Sunday, February 17, 2013 2 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Satu Rindu

Salam 'alaik.

Ini adalah entry pertama saya untuk tahun 2013. Banyak sangat perkara yang berlaku. Saaaaangat lama tak update blog ni kan? Saya telah pun menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Undang-undang di Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, UIAM Gombak. Rasa lega sangat ibarat beban besar di bahu selama ini dah takde. Alhamdulillah.

Sekarang berada di rumah. Menghargai masa di rumah dengan memasak, online, tengok TV, pergi pantai, jumpa kawan-kawan sekolah, pergi kenduri dan banyak lagilah aktiviti yang best yang tak mungkin kita dapat buat bila dah mula bekerja nanti. Eh, bunyi macam seronok sangat ye awak ni Iqah? Memang tengah seronok pun sekarang. Tapi dah mula risau jugak sebab kawan-kawan dah sibuk cari kerja (chambering). 

Dah. Tak payah nak risau sangat walaupun awak memang sedang risau. Entry ni sebenarnya entry mengimbas kembali di mana saya akan mengimbas kembali perjalanan saya sewaktu saya bergelar mahasiswi AIKOL. Sayu lah pulak bila teringat balik kan? Takpe, lepas ni nak pergi UIA, nak ambik gambar masjid UIA banyak-banyak! Motif? Sebab masjid UIA adalah tempat mencari ketenangan yang paling berkesan sekali. Tempat yang mengandungi baaaaanyak sangat nostalgia dan yang paling penting masjid UIA ni adalah tempat bermulanya titik permulaan saya berhijrah menjadi muslimah yang lebih baik. Insya Allah. 



Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM Gombak.
(gambau ihsan pakcik gugel)

Yang sebenarnya, hati saya rindu nak berusrah. Tanpa usrah, jiwa jadi kosong. Ibarat kata Umi kepada adik-adik, "Jangan banyak sangat tengok TV nanti jadi dop cerdik." Eh, apa kaitannya? Maksudnya, duduk kat rumah ni jangan asyik mengadap TV je, at least baca buku ilmiah untuk top up semula ketidak pemergian usrah anda itu. Supaya otak tak berkarat memikirkan benda-benda lagha. Bukak TV, cuba bukak Tanyalah Ustazah, Entri Jameela, 5 Rencah 5 Rasa. Eh?


Ketika Usrah Bertasbih.

Nanti dah bekerja, harap sangat semoga diri ini akan istiqamah buat kebaikan, istiqamah cari ilmu dunia dan akhirat, istiqamah berusaha jadi orang yang positif. Cabaran di luar sangat kuat dan hebat. Semoga mampu harungi semua itu. Semoga nanti Allah akan kurniakan seorang teman yang dapat sama-sama mujahadah atas jalan ini. Aamiin. 

Rasanya cukup setakat ini sebagai entry pertama untuk tahun ini. Kalau diikutkan, memang baanyak sangat perkara yang terjadi, tapi tak perlulah dihebahkan di sini ye tak? 'Ala kulli hal, bersyukur dan gembira dengan kehidupan sekarang. Alhamdulillah. Oh ye, saya sekarang lebih aktif bertwit dari berfb. Hehehe. Orang kata, kalau kita aktif di laman sosial maknanya di dunia realiti kita sebenarnya 'forever alone' ataupun 'lone ranger'. Rasanya 50% betul mungkin. Jangan jadi orang yang di dunia maya bukan main peramah, tapi di dunia realiti bila berselisih bahu buat-buat tak nampak. Memang tiada nilai kesopanan dan kesusilaan ya. Tapi syarat ini hanya terpakai pada yang sama jantina. Jangan terlebih peramah pula pada yang berlainan jantina. Pandai-pandailah anda mengawasi batas-batas pergaulan. :)

Wassalam.

p/s: konon nak imbas kembali. Jangan rasa tertipu naa. Hehehe. :D