Monday, March 28, 2011 4 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Tips Untuk Bahagia

Assalamualaikum..

Buat semua pembaca blog saya yang serba dhaif ini, saya ingin sekali berkongsi artikel tentang bagaiman kita berkomunikasi dengan orang yang kita tak puas hati dengannya, tak senang, atau mudah kata, benci. Saya banyak dengar luahan dari sahabat-sahabat saya, tentang orang-orang yang mereka kurang senang, tak suka kerana sikap-sikap tertentu. Saya sendiri pun, kadang-kadang ada jugak tak suka, tak senang dengan manusia-manusia tertentu.

Jom kita baca dulu artikel ni ye:


"Stress bermula apabila di hati kita wujud perasaan tidak puas hati, geram dan marah dengan situasi yang terjadi. Anda jadi stress sebab anda tertekan memikirkan situasi yang akan anda lalui juga situasi yang telah anda lalui. Anda stress sebab anda tidak suka dengan perangai seseorang. Anda merasa stress kerana tidak senang memikirkan sikap sesetengah orang yang anda kenali.

Ada beberapa cara bagaimana menangani stress dalam pergaulan dan perhubungan sesama kita. Jika anda berada dalam situasi di mana anda terpaksa berhadapan dengan orang yang anda kurang senangi, caranya pasang niat di dalam hati.

Niatkan anda mahu berbaik-baik dengannya. Pastu tenangkan diri. Lafazkan niat sekali diiringi dengan ketenangan, katakan “aku mahu berbaik-baik dengannya, aku mahu merasa senang dengannya”.

Anda akan perasan selepas beberapa minit anda memasang niat tu di dalam hati, dia akan baik-baik saja dengan anda walau hakikatnya anda kurang senang dengan orang itu kerana sikapnya, perangainya, kata-katanya atau mungkin dia pernah memarahi anda hingga anda merasa kurang enak berdekatan dengan dia.

Sebagai contoh, jika anda seorang staff bawahan dan anda merasa kurang senang bila bos anda ada berhampiran dengan anda. Kemudian anda pula merasa stress dengan kehadirannya, gunakan cara ini. Pasang niat di dalam hati anda mahu berbaik-baik saja dengan bos anda, selepas tu tenangkan diri. Tak semua orang selesa bergaul dengan bos sendiri.

Minda separa sedar. Anda bekerja dengan cukup baik dalam keadaan emosi anda tenang. Bila anda sudah pasang niat mahu berbaik-baik dengan seseorang, niat di hati tu akan naik ke minda sedar anda lalu di serap masuk ke dalam minda separa sedar. Anda perlu bertenang untuk memudahkan niat tadi diserap masuk dengan mudah ke dalam minda separa sedar. Jika anda tidak bertenang, niat itu akan terhalang dari diserap masuk. Bila minda separa sedar sudah faham anda mahu berbaik-baik dengan orang tadi tu, serta merta minda separa sedar akan menerbitkan gelombang positif .

Gelombang ni keluar dari minda anda, terlepas ke persekitaran anda lalu diserap masuk oleh minda orang-orang di sekeliling anda. Orang yang anda kurang senangi tadi akan menyerap masuk gelombang yang terbit dari minda anda kerana dia berada berhampiran anda. Gelombang minda anda yang diterima oleh mindanya akan diserap masuk lalu turun ke dasar hatinya. Apa yang ada di dasar hatinya itulah yang akan mempengaruhi emosinya, kata-katanya dan perbuatannya. 

Hatinya mempengaruhi emosinya. Dia akan merasa senang dengan anda walaupun sebelum ni dia ada perasaan kurang senang dengan anda. Inilah caranya bagaimana anda menjangkitkan perasaan positif, emosi positif dan fikiran positif pada orang lain di sekitar anda. Puncanya adalah anda,semuanya bermula dari anda. Untuk anda nak berbaik-baik dengan orang, anda kena baik hati, anda kena pasang niat mahu berbaik-baik dengannya. 

Cara ni langsung tidak akan berkesan jika di dalam hati anda ada kebencian, dendam, rasa tidak puas hati, rasa tertekan, rasa tidak senang dan rasa marah. Jika semua perasaan ni ada walaupun sedikit, ia akan menggagalkan teknik tadi serta merta.

