Sunday, February 17, 2013 2 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Satu Rindu

Salam 'alaik.

Ini adalah entry pertama saya untuk tahun 2013. Banyak sangat perkara yang berlaku. Saaaaangat lama tak update blog ni kan? Saya telah pun menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Undang-undang di Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, UIAM Gombak. Rasa lega sangat ibarat beban besar di bahu selama ini dah takde. Alhamdulillah.

Sekarang berada di rumah. Menghargai masa di rumah dengan memasak, online, tengok TV, pergi pantai, jumpa kawan-kawan sekolah, pergi kenduri dan banyak lagilah aktiviti yang best yang tak mungkin kita dapat buat bila dah mula bekerja nanti. Eh, bunyi macam seronok sangat ye awak ni Iqah? Memang tengah seronok pun sekarang. Tapi dah mula risau jugak sebab kawan-kawan dah sibuk cari kerja (chambering). 

Dah. Tak payah nak risau sangat walaupun awak memang sedang risau. Entry ni sebenarnya entry mengimbas kembali di mana saya akan mengimbas kembali perjalanan saya sewaktu saya bergelar mahasiswi AIKOL. Sayu lah pulak bila teringat balik kan? Takpe, lepas ni nak pergi UIA, nak ambik gambar masjid UIA banyak-banyak! Motif? Sebab masjid UIA adalah tempat mencari ketenangan yang paling berkesan sekali. Tempat yang mengandungi baaaaanyak sangat nostalgia dan yang paling penting masjid UIA ni adalah tempat bermulanya titik permulaan saya berhijrah menjadi muslimah yang lebih baik. Insya Allah. 



Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM Gombak.
(gambau ihsan pakcik gugel)

Yang sebenarnya, hati saya rindu nak berusrah. Tanpa usrah, jiwa jadi kosong. Ibarat kata Umi kepada adik-adik, "Jangan banyak sangat tengok TV nanti jadi dop cerdik." Eh, apa kaitannya? Maksudnya, duduk kat rumah ni jangan asyik mengadap TV je, at least baca buku ilmiah untuk top up semula ketidak pemergian usrah anda itu. Supaya otak tak berkarat memikirkan benda-benda lagha. Bukak TV, cuba bukak Tanyalah Ustazah, Entri Jameela, 5 Rencah 5 Rasa. Eh?


Ketika Usrah Bertasbih.

Nanti dah bekerja, harap sangat semoga diri ini akan istiqamah buat kebaikan, istiqamah cari ilmu dunia dan akhirat, istiqamah berusaha jadi orang yang positif. Cabaran di luar sangat kuat dan hebat. Semoga mampu harungi semua itu. Semoga nanti Allah akan kurniakan seorang teman yang dapat sama-sama mujahadah atas jalan ini. Aamiin. 

Rasanya cukup setakat ini sebagai entry pertama untuk tahun ini. Kalau diikutkan, memang baanyak sangat perkara yang terjadi, tapi tak perlulah dihebahkan di sini ye tak? 'Ala kulli hal, bersyukur dan gembira dengan kehidupan sekarang. Alhamdulillah. Oh ye, saya sekarang lebih aktif bertwit dari berfb. Hehehe. Orang kata, kalau kita aktif di laman sosial maknanya di dunia realiti kita sebenarnya 'forever alone' ataupun 'lone ranger'. Rasanya 50% betul mungkin. Jangan jadi orang yang di dunia maya bukan main peramah, tapi di dunia realiti bila berselisih bahu buat-buat tak nampak. Memang tiada nilai kesopanan dan kesusilaan ya. Tapi syarat ini hanya terpakai pada yang sama jantina. Jangan terlebih peramah pula pada yang berlainan jantina. Pandai-pandailah anda mengawasi batas-batas pergaulan. :)

Wassalam.

p/s: konon nak imbas kembali. Jangan rasa tertipu naa. Hehehe. :D
Friday, July 20, 2012 4 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Kembara Dakwahku


Ramai yang bertanya, saya ke Sabah tempoh hari kerana bercutikah? Alhamdulillah, wa syukru lillah. Dapat peluang merentas Laut China Selatan menuju ke negeri ini. Negeri yang masih kaya dengan sumber semulajadi. Sedikit pun tidak menyangka, perjalanan saya kali ini ditaja sepenuhnya. Dari tiket pergi dan balik yang hampir mencecah RM1k setiap seorang, makan minum, pengangkutan dan tempat tinggal. Alhamdulillah, Allah bagi rezeki yang tak pernah saya jangkakan. 

