Thursday, August 26, 2010 2 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Usah Bersedih Wahai Sahabat..

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih, apatah lagi kita dibuang begitu saja. Tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL...

Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

"Sesungguhnya Allah itu Maha Malu, lg penderma. Dia malu untuk menolak seseorang yang mengangkat kedua tangannya (utk memohon kpd-Nya) sehingga kembali dalam keadaan hampa, sia-sia." (At-Tirmizi)
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

Saya kongsikan artikel di atas untuk sahabat-sahabat & adik-adik yang pernah datang dan mengadu kepada saya bila mereke kecewa dengan cinta. Bagi saya secara peribadi, usahlah kita terlalu berharap dengan makhluk Allah ini, tetapi letakkanlah pengharapan yang penuh kepada Allah. Hati bukan milik kita, ia atas kuasa Allah. Allah yang berkuasa mengubah dan membolak-balikkan hati seseorang.

Maka sahabat-sahabat, adik-adik, andai 'seseorang' itu pernah mengecewakan kamu, ketahuilah, pasti ada hikmah yang tersirat di sebalik kekecewaan yang kita alami. Tak perlulah kamu memburuk-burukkan 'seseorang' itu kerana setiap perbuatan kita, walau sebesar zarah pasti akan ada balasan dari Allah. 

Kuatlah, kerana kita xsepatutnya bersedih untuk seseorang yang belum pasti milik kita. Berdoalah, kerana itu yang disaran agama. Jangan berdendam, kerana ia akan menyuburkan penyakit di dalam hati. Berlapang dada, terima seadanya ketentuan dari Ilahi. Hiduplah untuk masa depanmu yang lebih cerah! :)
Wednesday, August 25, 2010 2 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Tidur...

Tadi check inbox Yahoo!, ada e-mail dari Abuya. Abuya share tazkirah ni. So, saya pun nak share jugaklah dengan anda semua. Moga bermanfaat. ;)



Diriwayatkan daripada Barra2 bin ‘Azib r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
إذا أتيت مضجعك فتوضأ وضوءك للصلاة ثم اضطجع على شقك الأيمن...

Maksudnya: “Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu. (Hr Bukhari dan Muslim)

Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring pada lambung kanan. Adapun tidor dengan cara yang lain adalah seperti berikut:-

Tidur dengan meniarap

Dr Zafir al-Attar berkata:

“Seseorang yang tidur meniarap diatas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak. “

Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri.

Majalah ‘Times’ telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap.

Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:

إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله
Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:

قم واقعد فإنها نومة جهنمية
Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)

Tidur menelentang


Dr Zafir al-Attar berkata:

Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngya rahang bawah.

Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara.

Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya meneyebabkan radang.

Tidur mengiring ke kiri

Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua.Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.

Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke kiri

Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung diantara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.

Tidur yang terbaik


Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman. 

Wallahua'lam. ;)


Monday, August 23, 2010 0 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Meniti Hari Dewasa

Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran buat Sang Pencipta, kerana dengan izin Dia jua maka genaplah kelmarin umurku menjejak 23 tahun. Ramai yang bertanya, apa hadiah istimewa yang saya dapat tahun ini? Saya tersenyum, lalu menjawab. Saya dapat "pelajaran".

Malam 21 Ogos, kebetulan saya ada meeting. Saya memang  tak ingat langsung yang esoknya adalah hari lahir saya. Selesai meeting, saya memeriksa peti surat telefon tangan saya. "No space for new messages." Mencurah-curah mesej masuk. Tak menang tangan. Jari menekan punat telefon. Saya tersenyum apabila membaca salah satu mesej dari senior saya itu.

