Thursday, June 24, 2010 3 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Ada Apa Dengan Rejab?

Hari ini hari Jumaat, 25 Jun 2010 bersamaan dengan 12 Rejab 1431H. Sedar atau tidak, sudah hampir 2 minggu hari-hari Rejab berlalu. Ada apa dengan Rejab? Mari kita singkap peristiwa-peristiwa Islam yang berlaku sepanjang bulan Rejab. Sebagai orang Islam, mahasiswa khususnya, wajarlah kita mengetahui peristiwa-peristiwa ini. Ia adalah sejarah Islam, seperti kata cendikiawan, "Sejarah tidak boleh dibeli, tapi ia boleh dipelihara."

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, bulan Rejab adalah bulan yang amat digalakkan berpuasa, kerana fadhilat berpuasa pada bulan Rejab amatlah besar sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.:
                           
"Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah   umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat."

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi:

"Puasa pada awal Rejab, pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya."
 
"Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari  sekurang-kurangnya sebuku roti."

 Selain kita semua dituntut berpuasa, hadith di bawah ini sangat menarik. Apabila bercakap tentang ukhwah, akhlak kita sesama mukmin yang lain amatlah dititik berat. Sejenak aku terfikir, sejauh mana pengorbananku terhadap sahabat-sahabat yang lain?

Rasullullah s.a.w. bersabda:

"Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kerumitan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus."


PERISTIWA PENTING DALAM BULAN INI

1) Penghijrahan pertama orang Islam ke Habsyah (Ethiopia) ketika Quraisy menindas mereka.

2) Perutusan Abdullah bin Jahsh Al Asadiy ke Nakhlah pada bulan ke-17 selepas Hijrah.

3) Peperangan Zi Ushairah pada tahun ke-2 Hijrah di kawasan antara Makkah ke Madinah kerana menyekat satu kafilah perdagangan Quraisy yang hendak ke Syam.

4) Peperangan Qaradah yang diketuai oleh Zaid bin Harithah.

5) Perutusan sekumpulan tentera pimpinan Abu Ubaidah bin Al-Jarrah ke Zi Qussah pada tahun ke-6 Hijrah yang disertai seramai 40 orang.

6) Perutusan Zaid bin Harithah yang diketuai oleh Rasulullah s.a.w. pada tahun ke-7 Hijrah ke tempat yang diduduki oleh orang Yahudi seperti Khaibar, Fadak, dan Taima' bagi menggertak mereka.

7) Peperangan Tabuk pada awal Rejab tahun ke-9 Hijrah. Juga dinamakan peperangan kesukaran (Al-Usrah).

8) Pembukaan Damsyik pada tahun ke-14 Hijrah bersamaan dengan 630 Masihi secara perdamaian.

9) Pengembalian Baitulmuqaddis kepada orang Islam apabila Salahuddin al-Ayubi memasukinya pada hari Jumaat, 27 Rejab tahun 583 Hijrah bersamaan dengan 2 Oktober 1187. 

10) Lahirnya Imam Syafie r.a. atau nama sebenarnya Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Gaza, Palestin pada tahun 150 Hijrah bersamaan 767 Masihi dalam bulan Rejab.


p/s: Peristiwa yang dihijaukan di atas adalah antara isu dunia yang sehingga hari ini tidak selesai..

Wallahua'lam bissowab..~

*sumber: Sirah Bulan-bulan Hijrah, Dr Engku Ahmad Zaki, mustread SDN BHD., 2010.
Wednesday, June 23, 2010 3 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Doa Untuk Sahabat

Segala puja dan puji itu hanya milikmu wahai Tuhan penentu segala takdir. Selawat dan salam buat Rasul junjungan petunjuk sepanjang zaman, Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabatnya yang umpama bintang-bintang bergemerlapan.

Ya Allah…
Dalam perjalanan kehidupan ini telah Engkau jadikan bagiku seorang teman. Sedangkan ia adalah diluar jangkaan dan sangkaan hambaMu ini. Aku tetapkan baginya satu peraturan yang hanya Allah yang akan menentukan segalanya.

Ya Allah…
Dalam kekalutan begini, dia pergi menyendiri dan hanyalah dititipkan suatu pesanan melalui seorang teman buatku. Dimanakah salahku wahai Tuhan dan tunjukkanlah dimana silapku. Jangan Engkau biarkan aku begini tanpa diketahui apakah kesalahan yang telah aku lakukan terhadapnya.

