Wednesday, August 24, 2011 0 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Yang Tidak Seperti Dulu

Assalamualaikum..

Sepanjang bulan Ramadhan ni, Alhamdulillah dapat banyak sangat invitation iftar. In fact, bukan saya yang dijemput, tapi Abuya. Bab seronok dapat invitation berbuka ni, bila banyak sangat makanan yang disediakan. Bab yang tak seronok pulak bila tengok makanan yang tak habis setelah sebelum berbuka tu bukan main lagi ambik banyak-banyak. (-_-#)

Hari tu, ikut family berbuka kat Rumbia Resort. Semalamnya berbuka di Kelab Golf & Rekreasi Petronas. Kalau nak di bandingkan, best iftar kat Rumbia lagi. Sebab makanan kat Rumbia lagi variety even kami satu family terpaksa berpecah sebab datang lambat (dekat pukul 7 petang baru sampai), dan memang kami tak nampak kerusi meja yang kosong. So, ambik inisiatif berpecah dan duduk je kat mana yang ada. :D

Sedang nak mencedok lauk pauk beserta nasik, tiba-tiba terpandang seseorang yang saya kenal tapi dah lama tak jumpa. Cikgu sekolah rendah saya, Cikgu Syamsiah. Beliau tersenyum sambil melambai-lambai tangan ke arah saya. Saya cuma mampu tersenyum dari jauh sebab masa tu tengah kalut. Orang lain sume dah standby kat meja makan masing-masing tunggu azan maghrib, tapi saya belum cedok nasik lagi. Hee.

Duduk di meja makan bersama orang yang tidak dikenali membuatkan kita jadi agak kaku dan kekok. Secara automatiknya rasa apa yang dibuat sume tak kena. (Ke saya je yang macam ni?). Di meja makan itu, saya bersama 2 orang adik saya menumpang kasih bersama sebuah keluarga. Tiba-tiba,

Pakcik : Awak ni anak Rayah?
Saya   : A'ah. (sambil memaniskan muka)
Pakcik : Awak tak kenal Pakcik?
Saya   : Err. Tak. (muka serba salah)
Pakcik : Pakcik pun tak kenal awak. Hahaha~
Saya   : Cis!(dalam hati je, tapi suara tak keluar. Ditambah dengan muka blur).


Selesai makan, saya berjalan menuju ke meja Cikgu Syamsiah. Walaupun Cikgu hanya pernah mengajar saya sekejap, tu pun waktu kelas tambahan masa darjah 6 dulu, tapi Cikgu masih ingat saya. Mungkin sebab anak Cikgu sekelas dengan saya (dan pernah rapat dengan saya) dan kebanyakan anak-anak Cikgu dengan adik-beradik saya sebaya.

Saya nampak muka Cikgu excited. Cikgu ingat saya dah jadi lawyer. Siap introduce kan saya kat sume yang ade di meja makan tu sambil cakap,
"Ni lawyer ni.."
Aduhai Cikgu. Sungguhla saya terharu. Saya tau Cikgu bangga bila anak didik Cikgu berjaya. Insya Allah, moga-moga berkat doa Cikgu di bulan Ramadhan ini, Allah makbulkan doa Cikgu. Amiin.

Saya hanya tergelak bila Cikgu cakap macam tu. Sambil membuat pembetulan, "Cikgu, dop jadi lawyer lagi. Ade 1 tahun lagi. Chambering pun dop lagi Cikgu." (sambil menunjukkan gigi)

Seorang demi seorang adik-adik saya di'interview' oleh Cikgu tentang belajar. Cikgu masih ambik berat terhadap kami. Kejayaan kami, kebanggaan Cikgu. Cikgu masih kelihatan seperti dulu. Wajahnya tak langsung dimakan usia. Semoga Allah berkati hidup Cikgu Syamsiah dan keluarganya selalu, sebagai bayaran penat-lelah serta jasamu guru.~