Sebelum tidur dan selepas bangun, amalkan istighfar banyak-banyak , mohon ampun pada Allah sebab anda berisiko untuk menyakiti orang lain dengan merasa benci dengannya atau tidak suka dengannya secara tidak sengaja tanpa anda sedari.

Allah tidak suka orang yang benci-membenci, kesannya anda akan mendapat kemurkaan Allah, anda akan mendapat musibah sebagai balasan atas perbuatan anda.
Maafkanlah kesalahan-kesalahan yang orang lain lakukan pada anda. Kenapa? Supaya hati anda bersih sentiasa.

Bila hati sudah bersih, anda senang untuk bergaul baik dengan orang-orang di sekeliling dalam apa jua situasi. Mereka juga akan merasa senang dengan anda simply sebab anda ada aura yang menyenangkan.

Aura adalah gelombang tenaga yang berada di sekeliling badan anda.
Aura terbit dari minda separa sedar. Minda separa sedar pula di pengaruhi oleh hati dan fikiran anda.

Itulah sebabnya amat penting sekali anda menjaga kebersihan hati dan kepositifan fikiran supaya anda senang ‘ngam tune’ dengan sesiapa sahaja.

Jika anda merasa benci dengan seseorang, secara automatik orang tu akan benci dengan anda. Dia akan merasa kurang senang dengan anda secara tak semena-mena.
Dia tak tahu kenapa. Apa yang dia tahu, dia merasa timbulnya rasa benci, meluat, kurang senang. Semua tu timbul secara tiba-tiba.

Puncanya, anda benci dengan dia di dalam hati. Nampak tak kesannya? Inilah sebab kenapa anda perlu belajar bagaimana mengemudi hati."

(Untuk baca lebih banyak artikel motivasi, sila klik di sini.)


Dah habis baca? Apa kesimpulannya?

Senang je, bersihkan hati. Manusia takkan ada yang sempurna. Seburuk mana pun sikap seseorang terhadap kita, tunjukkan bahawa kita ini nak jadi hamba Allah yang baik. Maka, buatlah apa yang Allah suruh.

"Allah tidak suka orang yang benci-membenci, kesannya anda akan mendapat kemurkaan Allah, anda akan mendapat musibah sebagai balasan atas perbuatan anda.
Maafkanlah kesalahan-kesalahan yang orang lain lakukan pada anda. Kenapa? Supaya hati anda bersih sentiasa."

Artikel ini sangat memberi kesan kepada saya. Kenapa perlu buruk sangka dengan orang lain? Kenapa perlu sakit hati dengan orang lain? Bila jadi perkara-perkara macam ni, kenapa kita tak periksa balik hati kita? Dah bersih sangat ke hati kita? Dah sempurna sangat ke kita? Saya bercakap pada diri saya sendiri, sebenarnya kita tak perlu mengata orang lain. Kadang-kala Allah akan uji kita dengan apa yang kita kata. Berkata-kata memang mudah, hatta budak berusia 5 tahun pun pandai berkata-kata. Tapi, melaksana? tanyalah iman kita sendiri.

Yang penting, baik atau buruk sesuatu perbuatan itu, biarlah hanya Allah yang selayaknya membalas. Siapa kita untuk menjatuhkan hukuman? Kita hanyalah HAMBA. Tak pernah sempurna. Yang penting, beringatlah. Sentiasa periksa dan perbetulkan diri sendiri dahulu. Insya Allah, Allah tolong hamba-Nya yang benar-benar inginkan perubahan. Insya Allah. 

Wassalam. 

Salam Imtihan buat semua sahabat yang saya sayangi. :)

Monday, March 21, 2011 5 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Sebelum Final Exam Bermula..

Assalamualaikum..

Minggu ni minggu akhir sebelum 'final exam' bermula. Semua orang dah macam stress je saya tengok. Topik banyak lagi belum cover. Kes banyak lagi kena hafal. Section berlambak lagi nak kena ingat. Tak tahu buku mana yang nak disentuh dulu. Kan? Bagi yang tak settle lagi assignment tu, satu hal lagi. 