Saya ke Sabah bersama-sama sebuah pasukan NGO, An-Nasru Team dan juga 5 orang wakil GAMIS (Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia). An-Nasru Team merupakan salah satu badan dakwah bukan kerajaan yang mempunyai misi dakwah ke seluruh pedalaman Sabah. Buat pertama kalinya saya berpeluang masuk ke kawasan pedalaman di sebuah daerah di Sabah, melihat sendiri kehidupan masyarakat di sini. Gerakan Kristianisasi sangat kuat dan aktif di sini. Buktinya, gereja menyapa pandangan mata kami di setiap 500 meter perjalanan. Nak cari masjid kat kawasan pedalaman ni, sangat susah.

Kami diceritakan tentang aqidah masyarakat di sini, hampir seluruh penduduk kampung murtad, kecuali 4 buah keluarga. Ustaz yang bertanggungjawab menjaga pelajar-pelajar Muslim di sini pastilah memikul tugasan yang besar kerana di bahunya tergalas beban melindungi aqidah pelajar ini. Apa yang menarik, ustaz dan ustazah di Sabah ini majoritinya berasal dari semenanjung, iaitu dari Kelantan. Berbual bersama ustaz dan ustazah ini, masing-masing mendorong kami untuk bekerja dan menetap di sini kerana Sabah kekurangan tenaga dakwah. 

Hati saya mengakui hakikat ini. Kami datang, mereka gembira. Menyambut kami dengan tangan yang terbuka. Apa yang ada, itulah yang dihidangkan kepada kami. Saya berdoa dalam hati supaya Allah memelihara ukhwah dan aqidah yang kami sedang anuti ini. Ancaman aqidah mereka sangat kuat di sini. Untuk menceritakannya di sini, mungkin agak rumit. Pelbagai kisah, masalah yang saya dapat hasil dari perkongsian masyarakat di sini. Mereka tabah. Biarpun hidup dalam kepayahan, namun saya dapat lihat mereka bersyukur dan bahagia dengan apa yang mereka punya. 

Sepanjang saya di Sabah, saya dikurniakan dengan teman-teman dan murobbi yang soleh. Teman dalam kereta saya adalah Kakteh (adik), Ayu (Pengerusi SIGMA, (GAMIS)), Ustaz Fairus, dan saudara Mustafa (Bendahari GAMIS). Perjalanan kami ceria diisi dengan gurauan dan usikan serta taujihat dari Ustaz Fairus.  Kenangan 'Silanau Bakas' juga takkan sesekali kami lupakan. Setiap kali teringat, mesti ketawa. Cuba teka Silanau Bakas tu apa? Hihi. Banyak ilmu yang saya kutip di sini. Pastinya saya akan merindui kalian semua walaupun kita hanya kenal dan bermusafir bersama selama 5 hari sahaja. 

Ustaz Zulfikar yang berasal dari sini menjadi pemandu dan penunjuk arah kami. Hebat Ustaz Zul ini, sanggup meletakkan jawatan dalam sebuah badan kerajaan kerana proposal dakwahnya pernah ditolak. Beliau kini bekerja sendiri, meneruskan misi dakwah di Sabah. Kadang-kala keluar meninggalkan keluarga, memberikan ceramah agama kepada masyarakat di sini. Saya kagum dengan mereka yang lebih dulu melihat penghidupan akhirat. Allah janji, setiap pengorbanan yang dilakukan kerana agama Allah, akan dibalas dengan sebaik-baik ganjaran di akhirat nanti. 


Memulakan perjalanan untuk hari pertama



Gunung Kinabalu dari kejauhan



Mereka berjalan kaki setiap hari ke sekolah. Kita?