"Bagi menyempurnakan titah perintah seri paduka baginda yang dpertuan agong~ setelah diperkenankan oleh duli duli maha mulia raja raja~ adalah dgn ini diisytiharkan tarikh bg besday NURUL ATIQAH RAYAH pd thn ini adlh dtetapkan pd 12 Ramadhan bsamaan 22 Ogos 2010..Puasa jgn xpuasa =p
Hapy besday shbtku,treasurerku,keriaku. Life have always moving, thus keep moving ya. Kalau tidak kita akan tertinggal. Tahun dpn kalau ada umur pnjg, Ahmad wish lg. =)"
[Ahmad, terima kasih sbb selalu bg kata-kata nasihat & semangat buat IQah]

Saya terharu apabila dapat mesej dari mantan PM AIKOL Fest'10, Raden.
"Eidul miladi sa'id ya ukhti Atiqah min Terengganu.. Semoga hidup kamu sentiasa di bwh rahmat-Nya, menjadi kebanggaan ibu ayah & family, menjadi sahabat yang setia, menjadi hamba yang taat pd-Nya:)
Semoga istiqamah dalam perjuangan..."
[Amin ya Rabb..Raden, walaupun kamu suke nyakat & kutuk saya, still you're kindest PM that I ever known..terima kasih kerana selalu mendoakan saya & sentiasa meletakkan harapan atas kebolehan saya.] :)

Anis (sahabat baik sewaktu di KOSPINT) memang awal-awal lagi dah call. Anis memang akan call tiap kali tiba waktu ulang tahun kelahiran saya. Mesej dari sahabat-sahabat di KUSZA pula masuk satu-satu. 

Bila online, saya periksa FB saya. Sangat ramai yang bagi ucapan hari lahir. Sampai saya rasa macam tak larat dah nak ucap terima kasih satu-satu untuk mereka. Lalu saya postkan status, menyampaikan rasa kesyukuran yang tak terhingga. Doa dari mereka amat saya harapkan untuk terus berjuang.

Pagi Ahad, 22 Ogos itu saya mesej Umi. Saya ucapkan terima kasih atas kesakitan Umi melahirkan saya, mendidik saya dengan penuh sabar. Tak terbalas rasanya setiap pengorbanan mereka. Kepada Abuya, saya menitipkan mesej yang hampir sama. Umi membalas mesej saya mengatakan keterharuannya. Abuya pula menelefon saya sejurus menerima ucapan saya.

Setelah itu, handset saya bergetar lagi.
"Life like a book. Every day has a new page, with adventurous to tell, lessons to learn, and about a good deeds to remember. Hope you have a good chapter this 24th year."
[saya baru 23 tahun masuk tahun ini] :D

"Salam. Buat Kak Iqah yg dikasihi, selamat hari lahir yg ke-22. Semoga segala impian & hajat akan tercapai. Terima kasih sbb menjadi kakak yg baik wt Kina & sentiasa bersama ketika susah dan senang. N terima kasih jugak sbb sokmo usik Kina. Haha. Luv U! Gunekan kesempatan time berbuka nanti utk berdoa & wt hajat. Insya Allah termakbul. Hehe."
[yg ni dari Sakinah Sulaiman, one of adik yg rapat dengan saya kat UIA ni. Saya sgtla suke usik dia. Kalo dia dh gelabah tu la yg paling saya suka. Haha..Btw Kina, akak dh 23 thn la thn ni. Akak tau muke akak nmpak muda kn, that's y la..Hehe..]

Menjelang malam, saya dapat mesej birthday lagi.
"Decide what you want & go for it. Take a deep breath and one giant step. You'll be dat much closer ;)
Utk Cik Kak Treasurer PC CONVEST, Kak Tiqah Rayah yg berdedikasi, Happy Birthday. May Allah bless you. Many happiness ahead. Be who you are and say what you feel, because who mind doesn't matter, who matter, doesn't mind.-anisayu
[Anisayu, dia muda dari saya, tp lebih tinggi dari saya. Hehe. Pernah terlibat dlm beberapa program AIKOL dengan si manis ni, dan kali ni kami akan bekerja sama-sama utk CONVEST'10, insya Allah.]
Rasanya, ulang tahun pada kali ini memberikan 1001 erti buat saya. Saya berterima kasih pada Dia kerana telah mengajar saya banyak perkara, memberikan saya erti hidup yang sebenar. Bila saya berfikir dalam-dalam, saya takut. Amalan saya sangat sedikit, sedangkan umur saya sudah hampir dengan kematian.

Sekali lagi, buat sahabat-sahabat yang sangat saya hargai dan sayangi, terima kasih yang tak terhingga buat kalian. Kehadiran kalian penguat semangat saya.

Buat Ustazah Ramizah, terima kasih atas ucapan.

