Thursday, June 30, 2011 4 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Not To Please You

Hari ni hari Jumaat. Tadi waktu pegi beli breakfast, nampak pulut kuning ngan rendang daging. Pagi-pagi dah bosan rotate nasik lemak, nasik kerabu, maka saya beli pulut kuning. Sarapan itu penting ye kawan-kawan untuk membina sel-sel otak kita. Kalau tak sarapan, macamane nk keje? Alasan je tu Iqah kan, padahal awak memang suke makan. :P

Makcik tu bagi pulut kuning dengan kuantiti yang banyak. Tak terlarat nak habiskan. Tapi paksa jugak diri, sebab Kak Aini cakap, bersyukurlah kita dapat sarapan dengan makanan yang banyak. Ada orang lain, tak dapat rasa pun. OK. Saya sumbat jugak pulut nasik tu secara paksaan, walaupun perut dah rasa sebu. Kawan-kawan, kalo makan pulut jangan ambik banyak-banyak ye sebab kalori dia tinggi. Buktinya, saya dah beberapa kali dah menguap pagi ni. :P

Oh. Dah. Cukup melalut pasal breakfast. Nak bagitahu kat sini, staff kat ofis dah discover blog saya yang buruk ni. T_T

Kak Aini, kalau baca post ni, wat-wat tak tau je ye. Saya masih lagi terkejut bila akak dapat cari blog saya ni. Huhu. Saya sebenarnya menulis dalam blog ni bukan untuk dipromosi, bukan untuk diwar-warkan. Sebab tu bila orang tanya saya ada blog ke tak, saya tak bagitau. Kalau orang cakap I follow you, you follow I balik, saya pulak bukan jenis itu. Saya akan follow sesuatu blog, kalau saya rasa saya memang nak follow. Bukan main follow tak tentu pasal atau nak suruh orang follow saya balik. But to those who have followed me on this blog, thank you very much. I’m really appreciate it. Arigatou ne!~

Bila saya baca blog yang dapat bagi banyak manfaat kat orang lain, dalam hati saya, saya pun nak jadi macam blogger-blogger ni semua. Tapi, saya bukanlah jenis manusia yang update blog setiap 10 minit. (Hee. Melampaunye analogi awak ni, Iqah). Saya akan update blog bila saya rasa ada sesuatu nak diluahkan atau ditulis. Kadang-kadang ada banyak benda nak ditulis, tapi masa pulak takde. Lepas tu, idea tu berkubur macam tu je.

Ramai yang tak tahu mungkin, saya menulis untuk terapi. Bila saya rasa stress, saya suka menulis. Saya menulis di blog ini. Kena tapis jugak apa yang nak ditulis, sebab ni alam maya. Takde sempadan. Sape-sape boleh baca. So, saya kena make sure hanya benda yang dapat dibaca je yang saya tulis. Oh, ye! Jangan rasa annoying pulak dengan cite-cite saya, pasal family la, pasal kenduri kawin la. Ada jugak besenye yang tak suke. “Alah, benda macam ni pun nak bagitahu 1 dunia ke?!”

The truth is, I’m not writing this blog to please you. I’m writing for myself. Make note of this okay? :)

Harap kita semua akan dapat manfaat dari setiap apa yang kita lakukan, walaupun sedikit. Insya Allah. Ameen.
Saturday, June 25, 2011 0 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Bila Hati Dah Rindu..

"Mane pulak sebelah lagi kasut ni. Ishh.." Hati saya berkata sewaktu keluar dari Masjid As-Syakirin, Gombak.

Kelihatan dua orang kanak-kanak sedang mencuba-cuba kasut yang ada di antara segala kasut di luar masjid, bahagian muslimat. Saya melihat ke arah kaki salah seorang kanak-kanak itu. Oh, mereka sedang memakai sebelah kasut saya.


"Dik, boleh bagi kasut akak?" Saya bertanya sambil tersenyum.