*   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *

Pendapat saya:

Cikgu zaman sekarang, sangat berbeza dengan zaman dulu. Kalau cikgu zaman dulu, mengajar sebab nak tengok anak-anak didiknya berjaya dunia & akhirat, cikgu zaman sekarang (bukan sume cikgu) mengajar sebab nak dapat gaji semata-mata. (Terkejut bila dengar ada cikgu perempuan di zaman universitinya terlibat dengan masalah sosial, hisap rokok, dsbnya). Niat mengajar, cara mengajar dan keikhlasan mengajar sangat penting untuk keberkatan ilmu kepada murid-murid.

Sounds creepy ke? Tak kisahlah, yang penting renung-renungkan dan selamat beramal! :)
Sunday, August 21, 2011 2 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Pengalaman Ramadhan

Assalamualaikum..

Ramadhan dah masuk ke fasa yang terakhir. Cepat sangat masa berlalu kan? Entri kali ni saya nak cerita pasal pengalaman sepanjang bulan Ramadhan ni. Masing-masing mesti ada pengalaman sendiri kan? Di samping berusaha mengejar fadhilat-fadhilat di bulan yang penuh keberkatan ni, dalam menjaga hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia juga haruslah diambil kira. Jangan asyik sibuk beribadat, sampai orang di sekeliling pun kita dah tak ambik kisah.

Ceh. panjang pulak membebel. Korang sume macamana? Sihat? Lama tak dengar khabar. Letih sangat ke puasa ni? Hee. :D

Sahur


Bila ibadat puasa ni bersama family di rumah, makanya memang perangai mengada-ngada tu datang. Kalau kat UIA, pandai je nak bangun sendiri, tapi bila kat umah ni walaupun alarm dah bunyi still sambung tido sebab dah tau, kejap lagi mesti Abuya kejut. (Muahaha. Buruk giler perangai).

Pastu, lauk sahur tu pulak tak tahu kenapa, Umi masak memang sedap. Memang kalau ikut hati, nak menambah tapi fikir dah nak abis waktu sahur. Hehe. Waktu bersahur kat UIA, makan roti dengan air milo je. Tu pun tak rasa apa, sebab bangun sahur sebab nak ambik berkat je. Bila Abuya called tanya makan ape, sedih sangat bila dengar anak dia bersahur macam tu. Padahal anak beliau memang tak kisah pun. Ngee~

Bazar Ramadhan


Waktu kecik-kecik dulu memang teruja sangat pergi bazar. Sampai tiap-tiap hari ajak Abuya pergi. Tapi bila dah besar ni memang terasa malas nak menapak ke bazar. Kenapa? Sebab orang saaangat ramai, menitik-nitik peluh sebab berasak-asak di tengah lautan manusia tu mencari apa yang nak dimakan. Umi dah masak pun, tapi bawak jugak bila adik-adik asyik mengajak. Pemandangan di bazar? Selalu aje sahabat-sahabat di fb post tentang pemandangan aurat di bazar Ramadhan. Memang betul pun.

Ramai sangat orang yang puasa, tapi tak menjaga aurat. Ada sekali tu, saya siap terpandang 3 orang jejaka yang duduk di tepi jalan sambil mata mereka memerhatikan perempuan-perempuan yang lalu lalang sambil tersengih-sengih. Eeii, seram sangat dengan orang lelaki macam ni.

Kalau kat UIA, tak berapa nak rajin jugak tapi bila ramai-ramai jalan kaki kira OK la. Walaupun bazar tu tak besar, tapi setakat nak makan apa yang dapat mengenyangkan perut tu, bolehlah. :)

Solat Terawih

Kalau Ramadhan kat UIA, biasanya bersolat terawih bersama sahabat-sahabat di musolla mahallah ataupun masjid UIA, bila berpuasa di rumah, solat terawih bersama-sama keluarga di surau berhampiran. Lazimlah, para jemaah terdiri dari warga emas, makcik-makcik, adik-adik pun ada. Isu yang sering sahabat-sahabat cakap, tentang saf yang berlubang. Oh, saya pun mengalami hal yang sama. bila kita rapat ke kanan, makcik di sebelah tak rapat-rapat walaupun saya cuba menyentuh lembut tangannya dengan isyarat supaya beliau rapatkan saf.