Buat Abg Rijal, Kakteh, Maryam, Ilah, & adik-adik Angah yang lain, terima kasih juga sbb sentiasa ingat dan rindu kat Angah.;D

Yang teristimewa; buat Umi & Abuya yang sangat-sangat Angah sayangi sepenuh hati, terima kasih kerana menjadi ibu bapa terbaik di dunia ini. 

Moga Allah memberkati kita semua. ;)



Thursday, August 19, 2010 2 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Khas Untuk Puteri Ayah

Khas buat puteri-puteri ayah, hayatilah:

Biasanya, bagi seorang anak perempuan yang sudah dewasa, yang sedang bekerja di perantauan, yang ikut suaminya merantau ke luar negeri, yang sedang bersekolah atau belajar jauh dari kedua orang tuanya akan sering berasa rindu sekali dengan ibunya. Lalu bagaimana dengan AYAH?

Mungkin kerana ibu lebih sering menelefon untuk bertanyakan keadaanmu setiap hari, tapi tahukah kamu, jika ternyata ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefonmu?

Mungkin dulu sewaktu kamu kecil, ibulah yang lebih sering mengajakmu bercerita atau tapi tahukah kamu, bahwa sekembalinya ayah dari bekerja dan dengan wajah lelah ayah selalu bertanyakan pada ibu tentang khabarmu dan apa yang kau lakukan seharian?

Pada saat dirimu masih seorang anak perempuan kecil, ayah biasanya mengajar puteri kecilnya naik basikal. Dan setelah ayah mengganggapmu sudah boleh menunggangnya, ayah akan melepaskan roda tiga di basikalmu. Kemudian Ibu berkata : "Jangan buang dulu ayahnya, jangan tanggalkan dulu roda tiganya", itu kerana ibu takut puteri manisnya akan terjatuh lalu terluka.

Tapi sedarkah dikau? Bahwa ayah dengan yakin akan membiarkanmu, menatapmu, dan menjagamu
mengayuh basikal dengan selamat kerana dia tahu puteri kecilnya PASTI mampu melakukannya.

Pada saat kamu menangis merengek meminta alat permainan yang baru, ibu menatapmu hiba. Tetapi ayah akan mengatakan dengan tegas : "Boleh, kita beli nanti, tapi tidak sekarang." Tahukah kamu, ayah melakukan itu kerana ayah tidak ingin kamu menjadi anak yang manja dengan semua tuntutan yang selalu dapat dipenuhi. 

Saat kamu ditimpa sakit , ayah lah yang terlalu bimbang sampai kadang-kadang sedikit membentak dengan berkata : "Sudah di beritahu! kamu jangan minum air sejuk!" Berbeza dengan ibu yang memperhatikan dan menasihatimu dengan lembut. Ketahuilah, saat itu ayah benar-benar bimbangkan keadaanmu.

Ketika kamu sudah memasuki alam remaja, kamu mulai meminta pada ayah untuk mendapat keizinan keluar malam, dan ayah bersikap tegas dan mengatakan: "Tidak boleh!".Tahukah kamu, bahwa ayah melakukan itu untuk menjagamu? Kerana bagi ayah, kamu adalah sesuatu yang sangat-sangat luar biasa berharga. Setelah itu kamu marah pada ayah, dan masuk ke bilik sambil menghempas pintu...

Dan yang datang mengetok pintu dan memujukmu agar tidak marah adalah ayah. Tahukah kamu,bahwa saat itu ayah memejamkan matanya dan menahan perit dalam hatinya, bahawa ayah sangat ingin mengikuti keinginanmu. Tetapi dia HARUS menjagamu?

Saat kamu mulai lebih dipercayai, dan ayah melonggarkan sedikit peraturan untuk keluar rumah untukmu, kamu akan memaksa untuk melanggar jam malamnya. Maka yang dilakukan ayah adalah duduk di ruang tamu, dan menunggumu pulang dengan hati yang sangat bimbang. Ketika melihat puteri kecilnya pulang larut malam hati ayah akan mengeras dan memarahimu. Sedarkah kamu, bahwa ini kerana hal yang di sangat ditakuti ayah akan segera datang? "Bahwa puteri kecilnya akan segera pergi meninggalkannya" 

Setelah lulus SPM, Ayah akan sedikit memaksamu untuk menjadi seorang Doktor atau Engineer. Ketahuilah, bahwa seluruh paksaan yang dilakukan ayah itu semata - mata hanya karena memikirkan masa depanmu nanti.Tapi ayah tetap tersenyum dan menyokongmu saat pilihanmu tidak sesuai dengan keinginan ayah.