Menyantuni penduduk Muslim di Kg. Paus, Ranau



Ustaz Zul, Ustaz Husni & Ustaz Fairus jadi panelis utk forum



Lepas abis forum, kami dijamu dgn makanan Sabah. Kebiasaannya org Sabah memang suka makan nasi dengan lauk yang banyak. Tapi, saya ni kan jenis yang makan sikit, so, kalau ambik banyak nnt tak abis pulak. :D


At Pasar Ranau, strawberry kat sini besar-besar. Tak macam kat Cameron. :D



We were at Kinabalu Park. Err, saya tgh tidur ke tu? -_-



Super cool here! *with Ayu*



Bersama adik-adik SMK Pinggan-pinggan, Pitas



Fasilitator bersama ustaz & ustazah SMK Pinggan-pinggan



Saya: "Ustaz, dlm ni ada bua.... tak?"
Ust. Husni: "Syyyhhh..jangan sebut!"



Rumah atas air. Superb!



Lokan Bakar terbaik dari Sabah



Destinasi terakhir sebelum pulang ke semenanjung, Pantai Tanjung Aru, KK



Before boarding



Cantiknya! Subhanallah...
*Pemandangan dari atas kapal terbang*



Tiba di KLIA. Semoga ukhwah berpanjangan. 
(Hadi, Najmi, Akmal, Ustaz Husni, Ustaz Fairus, saya, Kakteh, Munie, Ayu)
jurukamera: Mustaffa. :D

10hb Julai-15hb Julai 2012

Sesungguhnya, perjalanan musafir ini mengajar saya 1001 perkara. Sungguhlah kita digalakkan menziarahi tempat orang lain sebab bumi Allah ni Maha Luas dan tanda kekuasaan dan kebesaran Allah itu dapat kita lihat dan perhatikan bila kita bermusafir. Di bumi lindungan bayu ini, ada doa yang saya titipkan. Ada harapan yang saya tanamkan. Buat adik-adik yang pernah saya jaga walaupun hanya untuk 30 minit, saya sayang mereka. Mereka harapan ummah di bumi Sabah ini. Moga Allah tetapkan yang terbaik untuk kita semua.

Ramadhan Kareem 1433H.

Sayang kamu kerana Allah. :)
Thursday, July 19, 2012 0 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Teguran Buat Yang Bergelar Muslimah




Memang, fb ini ramai kaum hawa add as friend. Kawan perempuan dlm fb aku ni lg ramai dari lelaki.
Dan memang, kesempatan itu aku manfaatkan dgn sengaja buat status yg keras2 terhadap kaum wanita trutamanya bg glongan berpurdah.

Bukan kerana aku benci kepada kaum hawa..
Bahkan sgt mencintai mereka..

Cuma, aku lihat, majoriti fb Islamik samada laki atau perempuan, semuanya status Islamik yg meleleh leleh.
Yg lelaki terutamanya, bila buat status yg meleleh2 mcm tu, akan dpt byk gile likes dari kaum hawa menunjukkan mereka suka status tu, tak kurang juga yg suka pd penulis status tu.

Maka aku terfikir..

Adakah muslimah2 zaman skrg sudah hilang smgt jihadnya?
Sudah hilang kekuatan hati?
Sudah hilang ketabahannya?

Bukan aku nak suruh perempuan-perempuan Islam jd ganas. Cuma aku terfikir bila terbaca kisah-kisah sahabiah. Mereka lemah lembut tapi sgt kental. Hati sekuat besi waja,tak mudah cair dgn lelaki ajnabi, tak meleleh-leleh bila ckp psl cinta, tak tergedik-gedik bila lelaki cuit..

Maka aku pun mngmbil langkah utk jadikan fb ku sbg malaikat maut bg kaum hawa. Utk mentarbiah hati mreka agar kuat! Kental! Tabah!

Kalau hari2 aku bg status meleleh2, cinta krn Allah, lelaki soleh utk pmpuan solehah, cinta itu fitrah, carilah suami soleh dan benda2 leleh yg lain..

