adik menangis bile kitorang nak naik bas. Mulanya aku cube berlagak macho, tapi akhirnya tewas jugak. Mak pun menangis. Aku memang sangat terharu dengan layanan dari Mak dan keluarga angkat aku. Memang diorang layan kami adik-beradik macam anak diorang sendiri. Takde pilih kasih. Aku menangis bile Mak hantar aku dari mule-mule naik bas sampai aku hilang dari pandangan mata diorang. Means, masa bas dah nak gerak tu, aku nampak Mak, Adik dan Abang nangis.

Sedih sangat. Tapi takpe Mak, nanti kita jumpe lagi k. Insya Allah bulan 3 nanti Iqah akan turun sane. Terima kasih Mak, atas layanan Mak sekeluarga yang sangat baik pada kami 3 beradik. Sayang Mak!~ =)

2 Percakapan:

kata-kata hati~ said...

kak Iqa,
tksh tak terhingga atas support yg kak iqa bagi..

terharu pulak bace post ttg prog Welfare ni..

and nak terketawa pun ade bila tgk gambar di atas~ ops! hikhik

anyways, again.. thanks a lot kak Iqa..

IQah said...

sama-sama safra..
akak cume bg support setakat yg termampu je..
aish, nk ketawa tgk gmba?haha..hrp tiada gosip di sini k..hehe =)

Post a Comment