Ya Allah…
Walau apa pun takdirMu keatasku, maka disaat ini aku tahu dia perlukan pertolongan. Oleh itu wahai Tuhan, aku dengan penuh rasa kehambaan yang penuh kehinaan memohon padaMu bagi pihaknya, kerana dia adalah sahabatku.

Ya Allah…
Ampunilah daku dan sahabatku dan masukkanlah kami kedalam rahmatMu dan Engkau adalah Tuhan yang maha penyayang.

Ya Allah…
Jangan Engkau tinggalkan untuknya suatu dosa melainkan telah Engkau ampunkan. Dan tiada suatu aibnya, melainkan telah Engkau tutupinya. Tiada suatu dukanya melainkan telah Engkau hilangkan daripadanya. Tiada suatu hutangnya melainkan telah Engkau bayarkannya. Tiada suatu kesakitan melainkan telah Engkau sembuhkannya. Tiada suatu hajatnya dari keperluan dunia dan akhiratnya yang telah Engkau redhai dan tepat untuknya melainkan telah Engkau tunaikan segalanya baginya wahai Tuhan yang Maha Penyayang.

Ya Allah…
Lindungilah sahabatku dari hilangnya nikmatMu dan berubahnya kesejahteraanMu dan mendadaknya seksaMu dan pelbagai macam murkaMu.

Ya Allah…
Sungguhnya aku bermohon kepadaMu tabahkanlah dia dalam menghadapi segala urusan dan kekuatan dalam menerima petunjukMu.

Ya Allah…
Kurniakanlah kepadanya jiwa ketaqwaan dan sucikanlah. Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya.

Ya Allah…
Sungguhnya aku bermohon kepadaMu bagi pihaknya dengan sebaik-baik permintaan, sebaik-baik permohonannya, sebaik-baik kejayaannya dan sebaik-baik pahala baginya. Tetapkanlah untuknya, beratkanlah timbangan kebaikannya. Mantapkanlah imannya, tingkatkanlah darjatnya, terimalah solatnya dan ampunkanlah dosa-dosanya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu tingkat yang tinggi di syurga. Ya Allah perkenankanlah permohonanku.

Ya Allah…
Sungguhnya Engkau mengetahui apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku perlihatkan, maka ampunkanlah kealpaan dan kelalaiannya. Dan Engkau mengetahui segala hajatnya, maka kabulkanlah permohonannya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu keimanan yang selalu mendampingi hatinya, dan keyakinan yang kuat sehingga dia mengerti bahawasanya tidak akan menimpa dirinya kecuali apa yang telah Engkau tentukan baginya dan bahawasanya apa sahaja yang telah menimpa dirinya bukanlah semata-mata yang meluputkannya. Dan apa sahaja yang telah meluputkannya bukanlah yang semata-mata menimpa dirinya.

Ya Allah…
Aku bermohon baginya kepadaMu iman buat dia mencari kebenaran. Cahaya yang dia jadikan ikutan dan rezeki yang dirinya cukupkan. 

Ya Allah…jadikanlah dia cinta kepadaMu dengan hatinya seluruhnya dan rela kepadaMu dengan segala kemampuan dirinya seluruhnya. Ya Allah… jadikanlah cintanya seluruhnya hanya kepadaMu dan amal perbuatannya seluruhnya hanyalah untuk mencari keredhaanMu.

Ya Allah…
Apa sahaja yang Engkau jauhkan darinya dari hal-hal yang dia cintai, jadikanlah hal itu sebagai penguat untuknya mencintai apa yang Engkau cintai dan jadikanlah cintanya kepadaMu sebagaimana Engkau mencintai.

Ya Allah…
Cukuplah diriMu bagiku, tiada Tuhan selain Engkau. Hanya kepadaMu aku bertawakal. Dan Engkaulah Tuhan yang memiliki arasy yang agung..


 sekadar gambar hiasan



Saturday, June 5, 2010 0 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

AIKOL Community Service'10

Salam 'alaik..

Adik-beradikku bersama ayah, Tuan Haji Jamah Seri (JKKK[P]) Kg. Sg. Nibong.