Muslimah yg terhasil mcm mna?

Walaupun berpurdah,btdung labuh,ikut usrah,ikut masturat..

Tp cuit skit, dah tergedik2..
Ngorat skit, dah sangkut..
Ajak kapel skit, trus stju..
Lps tu, putus cinta, meleleh2..
Ada masalah skit, doa nk mati..
Kena marah ngn mak sikit, buat status cakap x pernah bhgia..
Exam failed, kata xnak hidup lg..
Pakwe x mesej sehari,kt status penuh ngn kata2 rindu..
Pakwe marah skit,buat status meleleh mcm haram..

Fikir secara waras, adakah ini sifat wanita yg ditarbiah oleh Rasulullah s.a.w. ketika zaman Baginda??

Nama Fatimah, Aisyah, Khadijah, Safiyyah, Ummu Salamah, Ummu Habibah, Sumayyah, Ummu Darda, Masyitah, Balqis, Maryam dan ramai lg diagung2kan kalian..
Tapi apa kalian kenal siapa mereka?
Bgaimana hebat dan kentalnya hati mereka?

Mmg akal kalian snipis rambut ,tp kalian bukan BODOH..

Aku dtg sbg pengetuk kepala kalian utk bgun dari tidur, utk sedarkan kalian supaya jgn jd bodoh,jgn jadi hamba lelaki, jgn jadi hamba cinta haram, jgn jadi pmpuan murahan, jgn kapel free2 mcm bohsia, jgn dok bermanja ngn lelaki mcm perempuan xda harga..

Nabi s.a.w telah bersabda mfhumnya, jika seorang lelaki mndapat wanita solehah sbg isteri, maka separuh agamanya telah smpurna.

Apa kalian sedar 'KESOLEHAN' kalian itu harganya SEPARUH dari agama??


#kopi dan pasta
Saturday, June 30, 2012 4 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Untuk Awak, Yang Telah Jadi Sejarah

Tadi saya jumpe ini (sila lihat bawah). Saya nak kongsi perasaan ini. Sebab saya rasa ini sangat comel! :)




Kerana “dia” berhak yang lebih baik.
Awak,
Awak yang ditinggal pergi macam tu saja,
Awak yang ditinggal tanpa pesan,
Tanpa khabar, bahkan tanpa sebab musabab.
Mungkin kerana dia merasakan,
Bahawa dia berhak kepada yang lebih baik?
Awak, awak yang dah pergi,
Selamat berbahagia.
Semoga Allah redha.
Semoga awak menemukan seseorang yang lebih baik.
Semoga bertemu dengan seorang yang lebih layak menjadi isteri melengkapi separuh dari agama awak.
Semoga menemukan seorang perempuan yang lebih layak menjadi ummi buat anakanda awak kelak.
Semoga menemukan seorang wanita yang lebih mulia untuk menjadi menantu solehah buat mama awak.
Semoga bertemu wanita yang lebih baik, lebih solehah dan lebih mulia.
Takpe.
Jangan risau dengan air mata yang pernah dibazirkan kerana awak,
Itulah yang membuat saya sedar diri.
Saya tak pernah marah.
Dan tidak pernah terniat untuk berdendam.
Janji Allah itu benar kan?
dan
ketentuan Allah itu lebih baik kan?
Semoga berbahagia ok?


Saya salin je. Kat sini : http://tersenyum-melihat-langit.tumblr.com




p/s: Belajarlah menerima hakikat kehidupan. Allah bagi apa yang kita perlu. Bukan apa yang kita nak. Tak semua benda yang kita suka, Allah suka. Mungkin benda yang kita tak suka tu, Allah suka. :)
Friday, June 29, 2012 4 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Mereka Yang Saya Ada

K.A.W.A.N

S.A.H.A.B.A.T

T.E.M.A.N



Mereka sangat berharga. Mereka kadang kala bijak mempengaruhi kita. Mereka mencorak hidup dan peribadi.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

"Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, maka hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya."