Bila dah dekat sangat dengan final exam ni, bila kepala dah fikir macam-macam benda, mulalah nak stress. Itu tak kena, ini tak kena. Itu tersilap, ini tersilap. Pantang ada orang wat salah, terus rasa nak marah. Bagi manusia-manusia yang 'emo' terlebih, terus marah orang tanpa usul periksa. Bagi manusia yang berhati nurani sikit, dalam hati terus istighfar dan sabar. 

Saya sendiri pun sebenarnya dalam beberapa minggu ni, tak lari dari tekanan. Macam-macam hal yang jadi. Apa yang saya buat? Mula-mula, tahan. Simpan dalam hati. Lepas tu, datang pulak masalah lain, kepala rasa dah berat. Akhirnya, dada sakit. Empangan pun pecah. Nak buat macamana kan? Kalau dah namanya perempuan..T_T

Ahad baru ni, usrah terakhir bersama adik-beradik Raudhah. Sedih sebenarnya bila fikir lepas ni dah susah nak jumpa adik-beradik yang dah grad. Dalam hati saya doa supaya lepas ni Allah panjangkan jodoh kami, boleh selalu jumpa lagi. Last usrah baru ni kami pergi Sungai Pisang. Sambil usrah sambil rehlah. Seronok sangat. Pergi dengan 2 buah motosikal dan 1 buah kereta. Suka sangat sebab dapat drive walaupun tak jauh. Hehe. :)

Time usrah, saya yang sentiasa terlupa ini, 'dikejutkan' balik oleh Along Fatihah, bahawa dalam dunia ni sebenarnya ada ramai lagi insan yang lebih malang dari kita. Ada ramai lagi yang tak sempat merasai nikmat yang kita ada. Kita yang tak pernah susah ini sebenarnya terlalu manja. Bila Allah datangkan sedikit ujian, terus mengeluh. Padahal, mengeluh itu amalan jahiliyyah. Astaghfirullahal 'azim. Ampunkan kami ya Allah..

Saya ingat saya dah jadi insan yang kuat, tapi sebenarnya tidak. Saya ingat saya boleh hidup sendiri tanpa insan lain, tapi sebenarnya tidak. Saya ingat hidup ini cukup dengan siapa saya sekarang, tapi sebenarnya tidak. Sebenarnya, saya perlu lebih berusaha. Sebenarnya, saya perlu majukan diri saya. Supaya akan datang nanti, saya akan jadi lebih baik dari sekarang. Insya Allah. :)


Secebis dari folder 'Rehlah Raudhah'.


 
'Berkelah' dulu kat tangga besar. :D


 Ini besan saya. Heheh.~


Jangan disangka air di Sg. Pisang tidak merbahaya. :P


Jom kita breakfast! :)


Hari itu kami tadabbur alam melalui Surah as-Sajadah


Part of the Raudhah's Family :)


 Adik-beradik saya. :)


Cameragirl kami dgn bekalnya. :)


Dalam hati, tekadkan diri. Bahasawanya, saya perlu dan akan terus bersyukur. Saya perlu lebih banyak belajar bersabar. Belajarlah dari setiap apa yang berlaku di sekeliling kita, kerana sesungguhnya Allah telah menetapkan hikmah di sebalik setiap kejadian yang berlaku. Bersangka baiklah dengan Allah. Sekian. Wassalam. :)
Wednesday, March 16, 2011 6 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Gembirakan Orang Lain

Saya sangat suka dengan kata-kata "Kalau kamu tak mampu menggembirakan orang lain, sekurang-kurangnya janganlah pula menambah kesedihannya."

Ringkas, mudah difahami. Kata orang putih, short & precise. Tapi bagi saya kata-kata ini mungkin hanya akan difahami oleh insan-insan yang berhati nurani je. Yela, manusia kat dunia ni ada macam-macam jenis. Kadang-kadang jenis yang kita tak pernah terfikir dek akal pun ada. Maka, berwaspadalah. Sentiasa kuatkan diri menghadapi pelbagai jenis kerenah manusia ini.

