Salam 'alaik..
Untuk Kakteh & pengguna nama pena Batrisya (dia tau dia siapa..:D ), aku cuba mencuri masa untuk mengemaskini blog aku ini yang aku kira sudah hampir 3 minggu aku biarkan. Aku tidak berkesempatan melakukan hal yang satu ini kerana jadual yang padat dengan perjalanan aktiviti memaksa aku menangguhkan dulu niat untuk menulis. (Atiqah, awak dah berjanji takkan bertangguh-tangguh! Ish..)
Oh, ya! Semalam merupakan sambutan Hari Ibu di seluruh dunia. Rasanya bukan semalam sahaja patut diraikan hari untuk ibu, bahkan setiap hari kita sewajarnya memuliakan mereka. Tadi aku ziarah blog Kakteh, Kakteh tulis entry tentang Abuya dan Ahid. Bergenang juga tubir mata ini mengenangkan mereka yang aku sayangi. Abuya, seorang ayah yang sangat penyabar serta Mujahid si kecil penceria hati kami. Nikmat ini adalah nikmat dari Allah yang tak mampu untuk aku luahkan tahap syukurku. Moga Allah panjangkan nikmat ini. Ameen.
Oleh kerana Kakteh dh bercerita tentang Abuya dan juga si kecil Ahid, maka aku ingin menitipkan rasa syukur, kasih dan sayangku buat Ummi, seorang ibu, sahabat, yang sangat-sangat aku kasihi dan aku cintai. Bersempena dengan hari ibu yang baru berlalu (sebenarnya hari-hari yang saya lalui adalah hari ibu), aku dedikasikan tulisanku ini buat Ummi. :)
Semalam, selepas maghrib baru berkesempatan menelefon Ummi (ape punye anak daa..). Alhamdulillah, mendengar suara Ummi yang sihat dan ceria membuatkan hati aku jadi lapang dan senang. Aku ucapkan Selamat Hari Ibu pada Ummi, juga tidak lupa aku doakan dalam hati moga ibuku yang satu ini dipelihara oleh-Nya selalu. Ummi, Angah doakan Ummi akan diberi kekuatan mendidik dan mengasuh kami. Insya Allah, kami akan jadi anak-anak yang soleh dan solehah.
Ada orang cakap Ummi garang. Aku akui Ummi garang, kalau ada apa-apa yang Ummi rasa tak berkenan, Ummi akan cakap terus. No heart feeling. Bila dah besar ni, baru aku sedar yang kadang-kadang Ummi marah, Ummi cubit, Ummi berleter tu sebenarnya sebab Ummi sayang. Kalau Ummi biar je kami adik-beradik, rasanya kami takkan berada di tahap ini sekarang. Alhamdulillah. Rasa kasih dan sayang itu adalah anugerah Allah yang dicampakkan ke dalam hati-hati orang yang beriman tatkala mereka ikhlas melakukan kerja untuk Allah. Ya Allah peliharalah kami sekeluarga. Ameen.
Selepas bersembang dengan Ummi, handset disambut pula oleh Abuya. Terdengar sayup-sayup suara Ummi di belakang bertanya,
"Angah bila nak balik?"
Abuya pula mengulang soalan yang sama.
"Tak tau lagi la Abuya. Macam-macam keje kena bereskan. Weekend pun ade meeting."
Dialog di atas adalah dialog yang biasa tatkala aku menelefon. Soalan yang sama juga, perihal bila aku akan pulang. Soalan itu buat aku rasa serba salah. Ketika orang lain sibuk bercuti, aku di sini dengan pelbagai tugasan. Maafkan Angah wahai Ummi dan Abuya. Niat Angah untuk habiskan cuti yang hampir 2 bulan lebih ini bersama keluarga terbantut. Tapi takpe, Angah tau Ummi dan Abuya akan sentiasa menyokong dan mendoakan Angah. Insya Allah, seusai semester pendek ini, cutiku akan dimanfaatkan untuk keluarga pula. Moga-moga semuanya akan berjalan lancar, Insya Allah, Ameen..~
Untuk Ummi dan Abuya, doa Angah dan adik-beradik yang lain tidak akan putus buat kalian berdua. Pengorbanan dan jasa Ummi dan Abuya takkan dapat kami balas walaupun dengan segunung permata. (Angah kena address utk Abuya jugak, kalau tak Abuya jealous nanti. Hehe..)
Ummi pernah cakap,
"Ummi tak harap harta anak-anak. Cukuplah anak-anak jadi insan yang berguna."
Kata-kata ini buat aku sedar, seorang ibu hanya mengharapkan hadiah dari anak-anak berupa kasih sayang dan doa ketika mereka menginjak usia emas mereka, juga anak-anak yang berguna. Bukan wang ringgit jadi idaman tika mereka dalam kesunyian. Oleh sebab itulah, niatku untuk berada di samping mereka selepas tamat program pengijazahan aku nanti. Insya Allah.
(Aku bukan anak manja k..:P)
AKU SAYANG MEREKA; ABUYA & JUGA UMMIKU...~
p/s: Tak sedar entry kali ni sangat panjang. Huhu.. :D