Kejadian ni berlaku masa aku pulang bercuti di kampung halamanku yg tercinta. Sepulangnya aku mengikuti Ummi mengambil Ahid di PASTI, Ummi kata Ummi nak singgah kedai roti kat depan simpang tu. Aku hanya mengangguk sahaja. Ahid memang dah habis excited dah kalo dengar nak gi kedai. Yang dia tau, dia nak beli mainan. Aku ni plak kakak yg suke melayan adik, lagi2 Ahid adikku yg bongsu, kat umah dia takde kawan nak main. So, sgt kesian la kalo dia takde mainan (ni aku la yg rasa). Tapi Ummi cakap, Ahid dah besar, mainan dia patut digantikan ngan buku-buku.
Berbalik kpd cite td, aku masuk ke kedai roti & kek tu dengan semangat yg berkobar-kobar. Besar harapan aku untuk makan roti atau kek yg best2. Maklumla, duk kat UIA,jarang-jarang aku habeskan duit beli roti best2 ni. Hehe. Masuk je aku ke kedai tu, aku terkesima. Bukan terkesima sbb jumpe ex-skool mate puppy love ke ape, tp aku sgt la terkejut tgk keadaan kedai tu.
Aku rasa aku dah tak silap kedai, ni memang kedai roti & kek, tp yg ada hanyalah kerepek berbungkus kat atas meja. Kuintai peti, adela kek-kek yang dh siap. Persoalannya; manakah roti2 atau dengan perkataan lainnya, di manakah produk-produk kedai ini yang kononnya dikatakan kedai roti dan kek?
Aku melihat jam, hampir pukul 12 tgh hari. Tak logik kalo kedai ni baru bukak. Kulihat pekerja-pekerja yang hampir 5 orang itu lengkap berbaju kurung batik (pakaian rasmi keje diorang la tu konon), keluar masuk kedai dengan slamber. Macam sibuk la konon. Ada pulak sorang mamat ni asyik bersembang ngan pekerja yang jaga kaunter. Akhirnya aku keluar tanpa membeli apa-apa dengan hati yang sebal.
Dalam hati, aku mengeluh kesal. Aku sedikit pun tidak berasa hairan kalau kaum lain lebih memonopoli industri perniagaan. Melihat kepada sikap Melayu pada hari ini, aku akhirnya mengerti mengapa kedai-kedai Melayu di kawasan rumah aku tidak bertahan lama. Bukan prejudis terhadap bangsa sendiri, tapi sangat besar perbandingan antara sikap bangsa Melayu dengan bangsa lain.
Bila aku kenangkan kembali, saat aku 'outing' bersama sahabat-sahabat semasa belajar di KOSPINT dulu, kami pasti akan singgah di kedai kek & roti Sweden, sebelah Pustaka Seri Intan. Roti yg paling aku suke; "Tiger Skin". Sgtla sedap. Rindu nak makan. Tapi, sejak ada berita mengatakan, kedai roti Sweden ni pemilik dia Kristian and the owner contributed to the church, aku tak gi dah kedai tu even kat Paka pun ada 1 branch Sweden Bakery.
mcm ni la lebih kurang rupe "Tiger Skin" yg aku suke makan tu..sedaappp
Siapa yg patut dipersalahkan? Pekerja ke? Atau majikan? Atau memang sikap bangsa Melayu ni suka bermalas-malasan. Aku pun dah malas nak cakap banyak. Cuma doa aku dalam hati, sedarlah wahai bangsaku!
"Sungguh, Allah tidak akan menzalimi seseorang walaupun sebesar zarah, dan jika ada kebajikan (sekecil zarah) nescaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan pahala yang besar dari sisi-Nya." [4:40]
1 Percakapan:
lain kali wat roti sendiri~abis citer~
Post a Comment