Gimana caranya ya mau menyelesaikan situasi ini? :(

Adakah makcik-makcik ini tidak mengerti? Atau bila makcik-makcik ini sudah membawa sejadah sendiri, maka beliau tidak mahu berganjak lagi. Hmm..~

Kesimpulannya, walau apa sekali pun yang kita alami, anggaplah itu satu ilmu baru yang mungkin satu hari nanti akan menjadi satu perkara yang manis untuk dikenang. Mungkin juga untuk dirindui. :)

Wassalam.


p/s: Sia-sia puasa kalau tulis blog nak mengata orang. Lagi sia-sia kalau benda tu tak betul. Renung-renungkan dan selamat beramal! (^_^)
Saturday, August 20, 2011 0 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Sangat Kasihan Dengan Orang Begini


Assalamualaikum..~



Korang dah tengok video dari Mathlutfi ni? Tajuk dia Judgmental. Tau tak judgmental tu ape? Bila kita terlalu menghakimi orang lain, tanpa kita tahu apa yang sebenarnya ada dalam hati dia, dalaman dia.

Tak mahu cakap banyak, nanti kalau tersilap cakap, buruk padahnya.  Berdosa lagi. "Berkata baik ataupun diam." Kan?

"Ya Allah, aku berlindung dari sifat seperti ini dan manusia yang bersifat seperti ini."

Amiin.

Wassalam.

Saturday, August 6, 2011 2 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Ramadhan Dan Saya

Assalamualaikum..


Alhamdulillah, untuk tahun ini dapat berpuasa sepenuhnya (mungkin?) dengan family di rumah. Walaupun agak kebosanan kat umah ni sebab adik-adik hampir semuanya berada di hostel, dan abang dan kakak ipar pulak belum balik umah lagi (sebab tak dapat cuti), tapi bila ada Mujahid kat umah ni kira dapatla jugak mengubat kebosanan dengan mulutnya yang becok itu. :)


Rutin harian bila duk kat umah ni, biasalah kan, pegi hantar dan ambik adik-adik (2 orang adik je pun) dari sekolah, kemas rumah, basuh dan sidai kain dan petangnya memasak, kalau rajin pulak saya bawak adik-adik pegi bazar Ramadhan.


Tadi waktu online facebook, ade seorang sahabat share 1 video ni. Tentang bagaimana Wardina Safiyyah didik anak-anaknya berpuasa. Secara peribadi, saya kagum dengan Wardina. Bagi saya beliau merupakan seorang ibu yang hebat. Walaupun berkerjaya, beliau amat mengambil berat soal didikan anak-anak, terutamanya didikan agama.



Zaman sekarang, bukan zaman yang mudah untuk mendidik anak-anak sama ada anak lelaki atau perempuan. Zaman sekarang, teknologi sangat meluas diguna dan disebarkan. Kalau sekalipun cara didikan di rumah betul, sahabat yang dipilih oleh anak-anak pula yang mengabil peranan dalam mempengaruhi mereka, tambah pula dengan persekitaran.


Andai ilmu agama yang diterapkan dalam peribadi anak-anak, maka terselamatlah mereka dari jurang tipu daya. Seperti kata Wardina, "Anak-anak haruslah difahamkan kenapa mereka perlu puasa, kenapa mereka perlu solat, kenapa perlu menutup aurat. Bukan hanya bila kita ikut-ikut apa yang orang lain buat, bila kita tengok orang buat, kita pun nak buat.."


