Saturday, May 21, 2011 4 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Innalillah..

Assalamualaikum..

Pejam celik, pejam celik, rupa-rupanya dah nak masuk akhir bulan Mei. Aduh, cepatnya masa berlalu kan? Baru tersedar, dah tak lama dah kenduri abang bakal berlangsung. Tu pun, sebelum Abuya letak telefon tadi, sempat Abuya ingatkan saya, "Insya Allah, kita jumpa lagi 2 minggu". Family nak datang KL nanti. Wah, tak sabar rasanya nak jumpa family tercinta. Dah sarat menanggung rindu ni! Hehe.

Pagi tadi bangun agak awal, sebab terjaga sebelum subuh dan lepas tu dah tak boleh pejam mata. (Kalau Fizah baca ni, mesti dia akan senyum). Dalam pukul 8.30 pagi saya bertolak (macam jauh kononnya) ke Pusat Servis Perodua di Taman Bolton ditemani Tiyah. (Terima kasih Tiyah sebab sudi teman Iqah). Alhamdulillah, walaupun saya memang tak tahu kat mana letaknya pusat servis ni, tapi berpandukan Google Maps dan jugak tawakal pada Allah, urusan kami dipermudahkan.

Selesai servis kereta dalam hampir ke jam 10 pagi, kami perlahan-lahan bergerak pulang ke UIA. Tak tahulah pulak saya yang jalan kat Taman Bolton tu sehala. Memang kelam-kabut nak pusing kereta bila ada van menuju ke arah bertentangan. Nasib baik pakcik driver van tu jenis bertolak-ansur, beliau tunggu dulu saya pusing ke arah yang sama. Malangnya, masa nak reverse, sesuatu yang amat ditakuti telah berlaku. Allah! Tiyah terkejut. Saya pun. Dalam hati sempat beristighfar. Tenang Iqah. Insya Allah, cuma musibah kecil. Allah nak tarik sikit rezeki yang Dia bagi. Hati saya memujuk.

Sampai je UIA, terus check. Alhamdulillah, takde ape-ape sangat. Tak lama kemudian, Tiyah bagitahu. Allahuakbar! Masa tu macam-macam perasaan dah ada. Macam-macam bayangan bermain di kepala. Takut, risau, cuak, sume ada. Tapi akal cepat-cepat menepis segala perasaan tu. Kena cari solution nih. Sampai bilik, memang dah macam takde mood. Sampai boleh tertido tengah hari tu. Ish. Lepas solat zuhur, barulah terfikir apa yang harus dibuat. Hm, kena cari waktu yang sesuai ni. Allah, memang la saya ni sebenarnya insan lemah, insan yang sentiasa memerlukan-Mu. :(

Kamu yang baca blog ni, boleh tak tolong doakan saya? Moga saya sentiasa kuat walau bermacam dugaan datang melanda. Ecece. Ayat memang tak boleh blah. Pengajaran yang saya dapat hari ini:

1. Jangan hanya fikirkan masalah, tapi fikirlah cara untuk menyelesaikan masalah.

2. Motivasikan diri anda, jangan cepat sangat 'down'. Ingatlah, pelangi yang indah pasti akan tiba selepas dilanda hujan.

3. Paling PENTING, jangan hanya ingat Allah pada waktu anda susah. Ingat Allah sepanjang masa, lebih-lebih lagi bila Dia dah sangat banyak bagi kamu nikmat. :)

4.Tawakal & pergantungan kepada Allah tu sangat penting, sebab tak ada sesuatu pun yang mustahil bagi Allah. Ingat tu. Doalah ape sekali pun, insya Allah, Allah akan tolong kita. Yang penting, kita kena yakin & percaya. 

5. Bila Allah tarik sikit nikmat yang Dia bagi, hati kita mulalah fikir bukan-bukan. Dah tak teringat dah nikmat-nikmat lain yang tak terbeli tu. (Astaghfirullah. Memang saya ni hamba-Mu yang sentiasa khilaf). Kadang-kadang kita tak sedar pun yang kita ni lupa untuk bersyukur.



 So, sama-sama kita saling mengingatkan, OK! :)

p/s: Bila ditimpa ujian, ucaplah "Innalillahi wa inna ilaihi raji'un."

Friday, May 13, 2011 0 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Hal Ini Bukan Hal Biasa

Assalamualaikum..

Minggu ni dah masuk minggu ke-3 saya berpraktikal. Dalam tempoh 3 minggu ni, macam-macam benda yang saya dapat dan belajar. Oh, praktikal ni sebenarnya bukan hanya belajar macamana nak attend client, macamana nak pos atau faks surat, juga bukan macamana sediakan saman. Tapi, belajar perkara dan nilai kehidupan dalam fasa hidup kita seharian. 