[Hadith Riwayat Abu Daud]



Mereka cerminan diri. Nak mengenali peribadi seseorang, lihat pada peribadi teman-temannya. Baik temannya, maka baiklah dirinya. Soleh temannya, maka solehlah dirinya. Walaupun ada yang berkata, tak salah berkawan dengan semua orang. Saya bersetuju, tapi cuba periksa siapakah yang paling rapat dengan diri kita. Maka dialah cerminan peribadi kita. :)

Sehingga hari ini, saya bersyukur kerana Allah sentiasa menemukan saya dengan sahabat-sahabat yang terbaik. Sahabat yang sentiasa ada di kala susah dan senang. Sahabat yang sentiasa tak lupa menguatkan juga mendoakan. Tak kurang juga dengan sahabat yang mengkritik di saat kejatuhan, tetapi sebenarnya mereka adalah jam waktu yang membangunkan. Atas setiap yang kamu sumbangkan, terima kasih sahabat! :)


Ada sahabat yang sentiasa bagi nasihat dan peringatan.

Ada sahabat yang Iqah cari waktu air mata jatuh tak tertahan.

Ada sahabat yang Iqah minta didoakan.

Ada sahabat yang Iqah minta dia temankan.

Ada sahabat yang Iqah curi masa untuk diluangkan.





Sahabat-sahabat Iqah,

Ana uhibbukum fillah!


Iqah sayang kamu semua kerana Allah! 

Iqah love you all because of Allah! 

*Terima kasih kerana jadi sahabat yang baik untuk Iqah!*



"Anis, nanti kita pegi umrah sama-sama eh."
(Sahabat sejak sekolah menengah. Sampai hari ni pun sume benda nak buat sama-sama. -_-')


Gamba ngn Za, masa farewell diploma.
(Semalam hari lahir Za, saje usik-usik dia. Kata Za, "Wei, mu ade bnde xmboh kabo kt ku ke?" Za, tempat luah segala isi hati). :D


A friend in need is a friend indeed.
(She will always be there, no matter what. How lucky am I. Kan? ^_*)


Waktu petang biasanya kami akan makan dan buat usrah sama-sama. Sesi luahan dan tekanan dan nasihat-menasihati wajib ada antara kami. Dila, akak will always miss you so much! :)


Ayat yang familiar antara kami sekarang: "Rindu kat Iqah.." "Iqah pun rindu kat Amy".
(May Allah give you something better, insya Allah).


These are among my greatest friends that I have. There are more whose I put them in my heart. Allah grant them to me whenever I need them. They calm me down and make me a better person. 

Thank you Allah, thank you friends. Thank you for what all of things that you have done. 
I will always put my trust in you dear Allah. Please make our journey of life easy for us towards akhirah. Ameen.~


Friday, May 4, 2012 8 Percakapan By: Nurul Atiqah binti Rayah

Semua Lelaki Jahat!

"Sume lelaki kat dunia ni jahat"

Saya tak hairan dengan kata-kata yang keluar dari mulut salah seorang teman sewaktu kami keluar bersama-sama tadi. Setelah mendengar pelbagai kisah kegagalan percintaan kawan-kawan, dia meluahkan perasaan. Saya tak dapat nak salahkan dia, sebab dari sudut pemikirannya kadangkala saya rasa wajar jugak perasaan tu. 




Lelaki, kadangkala cara pemikiran anda yang terlalu 'mahu ambik mudah' itu menyakitkan hati kami, golongan wanita ini. Anda tak mahu pun cuba meneliti kesan di sebalik tindakan anda, tapi anda lebih suka berfikir dan ambik tindakan sesuka hati anda tanpa sedikit pun memikirkan kesan terhadap perasaan kami. 

"Alaa, ko cakap sume lelaki jahat. Abis tu, ayah ko bukan lelaki ke?"

Jawapan cliche

Bukan semua lelaki melayan wanita seolah-olah tidak berperasaan, tapi hampir 70% setakat ni dapat saya lihat lelaki mudah untuk mengabaikan wanita yang betul-betul sayang pada dia. Aduhai, memang malang bila lelaki ni tak tahu menghargai permata yang ada di depan mata. Dugaan bagi lelaki adalah apabila dia punya segalanya; rupa, duit dan kedudukan. Segalanya itu akan menarik ramai orang untuk dekat dengannya termasuklah wanita (biasanya orang ketiga).