Paling penting, berusahalah menjadi yang baik, walaupun tidak mampu menjadi yang terbaik. Manusia dicipta oleh Allah dengan akal, maka berfikirlah sebelum bertindak. Apa implikasinya, apa terbaik buat diri dan orang lain. Sangat benar, kita hidup di dunia ini secara bermasyarakat, dengan insan sekeliling, maka wajarlah dipertimbangkan hati dan perasaan orang lain. Mungkin hari ini kita rasa dia tak bermanfaat buat kita, tapi hari esok, mungkin Allah akan takdirkan sebaliknya.

"Sebaik-baik manusia adalah manusia yang bermanfaat untuk manusia yang lain."

Wallahua'lam.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Muhammad Mujahid Ilmi. Penceria kami, pengubat duka kami. Bintang hati kami. Si cilik petah dan bijak berkata-kata. Dia tidak reti menambah duka orang lain. Dia meriuhkan suasana dengan keletahnya. Bagi kami sekeluarga, dia insan tanpanya hilang seri. Walaupun usianya belumpun mencecah 6 tahun, namun dia tahu untuk tidak menambah kesedihan insan di sekelilingnya.
Bila sampai time Ahid suruh beli mainan, pun tak dikira menyusahkan sbb gerenti dia kan dapat. (-_-')



Sunday, March 13, 2011 9 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Senyum Dan Bersyukurlah

"Kakngah, Maryam nak cari ubat gemuk..tlg cari ke Maryam blh?" 
SMS yang saya terima dari adik saya, Maryam pada satu hari. Hampir tak percaya rasanya bila baca SMS tu. Biar betul budak ni. Nak makan ubat gemuk? Lantas saya menyentuh pad telefon tangan saya.

"Nk mkn ubat gemuk? Xpyhla, byk side-effect." Saya membalas.

"Maryam nak gemuk skit, tp xnk gemuk mcm Angah. Jus Mate yg Dr. Rozmey tu pun boley." Maryam membalas pula.

Cet! Sempat lg mengutuk kakak sendiri. Dalam masa yang sama, rasa nak gelak pun ada. Dr. Rozmey? Apa, dah kurang sangat ke produk 'ubat gemuk' kat Malaysia ni sampai nak guna produk Dr. Rozmey? Saya tergelak hairan.

Maryam makin kurus sejak dia kemalangan hari tu. Maryam terpaksa kawal makan, sebab lukanya di perut. Kalau silap makan, alamatnya memang tak bergerakla Maryam duduk di kerusi malasnya tu. Saya berjanji akan cuba mencari 'ubat gemuk' seperti yang diminta oleh Maryam. 

Dan dalam masa yang sama, sewaktu balik ke rumah minggu lalu, saya ditegur kerana kata Umi badan saya dah naik. Dah bulat. Ye ke? Saya tak perasan. Agaknya kat UIA ni asyik makan ayam je tiap-tiap hari, tu yang jadi macam ni. Belum kawin lagi, tapi badan dah berisi. (Tidakkk...!!!!!)

"Ala, ubat kurus kan banyak sekarang ni." 
Saya menjawab sekadar menyedapkan hati sendiri bila Umi cakap, baju saya dulu dah tak muat untuk dipakai. Adui, memang kena diet la ni Umi? (-_-')

Semalam lepas naik bas, dapat SMS dari Umi, "Ok jg diri n jgn mkn terlebih." 
Alahai ibuku sayang ni. Bimbang agaknya anak dara sulung dia ni terlebih chubby. Hehe. Umi, sebenarnya dalam hati, Angah sangat terharu sebab Umi sangat menjaga Angah. Tanya dah makan ubat ke belum, pesan suruh jaga diri, jaga makan, dan banyak nasihat-nasihat a.k.a bebelan mesra yang terdengar di telinga yang kadang-kala buat Angah sangat merindui Umi.