"Ohh, kasut akak ea? Sori-sori. Kawan saya memang macam ni sikit." Petah salah seorang kanak-kanak itu menjawab.


Seorang lagi kanak-kanak hanya tersipu-sipu malu. Mungkin juga takut saya marah sebab 'tertangkap' sewaktu sedang pakai kasut saya. Hehe.


Bila saya melihat dua kanak-kanak ini, saya teringat zaman sewaktu dalam lingkungan umur mereka. Mungkin mereka berusia 8 ke 9 tahun. Darjah 2 atau 3 ketika itu. Waktu itu, saya ada 4 orang adik. Bila ada kuliah maghrib, Abuya akan bawak kami sekeluarga ke surau berhampiran rumah waktu itu. Surau Gelugor kami panggil. 


Selepas habis sekolah pula, saya akan ke kelas KAFA betul-betul depan rumah saya. Ustaz Mad, Ustazah Saripah, mereka sume adalah guru-guru yang mengajar saya. Saya sangat enjoy belajar waktu tu sebab saya suka dengan suma mata pelajaran agama, kecuali tajwid. Mata pelajaran tajwid saya paksa diri untuk faham dan hafal, sebab saya nak dapat no. 1 dalam kelas waktu tu. Kenangan yang sangat manis saya rasa, bila saya yang darjah 2 ni dapat no. 1 di kalangan abang-abang dan kakak-kakak kelas tahap 2. Memang rasa puas sebab saya buat tu semua dengan usaha saya, yang nak sangat berjaya.


Mentaliti waktu tu memang nak belajar sebab nak belajar. Maksud saya belajar bukan sebab terpaksa atau sebab Umi paksa, tapi memang suka belajar. Mungkin sebab dari kecik Umi selalu belikan buku-buku, sebab tu saya suka sangat membaca (masa kecik dulu je). Cara Umi didik kami adik-beradik memang tegas sangat. Sepupu-sepupu saya selalu je cakap Umi garang, tapi bila dah besar ni rasa grateful sangat dapat Umi. Kalau Umi tak tegas, mungkin saya takkan jadi macam saya pada hari ini.


Umi ambik berat segalanya tentang kami. Anak-anak perempuan, kami dilatih tutup aurat sejak berusia 4 ke 5 tahun lagi. Bila dah besar sikit, kami wajib pakai tudung bila keluar rumah atau bila ade orang (bukan muhrim) datang ke rumah. Saya ingat lagi, masa sekolah rendah dulu kalau beli baju raya, set baju t-shirt dengan seluar jeans wajib beli sebab dulu memang suka bergaya pakai seluar jeans & t-shirt. Tapi, bila raya masa form 1, Umi dah tak belikan seluar dah. Bila saya tanya kenapa, Umi cakap "Sebab Kakngah dah besar, tak manis pakai seluar.."


Dulu masa kecik-kecik memang pernah kena pukul dengan Umi. Mungkin sebab kami ni selalu buat perangai. Saya ni pulak masa kecik-kecik kalau tak dapat apa saya nak, memang saya nangis. Haha. Ada sekali tu saya kena pukul, sampai lebam. Memang best r. Makin kuat la menangis, tapi tak lama lepas nangis tu Umi pujuk sambil buat air untuk saya. Buruk gile perangai masa kecik dulu. :P


Paling tak boleh lupa masa saya nak beli baju pinafore Garfield masa shopping kat Parkson dengan Umi. Tapi Umi boleh buat tak tahu je. Saya tarik baju Umi sambil nangis-nangis. Hahaha. Nasib baik masa tu kecik lagi. So, orang tak kisah tengok saya menangis. (Jangan tiru ye adik-adik).