Selama ini, saya belajar pasal itu dan ini waktu di kelas. Dah faham, balik bilik, cernakan sorang-sorang atau discuss ngan kawan-kawan. Kawan-kawan pun pun faham apa yang lecturer ajar, Alhamdulillah. But, once I stepped into this world, I'm mingling around among so many types of persons & characters. I do realized that the community nowadays is really different from many years back. 

Bila 1 hari dalam ofis tu timbul isu anak luar nikah. Ada staff kt ofis tanye macamana kalo nak ambik anak luar nikah sebagai anak angkat. Saya terus beristighfar dalam hati. Bukan membenci anak luar nikah, tapi saya terfikir apa mentaliti masyarakat kita terhadap isu ini. Pasangan yang sekian lama berkahwin tapi Allah uji dengan ketiadaan anak, segolongan manusia lagi 'membuat' anak tanpa ikatan pernikahan. Kemudian anak yang lahir tanpa taraf itu diberikan kepada mereka yang sudi memelihara. Makin seronok la mereka mengulangi perbuatan jijik tu. Nauzubillah.

Saya sedih. Sangat sedih bila ada manusia-manusia yang buat dosa besar ni seolah-olah tiada apa yang salah. Bila diselidik, rupa-rupanya keluarga si penzina ni pun tahu dan mereka yang tolong uruskan urusan penyerahan bayi ni. Hati saya buat kesimpulan. Oh, rupanya si penzina ni lahir dari kalangan keluarga yang macam ni. 

"Anak-anak adalah cermin ibu bapa."

Kata-kata ini meresap ke dalam hati saya. Saya berfikir sejenak. Anak-anak adalah anugerah dari Allah. Pada peringkat asasnya ibu bapa berperanan mendidik anak-anak, seperti sabda Baginda dalam hadith yang berbunyi,"

“Setiap anak yang dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci bersih). Maka ibubapanyalah yang akan membentuknya menjadi Yahudi atau Nasrani atau Majusi.”

Pincang si ibu bapa, pincanglah juga si anak walaupun tidak semua. Kalau dah si ibu bapa pun siap menolong anak melakukan zina, tak marah, tak berusaha untuk tanya pendapat alim ulama', alamatnya nantikan balasan dari Allah. Pernah juga diceritakan, ada si penzina yang dah banyak kali melakukan zina. Dan setiap kali dapat anak hasil perbuatan kejinya itu, dia akan bagi anak dia kat sape-sape yang nak anak tu tanpa rasa sesal atau sedih sedikit pun. Pendek kata, dia dah janji awal-awal takkan tuntut anak tu bila anak tu dah besar. Ayat dia lebih kurang macam ni, "Takpe, kita takkan tuntut anak ni. Dah pernah bagi kat orang sebelum ni."

Sedihnya. Alangkah lagi sedih bila anak tu lahir dari perut ibu yang macam ni. Apa lagi yang patut dikata? Insaflah wahai muda-mudi. Zina tu dosar besar, dan hasilnya (anak luar nikah) akan merosakkan institusi kekeluargaan dalam masyarakat. Nazubillahi min zalik.

Dulu, (cite Umi saya) nak dengar pasal kes zina tu ibarat cari bulu beruang kat tengah-tengah padang pasir. Kirenya macam sangat-sangat pelik la. Kalo ade pun, 1 atau 2 kes. Sekarang ni, dah beribu-ribu. Dah jadi benda biasa, common news la omputih kate. Zina perkara yang Allah larang, even dekat ngan zina pun dikira berdosa. Belum buat lagi tu. Tapi itulah, yang penting iman dalam diri. Ada 1 kisah, abid yang beribadat berpuluh tahun lamenye boleh tewas dengan hasutan syaitan yang suruh dia berzina. Ni kan pulak kita yang biasa-biasa ni kan? Nauzubillah. 

Kesimpulannya, sama-samalah kita memberi peringatan. Kalau boleh cegah, lagi bagus. Sampai bila kita nak dengar je benda-benda mcam ni? Nak harap orang lain je selesaikan. Berwaspada, dan paling penting, jagalah ahli keluarga kita dari api neraka Allah. 

Last but not least; ALLAH TAKKAN PERNAH MUNGKIR JANJI!

“Laki-laki yang berzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dikahwini melainkan oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik,”
[al-Nur 24:3]



p/s: Bagi saya, baby tu la makhluk paling comel tau tak?;)