Abuya pula tetap memanjakan saya walaupun umur saya sekarang dah mencecah 24 tahun. Semalam Abuya sanggup keluar awal dari office semata-mata nak kejar bas saya, supaya dapatlah jumpa saya sebelum saya bertolak ke KL. Abuya, tak terhitung rasanya kepayahan Abuya demi Angah. Anakmu ini sudah dewasa. Jangan bimbang, Angah akan belajar untuk jadi insan yang kuat. Abuya, semalam Angah cakap kat Umi, tak payah tunggu Angah naik bas, Angah dah biasa sorang-sorang. 
Kuat tak Angah?:)

Jauh dalam hati, Angah nak jadi macam Abuya. Insan yang sangat banyak bagi contoh buat Angah. Kata Umi, Abuya tak reti marah orang. Walau seteruk mana pun orang melayan Abuya, Abuya tetap tersenyum dan sabar. Kadang-kadang Angah pulak yang rasa nak marah sebab orang buat orang yang Angah sayang macam tu. Abuya bagi agama kat anak-anak. Dan saya juga adik-beradik yang lain merasai nikmat iman dan Islam itu hari ini. Alhamdulillah, Angah sangat beruntung sebab ada ayah yang prihatin dan penyayang macam Abuya. ;)


Abuya & Umi: Angah akan kuat. Insya Allah. Angah takkan biarkan emosi Angah terjejas sebab orang yang tak penting pun dalam hidup Angah. Ye, yang benar takkan dikalahkan oleh yang batil. Untuk insan yang berjaya buat saya marah & bersedih, terima kasih yang tak terhingga buat kamu. Saya takkan melayan kamu, dan saya takkan jadi seperti kamu, menambahkan sedih orang lain. Saya kuat kerana adanya insan-insan yang saya sayang di belakang saya, dan hidup saya takkan terjejas kerana adanya kamu. Kerana kamu tidak penting langsung bagi saya. Sekian.

Sunday, March 6, 2011 5 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Terima Kasih Untuk Insan Itu

Alhamdulillah 'ala kulli hal. Pernah tak dengar orang-orang berusia cakap, " Jangan banyak ketawa, nanti akan menangis." Setakat mana kebenaran kata-kata ini, Allah je yang tahu. Tapi, ada satu hari saya memang terpaksa mengakui kebenaran kata-kata ini. Saya sangat gembira pada satu ketika, ketawa tak henti-henti dan kemudiannya berasa sedih tanpa sebab selepas itu. Rasa sebak dalam hati.

Oh, entri kali ini agak 'emo'.Mungkin kerana saya baru sahaja tersedar bahawa sebenarnya saya patut bersyukur dengan insan-insan di sekeliling saya yang telah dianugerahkan oleh Dia. Insan-insan yang banyak buat saya ketawa tak henti-henti, insan-insan yang pernah buat air mata ini tumpah, insan-insan yang banyak buat saya belajar erti hidup yang sebenar, juga insan-insan yang sentiasa buat saya terfikir tentang dia. Tanpa mereka, saya rasa saya mungkin tidak akan jadi siapa saya sekarang.

Saya bukanlah orang yang hebat, apatah lagi seorang yang patut disanjung-sanjung. Cuma, saya bersyukur kerana insan-insan yang ada di sekeliling saya, saya dapat belajar mengenal Tuhan, saya dapat belajar mengenal Rasul, saya dapat belajar bahawa Allah itu sentiasa melimpahkan rahmat dan kasih sayang untuk hamba-hambaNya yang bersyukur. Sungguhlah rasa syukur ini tidak akan pernah setimpal dengan nikmat pemberian dari Dia.


Terima kasih wahai Tuhan atas pemberian insan itu kepadaku.


Ayahanda & Bonda yang sangat berjasa. Tiada kata dapat diungkap betapa saya sangat sayang dan cinta kalian.


Adik-beradik usrah Raudhah tempat berdiskusi dan meluahkan rasa hati. Uhibbukunna fillah!

 Sebahagian sahabat-sahabat Gempak Carnival CONVEST'09. Program yang membentuk ikatan ukhwah. Susah senang sama diharungi. Kalian sentiasa di ingatan. 


Adik-beradik LAWSOC 10/11. Saya belajar 1001 macam saat kami bersama. 

Adik-adik PERMATA yang sentiasa menghiburkan. ;P

 Sahabat-sahabat AIKOL Fest'10. Kamu sume sangat baik pada saya. T_T

Ada ramai lagi insan yang berjasa pada saya selain mereka dalam gambar-gambar ini. Saya tak dapat menyebutkan semua, yang pasti dalam hati saya ada kamu. ;)

Next entry kita akan cakap pasal the past, Insya Allah. (^_^)