Abuya? Inilah ayah saya yang saaaaaaaaangattttttt cool! Marah bila perlu aje. Dan tak pernah tinggikan suara. Pukul? Oh, mungkin tidak. (Pernah kena debik dengan Abuya masa darjah 5, sebab kuat sangat nangis. Muahaha). Kalau time Abuya pukul, memang rasa dunia ni dah nak kiamat. Sebab Abuya tak pernah marah kami adik-beradik. Kalau ada yang tak kena, Abuya akan tegur elok-elok. Mungkin sebab ni, Abuya dekat dengan kami. Sanggup bersusah payah untuk kami. Umi pesan kat kami adik-beradik, kalau susah jangan bagitau Abuya, nanti Abuya susah hati.
 

Hari ini, waktu saya menulis pasal mereka, hati saya terpanggil-panggil untuk pulang ke rumah (homesick la tu). Teringat mereka berdua. Waktu kat rumah adalah waktu untuk menenangkan perasaan yang serabut. Tengok wajah ibu bapa kita kan dapat pahala? ;)


Untuk Umi dan Abuya kami, kami adik-beradik sedang berusaha untuk membahagiakan Umi & Abuya. Doakan kami agar dapat jadi anak yang soleh dan solehah, agar kami dapat sentiasa mendoakan Umi & Abuya. Doa Angah, semoga Allah panjangkan usia Umi & Abuya supaya Angah sempat berbakti dan membalas segala usahamu membesarkan kami adik-beradik. Kami sayang Umi & Abuya!  :)  


"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibubapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)".


p/s: "Kita tak boleh pilih siapa ibu bapa kita, tapi kita boleh pilih untuk jadikan mereka mulia atau sebaliknya".
Tuesday, June 14, 2011 0 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Di Sebalik Sebuah Majlis.. Part II (ending)

Assalamualaikum..

Hari ini saya dah pun berada di UIA setelah hampir 1 minggu berada di rumah. Alhamdulillah, bagi pihak abang saya segalanya berjalan dengan lancar walaupun dugaan melanda sepanjang hari kejadian. Nak tau dugaan ape? Ketiadaan air sepanjang kenduri kawin berlangsung. Masak jugaklah kitorang adik-beradik bersama sepupu-sepapat mengangkut air.

Kenapa takde air? Alkisahnya, paip pecah di jalan sebelum masuk ke simpang rumah saya. Pihak SATU (Syarikat Air Terengganu) tutup paip induk sebab nak baiki paip yang pecah tu. Walaupun air takde, saya bersyukur sebab segalanya sudah selesai. Sebagai wakil tuan rumah (ecece) saya nak ucapkan jutaan terima kasih buat sahabat-handai yang sudi datang, lebih-lebih lagi saudara-mara yang willingly datang dari jauh semata-mata nak tolong.

Secara jujur, saya sangat gembira bila dapat jumpa balik kawan-kawan masa kecik dulu (seriously saya tak sangka kamu akan datang kenduri ni). To Eri dan keluarga, memangla lawak masa kalian datang. Rasa macam tak caya. Ingat time kecik-kecik dulu dari PASTI lepak sama-sama, main game boy lepas balik sekolah, pegi KAFA sama-sama. Sume tu kenangan yang tak dapat dilupakan. Nanti time Eri kawin, kita 1 family plak gi serang umah dia. Hehe. :)

Buat orang yang paling sibuk time kenduri, Afif & Nazirul; terima kasih yang tak terhingga. Dari sebelum kenduri, sampai selesai kenduri, memang kamu terbaik. Patutla abang saya asyik duk puji-puji kamu. Katanya kamu teman sejati dia. Next kenduri saya panggil kamu lagi yek, jadi tukang masak plak. :)

Time kenduri nih, saya dah bersiap-sedia menghadapi soalan cepu-cemas; "Atiqah bila pulak?". Saya hanya akan jawab, "Insya Allah". Tu jawapan mantap dan selamat rasanya setelah dibincang bersama sepupu saya, Hanisah. Soalan dari Makcik Nora dan Makcik Tie lain sikit. Bunyi dia macam ni, "Iqah dah ada ke belum?" Saya jawab dengan jujur, "Belum ada". Kedua-dua makcik yang prihatin tersebut terkejut tak caya. Katanya anak-anak muda zaman sekarang biasanya sume berpakwe makwe. Tu anak muda zaman sekarang. Saya sukakan kelainan. :D