Ketika kamu menjadi gadis dewasa, kamu harus pergi kuliah dikota lain. Ayah harus melepaskanmu di bandar. Tahukah kamu bahwa badan ayah terasa kaku untuk memelukmu? Ayah hanya tersenyum sambil memberi nasihat ini-itu, dan menyuruhmu untuk berhati-hati. Padahal ayah ingin sekali menangis seperti ibu dan memelukmu erat-erat.Yang ayah lakukan hanya menghapus sedikit air mata di sudut matanya, dan menepuk pundakmu berkata "Jaga dirimu baik-baik ya sayang". Ayah melakukan itu semua agar kamu KUAT. Kuat untuk pergi dan menjadi dewasa.

Disaat kamu kesempitan wang untuk membiayai perbelanjaan semester dan kehidupanmu, orang pertama yang mengerutkan kening adalah ayah. Ayah pasti berusaha keras mencari jalan agar anaknya boleh merasa sama dengan teman-temannya yang lain. Ketika permintaanmu bukan lagi sekadar meminta alat mainan yang baru, dan ayah tahu ia tidak mampu memberikan apa yang kamu inginkan...

Kata-kata yang keluar dari mulut Ayah adalah : "Tidak.... Tidak boleh!" Padahal dalam batin Ayah, Ia sangat ingin mengatakan "Iya sayang, nanti ayah belikan untukmu".Tahukah kamu bahwa pada saat itu Ayah merasa gagal membuat anaknya tersenyum?

Saat kamu berjaya sebagai seorang graduan, ayah adalah orang pertama yang berdiri dan memberi tepukan untukmu. Ayah akan tersenyum dengan bangga dan puas melihat "puteri kecilnya telah dewasa, dan telah menjadi seseorang." Sampai saat seorang lelakimu datang ke rumah dan meminta izin pada ayah untuk mengambilmu darinya. Ayah akan sangat berhati-hati memberikan izin. Kerana Ayah tahu bahwa lelaki itulah yang akan menggantikan posisinya nanti.

Dan akhirnya....

Saat ayah melihatmu duduk di kerusi pelamin bersama seorang lelaki yang di anggapnya mampu menggantikannya, Ayah pun tersenyum bahagia. Apakah kamu mengetahui, di hari yang bahagia itu ayah pergi kebelakang pelamin sebentar, dan menangis? Ayah menangis kerana ayah sangat berbahagia, kemudian ayah berdoa. Dalam lirih doanya kepada Tuhan, Ayah berkata: "Ya Allah tugasku telah selesai dengan baik. Puteri kecilku yang ceria dan kucintai telah menjadi wanita solehah yang cantik. Bahagiakanlah dia bersama suaminya. Rahmatilah kehidupan mereka Ya Allah.."

Setelah itu Ayah hanya mampu menunggu kedatanganmu bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk. Dengan rambut yang telah dan semakin memutih dan badan serta lengan yang tak lagi kuat untuk menjagamu dari bahaya. Ayah telah menyelesaikan tugasnya. Ayah, Bapa, Papa atau Abah kita adalah insan yang harus selalu kelihatan kuat. Bahkan ketika dia tidak kuat untuk tidak menangis. Dia harus kelihatan tegas bahkan saat dia ingin memanjakanmu. Dan dia adalah yang orang pertama yang selalu yakin bahwa "KAMU MAMPU" dalam segala hal..



p/s: Saya ingin sentiasa membahagiakan Abuya! 
(Takkan pernah lupa saat Abuya mengusap ubun-ubunku sambil membaca al-Fatihah sewaktu demam.)


*Disalin dari seorang teman di FB. :)
Friday, August 13, 2010 1 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Hadiah Ramadhan

Hari ini dah masuk 4 Ramadhan 1431H. Alhamdulillah, saya dan kamu diberi kesempatan untuk bertemu lagi Ramadhan yang penuh maghfirah dan barakah ini. Ramadhan kali ini, saya berdoa moga-moga ia akan jadi Ramadhan yang lebih terbaik dari yang sebelumnya. Pastinya juga doa kita serupa. Dalam kesibukan menguruskan program pada bulan lapar dan dahaga ini, saya diuji dalam kebijaksanaan menguruskan masa.