Saya sangat-sangat setuju dengan kata-kata beliau. Bagi saya, bila kita melakukan sesuatu tuntutan dan dalam masa yang sama kita faham sebab difardhukan tuntutan itu, kita akan lebih menghayati ibadah tersebut. Contohnya, kenapa kita kena solat?


Ingat peristiwa sewaktu Nabi Muhammad s.a.w. diangkat ke langit sewaktu Israk dan Mikraj? Selepas peristiwa itulah umat Islam diwajibkan oleh Allah s.w.t. menunaikan solat 5 kali sehari semalam. Dalam rukun Islam, solat merupakan perkara kedua selepas mengucap dua kalimah syahadah. Pernah tak dengar maksud hadith, "Solat itu tiang agama. Barangsiapa yang tidak solat, maka dia telah meruntuhkan agamanya."


Nampak tak kepentingan solat kat sini? Bahkan, dalam satu hadith Rasulullah s.a.w. pula mengatakan, perkara pertama yang akan dihisab oleh Allah di Padang Mashyar nanti adalah solat. Jika elok solatnya, maka selamatlah dia. [Riwayat At-Tarmizi]
Dalam Surah Az-Zariyat ayat 56 pula Allah telah bersabda, "Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat (menyembah) kepada-Ku."
Solat itu adalah cara kita sebagai Muslim menyembah Allah. :)


Pertama sekali, sangatlah wajib kita (kita?) sebagai ibu bapa perap terapkan pada anak-anak tentang ketauhidan kepada Allah. Contohnya, "Allah tahu dan Allah tengok apa yang kamu buat. Walaupun ibu atau ayah tak nampak, tapi Allah sentiasa tengok apa yang kamu buat."
Anak mungkin akan tanya pulak, "Allah tu kat mana? Kenapa adik tak nampak pun Allah?"


Haa, apa yang ibu dan ayah nak jawab? Ke nak telan air liur je? Hehe. Sebab tulah, ibu dan ayah jugak wajib belajar ilmu agama, ilmu fardhu ain supaya dapat didik anak-anak dan dalam masa yang sama tunjuk contoh teladan yang baik untuk anak-anak. Ni, kalau ibu dan ayah solat pun kadang-kadang, macamana anak-anak nak solat 5 waktu sehari semalam?


Rasanya setakat ini dulu. Kalau nak cakap panjang soal mendidik anak-anak ni rasanya sampai bila-bila pun takkan habis. Banyakkan rujuk pada yang pakar, tanya alim ulama', tanya ibu bapa kita bagaimana caranya mendidik anak-anak supaya di akhir hari mereka pula dapat berbakti untuk kita, mendoakan kita di alam 'sana'.


Wallahua'lam.


p/s: Eleh. Cara cakap macam dah ada anak. Hehe. Sekadar berkongsi pandangan. Insya Allah, semua wanita mahu jadi ibu yang terbaik. Amiin. (^_^)

*Tahniah buat sahabat-sahabat One Heart Creative Solutions sebab berjaya hasilkan video ini. Semoga Allah permudahkan urusan kalian. Barakallahufikum.*
Wednesday, August 3, 2011 2 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Semua Orang Mahukan Yang Terbaik

Assalamualaikum buat sahabat yang membaca..

Dah lama tak menulis kat blog saya ni. Rindu kat Cik Blog. Rindu nak berceloteh dalam blog. Kali ini ape agak-agaknya Cik Iqah nak berceloteh ye? ;)

Hari ni dah dekat seminggu saya berada di rumah. Dan hari ni merupakan hari ke-3 Ramadhan. Azam saya untuk Ramadhan kali ini, saya ingin sekali jadikan Ramadhan kali ini Ramadhan yang terbaik dari tahun yang sebelumnya. Kenapa? Sebab kita tak tahu, mungkin Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terakhir buat kita. Mungkin juga Ramadhan kita yang dulu-dulu tu, belum kita isikan sebaik mungkin.