Makcik Tie, saya harap Makcik Tie tak baca blog saya ni tau. Sebab saya malu. Hahaha. Tak sangka Makcik Tie baca blog saya ni. Kiranya silent reader la nih. To Nadiah, jangan bagi Mak baca dah. Malu akak. :D

OK la, dah tak nak membebel panjang, biar gambar je yang berbicara. Cewah! :)


Baju rasmi pada hari kejadian :D


Para budiman melapah daging

Dengan sebelah tangan, cool mengacau rendang. :P

Adik (in the middle) bersama sepupu-sepapat.


Bersama mereka yang diraikan. :)


Untuk mereka yang banyak membantu sama ada sebelum, selepas atau semasa majlis ini berlangsung, terima kasih yang tidak terhingga. Segala bantuan yang anda hulurkan, jazakallahu khairan. Moga Allah mempermudahkan segala urusan kalian. Buat abang dan kakak ipar, barakallahulakuma. Angah doakan kalian akan sentiasa berbahagia di bawah rahmat Ilahi. Pasni tunggu anak sedara plak. Hihi. :D

May Allah bless! :)

Wassalam.

p/s: P.E.R.K.A.H.W.I.N.A.N. Satu tanggungjawab bukan hanya kepada pasangan kita,  tetapi keluarga kepada pasangan kita sendiri. Namun, satu yang sentiasa harus diingat, perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik juga. Kita melengkapi kekurangan pasangan kita dan begitulah sebaliknya. :)
Saturday, June 4, 2011 3 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Di Sebalik Sebuah Majlis.. Part I

Pagi Ahad itu, selepas bangun dari tidur, tangan saya terus mencapai handset. Sekeping SMS dihantar kepada Abuya, bertanya samada dah sampai rumah ke belum. Yela, bimbang jugak bila drive malam-malam ditambah dengan perut yang kenyang. Oh, untuk makluman semua 3hb Jun baru-baru ini selamatlah sudah abang saya yang hanya seorang tu diijabkabul. Untuk pertama kalinya saya menyaksikan sebuah acara penikahan dari mula hingga hujungnya. (Mungkin masa kecik dulu saya pernah ada dalam majlis nikah, cuma saya tak ambik peduli sangat.)

3hb Jun 2011

Tepat jam 3.00 petang tok kadi sampai di Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan Dalam, Kuala Lumpur. Muda lagi, segak pulak tu. Tok kadi ni yang handle majlis nikah abang saya. Mula-mula, tok kadi ni terangkan serba sedikit apa yang perlu dibuat dan tak lama lepas tu, khutbah nikah dibacakan secara ringkas. Masa khutbah nikah dibacakan tu, saya pulak yang rasa sebak. Yela, fikirkan tanggungjawab suami dan isteri ni. Bukan 1 tanggungjawab yang main-main. Nak bina 1 institusi kekeluargaan yang di dalamnya ada kebahagiaan & kasih sayang. Tambah lengkap kalau hasilnya nanti adalah anak-anak yang soleh dan solehah. Amiin..~

Bila dah habis tok kadi baca khutbah, tok kadi ajar abang saya lafaz akad. (Senang je pun..). Abang saya ni dari kat umah lagi dia dah macam nervous. Ape daa. Alhamdulillah, dengan 2 kali lafaz abang saya sah bergelar suami kepada kakak ipar saya. Ayah kepada pengantin perempuan sendiri yang nikahkan abang saya. Bila tiba waktu salam-salam dengan ahli keluarga tu, Abuya banyak bagi pesanan kat abang saya. Umi pulak menitiskan air mata sambil peluk Abang. Yela, anak sulung, lelaki pulak tu. Mestilah besar tanggungjawab nak jaga anak orang ni kan.  Saya pulak? Menangis jugaklah. Sebak. Maybe sebab saya fikir kami semua lepas ni dah ade life masing-masing. Ade keluarga masing-masing. :')


Maryam (adik ke-4) saya dah cakap kat saya sebelum abang saya diijabkabul tu, "Kakngah tak payah kawin lagi la lepas ni. Kalau Kakngah kawin mesti tak boleh main-main dah, tak boleh gurau-gurau dah". Errkkk..??! Terkejut sebentar. Dalam hati, "Nak kawin dengan sape Maryam? Kakakmu ini tak jumpe lagi dengan 'dia'..".