Untuk entry kali ini rasanya aku lebih ingin berkongsi perasaan aku tentang program yang aku sertai baru-baru ini. Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws Community Service'10 atau dalam bahasa ibundanya, Bakti Siswa Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim'10 kali ini menuju ke Kampung Sungai Nibong, Sekinchan, Selangor

Subhanallah, sangat tenang dan mendamaikan..~

Sewaktu dalam perjalanan hampir sampai ke destinasi, bibirku sudah tidak berhenti-henti mengucapkan rasa kagum terhadap kebesaran Ilahi. Pemandangan sawah padi yang menghijau, luas terbentang membuatkan aku tidak mahu berganjak dari tingkap bas. 

 Nak satu rumah kat sini dan yang macam ni! (hati aku menjerit..ngee..~)

Ini merupakan kali ke-2 aku menyertai program bakti siswa. Bermakna, aku ada 2 keluarga angkat. Yang aku kira, mereka semua merupakan amanah untuk aku. Aku mesti sentiasa berhubung dengan mereka, dan itu perkara yang sangat sukar untuk aku janjikan. Kepadatan jadual aku kini membataskan aku untuk menelefon mereka setiap hari. Hehe. Tapi insya Allah, mungkin seminggu sekali. ;)


 Kerana baja yang pakcik tabur, kami dapat rasa beras yang enak ;D

Hargailah penat lelah mereka

Aku takkan sesekali lupakan pengalaman turun ke bendang. Saat ini aku rasa sangat tenang menikmati pemandangan hijau sawah padi. Dapat tengok betapa susahnya petani-petani terpaksa berpanas demi mencari sesuap nasi. Aku yang hanya tengok ni pun dah panas, apatah lagi makcik-makcik dan pakcik-pakcik petani ini.


 Insya Allah, satu hari nanti nak buat rumah kat tepi bendang. ;)


Tempat ni nama dia 'palong'. (Aku baru tau..hee )


Bersama adik-adikku yang comel ;)

Selama 4 hari di sini, berdasarkan pemerhatian aku terhadap keluarga angkatku, mereka mempunyai sebuah keluarga yang penyayang dan harmoni. Anak sulung ayah, Farah (gambar: paling kanan) berusia 20 tahun. Sedang bercuti dari Fakulti Kejuruteraan Kimia di UiTM Shah Alam. 

Mungkin kerana Farah anak sulung, tak pernah merasa ada abang atau kakak, jadi semasa kami nak bertolak pulang dialah yang paling sedih. Dah menitis air mata pun. Dan sepupu keciknya, Daniel bermasam muka, tak nak kami pulang. Hehe. Itulah ragam dan adat perpisahan. 

The whole family. Keluarga yang sangat best dan penyayang.(sbb ada ramai kanak-kanak) :D

Terima kasih untuk adik Izani, kerana bersusah payah pinjam handset emak untuk telefon Kak Iqah semalam. Tak sangka Izani sampai sanggup susah payah mintak nombor akak melalui kawan-kawan yang lain. Akak gembira dapat kenal ngan adik-adik semua. Sangat kelakar dan comel! Akak menantikan berita yang gembira dari kamu semua. Belajar sungguh-sungguh dan jadi anak-anak yang soleh dan solehah untuk emak juga ayah.

*Adik Shahrizat, Adik Badrul, Adik Helmi, Adik Arif, Adik Azmi, Adik Muqriz, Adik Umairah, Adik Izani & Adik Fatiha..:)

 Inilah adik-adik saya yang sangat comel & kelakar dari Sek. Ren. Keb. Parit 13.  ;)

Yang ini adalah gambar sewaktu hari terakhir, sesi Sukan Rakyat.
Ini teman setia saya :D

 Adik-adik yang sangat teruja meniup dan menjilat tepung. Hahaha..~


Cameraman: "Buat gaya 1 Ummah..~"

Pada 30 Mei 2010, maka berakhirlah Bakti Siswa AIKOL'10, namun tautan ukhwah dan hubungan yang terbina antara kami tidak akan hanya terhenti di sini, insya Allah. Moga Allah akan menemukan lagi kita semua pada masa akan datang. Buat semua para komiti dan peserta, semoga Allah membalas penat lelah dan keikhlasan kalian bekerja dengan ganjaran yang setimpal.
 
* Secara jujurnya, saya sangat gembira dapat berkenalan dengan kamu semua. Kamu semua sangat sporting dan kelakar! :)