Apabila saya meneliti hikmah di sebalik kesibukan saya, saya akan lebih menghargai masa apabila saya ada banyak perkara perlu diselesaikan. Saya perlu berfikiran positif. Setiap kekurangan itu saya harus jadikan cabaran. Insya Allah. Tajuk entri saya pada kali ini menyebut tentang hadiah. Kenapa ye? Hehe..

Hadiah yang saya maksudkan adalah kemudahan yang Allah beri kepada saya menjelang Ramadhan ini, berterusan hingga ke hari ini. Insya Allah, akan berterusan sehingga kehidupan saya di 'sana'. Saya telah berpindah, Alhamdulillah. Kali ini ke Mahallah Hafsah. Dekat sikit dengan kuliyyah saya. Waktu tengah hari, saya sempat berjalan balik ke mahallah. Alhamdulillah. Itu kemudahan yang Allah bagi.

Room mates saya? Mereka sangat baik dan rajin. Ramadhan kali ini agak istimewa. Sahur ada yang kejutkan, tolong hidangkan makanan, makanan sahur ibarat makanan berbuka. Meriah! Sungguh saya mengucap syukur dalam hati. Seorang dari Indonesia, seorang dari Kelantan, dan seorang lagi dari Kuala Lumpur. Hari pertama saya berpindah mereka sudah seperti lama mengenali. Bayangan negatif serta-merta hilang daripada fikiran saya.

Hujung minggu ni ramai students yang pulang ke rumah. Maklumla, ini minggu pertama puasa. Nak berbuka kat rumah dengan family la katenye. Saya pun sebenarnya tak sabar nak balik rumah. Rindu kat ahli-ahli rumah. Rumah sekarang pun dah banyak berubah. Waktu bersembang dengan Umi dalam telefon, macam-macam cerita yang keluar. Bab persiapan raya tu tak payah cakaplah. Hee ;D

Ramadhan ini juga bulan ujian. Test-test setiap subjek dah menunggu tu. Setiap minggu ade test & assignment yang perlu dihantar. Adat la belajar kan? Harap-harap semuanya akan dapat disempurnakan. Insya Allah. Untuk program akan datang, sekarang ni saya sedang fokus untuk CONVEST'10. Moga-moga Allah permudahkan segala perjuangan kami untuk ummah.

Ramadhan kali ini banyak perkara yang berubah. Saya sudah berubah. Insya Allah, saya belajar daripada pengalaman yang lalu. Belajar memperbaiki diri yang serba kurang ini. Moga-moga Allah sentiasa menetapkan hati saya untuk sentiasa berada di jalan-Nya. Saya perlukan doa daripada anda semua. :)


p/s: Bulan Ramadhan ni saya harap segala gosip pelik-pelik takkan keluar. Huhu :P







Tuesday, August 3, 2010 1 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Bila Saya Sudah Letih...

Salam 'alaik..

Saya sibuk. Ayat ini biasa sangat saya gunakan. Tapi kali ini memang saya tak dapat menggunakan perkataan lain selain "Saya sibuk". Saya rasa saya telah menggunakan 120% tenaga dan kemampuan yang saya ada kali ini. Semalam, saya rasa sangat-sangat letih dan tak berdaya. Sehingga saya terpaksa meminta bantuan dari Kak Nini (bukan nama sebenar) untuk menghantar saya ke kelas dengan kereta beliau walaupun ketika itu waktu kelas kami berbeza.

Saya tak dapat nafikan lagi bahawa saya sangat-sangat letih. Dari Ruqayyah ke AIKOL tidaklah terlalu jauh bagi sesiapa yang berkenderaan. Tetapi  bagi pejalan kaki seperti saya, ia mengambil masa lebih 20 minit juga untuk sampai. Bayangkan kelas saya setiap Selasa dari pukul 8.30 pagi dan berakhir sehingga 7.15 petang, dan kemudiannya bergegas jalan kaki pulang ke mahallah untuk bersiap-siap ke salah satu acara AIKOL Festival'10 (Musical & Art Fiesta) pada jam 8.00 malam.