Saudara-mara pulak tak habis-habis usik, "Lepas ni turn Kakngah pulak."
Saya hanya mampu tersenyum. Tak reti dah nak jawab macamana. Biarkan jelah diorang. Untuk sekarang dan akan datang, saya percaya cinta selepas nikah. Saya cuba elakkan untuk ber'couple' sebelum nikah. Anda bagaimana? :)

4 Jun 2011

Majlis kenduri sebelah pengantin perempuan. Kami berarak ke rumah pengantin perempuan diiringi dengan paluan kompang. Sampainya kami di perkarangan rumah, ada pertunjukan silat rajawali. Mantap betul pesilat tu. Boleh bersilat dengan berkaki ayam di atas jalan tar, di tengah-tengah panas yang sangat terik tu. Saya, adik-adik, Umi & Abuya serta saudara-mara yang lain dan sepet-sepet mata tengok pertunjukan tu. (Sangat panas okay?)

Lepas tu, kami sekeluarga masuk ke dalam rumah. Pengantin ambik tempat kat atas pelamin. Doa pembuka majlis dibaca oleh Abuya sendiri. Panjang doa Abuya untuk keberkatan rumah tangga anak lelakinya yang sulung nih. Syahdu lagi time ni. :')

Sejurus selepas tu, acara tepung tawar pengantin. Mula-mula family belah kakak ipar dulu, kemudian, family belah Abang pulak. Family kami tak biasa dengan tepung tawar ni, tapi sebab hormatkan permintaan family belah kakak ipar ni, kami mara ke pelamin seorang demi seorang. Mula-mula Abuya dulu. Masa turn Abuya ni, sangatlah lame Abuya duk kat depan Abang. Abuya bagi nasihat. Pastu salam sambil peluk-peluk. (Touching lagi di sini). Ana (kakak ipar) tengok pun dah macam terharu.




Mereka bersama kakak ipar mereka.


Time saya tepung tawar sangatlah kelakar. Ni 1st time tau saya tepung tawar pengantin. Tau tak saya buat ape? Saya pergi tepung tawar Abang saya je, tak ingat pun kakak ipar kat sebelah Abang tu. Hahaha. Terkebil-kebil kakak ipar. Sampai dia kata, "Kakngah tak ingat Ana la tu". Hahaha. Sebenarnya saya nervous. Tak reti satu hal lagi. Hambik, kan dah malu tu! Hahaha. Tu pun saya pergi tepung tawar lepas dee jay majlis panggil saya. 1 majlis tu dengar. Maluu..~ :D

Lepas bersanding, pengantin keluar untuk makan beradat. Saya duk kat meja makan beradat tu! Hahaha. Eksaited bila tengok lauk-lauk dia yang special tu. Ada udang, ada ikan, ada ayam golek. Hahaha. Adik-adik yang makan kat meja VIP tu sume dah wat muka ala-ala tak puas hati. Hahaha. Seronok bangat! :)

Pastu dah habis makan beradat, pengantin pegi tukar baju untuk acara potong kek. Untuk acara potong kek, Abang pakai baju istiadat polis. (Makcik Aishah kata Rijal hensem. Oh, pliz Makcik Aishah. Saya tak dapat terima kenyataan ini. [ayat dengki].)