Sebelum masuk bulan Ramadhan hari tu, saya sedih. Sedih sangat-sangat yang saya fikir takkan ada insan kat dunia ni yang faham kesedihan saya. Saya menangis, tak dapat nak berpura-pura lagi. Kalau sebelum ni, saya lebih suke pendam sorang-sorang, senyum dan ketawa depan semua orang, tapi kali ini saya tak berdaya lagi. Saya luahkan segalanya melalui air mata. Dalam waktu sedih ini jugalah hati saya berbisik, alangkah untungnya kalau ada duit sendiri, sebab bila sedih saya ingin bersendirian, saya dah fikir nak lari jauh dari semua orang.

Tu bila emosi letak kat depan mendahului akal. Bila difikir secara rasional, agaknya syaitan hasut saya. Dia hasut saya fikir benda negatif. Fikir yang dunia ni tak adil. Fikir yang ujian ini maha hebat, maha berat. Macam-macam la yang terfikir masa duk sedih hari tu.

Tapi, bila akal berbisik ke dalam hati, hati suruh saya istighfar. Hati suruh saya cepat-cepat ingat Allah. Hati kata, "Takpe Iqah, sesedih mana pun kamu, seberat mana pun ujian yang Allah beri, Allah tau kamu mampu. Sebab tu Allah takdirkan begini, sebab kamu hamba Allah yang istimewa. Berdoalah Iqah, Allah dengar dan Allah tahu. Dia tunggu kamu datang pada-Nya."

Semua orang mahukan yang terbaik. Tanyalah pada sesiapa saja, ada tak orang yang nak benda tak elok? Ada ke nak benda yang buruk? Ada ke yang nak jadi jahat? Semua nak yang baik kan? Tapi tak semua yang menyedari bahawa apa yang diiginkan itu tidak semestinya yang terbaik buat dirinya. Kadang kala apa yang kita tak suka, kita benci itulah sebenarnya penawar untuk kita.

Takde orang pun kat dunia ni yang suka bersedih. Rata-rata inginkan kegembiraan. Hakikat kegembiraan itu boleh didefinisi ke? Rasanya tak. Sebab setiap orang gembira dengan keadaan yang berbeza-beza. Ada orang gembira bila duit banyak dalam poket dia. Ada sesetengahnya pulak gembira bila dikelilingi oleh insan-insan tersayang. Ada orang gembira bila dapat apa yang dihajatkan.

Walau apa sekalipun yang kita dapat, sama ada sesuatu itu membuat kita gembira, sekali pun air mata duka, bersangka baiklah dengan Allah. Jangan putus doa dan harapan. Ada orang bila berdoa, dia sangka dengan sekali doa, Allah terus makbulkan doanya. Kadang-kadang Allah uji kita melalui doa yang kita mintak. Kita mintak pada Allah, tapi hak-hak Allah kita dah tunaikan ke belum? Yang tu kena tanya hati kita sendiri. :)
 
Kata-kata yang sentiasa saya pegang buat penguat semangat; "
"Siapa kamu pada awalnya tidak penting, tetapi bagaimana pengakhirannya". Ada orang suka mengungkit, "Ala, dia tu dulu bukan baik sangat...." bila saya cuba menasihatkan dia. Hati saya pedih mendengarnya, tapi itulah. Saya tak berdaya menahan mulut orang, saya hanya mampu bersabar. Biarlah manusia membuka kisah-kisah lalu selagi mereka mampu, tapi doa saya moga-moga Allah telah ampunkan segala kesilapan saya dan mereka. Biarkan mereka bercerita tentang masa lalu, yang penting saya berusaha menghadapi hari mendatang dengan cemerlang, insya Allah. :)

Saya sedang berusaha untuk tersenyum, kerana saya tahu, yang menentukan keindahan hari-hari saya akan datang adalah diri saya sendiri dan tentulah dibantu oleh Allah S.W.T. :)


p/s: Saya akan sentiasa ingat 2 perkataan ini; KOYA ALIM.