Lelaki terbaik adalah lelaki yang dapat mempertahankan hubungan atau rumahtangganya daripada anasir-anasir luar seperti orang ketiga ini. Kadang-kadang, kalau tiada angin, pokok takkan bergoyang. Ataupun, kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya? (eh, Iqah, bukan main sedap awak hentam kromo peribahasa ye?) Senang cerita, kalau kamu tak gatal, perempuan tu pun tak melayan. Kan?

Makanya, dalam hal seperti ini, haruslah perempuan berprinsip. Perempuan kena tegas, jangan biarkan lelaki buat sesuka hati. Maksudnya, jangan sesenang hati merelakan si lelaki mencerobohi hak privasi kamu. Mahalkan harga diri kamu, sebab wanita ini fitrahnya cantik. Jadi, tunjukkan kecantikan kamu hanya kepada yang berhak. Ingat kata-kata ni, wanita yang baik itu pasti akan bergandingan dengan lelaki yang baik. Dan wanita yang meletakkan harga dirinya pada tahap yang rendah tak mustahil akan ditemukan dengan lelaki yang sebegitu juga.

Kamu mungkin kecewa dengan percintaan kamu yang lalu kan? Cuba perhatikan dan fikir balik, kenapa Allah takdirkan semua ni?


Allah, jaga hati kami dari kelalaian & kemaksiatan. 
Penuhi hati kami dengan rasa cinta dan taqwa kepada-Mu.


Jawapannya mungkin ada pada diri kita sendiri. Allah mungkin nak kita perbaiki diri kita, sebab kita dah banyak buat silap yang kita sendiri tak sedar di mana. Mungkin pada cara pergaulan kita dengan lelaki ajnabi. Kita banyak SMS atau bersembang dengan lelaki untuk perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Ataupun mungkin juga Allah nak kita pertingkatkan ilmu kita, supaya sampai saat yang betul-betul sesuai, Allah akan temukan kita dengan insan yang juga telah bersedia dari segi kelengkapan ilmu, fizikal dan juga kewangannya. Bersangka baiklah dengan Allah, sebab Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Bersabarlah, kerana sabar itu sangat indah hasilnya.

Mungkin untuk lelaki, sebelum anda mempermainkan perasaan wanita, anda boleh ingat ini:

"Apa sahaja yang anda lakukan, ada malaikat di kiri dan kanan anda yang mencatat. Dan ingat, Allah akan balas setiap apa yang anda lakukan atau perkatakan. Mungkin balasannya tidak kepada anda, tetapi menimpa orang yang anda sayangi."

Berhati-hatilah. Anda fikir seronok je? Dunia ini bukan tempat untuk bermain-main. Dunia ini ladang akhirat. Ibarat kita bercucuk tanam di sini, dan hasilnya akan kita tuai di sana. Dah sedia ke nak ke sana? Fikir-fikirkanlah. Anda tak terlalu muda untuk mati, dan juga tak tua untuk bertaubat.

Untuk anda; lelaki dan juga wanita, sungguh saya sayang anda kerana Allah. Kerana anda saudara saya, dunia akhirat. Kerana itu kita harus saling memberi peringatan. :)


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


p/s: Tadi tiba-tiba ada seorang mamat ni yang selalu share pasal agama kat Facebook tegur saya kat YM. He was trying to drag me into horny conversation. Terkejut betul! B*D*H punye lelaki. Kalau dah tak tahan sangat, suruh la mak carikan bini, pastu kawin. Hailaa. Berhati-hatilah korang dengan manusia ni. Apa ada dalam hati pun tak tahu. Jangan bila tengok dia post pasal agama je, terus jatuh cinta. Haih. Geli. Nauzubillah, Astaghfirullah. Moga Allah pelihara.

Sungguh saya kesal dengan orang yang mempergunakan agama dan mencemarkannya. :(


Semua lelaki jahat? :'(