Selama ini saya bisikkan dalam hati, bahawa saya harus sabar. Ini dugaan untuk saya. Allah telah janjikan hadiah yang istimewa untuk hamba-hambaNya yang sabar. Setiap kali pulang berjalan kaki, hati saya sentiasa berdetik, "Alangkah bagusnya kalau saya pun ada kereta..."

Sejenak kemudian saya cepat-cepat menepis perasaan itu. Saya harus bersyukur, ada ramai lagi orang yang lebih malang dari saya di dunia ini. Saya mengambil kekurangan ini dari sudut yang positif. Saya akan bertambah sihat dengan berjalan kaki. Buktinya, setelah bermain futsal pada AIKOL Family Day & Sports Carnival tempoh hari, saya tidak mengalami sakit-sakit badan berbeza dengan sahabat-sahabat sepasukan saya yang lain. Bila mereka merungut kaki mereka sakit-sakit, saya hanya bersyukur dalam hati. Ini adalah hikmah dari Allah.

Saya penat. Bukan saya mahu merungut, tetapi hanya mahu berkongsi. Bohonglah jika saya katakan saya tidak pernah rasa penat. Sangat penat lagi bila kadang-kadang ada sahabat yang tidak memahami. Kadang kala, saya terfikir juga, adakah saya yang terlalu sensitif. Ada satu ketika, saya tak dapat menahan kesedihan di depan sahabat-sahabat lantas mencurah air mata. Saya penat, dan saya letih. Jangan tambah tekanan untuk saya.

Saya tidak dapat menerima jika seseorang mengarahkan saya melakukan itu dan ini, tapi dengan cara dan kata-kata yang tidak beradab. Tidak ada rasa hormat. Biasanya, saya malas nak membalas SMS atau jika saya rasa geram, saya akan membalas dengan cara yang sama juga. Itu untuk sesiapa yang tidak mengenal erti hormat.

Saya bukanlah malaikat. Yang tidak pernah dan tidak pandai berasa marah. Saya hanya manusia yang diciptakan dengan perasaan. Saya tidak tahu kenapa saya selalu sangat akan terasa dengan sesetengah manusia ini. Adakah saya ini selalu berburuk sangka dengan mereka? Atau pun saya sudah melabel mereka di dalam hati saya bahawa "Saya Tak Suka Dia".

Setiap kali berjumpa pun, saya tidak ada perasaan lagi untuk menegur dengan manusia yang tak tau erti hormat ini. Bila saya fikir sedalam-dalamnya, saya sudah penat dengan manusia ini. Saya malas mahu memikirkan tentang ini. Biarlah Allah yang menguruskannya. Saya berserah. Saya cuma takut, bila sampai satu saat, saya tidak dapat bersabar lagi.

Bila saya sudah sangat penat, apa yang saya buat pun saya tak tahu. Semalam, saya naik ke SRC office untuk bincang hal program yang akan dilaksanakan minggu ini. Saya tak tahu kenapa semalam saya selamba sangat. Saya memang seorang yang banyak mulut, tapi hanya dengan orang yang rapat dan kenal saya. Tapi semalam entah macam mana saya boleh menegur seorang adik muslimin ni. Walhal sebelum ini saya tak pernah bertegur sapa dengan beliau.

Sebelum tidur, saya asyik mengutuk diri sendiri lantaran 'kecepatan' tindakan saya itu. "Atiqah, apesal la kau ni tak cerdik sangat pegi buat macam tu?" Ish.. Saya menyesal, sungguh. Dan untuk Encik M yang terkedu kerana saya sangat 'ramah' semalam kerana mengusik beliau. Suruh belanja la, pergi bising-bising dalam office tu macam office tu saya punya je. Kalau Encik M baca blog saya ini, saya ingin meminta maaf kerana semalam saya telah bertindak seperti bukan saya. Tindakan saya mendahului aqal saya semalam. Maafkan saya..

Saya sudah penat. Oleh itu, saya berhenti di sini. Hanya bila saya mencari sedikit ruang untuk berkongsi kepenatan maka laju tangan ini menaip. Silalah mengkritik saya. Saya bukan manusia sempurna. Sekian.