Hensem ke macam ni? :D

Time jumpa Makcik Aishah & Pakcik Munabir dengan Makcik Ana & Pakcik Awis paling best. Diorang sangat sporting, sangat peramah, dan sangat baik hati. Oh, FYI mereka yang disebutkan adalah sahabat-sahabat Abuya sewaktu Abuya sama-sama bekerja dengan mereka di Petronas Carigali. Puaslah semalam diorang mengimbau kenangan. Sumenya diorang cerita. Dulu, waktu saya kecik-kecik, Abuya & Umi selalu ke rumah Pakcik Munabir. Masa tu Pakcik Munabir duduk kat Kemasik. Yang saya ingat, bila pergi Umah Pakcik Munabir, saya selalu makan ais krim jeruk kelubi free. Masa tu Pakcik Munabir bukak kedai runcit. :)

Tu cite dulu. Semalam, bila sampai umah Pakcik Munabir, adik-adik sume excited. Rumah Pakcik Munabir sangat besar, okay? 3 tingkat, ruang atas Pakcik Munabir sewakan kat students UNITEN. Makcik Aishah tak habis-habis ajak kami tidur kat rumah dia. Seronok agaknya dapat jumpa kami sekeluarga lepas bertahun-tahun tak jumpa kami. Hehehe. Lepas solat jamak ta'khir kat rumah Pakcik Munabir, kami bergerak pula ke rumah Pakcik Awis di Saujana Impian, Kajang. Kali ni adik-adik dah macam terbeliak bijik mata sebab masuk je Umah Pakcik Awis, memang sangat cantik rumahnya. Boleh dikatakan hampir sume perhiasan dalam rumah Pakcik Awis dibeli dari luar negara. Dalam rumah Pakcik Awis pulak ada buaian kayu yang berukir. Sangat cantik! :)

Pakcik Awis orderkan satay kajang untuk kami semua. Puaslah hati Awis (bukan pakcik Awis ye, tapi adik saya yang nombor 6 namanya Muawwwiz tapi kami panggil Awis) dapat makan satay kajang. Yang paling kelakar, si Mujahid. Dia seronok sangat agaknya tengok rumah Pakcik Awis yang besar dan cantik tu, sampai tak nak balik. Hahaha.

Kami sekeluarga bergerak pulang lebih kurang jam 9 malam. Takut lewat pulak saya sampai ke UIA. Juga, bimbangkan Abuya mengantuk dalam perjalanan ke Terengganu. Sebelum itu, Kak Fatin anak sulung Pakcik Awis sempat ambik no phone saya. Kak Fatin keje kat Petronas Gas Kerteh rupanya, satu tempat keje ngan Abuya. Kata Kak Fatin, lepas ni bolehlah drive balik Terengganu sama-sama. Yeay! :)

Dalam hati saya, saya gembira dapat bertemu dengan mereka. Kata Umi, mereka adalah contoh orang kaya yang tak pernah sombong. Sebab tu rezeki mereka murah. Lantas, saya teringat ayat dalam Surah Ibrahim, ayat 7:


Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".

Sebagai satu selingan di sini, kalau kita ada rezeki yang lebih, jangan sombong, tak payah la rasa hebat dengan rezeki yang Allah bagi tu. Sebab sume tu bukan anda yang punya, tapi Allah bagi pinjam sekejap. Kalau anda kufur, bila-bila masa Allah boleh tarik balik. Sila jangan teragak-agak nak bersedeqah, tak matinya kalau anda hulur RM1 kat mereka-mereka yang menadah tangan kat anda bila anda ke pasar malam ke, tengah makan kat restoran ke. Sambil-sambil hulur tu, jangan lupa niat dalam hati, anda bersedeqah kepada mereka dengan niat kerana Allah, bukan sebab nak menunjuk ke apa. Biar Allah je yang kira amalan & niat hati anda. OK? :)

Sekian sahaja untuk kali ini. Nantikan entri Di Sebalik Sebuah Majlis.. Part II pulak ye. :)

Wassalam.

p/s: Gambar-gambar 'dipinjam' daripada facebook Juwairiyah Jalilah tanpa pengetahuan beliau. :D